My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

02 October 2010

kesan sakit gigi kepada blogger






Kunkun!!



Sejak dari semalam aku just baring atas katil. Macam takde tenaga nak bergerak. Nasib baik laptop aku ni pun kat atas katil jugak. Kalau tak nak memang aku tak online.


Sebenarnya sejak dari semalam aku sakit gigi. Gigi geraham aku berlubang. Sape-sape yang pernah rasa sakit gigi mesti tau camne rasanya. Nak cakap pun takde daya. Nak menyanyi? Jangan harap la. Semalam aku emo je.


Hari ni gigi tu still sakit. Aku tak makan apa-apa hari ni. Just minum air je. Aku bukan jenis pergi klinik. So tahan sakit je la. Mak aku buatkan ubat tradisional tadi. Bukan untuk cabutkan gigi tu tapi just untuk hilangkan sakit. Dia suruh aku berkumur dengan air panas dicampur dengan cuka.


Pain Killer Old Style | Pahit masam masin


Tengok gambar pun dah tau macam tak best kan? Apetah lagi aku nak masukkan dalam mulut ni. Tapi habis jugak la segelas tu aku berkumur tadi. Tiga empat kali jugak tertelan. Rasa macam asam jawa basi je. Hahaha.


Sekarang sakit gigi tu masih terasa. Aku pun baru lepas makan Panadol. Nanti kalau larat aku blogwalking. Kalau tak esok la aku up traffic korang ye. Sorry kawan-kawan.


Kunkun!!



18 comments:

pu3iman said...

syyhh...sakit gigi kena rehat, jgn byk gerak..tambah2 kat area mulut tu. Duduk diam2 oke :p (sorang adik yg prihatin nih hehehe)

kan senang ge klinik...at least doktor tu tampal je mana2 yg berlubang. (gaya sorg mak tiri yg buat2 prihatin)

4RM14 said...

ha.. tu baru sakit gigi.. xtahan da.. allah baru bagi dugaan sikit jer.. lepas ni xtau ah nyakit mend agi dapat.. nk bgi peringatan je tu.. doa la byk2 supaya cepat sembuh.. tu je ubat yg paling mujarab...

ayleencutegirl said...

sama..gusi smpai bengkak sebab sakit gg..T_T

Tengku Nadhirah said...

gigi cam berlubang?
hurmm, kene cepat2 pegi klinik..
jgn biarkan ia terdedah begitu.. takut bakteria akan lebih mengganas!~

please seek the dentist k! ^_^

mIMey said...

siyes mmg sakit lar skit ggi..huu,,,dh tumbuh gigi bongsu? yg tu lagi sakit,,hhuu

jijie said...

sakit gigi nak besar ke ape ni? hihi...
azabnye... T_T

TabuanMas said...

CUBA GUNA UBAT GIGI SYNSODEN. MUNGKIN BOLEH BAIK. SELAMAT MENCUBA.

lurunharima said...

alahai ciannye~
semoga cepat sembuh yer anda :)

Anonymous said...

LU NI LAWAK LA..MAU GELAK SAKAN AKU MEMBACANYA..

apih el nino said...

pu3iman.
terima kaseh adik yg prihatin.
tak lupa terima kaseh mak tiri yg kononnya prihatin.
hahaha...

apih el nino said...

4RM14.
ye aku tau.
sakit ni tuhan nak buang dosa-dosa kita.
terima kasih sebab mengingatkan.

apih el nino said...

ayleencutegirl.
jangan cabut gigi masa gusi bengkak.
nanti melarat.
get well soon okay :)

apih el nino said...

Tengku Nadhirah.
nanti habis belajar bukak klinik gigi kat ganu neh.
thanx for the advice cik doktor :)

apih el nino said...

mIMey.
gigi bongsu tu camne?
tak kenal la.
rasanya dah tumbuh kot.
huhuhu...

apih el nino said...

jijie.
mestilah baru nak membesar.
kita budak lagi ni.
hahaha :P

apih el nino said...

TabuanMas.
tak sempat guna ubat gigi la.
dah cabut tadi.
hehehe...

apih el nino said...

lurunharima.
thanks ek.
really appreciate it :)

apih el nino said...

anonymous.
thanks.
aku anggap tu satu pujian.
hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...