My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

22 June 2011

parut itu kekal tidak tertanggal






Kunkun!!


Suatu masa dulu seingat akal, berlaku tragedi jatuh basikal. Terpijak segulung wayar kemudian terperosok dalam longkang besar. Terbabas dalam cuaca panas. Basah, busuk, kotor, berdarah. Bingkas bangun, berdiri, mujur tiada manusia memerhati. Dalam payah, tetap gagah berkayuh pulang ke rumah.


Selepas mandi dan cuci, dengan kudrat sendiri disapukan minyak di siku, lutut dan dahi. Entah kenapa, ditiup luka. Mungkin udara dapat mengurangkan sakit yang terasa. Imej di cermin yang terpantul memaparkan kanak-kanak yang luka dan bengkak terbonjol. Saat berganti saat, luka di lutut terasa sakit yang amat sangat. Hari berubah, luka turut menjadi parut yang merah merekah.


Hari ini, parut di lutut masih terlekat rapi. Tapi luka di lutut kerana kemalangan tidak lagi menyakitkan. Ada luka yang lebih menyeksakan. Bukan jatuh basikal, tapi jatuh cinta yang kadangkala tak tercapai dek akal manusia. Luka di lutut lebih senang diubati daripada luka di hati.




"Parut di badan menunjukkan kita ada kelemahan sendiri.
Parut di hati menjelaskan kita pasti akan disakiti.
Parut membuktikan kita manusia yang tidak sempurna.
Parut mengingatkan di mana kita pernah berada..."
(Afif Rashdan, 22O62O11, O638)


ps : Entry tergantung awal pagi. Biarkan hati menyanyi, jari menari ;)


Kunkun!!





9 comments:

Sutera_suci said...

kun kun tu apa?


Kalau parut tu boleh rasa macam eskrem kan best. Rasa sedap pastu telan. Pastu nak lagi.


Salam kenal.

Nurul Jannah said...

bbetul tu..parut luka boleh sembuh, parut di hati boleh lembali berdarah :)

Unknown said...

parut kat ati xmudah nak sembuh,,huhu,,

Unknown said...

sangat mendalam entri ni..
btw saya ada parut kat dagu :)

wannurfazrini said...

sobs :'(

wawalicious said...

CN pun banyak..

iKhRam said...

gagal dalam percintaan adalah lumrah sebelum menemui cinta yang sejati.. sabar saja..

rasanya anda perlu melupaka cinta andayang lepas2 mulakan yang baru..

Anonymous said...

terfikir kejap.. tapi menyayat hati duh.. sajak kah itu??
ahahahha

Anonymous said...

parut lama kalau terbuka kembali berdarah jawabnya (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...