My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

15 October 2009

daripada saya kepada awak

awak
hari tu awak buat diri saya teruji
kaki saya tak ada tenaga nak berdiri
tapi awak datang dan bangkitkan saya kembali

awak
hari tu awak buat saya jadi keliru
otak saya bercelaru fikiran saya buntu
tapi masa tu awak jugak yang datang membantu

awak
hari tu awak buat hati saya terluka
bila awak tanya saya cakap tak ada apa-apa
tapi saya tak nak awak berduka sebenarnya

awak
hari tu awak buat saya terkilan
baru saya sedar ego saya awak dah runtuhkan
baru saya sedar saya pun ada perasaan

awak
hari tu awak buat kesabaran saya menipis
saya tahu awak tak sengaja buat saya terguris
tapi awak buat saya sedar kenikmatan menangis

awak
hari tu awak buat saya sakit hati
sebab dia awak jadi macam hamba abdi
tapi saya nak awak tau saya sentiasa ada di sisi

awak
hari tu awak buat saya bengang
dia buat awak macam-macam tapi awak tetap sayang
kalau dia ada depan saya dah lama saya terajang

awak
hari tu awak yang saya mimpikan
awak selalu hadir bila saya memerlukan
tapi awak pergi tanpa meninggalkan pesan

awak
hari tu awak buat saya bangga
saya tahu awak tak lemah macam awak sangka
dan janji saya kat awak tetap sama

awak
hari tu awak buat saya bahagia
mulanya saya tak tahu kenapa perasaan macam ni ada
kemudian saya sedar saya dah jatuh cinta

awak
hari tu awak cakap awak tak sedia
saya cakap saya akan tunggu sampai bila-bila
saya nak awak tahu saya tak berpura-pura

awak
hari ini saya nak awak sedar
sebab awak jantung saya bergetar
dan saya takkan berhenti dari terus mengejar

awak
hari ini saya nak awak ingat
awak wanita yang paling hebat
walaupun pernah satu saat saya teringat saya yang terlewat

awak
hari ini saya nak awak tahu
saya tetap tunggu awak macam saya cakap dulu
saya takkan tergoda walaupun bidadari yang mengganggu

awak
hari ini saya nak awak buka mata
semua yang saya kata selama ni bukan dusta
sebab saat ini sampai bila-bila hanya awak yang saya cinta






* aku xtau kenapa aku reka dan tulis menda ni*
*mungkin ada perkataan yg x mampu aku luahkan*

9 comments:

Lidah Boye said...

aiya...

apih el nino said...

aiyo...

miSeRy s0uL said...

ish3..

apih el nino said...

hehehe...

kyra shakira said...

haduhh...touching nye..ehehe...

apih el nino said...

hehehe...
thanks :)

the berry mary said...

wah!bestt!suwit gler...huhu..;(

apih el nino said...

thanx... :)

ELFarahin said...

awak,
kenapa banyak sangat "awak"?
untung saya rajin baca taw awak,
by the way, saya suka puisi ni awak.

Hahhaa~!! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...