My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

15 October 2010

prejudis media dalam bola sepak



Kunkun!!


Sumpah aku tak tau mana datang tajuk entry ni. Rasanya sepanjang tahun 2010 ni first time aku guna perkataan prejudis. Sila muntah jika itu dapat menenangkan perasaan anda untuk terus membaca sampai habis sebab sepanjang membaca entry ni anda akan ditemani ayat-ayat yang aku sendiri guna sekali dalam setahun. Hahaha...


Dua tiga hari ni heboh dalam TV atau suratkhabar pasal kes gaduh penyokong Selangor dan Kelantan kat Stadium Shah Alam minggu lepas. Lebih menyayat hati bila ada yang terkorban.


Sebelum tu ingin ditegaskan aku penyokong bola sepak Terengganu. Walaupun tak pernah miss tengok match Real Madrid dan Liverpool, aku tetap meletakkan Terengganu sebagai favourite team aku.


Apa yang aku perasan, dan mungkin orang lain pun perasan pasal kes gaduh penyokong Selangor-Kelantan tu, media hanya memperlihatkan keganasan penyokong Kelantan. Aku tulis ni bukan sebab aku nak back up Kelantan tapi sebab aku tengok semua media menyalahkan Kelantan. Lensa kamera sentiasa dihalakan ke arah penyokong Kelantan. Seolah-olah menganggap penyokong Kelantan yang akan memulakan pergaduhan.


Berita sukan kat TV hanya menunjukkan rakaman objek dibaling antara kedua-dua penyokong, bunga api dilempar ke arah ahli Bulan Sabit Merah di tepi padang dan penyokong Selangor berjalan sambil memegang kepala yang berdarah. Seolah-olah penyokong Selangor adalah mangsa keganasan penyokong Kelantan.


Tapi bila aku tanya kat salah sorang kawan aku, yang pergi Stadium Shah Alam malam tu, cerita dia berbeza. Dia cakap penyokong Selangor yang memulakan balingan objek ke arah penyokong Kelantan. Tapi benda ni tak didedahkan oleh media. Sikap prejudis media yang menganggap Selangor sebagai 'budak baik' dan Kelantan sebagai 'budak jahat'. Lagipun Selangor tu dah macam anak angkat FAM. So takkan ayah nak hukum anak kan?


Mengapa media tidak tunjuk rakaman penyokong Kelantan yang dipukul beramai-ramai sehingga hampir kehilangan nyawa? Mengapa tidak ditunjuk rakaman penyokong Selangor yang mula-mula membaling kerusi dan batu ke arah penyokong Kelantan?







| Semua gambar dari Kelantanfa.com |


Al-Fatihah untuk penyokong Kelantan yang meninggal dunia.


Harus diingat, media hari ini bukan sahaja pencatat peristiwa malah anda juga bakal mencipta peristiwa. Tolong kekalkan etika kewartawanan anda supaya tepat, telus dan tidak bersikap provokasi atau hanya menjaga kepentingan sesetengah individu sahaja.


Aku bukan penyokong Kelantan tapi aku kagum dengan penyokong Kelantan. Main kat tempat orang pun, penyokong dia lagi ramai dari penyokong tuan rumah. Alunan gendang yang tak berhenti. Maka tak hairanlah aku tengok pasukan Kelantan maju je.


Bagi aku, nak gaduh tak salah tapi satu lawan satu la. Kalau ramai-ramai hentam sorang, anak semut pun boleh jadi harimau. Cuba letak satu lawan satu. Be a man la.


Malam ni ada perlawanan kedua Kelantan-Selangor kat Stadium Sultan Mohamad Ke-4. Siaran langsung kat Astro Arena 801. So malam ni kita tengok la apa tindakan penyokong Kelantan kepada Selangor. Ada ke penyokong Selangor kat stadium malam ni? Tiba-tiba je aku jadi promoter Piala Malaysia. Hahaha...



Kunkun!!




5 comments:

saperakue said...

kunkun aku terharu baca entry nie~~
ada gak penyokong team laen yg tgk kelantan as pasukan yg selalu dianak tiri kan....

lan_ax said...

oo.. sy ingin tegaskan di sini, sy berada ditempat kejadian dan ape yg dikatakan media adalah betul!! tebuan kalau sarangnyer x dikacau, x mula menyerang dia.. tp kalau anak bini tebuan pn kena baling mercun, mmng mintak masalah la.. pasal mamat yg gambar kt atas ni, ape perasaan penulis kalau dia dtg stadium terengganu, habis game jer kuar stadium, mencarut maki hamun pasukan penulis?? sedangkan dia duduk di tpt penonton pasukan penulis?? agak2 x mati kt selangor, mati x kt terengganu?? kalo datang tpt org, beradab la.. kita ni org melayu penuh ngan adab sopan.. sy sendiri pn x pernah g tpt org pastu bakar2 line kt situ.. bkn tpt org jer, tpt sendiri pn tp kalo kt tpt duduk pasukan lawan, sy hormat mereka.. kuat sangat ke mamat kt atas ni nk langgar 30000 penyokong selangor yg datang??

Apih El Nino said...

saperakue.
kelantan dan terengganu selalu dianaktirikan kot.

Apih El Nino said...

lan_ax.
maaflah kalau ada yang tersinggung.
tapi tak perlu la nak berbunuh sebab bola.
bola tu utk mengeratkan silaturrahim bukan memutuskan.

kupu-kupu_cinta said...

yup nape mesti sampai ada yg terbunuh sbb bola? huhuhu sedih nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...