My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

05 February 2010

tips memikat ke ni?


Kunkun!!

Realiti kehidupan ialah gadis yang cantik menjadi idaman lelaki. Gadis yang comel adalah pilihan lelaki. Gadis yang manis menjadi impian lelaki. Dan gadis seksi menjadi perhatian lelaki.

Wanita yang lawa juga memilih lelaki yang handsome. Wanita yang cantik inginkan lelaki yang tampan. Wanita seksi mahukan lelaki yang ada six packs kat perut. Wanita yang hebat akan melihat lelaki yang kaya dan popular. Takpe la lelaki tua sikit pun asalkan ada rupa. Tak la loya tekak kalau kissing walaupun dah tak larat nak *tet*. Hahaha.

Tapi camne kalau kita tak handsome dan tak lawa? Bukan nak merendah diri tapi realiti. Rupa pun out of services. Body pulak out of everything. Kita tak kaya. Ilmu pun tak tinggi mana. Kerja pun tak okay sangat. Kais pagi makan pagi je kalau tak kais tak makan la kita. Kita ibarat memiliki semua ciri-ciri yang orang tak nak. So?

Threesome | Apa lelaki ni ada yang kita takde?

Ni aku tulis berdasarkan pengalaman aku. Ceh macam banyak je pengalaman. Hahaha. Pasal persoalan di atas, aku pun tak tahu sangat sebenarnya. Tapi punca kenapa kita susah nak tackle seseorang tu ialah kita takde apa yang dia nak. Mulut biasanya cakap, "Saya nak orang yang baik yang dapat jaga saya." Dia takkan cakap "Saya nak orang yang ada banglo atas bukit." Cuma kalau dia dapat orang yang baik dan dapat jaga dia, pastu ada banglo atas bukit, dia akan cakap "Dah rezeki dik." Hahaha.

So untuk kaum lelaki yang dah baca pasal Lelaki Nakal tapi mengklasifikasikan diri mereka tidak nakal, jangan risau usah bimbang. Mai rapat mai dekat. Nak habaq mai ni. Ni antara ubatnya. Wanita pun boleh guna. Ubatnya apa?? Jeng jeng jeng. Ubatnya ialah jadi seorang pelawak atau orang Terengganu panggil joker. Sebab orang suka cerita kelakar. Tell them a lot of jokes. You should know that 'making jokes is one of the methods untuk memikat.' Lelaki biasa cakap, "Salah satu sebab aku suka Ezza Fariza tu sebab dia suka buat lawak. Ada je idea dia. Happy je aku rasa." Tu lelaki. Wanita pun ada cakap "I memang suka la kat Aril kelas shuffle tu. Bila I sedih je dia selalu buat lawak. Terus I jadi happy balik." Orang tua cakap orang yang buat lawak akan sentiasa nampak muda. Tetapi!! Ada tapi dia. Lihatlah dengan siapa bersama anda masa tu. Kalau dia tu orang yang anda nak pikat untuk dijadikan teman hidup, jangan main buat lawak je. Takut dia tak boleh terima lawak anda. Kalau nak buat lawak lucah atau lawak mengutuk kekurangan orang lain, ingat batasan dia. Dan elakkan lawak yang dah basi. Jangan la ambik lawak Nabil atau Sepah pernah guna dalam Raja Lawak. Use your head bro.

Okay aku nak cite sikit ni. Dua minggu lepas dalam pukul 1.00 pagi aku pergi McD. Konon nak supper la ni. Padahal baru bangun tido. Aku sorang je. Lepas dah siap order, aku pilih tempat baik punyer. Meja kedua depan TV. Sebab aku sorang-sorang so tengok TV hilang la boring kot. Tapi aku rasa aku lebih banyak tengok orang depan aku daripada tengok TV plasma tu. Sebab apa? Sebab kat depan aku ni ada seorang lelaki melayu yang agak tua dan tiga wanita melayu. Awek-awek tu memang super-duper-hot+cun+seksi la. Aku masa tu bukan setakat kenyang perut je, mata pun kenyang. Hahaha. Tapi lelaki tu? Aku mengaku dia sangat-sangat-sangat bertuah. Aku bagi tiga kali sangat. Satu untuk setiap awek dengan dia. Aku mula-mula ingat lelaki ni mesti kaya. Bapak ayam ke. Must be something hidden inside him. Jeles jugak la aku. Tapi semua tu tak! Lelaki tu muka baik je. Rambut pendek. Takde pun rambut berkilat ke rebonding ke. Dressing pun biasa je. Takde pun stylo-stylo pakai gelang ke rantai ke ape. Lelaki tu naik kereta Proton Saga lama je bro. Takde pun rim sport macam kereta aku. Ops terpromote sudah. Hehehe. Lelaki tu pun buncit. Jangan kata six packs, satu pun belum tentu ada. Tapi kenapa dia ada 3 awek superhot? Bukan awek dia pun 3 orang tu sebab aku dengar diorang cakap 'aku' 'mu' je. Tapi kenapa 3?? Bagi la aku sorang. Hahaha.

Tapi yang aku nampak ialah awek-awek tu tak berhenti gelak. kejap hahaha pastu hehehe pastu kahkahkah. Awek-awek tu memang enjoy dengan kisah-kisah yang lelaki ni cite. Memang hebat la uncle ni. Dia macam dah hafal satu buku lawak sebelum datang kat situ. Kalau masuk Raja Lawak maybe boleh menang ni. Hebat la lu bro. Gua respek la. Terbaek!!

Lawaking | Lakaran situasi ketika kejadian

So untuk mudah cite sebab aku rasa macam dah panjang sangat ni, be a joker. Kalau serius je, aku jamin sangat boring. Dan kalau asyik jiwang je, lama-lama bosan jugak. So buat lawak agar anda meraih cintanya serta dicintai secara tulus dari hatinya. Wah!! Tu dia. Dah keluar ayat takleh blah. Hahaha.

Think outside of the box and positively. Usaha tangga kejayaan. Jika anda berjaya menawan hatinya dengan cerita kelakar anda, maka perhubungan anda akan dihiasi gelak ketawa serta berwarna-warni. Jika si dia merajuk sekalipun, anda tahu memujuknya dengan lawak anda. Penawar duka di hati yang lara ialah ketawa. Bila berjumpa dengannya, be yourself dan buat dia ketawa setiap kali berbual. Aku jamin jika kena caranya, dia akan jadi milik anda. (^_^) <-cute tak ikon ni? Tiba-tiba je ada ikon.

Senyumlah. Dan buat orang lain ketawa. Tiada perasaan yang lebih indah daripada membuat orang lain ketawa. Untuk pria kesepian, "Smile is a powerful weapon. You can even break an ice with it." Untuk wanita, "Beauty is power. A smile is its sword."

So senyumlah.

Senyum Sokmo | Kerana senyumanmu begitu berharga

"Always remember to be happy because you'll never know who's falling in love with your smile"


Kunkun!!

8 comments:

Anonymous said...

waaa..
huhuhuhu
by alone~~

Anonymous said...

smile a lot so when you're older, all your wrinkles will be in the right places.

Apih El Nino said...

anonymous...
tibe2 je waa?
kenape seh?

Apih El Nino said...

fint...
betol2...
senyum sokmo :)

selembut salju said...

ngtah pih..
nk sebut waaa..
je

Apih El Nino said...

hahaha...
aku suke komen waaa gitu...
haha...

bina badan said...

dapatkan panduan bina badan berotot untuk lelaki agar anda lebih tough..kacak..dan bergaya...miliki badan impian anda bermula disini...

Apih El Nino said...

ingin dapatkan panduan bina badan berotot untuk lelaki agar anda lebih tough..kacak..dan bergaya..
sila hubungi encik bina badan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...