My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

23 September 2011

kita kenal hanya dalam muka buku




Kunkun!!


Agak meriah suasana ruang tamu rumah Syafiq pada malam itu. Kelihatan kedua-dua anaknya riang bermain dengan datuk dan nenek mereka. Suhaila yang baru keluar dari dapur tersenyum melihat telatah mereka semua. Syafiq yang sedang menonton TV juga tersenyum melihat kedua ibu bapanya mengusik cucu-cucu mereka. Kehadiran ibu bapanya dari kampung menambah ceria rumah mereka pada hari itu.



Suhaila duduk bersama mereka di ruang tamu. Gembira sekali dia melihat ibu dan bapa mertuanya. Walaupun usia semakin meningkat mereka tetap kelihatan mesra.


"Mak. Macam mana mak kenal dengan ayah dulu-dulu?"




Suhaila mencelah bertanya ibu mertuanya. Bapa mertuanya hanya tersenyum menanti jawapan dari isterinya. Syafiq juga memasang telinga.



"Dulu ayah kau ni selalu datang kedai mak, usik-usik mak. Dari situlah Sue..."



Suhaila mengangguk kepala tanda faham. Tiba-tiba bapa mertuanya pula mencelah.



"Sue pulak macam mana boleh kenal Syafiq ni?"



Syafiq melihat Suhaila. Buat beberapa saat mereka bertentang mata. Berdebar-debar dia menunggu jawapan dari mulut isterinya.


"Semuanya bermula dari satu Friend Request. Dia add Facebook saya..."


Serentak itu Syafiq ketawa. Merah muka Suhaila bila Syafiq mentertawakannya. Ibu dan bapa mertuanya pula berpandangan sesama sendiri. Mereka sebenarnya tidak faham dengan apa yang diperkatakan oleh menantunya itu.


ps : Dunia makin maju. Entah patut percaya atau tidak pada cinta muka buku ;)



Kunkun!!




20 comments:

bella luna said...

cinta cyber,manusia dah maju,bercinta pun melalui internet,aku tak percaya cinta muka buku,..bdw,nie pic, ske pic tue,sebab mak aku,.mak aku ske tgk org2 tua yang masih berpimpinan tgn even dah tua,masih jelas bibit2 cinta diantara mereka,they are so sweet;)

ainna baijan said...

agak la....bleh caye ker ala2 cinta muke buku tu???

si macho said...

terpulang kot . .kalau dah jodoh kan .. kuasanya tuhan :)

Nisa Si Gadis said...

prcaye ker tak ea ? err ntah 50/50 . hehe . skrg semua dah maju . org pown bole b'cinte dlm fesbok . tpi kalo dah jodoh kite nak buat mcm mane kan :D

mac said...

for me ...xsalahnya pon kalau kenal kt mana2 ..
kenal dr fb pon okei ..
tp awasla kan sbb kawan fb kan ramai ..
takot pakai buang je nanti ...lol :D

nick dot anis said...

btul3...ramai kot yang kawen n bahagia dengan cinta siber:-)

EKIN said...

boleh ke ? rasanya tak ! but nothing is impossible kan. we cant predict n know. ~

Amna.Qadeeja said...

terpulang. kalau rasa percaya, percaya jela. pndpt masing2 kan. kalau dah jodoh cara macam ni nak tak nak kena terima jgk kan? jodoh itu rahsia Allah. :)

Cik Peanut said...

kadang2 takut nk kawan dengan kawan2 kat fb yang baru kenal. yeah, strangers. tapi kawan2 kiter skunk pun pernah once jadi strangers dulu kann. kawan2 bolehlah. bercinta tu hold on dulu.

Mimi Marilyn said...

cinta FB . haha ^.^

up traffics blog said...

harusnya kenal dengan bertatap muka tambah ok

ciNdhaDahniEa said...

cinta muka buku - najwa latif

~hihi kalaw dah jodoh tu nak buat macam mane ye dak? =)

zahidah seran said...

tak percaya cinta muka buku...=(

ieyza afieyna said...

terasa nak nyanyi lagu najwa latiff- cinta muka buku.. hee ^^

*rainyscream* said...

ahaha..jodoh~
ada bro tu dah bertunang dgn girl kenal kat fb je. hopes berkekalan. amin.

ainina jelani said...

eh kita kenal kat mukabuku kan? hihi

tak boleh nak caya sangat la kan , tapi ada je yang kawin dengan pasangan yg mereka kenal kat mukabuku

El-Janna said...

cinta kan berada dimana mana. hehe xsalah pun tapi kene dengan caranya^^

s u a r a h e a R t y said...

cinta saya cinta muka buku :D

Anonymous said...

cinta sy cinta muka buku....dan sy bahagia...=)

Javed said...

“this is very interesting. thanks for that. we need more sites like this. i commend you on your great content and excellent topic choices.”
ld hardas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...