Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberi alasan kenapa dia mencintai kamu... Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya... Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya... Di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah... Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini... Dia ingin tahu kegiatan kamu... Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi','goodnight', 'sweet dreams', 'take care' dan lain-lain lagi walaupun kamu tidak membalas SMS tersebut kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza tapi berselindung ayat selain kata cinta itu... Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya... Dan pada saat itu matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu... Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan... Bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya... Berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya... Orang yang mencintai kamu akan memberikan barang miliknya yang mungkin bagi kamu itu ialah sesuatu yang biasa tapi baginya barang itu sangat istimewa... Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu... Kalau kamu melihat handphonenya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar inboxnya... Dia masih menyimpan SMS-SMS kamu walaupun kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu... Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda yang berharga buatnya.... Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu walaupun hal itu membunuh hatinya... Orang yang begitu mencintai kamu tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan walaupun hatinya meronta ingin mengetahui kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan kerenahnya...
8 comments:
haha,ambik dlm fB r ni..
salah salah...
ambik kat tagged...
:P
tul ke ni?Cam x caye je...awk camner?Bleh bg alasan ke klu awak suka kat seseorg?Setau saye org lelaki ni suka pompuan cantik je. Yg 'kureng' tu buat lambakan je.X adilla cam tu.Pompuan cantik yg setia senang nak cari tp lelaki hensem yg setia susah nak cari zaman skrg ni...
jap... anonymous awk ni sape? huhu.. saya bkn org yg tgk kpd cantik ke x pempuan tu.. biarlah dia xcantik di mata org laen asalkan dia cantik di mata saya cukup la.. xperlu la cari lelaki hensem yg setia.. biarlah dia xhensem asalkan dia baek je.. :)
Huhu...nak tau sape saya?Saya adalah cucu Goku generasi ke-23.Hehe...gurau je.Xyahla kenal saya,saya x glemer pon.Yg awak tau,saya kenal awak tp awak x kenal saya.Hihi...suspens? Mmgla saya kenal awak,awakkan ahli GC.Saya xde blog jd xleh kasi tau name.X pe r,saya nak gi b'tapa kat bukit cerakah ni.Babai
ahli GC xleh kenal org ke? heheh.. sape la awak ni.. mistery the moon ni.. hahahaha...
awal2 sye cakap awk x kenal saya.Dan utk kali t'akhir sye cakap AWAK X KENAL SAYA'.Yg awak perlu tau,saya ni seorg pompuan dan saya suka ikuti blog awak sbb klaka tahap gaban dan bambang pamungkas..haha,tetiba lak ada bambang.
Psal saye:
-Nama xleh kasi tau
-tinggal kt Kuala Terengganu
-pompuan
-skolah menengah lagi (ting.4)
okeh...tu je...
lol... tibe2 blog ni jd misteri... takut rasa nk update... hahaha... bambang pamungkas pun nanges tgk blog ni tau... lol skali g... skola form 4... mcm la sy kenal sorg je dak form 4... hehehe... anyway thanks :)
Post a Comment