My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

13 June 2013

hati batu



Itu. Nampak tak lelaki baju hitam yang tengah baca buku atas kerusi batu? Aku suka dia sejak dulu. Dia tahu sebab aku pernah beritahu tapi dia tak pernah hirau perasaan aku. Dan sampai hari ini aku pendam perasaan itu.


Dia selalu bawa majalah tentang perempuan. Aku nak sangat tanya tapi aku segan. Mungkin hari ini aku patut dapatkan penjelasan. Aku tanya dia depan-depan.


"Hai. Boleh saya duduk sini?"
"Duduklah."



Aku, majalah, dia. Dua majalah yang muka depannya model yang serupa menjadi orang ketiga. Model itu bekas kekasih dia. Hari ini sudah jadi model ternama. Aku tahu pun sebab aku tanya kawan lelaki dia. Aku kalau dah minat dekat seseorang aku akan stalk dia gila-gila. Aku capai satu majalah dan belek buat-buat baca.


"Kenapa baca buku perempuan?"
"Saja. Buat hilang bosan."



Ahh sudah. Main ayat sepatah-sepatah ini yang buat aku lemah. Pleaselah.


Aku terpandang wallpaper telefon bimbit dia dekat atas meja. Perempuan yang dalam majalah itu juga. Aku tunjuk muka depan majalah dan halakan depan dia.


"Suka dia?"
"Ya."
"Kenal dia?"
"Ya. Model ternama."
"Betul ke? Ke ada apa-apa?"



Dia diam tak kata apa. Keluhan panjang dihela. Alamak dia marah ke?


"Siapa dia sebenarnya?"
"Jiwa. Cinta. Semua."
"Tapi dia dah nak kahwin dengan orang kaya."
"Ya."



Dia berdiri. Serabut dengan aku barangkali. Dia hulur tangan minta majalah yang aku pegang tadi. Cepat-cepat aku beri.


"Errr... Boleh aku ganti dia?"
"Tak."



Dia pergi. Langsung tak berpaling dekat aku walau sekali. Awak, sekeras-keras kerusi batu yang saya duduk ini, keras hati awak lagi.


ps : Every girl has a guy that she won't stop loving. And every guy has a girl that he won't stop fighting for ;)

9 comments:

muja said...

aku pun takkan berenti suka dia,, dialah jiwa dan cinta,,

Rozuan Ismail said...

terkena batang hidung

jal said...

ok agak kurang faham disini.. apa sebenarnya ek?

otak kosong said...

terluka sangat tu . HAHHHA . kumbang/bunga bukan seekor . tapi yang bukan seekor tu tak sama mcm yang seekor ni . haaa main2 ekor2 pulak kan .

.::: Princess MOMOY :::. said...

zasss...terasa ditikam di dada

Diyana Hani said...

hani datang sini;..hihi..tertusuk didalam jiwa...terus...

ELFarahin said...

phewitt! :D

Neo89 said...

Sangat keras batu itu. Hurm.

.::: Princess MOMOY :::. said...

takpe la. nnt ada la yg akan suka =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...