My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

11 June 2013

misteri manusia





 

Ada perempuan upload gambar pakai kain sembahyang
Gambar yang susah dilihat zaman sekarang
Niatnya nak ingatkan tiang agama lima batang
Tapi ada orang komen panjang-panjang
Katanya nak buat baik tak elok tayang


Ada lelaki upload gambar tunjuk badan
Six pack dia aku rasa sampai lapan
Niatnya promosi protein untuk jadi jantan
Tapi ada orang kata dia ubah ciptaan Tuhan
Lalu timbul pertengkaran


Ada perempuan upload gambar seksi
Baju ketat rambut warna warni
Niatnya nak tayang aset diri
Tapi ramai pula orang yang puji
Biasalah lelaki


Ada lelaki upload gambar dengan kereta
Kereta baru beli berkilauan warna
Itu habuan penat lelah dia bekerja
Tapi ada orang kata tak baik berbangga
Mungkin yang mengata itu cemburu buta


Ada perempuan upload gambar dia berhijrah
Bertudung labuh dan berjubah
Tiada lagi gambar yang nampak lurah
Tapi masih ada yang fitnah sumpah seranah
Manusia dari dulu tak pernah berubah


Ada orang kata hidup ini misteri
Orang tak ingat kalau kau buat baik seribu kali
Bila kau buat jahat sekali orang ingat sampai mati
Tapi aku rasa hidup ini macam main judi
Kita buat apa orang tetap tak puas hati


ps : Tak ada orang yang dapat puaskan hati semua orang ;)


 

9 comments:

Sky Boy said...

jemput singgah blog uncle

http://skyboys89.blogspot.com/2013/06/kacip.html

#ehh takde komen lagi... im the 1st kah..? hahaha.. mesti owner tak approve lagi ni.

Mizz Aiza said...

setuju sangat..

otak kosong said...

kalau buat benda yang nak orang puas hati . sampai mati pun tak boleh bro . apa yang kita kene buat . buat apa yang ALLAH suka .

ELFarahin said...

manusia banyak tahu segala macam keburukan tetapi Allah SWT Maha Tahu segala macam kebaikan dan keburukan :)

Norhasniza Khalid said...

Erm .. betul jugak tu kan, x semua org puas hati ngan kita. Tak per lah, yg penting niat kita hanya Allah yg tau..

dilaella Ella said...

betul-betul ^^buat itu salah,ini salah..ada ja yg tak puas hati..Yg penting Allah tahu niat kita.. :)

Rieyn Anna said...

akk sokong 100x..hihi..mmg susah nk puaskan hati oranglain nie..walaupun adakalanya untuk memberikan kepuasan itu memerlukan pengorbanan yg mnyakitkan...:)

Shuhaida said...

Akak datang singgah n follow blog ni ^^

.::: Princess MOMOY :::. said...

fuh dasyat
u ni mmg talented la dear !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...