Tweet
Follow @afifelnino
Ada orang putus cinta. Hampir gila. Meroyan setiap masa. Buka Facebook dan buat status macam dah tak ada esok untuk dia. Tweet pula lirik lagu duka lara. Niatnya mahu meluah apa yang dirasa.
Akhirnya datang seseorang datang bertanya. Kenapa? Dan dia bercerita. Semua. Dari awal sampai akhir tanpa tertinggal satu perkara. Baik buruk indah celaka ada belaka. Dia dapat bahu untuk berpaut untuk seketika.
Tenang rasa. Walaupun tak rapat mana tapi dapat tahu ada orang mengambil berat sudah cukup buat hati lega. Kalau dipendam lama-lama akan meletup juga.
Tiba giliran orang yang bertanya kenapa tadi bercerita dekat kawan-kawan yang duduk semeja. Ada orang nak jadi gila sebab putus cinta. Konon itu cinta mati dia. Padan muka. Sebab serabut jadi dia bertanya. Kalau delete friend nanti terasa. Buat-buat tanya dengan harapan selepas ini tiada lagi status dari dia.
ps : Berhati-hati dengan siapa kita percaya. Bukan semua yang senyum dekat kita kawan kita ;)
6 comments:
ayat last ni tak berapa nak faham la :
"Tiba giliran orang yang bertanya kenapa tadi bercerita dekat kawan-kawan yang duduk semeja. Ada orang nak jadi gila sebab putus cinta. Konon itu cinta mati dia. Padan muka. Sebab serabut jadi dia bertanya. Kalau delete friend nanti terasa. Buat-buat tanya dengan harapan selepas ini tiada lagi status dari dia."
tp yg ps tu mmg btol! setuju sgt! ;) sy
Betul betul! Mmg fb tu hak ms2 nak up status pape pon. Tp ingt status2 tu sume masuk kt homepage org lain..xperlu la nk bukak pekung sendiri..xphm nn generasi 4G skng ni..btw nice post!
Lirik lagu Dia Frampton, getting hard to find a friend in a city like this, where you can’t even trust a smile.
meleleh air mata....
uncle oslwen like this post..
jemput singgah blog uncle ye kalau ada masa
http://skyboys89.blogspot.com
salam jom join segmen nie...hadiah menarik :)http://kacangsebuncis.blogspot.com/2013/06/1-st-parody-games-u-ndang-2-parody.html
di blog pun sama juga.
panjang lebar penerangan dia.
gaya bahaya hebat gila.
lastly baru tahu dia baru tingkatan tiga.
rasa nak hantuk-hantuk kepala dia.
deiii, study dulu baru la bercinta.
Post a Comment