My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

31 October 2010

tips temuduga kerja




Kunkun!!


Tadi dapat satu panggilan telefon.


"Mohd Afif Rashdan? Semalam ada isi borang kerja kosong kan? Esok datang interview pukul 3.00 petang ye? Jumpa dengan saya Encik Khusairi..."


Simple, ringkas, teruja tapi menakutkan. Tak pernah hayat aku pergi temuduga kerja. Dulu pergi temuduga untuk Diploma Masscom pun aku main-main je. Tapi esok kena buat betul-betul sebab sekarang susah nak dapat kerja. Walaupun kerja part-time. Walaupun ada Diploma atau Degree.


Interview | Thanks for the experience even we failed


Maka hari ini menjadi sejarah bila aku search tips interview kat Google. Selama ni aku search benda lain je. Banyak jugak tips-tips yang aku dapat.


Do's...

01. Berpakaian kemas. Jangan terlalu seksi atau terlalu selekeh.
02. Bawa resume. Sebagai rujukan dan tanda anda memang bersedia.
03. Research tentang company. Search kat Google. Dijamin ada.
04. Ceritakan pengalaman. Maksudnya pengalaman kerja, bukan pengalaman putus cinta.
05. Be yourself. Jangan hipokrit berlakon jadi orang lain. Melainkan untuk jawatan pelakon.
06. Be careful. Ceritakan benda-benda baik bekas majikan anda.
07. Be confident. Percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan.
08. Duduk dengan betul. Duduk tegak, bersandar dan kaki kat bawah.
09. Berhenti dan berfikir jawapan. Jangan tergesa-gesa.
10. Tanya soalan. Cuti hari apa? Kerja berapa hari seminggu?
11. Biarkan penemuduga mengakhiri perbualan. Anda jangan nak tunjuk hebat.


Dont's...

01. Bersiul. Kalau nak sangat pergi ujibakat, bukan temuduga.
02. Merokok. Jaga imej sebagai pekerja yang bersih.
03. Bercakap perlahan sangat. Dah cakap kat atas, be confident.
04. Membersih tahi kuku. Sila buat benda tu sebelum datang temuduga.
05. Menggunakan bahasa lain. Kalau soalan dalam BM, jangan gatal-gatal nak speaking.
06. Menggoyang kaki. Dah cakap kat atas, duduk dengan betul.
07. Jawab sepatah-sepatah. Orang sedang menemuduga anda, bukan meminang anda.
08. Berpeluh lebih-lebih. Rileks. Bilik aircond. Peluh tak menjamin tubuh badan anda sihat.
09. Makan chewing gum. Makan sebelum temuduga takpe.
10. Main rambut. Pastikan rambut anda kemas. Guna la gel banyak-banyak.
11. Pegang itu pegang ini. Jangan tunjuk sifat gedik anda.
12. Memegang barang di atas meja. Tangan kat bawah. Ingat tu.
13. Menggunakan nama penemuduga. Jangan main-main takut dia sensitif.
14. Bercakap dengan gaya sekali. Jangan buat gaya dengan tangan.
15. Potong ayat penemuduga. Jangan tunjuk yang anda serba tahu.
16. Jangan menipu. Kalau tak tahu jawapan, minta maaf dan cakap anda tak tahu.

Be prepared...

01. Sikap penemuduga. Ada yang tegas, baik, gatal, miang, gedik, kelakar dan sebagainya.
02. Soalan sensitif. Mungkin tentang bekas kekasih atau arwah bapa anda. Jangan menangis.


Show your skill. Turn the negative attitiude to the positive answer...

01. "Saya hardworking. Kalau buat kerja sampai lupa lunch..."
02. "Saya tak pandai sangat mengeja, sebab itu saya selalu bawa kamus..."
03. "Hasil kerja saya jauh lebih kemas dari penampilan saya..."
04. "Saya akan marah diri sendiri kalau kerja saya tak berjaya..."
05. "Saya tak suka duduk kat rumah. Saya rela duduk kat office buat kerja..."
06. "Saya memang laju menaip. Sebab tu kerja saya cepat siap..."
07. "Saya kurang sabar tapi tu membuatkan hasil kerja saya lebih baik..."
08. "Saya kuat makan. Semua tu untuk memberi saya tenaga untuk bekerja lebih masa..."
09. "Saya selalu lupa bawa handphone sebab taknak handphone ganggu waktu kerja saya..."
10. "Saya selalu online Facebook sebab nak cari client untuk company ni..."


Soalan bocor : "Mengapa syarikat ini perlu mengambil anda bekerja?"

Jelaskan sumbangan yang dapat anda lakukan serta kualiti kerja yang anda miliki dalam ayat yang ringkas, padat, tidak terlalu panjang dan mudah difahami.



Nervous | Kiss me and I will be more confident


Sape-sape yang ada pengalaman kena interview atau interview orang boleh share.


Semoga berjaya kepada semua yang bakal ditemuduga.


Kunkun!!

4 comments:

Misterious Yuyu said...

hihi xsuke kan inteview2 ni..nebessss..tp dh lalui bnyk interview pon..tskkk...haruslah menempuhi nyer kan..so gudluck eh!

Ratu Mohamad said...

ahaks , chaiyok chaiyok !
yang penting just confident ! tu je . baru lah company tu nak ambik kita bkerja ! hu hu hu

jangan lupaaa janjiii kita ! ha ha

Anonymous said...

gud luck...

Nor Lyana said...

so true...hehe..nais..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...