My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

25 September 2011

single itu memang best sebenarnya





Kunkun!!


Dia sedih. Dia baru putus. Dia masih tak dapat lupakan kekasih lama dia. Yang sorang lagi tu sedih sebab tak bercinta lagi walaupun umur dah meningkat. Jika anda mengenali orang sebegini atau ada masalah tentang single atau couple, jangan takut. Kat sini orang single nak cerita apa yang best single ni.




Manipulasi Masalah

Orang single tak banyak masalah. Kalau dia ada masalah pun dia cuma fokus pada masalah itu sahaja. Tidak perlu mengada-ngada mengadu pada kekasihnya konon meminta sedikit semangat untuk hadapi masalah itu.


"Mujurlah Mizie dah putus. Kalau tak lagi serabut dia dengan perangai Jue tu..."


Orang couple pun ada masalah juga. Tapi dia ada satu masalah yang tiada pada orang single iaitu masalah hati. Masa bahagia dia tak boleh terlalu bahagia sebab kesedihan boleh datang bila-bila masa. Biasalah adat bercinta.

"Rileks la Farhan adat bercinta la bro semalam happy hari ni gaduh..."


Bila Berkawan


Orang single boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Lelaki single boleh add ramai perempuan dekat Facebook dan sebaliknya. Tidak perlu takut akan ada orang cemburu.

"Giler la Apek hari-hari add awek baru kat Facebook. Orang single bolehlah..."


Orang couple pun boleh berkawan dengan sesiapa sahaja tapi ada had. Bila berkawan jangan nak menggatal. Tak boleh berkawan dengan orang itu atau ini sebab pasangan tak suka. Jangan terkejut sebab benda ni memang ada.


"Arif. Listen here. Jangan rapat sangat dengan Aming tu okay. I tak suka!"


Kebebasan Kehidupan

Orang single memang bebas. Dia boleh buat apa saja dia nak buat dan tak ada orang nak halang. Masa single ialah masa untuk capai apa yang kita nak sangat dalam hidup.

"Rohaini dah pergi Jepun pagi tadi. Dia dapat cuti seminggu..."


Orang couple tak sebebas orang single. Kalau nak buat apa-apa kena beritahu. Beritahu tu dah satu hal, kalau tak dapat kebenaran kena pulak pujuk itu dan ini. Bebas tapi terhalang.

"Armia pergi England sorang je. Nasrul tak ikut sebab girlfriend dia tak bagi..."


Kawalan Kewangan


Orang single tak perlu risau tentang kewangan. Kalau nak makan, cuma makan dan bayar untuk seorang. Nak tambah pun cuma perlu angkat tangan dan order.


"Syafiq tu tak berkira kalau bab makan. Untunglah bakal isteri dia..."


Orang couple perlu makan untuk dua orang. Lelaki biasanya akan bayar. Jadi kalau nak tambah tu kena fikir dulu. Takut lari bajet.


"Hari tu Mustaqim tak makan bukan sebab dia kenyang tapi dia takde duitlah!"


Teori Tanggungjawab


Orang single kurang tanggungjawab dia. Bangun pagi kalau rasa malas makan tak makan pun tak apa. Makan je petang nanti. Dah jimat duit macam yang diberitahu dekat atas ni. Mungkin ini sebab kenapa lelaki lagi suka single.


"Syazni tu dapat gaji terus beli Myvi. Orang takde tanggungjawab biasalah..."


Orang couple lain. Orang perempuan yang couple banyak tanggungjawab dan orang lelaki yang couple lagi banyak tanggungjawab. Lelaki kena melindungi pasangan bila keluar, kena bersedia bila-bila masa kalau pasangan minta tolong.


"Kesian Hazwan. Pukul 7.00 pagi dah kena ambil girlfriend dia balik kerja..."


ps : Nak senang cerita kalau tak dapat setia tolong jangan bercinta ;)


Kunkun!!




20 comments:

Mra Mastura said...

name kawan2 jugak dlm dialog tu ye :)

nice! single la best! keh3. x pandang hp due tiga hari pun x apeee

ChEnTa HaTi ZaTi said...

entry yg best..
single itu indah bila kita tahu menghargainya..
hahaha..tetiba plak kan..:)
tapi entry ni mmg terbaik..^_^

Sylangster Pressure said...

dear heart, i am lonely but i am not ready yet..haha

.ain. said...

hahaha. nice one :)

Nasuha Suhada said...

entri best! ada dialog siap.. hee~

s u a r a h e a R t y said...

hebat :)

Aini Adam said...

niceeeeeeeeee..! agreed!

Amna.Qadeeja said...

haha taw xpe. org lain bercinta dia pn nak bercinta jgk. tyme ade masalah mulalah menyesal nk jd single balik ;D

Miss A said...

aku sangat setuju post yang ni. sebab tu aku xpernah berkapel smpai skrg. kebetulan aku pun ada buat entry pasal single. jmput2 la jenguk eh :D

Gadis mutiara said...

LOL=)..Setuju ni

misyamissyou said...

hehe..single mmg best! :) tp sbnrnye semua keburukan bercouple tu boleh dielakkan..yg perempuan xyah nak mintak/demand sngt..yg lelaki, pn same..boleh jugak hidup cm single.. :)

is enjoying being a single..hehe

selembut salju said...

sangat berkait tajuk dan watak
(= haha

IZYAN KAHER said...

very well said!!:)

http://supersapienstory.blogspot.com/2011/09/single-is-cool.html

IZYAN KAHER said...

very well said!!:)

http://supersapienstory.blogspot.com/2011/09/single-is-cool.html

Saraa Ali :) said...

sokong 200% entry ni. single is free, free is bebas. ooyeaah :D

E Ja said...

betul ape yg ditulis kat sini. tapi persoalannya, cukup kuat ke seseorang yg dah lama kapel tu utk kembali single, nak2 lagi masih syg dgn ex nya? sj je nyampuk cni. hope sume yg tgh patah hati skang ni jd kuat skit lpas baca entri ni. =)

Evran Love said...

emmm..aku xpercaya dengan cinta..ahaaa...:-D mood nyanyi...

norashikin muslim said...

blog terbaik yg penah sy lawati teringin nk berkenalan dgn bloger ni!.

Julia Inne said...

SEBAB-SEBAB KENAPA AKU SELESA HIDUP SINGLE:

1-aku malas nak berkejar2 balik keje kene masak, kene jaga anak, kemas rumah, basuh baju, dan segala macam keje rumah. kalo duduk sorang2, malas mcm mana pun tak apa…kita tahu bila kita nak mengemas.

2-aku malas nak jaga mak bapak dan adik beradik serta sedara mara orang lain. Family sendiri pun bnyk lagi yg aku tak dapat nak bagi, sorryla nak hulur duit kat family orang lain. belum tentu org suka pun.

3-aku malas nak balik kampung org lain masa raya. belum tentu best macam kampung sendiri.

4-aku malas nak kena report2 itu ini. jgnkan kawin, bercinta pun dah penat sbb kene wassap sepanjang hari. blue tick boleh buat gaduh. habis bila kerja nak siap??

5-hari cuti tak leh bangun lambat. lagi2 kalo kat rumah mentua. ah, weekdays dah penat keje bangun awal bagai, hari cuti pun nak kene bangun awal jugak? pastu malam, kita la yg paling lambat masuk tido. haih.

Javed said...

“this is very interesting. thanks for that. we need more sites like this. i commend you on your great content and excellent topic choices.”
ld hardas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...