My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

19 May 2011

perkahwinan itu bukan alat mainan



Kunkun!!


Hidup lelaki mudah. Mudah dan tidak membebankan. Bayangkan seorang lelaki muda yang ada rupa paras dan sentiasa dipandang perempuan. Ada lelaki dikurniakan wajah Pan-Asia yang mampu menawan mana-mana wanita diidamkan. Kalau anda pernah ditawarkan menjadi anak ikan maka anda lelaki yang dimaksudkan. Ada juga lelaki yang mampu mencairkan hati wanita dengan kata-kata yang diucapkan. Shahir sendiri mampu dapat Rozita Che Wan. Bagi lelaki yang kurang keyakinan, angkat kepala ke atas dan ingat setiap orang ada kelebihan.


Bercakap dari sudut lelaki kerana aku dilahirkan sebegitu rupa. Setiap lelaki bila memasuki usia 20-an, ada satu benda bermain dalam pemikiran mereka. Semakin lama, soalannya tetap sama. Lelaki wajib memikirkan soal rumahtangga. Kalau seorang Mat Rempit semasa berumur 20 tahun mampu membayar ratusan Ringgit Malaysia untuk ekzos motor Lagenda, lima tahun kemudian dia mungkin menyesal dengan tindakannya. Dia akan sedar duit sebanyak itu sebenarnya mampu menampung kewangan untuk meminang seorang anak dara. Aku bercakap dari pandangan seorang remaja yang lahir dalam keluarga yang tidak kaya.



Bila lelaki mula serius berbicara tentang perkahwinan, dia mula memikirkan tentang institusi kekeluargaan. Dia mula tahu tanggungjawab seorang anak jantan. Dia mula faham hidup dia perlukan pembaharuan. Dia mula sedar selepas ini makan pakainya untuk dia dan pasangan. Dia perlu bersedia menyambut janin yang berjaya disenyawakan. Dia perlu bekerja keras untuk anak yang perlu dibesarkan. Dia perlu mulakan semuanya perlahan-lahan.


Kewangan. Perkataan mudah yang mampu membuat ramai orang ketakutan.


Bagi seorang lelaki yang jarang berfikir tentang masa depan, dia nampak sesuatu yang kurang menyenangkan. Dengan harga beberapa barang mengalami kenaikan. Dengan kos sara hidup makin hari makin menakutkan. Dengan mas kahwin yang mungkin mencecah ratusan atau ribuan. Itu belum mengambil kira kos majlis menjamu selera yang jauh lebih mahal daripada cincin perkahwinan. Kemudian, bil rumah wajib diselesaikan. Minyak kereta atau motor juga harus dipenuhkan. Bagaimana pula dengan zuriat yang sentiasa dahagakan susu, lampin dan ubat-ubatan? Kalau yang pertama lelaki pasti mahu juga yang perempuan. Maka berkembang lagi perbelanjaan. Sebab itu orang tua cakap, kahwin bukan barang mainan.



Bukan mengeluh sayu. Bukan tak mahu. Cuma runsing dengan keadaan negara orang Melayu. Kenapa harga minyak kita mahal sedangkan kita negara pengeluar minyak, boleh jelaskan sesiapa yang tahu? Mengeluh lagi, kepala digaru. Mungkin ada penyelesaian untuk masalah negara yang datang satu persatu. Biar Menteri selesaikan, kita rakyat cuma tunggu. Tapi sepanjang menunggu itu, ia menyusahkan rakyat susah macam aku. Mungkin perubahan perlu ada untuk kehidupan yang baru. Mungkin masih ada setitik cahaya di hujung terowong kegelapan itu.


Mungkin salah aku berfikir terlampau jauh ke hadapan.
Mengeluh dan terus menaruh harapan.


Al-Fatihah untuk Abdul Hakim Mohd Kamal, tuan punya TelurdiBasuh.
Setiap kata-kata, azimat dan nasihat kau selamanya tersemat teguh.


ps : Kalau kenaikan harga itu peragut, maka aku mangsanya ;)


Kunkun!!



16 comments:

Khai said...

nice entry bro. :)

Alin said...

kahwin? memang satu tanggungjawab yang besar lagi mulia

Hazieq Sanat said...

erm... aku x pikir lagi...

Najah SHakiLa said...

Salam
perkahwinan..najah baru 21..tapi dah memikirkannya
its all about.."TANGGUNGJAWAB"
;)

selembut salju said...

ps : Kalau kenaikan harga itu peragut, maka aku mangsanya ;)
i like this statement!

m!raHara_shi said...

tak salah memikirkan perancangan masa depan... dlm business pun wujud istilah perancangan jangka pnjng apatah lg dlm kehidupan... semakin jauh berfikir semakin matang pemikiran...

ye... nampknya rakyat semakin ditindas, seharusnya kita warga belia bangkit & memilih yg tepat supaya generasi kita & seterusnya tidak menjunam kearah kepapaan.. kita lah setitik cahaya itu bergabung menjadi seterang lampu limpah stadium utk menerangi lorong yg semakin malap..

kelly_daa said...

betul... laki lambt sgt matang..
suka laki muda(20 an) bila dia bebricara soal nak kawin.. rasa mcm dia lbih matng n dah ready untuk berumh tangga..

sumaiyah mokhtar said...

mungkin ade betulnyeee ape yg awk rncang,tk ape2 pn kite msty berpegang yg kite hnye merangcang Allah yg menentukan, :) nice entry :)

Apih El Nino said...

@ Khai
Thanks bro :)

Apih El Nino said...

@ Alin
memang satu tanggungjawab yang besar lagi mulia bagi manusia

Apih El Nino said...

@ Hazieq Sanat
Nanti sampai masa giliran kau pulak fikir :)

Apih El Nino said...

Najah SHakiLa
Baguslah berfikir awal. Tanggungjawab yang diwajibkan :)

Apih El Nino said...

@ selembut salju
Thanks :)

Apih El Nino said...

@ m!ra_mahara
Setiap manusia harus berfikir tentang masa depan untuk berubah. Kita sendiri kena ingat mati walaupun tak tahu ajal kita.

Semoga setitik cahaya mampu memberi cahaya dalam kegelapan yang ada :)

Apih El Nino said...

@ kelly_daa
Lelaki memang lambat matang. Tu kenyataan.
Errr... Suka lelaki muda cakap pasal ni? Bangga aku. Haha :)

Apih El Nino said...

@ sumaiyah mokhtar
Memang tugas kita merancang. Bukan menentukan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...