My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

02 July 2013

lelaki



Kami duduk keliling satu meja. 8 gelas air untuk 8 orang yang ada. Tak ada perempuan semua lelaki belaka. Dah lama tak jumpa jadi ada banyak benda nak dicerita. Lepak dan lelaki tak dapat dipisahkan sampai bila-bila.




Topik bola dibuka. Habis bising sampai satu kedai boleh dengar suara. Semua cuba pertahan pasukan mereka. Aku kutuk pasukan dia, dia balas semula. Habis keluar semua. Real Madrid banyak duit tapi tetap tak guna. Manchester United celaka. Permainan Barcelona bosan gila. Hebat Liverpool cuma pada nama. Chelsea ramai pemain hebat tapi main membabi buta. Dah macam perang dunia kedua.


Tiba-tiba topik beralih arah bila seorang dari kami mencelah.
"Aku rasa aku dengan awek aku tak boleh nak selamat dah."


Keadaan perang tadi tiba-tiba reda. Semua memerah otak nak cari jawapan bagi soalan yang ditanya. Ada yang garu kepala. Ada yang sampai sepet mata. Seperti satu mesyuarat tergempar sebuah syarikat yang akan jatuh muflis pada bila-bila masa.


Orang meja sebelah pandang kami. Mungkin pelik sebab keadaan yang tadi bising tiba-tiba sepi. Suara kami berbunyi tapi dalam nada serius sekali. Serius sebab ini masalah kawan kami. Tak guna jadi kawan kalau tak boleh tolong kawan sendiri.


Kebanyakan lelaki begitulah perangai dia. Bila dia gila, dia boleh gila-gila gila. Tapi bila dia serius, dia boleh jadi orang yang kau tak akan jangka.


ps : Lelaki tak cakap pasal awek masa lepak kecuali hal itu memang mustahak ;)

9 comments:

Unknown said...

yup, benda yang cepat tersentuh kadang2 boleh mengubah suasana tempat.

Unknown said...

huhu.tetibe suasana jadi sunyi

Nae said...

Betul2 .. lelaki pun aku rasa kalau dia dengan kawan2 , mmg takde keinginan membuak2 ar nak cerita pasal awek ke apa.. lain lahh kalau perempuan ni .. kalau boleh semua cerita nak bukak kat situ gak .. lelaki banyak cerita pasal sport , pasal life je kan??? #based pd pengalaman2 dari bff aku yang kebanyakan nya lelaki...hahaha

Azwar Syuhada said...

hahaha..normal la tu. Kalau duduk bersembang dengan perempuan asyiklah cerita bf, gosip, kalau boleh semua benda dia nak diceritakan..xD

Unknown said...

btul sgt...lelaki ni dgn kwn2 dia lebih jd diri sndiri...mybe !

princess.ya.sweet said...

dan mereka langsung x msg awexxx dia kan... tp best lepak ngan lelaki...bnyk benda boleh tahu..n mereka x mengumpat...tu syokkk tu...

Unknown said...

Lelaki playboy jer suke cete pasal pompuan..hehe

MISS COMPLICATED... said...

hunger for your new entry...lol

Unknown said...

Pergh! seriously serious.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...