My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

02 December 2013

rest in peace



Aku baru lepas kena hentam. Semua sebab aku letak gambar dekat Instagram semalam. Gambar Paul Walker meninggal tapi aku tulis RIP ataupun Rest In Peace dekat dalam. Katanya itu haram. Katanya itu salah di sisi Islam. Dia suruh aku padam.




Ya aku salah. Kalau nak tegur pun tegurlah. Aku tak kisah. Kita dah besar jadi tak payahlah nak marah-marah. Islam itu agama yang mudah. Jadi menegur pun biarlah berhemah.


Aku tak kenal sangat dia. Kawan dekat Facebook dan Instagram saja. Yang aku tahu dia bercinta. Kekasih dia orang Selangor rasanya. Dia orang Terengganu sama macam aku juga. Aku pernah tengok Facebook kekasih dia. Ada album gambar dia berdua. Berpelukan mesra. Berpegangan tangan menunjukkan cincin besi tanda setia.


Aku boleh nak tanya tapi biarlah aku diamkan saja. Dalam sibuk dia berkata mendoakan RIP untuk orang bukan Islam itu haram mungkin dia terlupa bersentuhan lelaki dan perempuan juga haram sebenarnya. Mungkin dia lupa. Dia kan Melayu macam kita semua yang mudah lupa. Lagipun bukan jenis aku berlawan dalam alam maya. Nak lawan kita jumpa. Duduk semeja cakap apa yang tak kena. Siapa kalah belanja. Habis cerita.


Kadang-kadang kita terlalu sibuk tengok orang lain pakai apa. Bila nampak ada yang tak kena kita ketawa. Nampak saja baju orang lain koyak terus kita gelak gila-gila. Tapi kita tak sedar belakang kita koyak juga. Sebab itu kita perlukan cermin dalam hidup kita.


ps : Afifelnino. Itu Instagram aku. Followlah. Mohon sebarkan ;)


8 comments:

Cik Mut Mut said...

alaa... janganla macam tu biasala tu take as a lesson k sama2 perbaiki diri :)

erika kimochiwa said...

Yes,manusia memang mcm tu bnyak lagi bnda haram kalo nak diikutkan x boleh buat,tp bnda tu jgk yg nmpak.. ;)

Qisse Karim said...

Tu la orang selalu ckp "mirror yourself first before you talk bad about other people."

Pape pn biarkanlah. Masing2 ade hak bersuara. Nk lawan pn xguna kn. Keep on sharing bro.

Qisse Karim said...

Tu la orang selalu ckp "mirror yourself first before you talk bad about other people."

Pape pn biarkanlah. Masing2 ade hak bersuara. Nk lawan pn xguna kn. Keep on sharing bro.

asha hana said...

kita sama2 perbaiki ok? salah sekali je. lepas nie jangan ulangi. biarlah mulut2 yang berbicara. manusia kan? salah orang lain dia nampak salah sendri? :)

ezyra daniel said...

prnah baca de org nie bising2 pasal RIP.betul ke haram?bg pendapat sye,tu cuma perkataan asalkan jgn salah niat.kte pon memang tw yg paul bukan islam kan.tp betul ckp awak,yg menegur tu diri sndri byk yg salah tp dia tak sedar :)

Tia Fatihah said...

boleh je kot nak menegur tapi biar berhemah. takut nanti, bila lebih-lebih. terlupa yang diri sendiri lagi banyak kekurangan. so, berpada bila nak menegur. heh!

[k]o{q}i[n] said...

Tegur-menegur kan digalakkan dalam Islam. Sama-sama menegur kesalahan bagi membetulkan yang salah... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...