My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

27 October 2010

perhatian blog ini bukan blog lucah



Kunkun!!


Tadi aku buka account Nuffnang aku sebab nak tengok berapa wang yang terkumpul. Macam Roda Impian je wang terkumpul ni. Tapi wang tu takde la banyak sangat. Padan muka aku sebab malas update blog dan blogwalking.


Pastu entah kenapa gatal sangat tangan ni klik 'Keywords Analytics' kat Nuffnang tu. Untuk yang tak tau, 'Keywords Analytics' ni ialah keyword yang orang tulis kat Google yang membawa mereka sampai ke blog aku ni. Faham? Kalau tak pun buat-buat faham je la.


Pastu lagi kat 'Keywords Analytics' tu keluar la macam ni.

Last Month Rankings | 5 lucah from 10 list


Tak sangka daripada 10 hasil pencarian tertinggi, 5 daripadanya ialah yang mempunyai perkataan 'lucah'. Kalau Cara Memakai Kondom adalah benda lucah, maka ia dah jadi 6. Terpandang jugak yang bawah sekali tu, Awek Baju Kurung. Kenapa tak keluar awek berbikini atau awek short skirt. Kenapa mesti baju kurung? Hanya mereka yang tahu.

Last Week Rankings | 2 lucah from 10 list


Untuk last week, Cara Memakai Kondom tetap menerajui tangga teratas carta. Tangga kedua sampai keempat turut tidak berubah. Kepada yang cari Gigi Geraham Terbelah tu, nikmatilah panorama gigi geraham aku tu. Siapa pulak yang cari Lelaki Nakal dalam blog aku? Pastu cari Fauziah Gous Seksi. Aku sendiri tak pernah tengok ex-girlfriend aku tu pakai seksi. Kalau ada pun aku takkan upload dalam ni sebab aku tak berdendam walau cinta ditolak.


This Week Rankings | 3 lucah from 10 list


Akhirnya penguasaan Cara Memakai Kondom dipintas Bernafas Dalam Ego minggu ini. Filem Lucah dan Lucah kekal di tangga yang sama tapi pencarian Fauziah Gous Seksi meningkat 3 anak tangga. Yang aku berfikir sekarang ialah Poern.com tu. Mungkin tu petanda aku kena beli domain sendiri kot. Tukar apihelnino.blogspot.com menjadi apihelnino.com. Tapi aku sayang perkataan blogspot tu. Hahaha.


Tapi yang jelas, blog aku macam ada link dengan benda lucah. Mungkin kalau dalam industri hiburan, blog ini adalah simbol seks yang menjadi tumpuan mata keranjang selain laman web pornografi yang semakin banyak kena 'block' bagi yang nak buka menggunakan Streamyx. Aku cakap blog ni sebagai simbol seks, bukan aku ye. Aku ni takde simbol pun. Harap maklum.


Lepas ni silalah tulis keywords yang best dan lawak lagi. Aku suka. Hahaha.


Kunkun!!



12 comments:

wannurfazrini said...

HAHAH inilah org melayu suka search bukan2 kat googe . kan dah terkena blog masing2 .

sheera catus said...

pd pndapat aku..saje je tu google nk men2 ngn di0rg..cbe imagine di0rg yg 0tak xbape bt0l tu tgh excited search mnde ngarut2..ps2 xjumpe ape yg di0rg cari..tp jumpe blog2 yg brmanfaat lak yg bley wat di0rg insaf..mst frust gler di0rg tu.. kl0 kne lak dpt blog2 keagamaan sket gerenti insaf py..trus cancel niat asal..logik x?huhu

aq itz m3 said...

tahniah hehehe
but u r da best blogger
syabbass beteyy..=p

ismi jannati said...

search dalam new entri ni pun ada perkataan2 lucah tersebut..huhuhu..tak caye? tekan CTRL+F cari sendiri..

ciq b said...

hahahahahahahahahahahaha......ni jer ak bleh kate...
"hanya jauhari mengenal manikam.."
hak3......

ArifmoraleS said...

lucah blog mung apih...ha3

apih el nino said...

wannurfazrini.
buat malu org malaysia je la.
hahaha...

apih el nino said...

sheera catus.
aku memang sokong komen kau.
aku sendiri tak pernah terfikir camtu.
hebat hebat.

apih el nino said...

aq itz m3.
the best?
tak sesuai kot.
ramai lagi yang best.
aku orang baru lagi la.
but thanks :)

apih el nino said...

ismi jannati.
perkataan-perkataan tu ada dalam entry ni sebab aku nak tunjukkan yang perkataan-perkataan tu yang dicari orang.

apih el nino said...

ciq b.
jauhari tu sape?
manikam tu pulak sape?
hahaha...

apih el nino said...

ArifmoraleS.
blog lucah takpe.
jangan tuan blog tu lucah.
hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...