My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

18 June 2013

jambu



Nino Jambu. Aku digelar begitu dulu. Mungkin sebab dulu rambut aku panjang sampai cecah bahu. Menurut kawan aku, lelaki jambu adalah lelaki yang dikurniakan wajah yang comel atau kulit yang gebu. Sejujurnya aku tak suka gelaran itu. Aku rasa gelaran jambu macam merujuk pada lelaki lembik yang patah sini patah situ. Faham tak maksud aku? 




Sepanjang aku hidup jarang orang panggil aku handsome atau tampan. Tapi ramai kata aku comel macam perempuan. Bukan nak perasan, cuma ulang apa orang katakan. Kalau aku potong rambut pendek orang kata aku macam anak ikan. Bila aku simpan rambut panjang sikit orang kata pondan. Susah nak puaskan hati semua orang, kan?


Pernah aku menghadap cermin berfikir sendirian. Aku pegang telinga kiri dan kanan. Tak ada kekurangan. Aku ada mata coklat kehitaman. Hidung aku juga tidak senget atau besar macam Zizan. Kulit muka aku licin tanpa perlu menggunakan ubat rawatan. Dua puluh jari dua kaki dua tangan. Semua cukup sifat tubuh badan. Sejak itu semua kata-kata orang aku persetankan. Sebab aku adalah sebaik-baik ciptaan Tuhan.


Tapi sekarang aku dah biasakan diri. Aku tak kisah orang panggil itu ini. Malah aku belajar menghargai. Mendekati orang yang menyukai dan menghargai orang yang membenci. Sebab aku pasti, bila ada orang yang benci pasti ada juga yang menyayangi.


ps : Lelaki jambu pun laku. Mungkin sebab yang macho ramai dah hancur ;)


 

9 comments:

cik kiwi's said...

haha. zaman skang orang ramai carik lelaki comel lah apih. kpop katenye. wakaka :P

Asyiqah Mohd Amin said...

Ye , memang susah nak puaskan hati semua orang :) keep smiling

muhamad Nazri said...

betul tu bro..kita takkan mampu nak puaskan hati semua orang ..kita cuma perlu jadi diri sendiri je...salam perkenalan

Za Leena said...

tak rasa pon lelaki jambu ni lembik. My bf pon jambu, keras je..haha! Sportive lg! laki jambu ni ble muke babyface. Untung la, lmbt nampak tua!

Alan Rizque said...

Susah hidup kalau nak ikut cakap semua orang. Sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar..

Zai Zaiman said...

steady bro.. kita mesti kerasss... hahahaha...

S.K.A said...

pdulikn je orang..tp ada cara dia jgk..smpan misai ngn jggut..

.::: Princess MOMOY :::. said...

dh awak tu comelll sangat. nk buat cemana
memula momoy pun confuse
haha

muja said...

kui3,, comel is soooo comel what :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...