My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

12 May 2011

kepuasan servis dua mak nyah


Kunkun!!


Kesempatan melawat tempat kerja lama digunakan sebaiknya. Bertentang mata dengan bekas rakan sekerja mengubat rindu yang pernah ada. Sebelum pulang, kaki melangkah ke sebuah pejabat untuk bertemu pengurusnya. Usianya belum mencecah 30-an namun sudah menjadi pengurus muda. Kacak dan bergaya. Mata sempat menjeling seorang gadis berbaju hitam cantik sedang membaca majalah di hujung meja. Senyum. Tiada kata dapat diluah selain menelan air liur sahaja.


Pekerja di syarikatnya cuma 9 orang termasuk pengurus. 5 wanita, 4 lelaki. 2 daripadanya lelaki lembut, atau orang di situ memanggil Mak Nyah. Wanita berbaju hitam tadi bukan pekerja di situ. Cuma datang menemani kekasih hatinya.



Terlanjur mengusik, kawan tadi menceritakan tentang dua pekerja 'istimewa' tadi. Dia pada awalnya tidak pasti penerimaan pekerja lain terhadap mereka. Namun sebagai pengurus, dia menetapkan peraturan supaya keluarga kecil mereka saling menghormati dan menerima setiap kekurangan dan kelebihan adik-beradik mereka. Dia menerima dua pekerjanya tadi kerana mereka ada kelayakan berbanding orang lain. Kelayakan akademik berpangkat sarjana muda. Hebat.


Cuma sesekali, ada pelanggan yang tidak mahu membeli barangan mereka hanya kerana di situ ada Mak Nyah. Bukan sekali pelanggan menghina diri mereka. Namun mereka tidak meninggikan suara malah memujuk kembali pelanggan itu. Marah? Mungkin. Tapi demi sesuap nasi amarah itu ditinggalkan jauh.


Ketawa. Kesian. Bukan kerana nasib Mak Nyah itu tapi kerana pemikiran masyarakat kita. Ketawa lagi. Tak sangka dalam era kita mengejar kemodenan, pemikiran rakyat Malaysia masih cetek. Kesian bukan?



Memang Mak Nyah hidup dalam komuniti mereka sendiri. Semua kerana kita yang tidak mahu mendekati mereka. Tapi kedua-dua Mak Nyah tadi saling membantu. Mungkin kerana mereka telah berkawan lama. Dalam lenggang lenggok berjalan, mereka disenangi semua orang. Mereka pandai bergosip dengan pekerja wanita. Mereka pakar fesyen baju dan style rambut di kalangan pekerja lelaki. Seperti manusia lain, mereka juga sama. Mereka juga manusia.


Banyak kali juga sifat tepi jaga kain orang ini sibuk bertanyakan mutu kerja mereka. Jawapan yang diberikan di luar jangkaan. Mereka bekerja, dan dimarahi sama seperti pekerja lain. Tidak ada secebis kelebihan dan kekurangan diberikan. Berbanding pekerja lelaki, mereka lebih rajin membantu membasuh pinggan dan gelas di dapur pejabat. Mereka turut sama mengangkat barang berat seperti pekerja lelaki. Kerana tenaga mereka sama.


Buka mata. Buka minda. Jangan kerana setitik Mak Nyah yang mencari rezeki di celah lorong, semua Mak Nyah mendapat cercaan serupa. Tutup sebelah mata kepada Mak Nyah di lorong, buka seluas-luas mata sebelah lagi kepada Mak Nyah yang bekerja di salon, spa kecantikan, pereka fesyen, jurumekap, pelayan kedai makan dan banyak lagi. Adakah kita Tuhan untuk menentukan dosa pahala mereka?


Berbanding lelaki dan perempuan, Mak Nyah lebih kuat. Berhadapan dengan kata-kata nista, mereka masih mampu berdiri sendiri. Kita mampu?



Benar kata kawan tadi. Tidak salah membayar lebih untuk servis yang memuaskan hati daripada Mak Nyah, bukan?


ps : Otak tu jangan kuning sangat bila baca tajuk di atas.



Kunkun!!



17 comments:

.F.e.Q.a.H. said...

they may look different, but they're still special...

Rozuan Ismail said...

setuju.mak nyah kalau nak dibandingkan.lebih rajin bekerja, tidak mudah putus asa,sentiasa di hina.

tapi mereka lakukan kerja dengan baik.

pelangi said...

that rite,,kenapa mesti menghina jika apa yang dia buat tidak salah,,
dan lebih bermutu dari manusia normal lain..

diana amin said...

seronokbace entry yg neh..

♥suNa husNa♥ said...

hahahaa...
tapikan saya da member nyah.. sy tak kesah pun berkawan dgn dia tapi satu je masalah dia. dia suka tunjuk gambar-gambar yang kurang elok. paling mampu saya buat pun, saya delete je semua gambar2 tu. tapi benda2 lain they really ok!^^

Ayunis said...

love this post
ta perlu na menilai orang dari penampilan (:

Alip Apai said...

adakah Maknyah yg dimaksudkan disini yg telah bertukar jantina atau yg masih lelaki cume berpewatakan wanita?kalau yg dh jd perempuan masyarakat harus memberi sedikit pengajaran dgn nasihat ttp bukan cemuhan.jika mereka masih lelaki haruslah dilayan spt biasa.

psychopaths said...

they deserve to silent bila org marah, sbb dorg tau dorg buat salah. but we are not humiliating them, but beri nasihat. sbb apa yg dorg buat mmg dosa indeed.

Apih El Nino said...

@ .F.e.Q.a.H.
Everybody got their own special abilities :)

Apih El Nino said...

@ Rozuan Ismail
Setuju bro. Daripada menggaji orang yang tak boleh buat kerja, lebih baik ambik mak nyah

Apih El Nino said...

@ pelangi
Betul :)

Apih El Nino said...

@ diana amin
Thanks :)

Apih El Nino said...

@ ♥suNa husNa♥
Rasanya normal kalau kita ada kawan yang ada tabiat buruk. Tapi sebagai kawan, kita kena terima semua tu. Tapi benda-benda macam tu elok delete je la :)

Apih El Nino said...

@ Ayunis
Yes. Never judge a book by its cover :)

Apih El Nino said...

@ Alip Apai
Kalau yang sudah menukar jantina, haruslah ditegur sebaik mungkin daripada terus merebak. Mencemuh bukan cara terbaik.

Mak nyah di atas masih lelaki cuma berperwatakan wanita.

Apih El Nino said...

@ psychopaths
Nasihat perlu diberikan dengan kata-kata yang lembut. Islam sendiri menyuruh berbuat demikian :)

Anonymous said...

Hai. I pun nyah juga.. sesape yg nk kenal2 blh call i 0172500465
I ketandusan ksh syg...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...