My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

21 October 2010

DSLR bukan untuk bergaya okay?






Kunkun!!



Sejak aku tamat Diploma hari tu, tugas aku kat rumah ialah basuh kereta, beli lauk, buang sampah kat tong sampah besar dan ambil adik aku balik sekolah. Maka setiap petang hari persekolahan akan nampak la muka aku depan pagar sekolah adik aku tu.


Hari ni aku keliar awal pergi ambil adik aku. Masa tengah tunggu dia keluar tu aku tengok la gelagat budak sekolah zaman sekarang. Takde banyak beza dengan zaman aku sekolah dulu. Cuma ada satu benda yang zaman aku dulu takde tapi sekarang ada.


Budak bawa handphone pergi sekolah tu biasa. Budak dating lepas balik sekolah pun biasa. Budak lelaki bawa motor bila keluar pagar je terus pecut laju-laju pun biasa. Yang luar biasa ialah bila budak-budak tingkatan 3 atau 4 bawa kamera DSLR sendiri.

Nikon DSLR | Nikon Digital Single Lens Relfex


Dulu masa aku sekolah, masa tingkatan 3 aku takde walau satu biji kamera pun. Kamera yang guna Kodak pun takde. Masa tu sape-sape ada kamera digital dengan skrin 5.0 Megapixel dah dianggap hebat dan kaya.


Ada la aku terfikir, mungkin kamera DSLR tu sangat-sangat murah harganya sekarang sampai ibu bapa mereka mampu membelikan untuk anak yang masih bersekolah. Mungkin bagi mereka harga kamera DSLR adalah semurah harga pendrive 2GB. Aku cakap mungkin.


Mungkin juga sebab ibu bapa yang terlalu ikut kata anak yang suka bergambar sampaikan masa nak suap makanan pun sempat snap dua atau tiga keping gambar. Tak lupa juga bergambar dalam tandas walaupun hanya tandas awam.


Aku dari dulu sampai sekarang tetap setia dengan kamera handphone.
Cukup duit Nuffnang baru aku angkat DSLR satu sebab nak jadi macam Kasyah.


Kunkun!!



13 comments:

wannurfazrini said...

HAHA serious jijik gila tgk bdk2 dok posing dgn DSLR depan cermin . tah pape tah . geli tgk ! eyuwwww

ciq b said...

ak 1st!!!

"Hari ni aku keliar awal pergi ambil adik aku."

saloss eja 2 long..hihihi...

mcm trend dh skrg ni sume gne dslr kn??

tp aku sbnr nye x sabo nk tgok mu jd mcm kasyah...hihihihi

Khai The Kerozer said...

ala...budak2 zaman sekarang bukan reti sgt gne DSLR..main2 snap jer..kalo tgk pic..hampeh..blur la..over exposed la..under exposed la..ble tnye shutter brape dorang gne..dorang tnye balik..shutter tu ape...adess...

p/s:majoriti bdk2 gne mode auto jer...hehe

meowwmania said...

ada pulak yg belagak ngan camera DSLR tu padahal siap hutang bank rakyat lg nak beli ntah pape...tlg la jgn belagak, buruk oke!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

rock apa ada DLSR

apih el nino said...

wannurfazrini.
tau takpe.
tapi bila bagitau camtu kat diorang, diorang cakap kita jeles sebab takde DSLR.
haishhh...

apih el nino said...

ciq b.
mu second la.
nak aku jadi macam Kasyah?
"Cinta aku pada Ayu tak pernah mati..."
sama kan?
hahaha...

apih el nino said...

Khai The Kerozer.
amboi marah nampak.
aku tau kau pakar.
ajar la aku camne nak guna.
tapi aku takde pun DSLR ni.

apih el nino said...

meowwmania.
yes sokong sangat-sangat.
i like :)

apih el nino said...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o.
memang la rock tapi kalau nak bergaya baik takyah.
baik buat bisnes ke.
jadi photographer orang kawen ke.

Anonymous said...

sape punya tu?
how much 1 nde tu?

apih el nino said...

Anonymous.
tak tahu la harga dia.
ribu riban jugak la.

cn said...

same2..ckup duit nuffnang, angkat DSLR sebijik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...