My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

25 November 2011

penamat cerita dia permulaan cerita kita





Tersepit antara persahabatan dan cinta. Menjadi orang tengah yang sentiasa gusar kalau buat baik dengan yang ini, yang itu terluka. Mungkin itu situasi yang paling sesuai agaknya. Cuma dalam kes kali ini aku cuma penonton setiap watak dan babak yang ada.



Dulu mereka bercinta. Tapi tidak lama. Mereka berpisah dengan rela. Dan sejak itu mereka berkawan seperti biasa. Mungkin tidak semesra saat mereka bercinta.


Dan hari ini, yang perempuan bercinta dengan lelaki lain pula. Lelaki yang dulu cuma kawan biasa tapi sekarang putera raja yang bertakhta. Dan teman lelakinya yang baru ini juga adalah rakan kepada teman lelakinya yang lama. Bayangkan bekas kekasih anda bercinta dengan rakan anda.


Mungkin agak berat tapi walau sesukar mana, hakikat harus diterima. Kenapa harus menatap bingkai kaca yang pecah berderai, yang mustahil untuk dipadankan semula? Serpihan kaca yang pecah itu kalau dapat dipadan semula pun tetap tidak sama seperti sediakala. Daripada cuba mencantumkannya yang mungkin menyebabkan jari terluka, lebih baik bangun mencari bingkai yang baru pula.




Yang berlalu biar berlalu kerana pasti ada hikmah disebaliknya. Tak salah meratapi cinta yang gagal tapi jangan terlalu lama. Kerana setiap pengakhiran sesebuah cerita adalah permulaan cerita yang baru dibuka.


Dia, dia dan dia kawan aku walau kita tidak serapat mana. Siapa aku untuk menentukan hidup dia, dia dan dia tapi sebagai kawan, aku cuma mahu lihat dia, dia dan dia bahagia tidak kira dengan siapa pun pasangannya.


Aku tidak mahu orang lain merasa juga ketidakbahagiaan yang aku ada.


ps : Sukar menjadi pelakon cerita cinta segi tiga bila kita bukan watak utama ;)




9 comments:

Unknown said...

itu lah realiti yang harus ditelan.
kisah cinta 3 segi memang perit..

mar ismail said...

putus cinta bukan pengakhiran kepada sebuah kehidupan. :) cinta itu indah kalau jalan ceritanya dibina dengan kasih sayang. :)

tirahzairi said...

sy, awk, dia, dia, dan dia...semuanya tidak sama...yg pntg kita bahagia...hehhee

eisha said...

susah bile jd cinte 3 segi nie..kdg2 bile kite lepah org 2 pon , kite kan ase gop sedih bile ye ad org len n hop paling perit bile kwn bek kite diri..p mende lepah tue, lepah je laaa..kite redhooo...bkn jdh kite laa tue..

NN said...

cinta bersegi2 ni sangat2 menyakitkan..
Inspirasi Nurul Ain

Unknown said...

cinta itu mainan dunia...

AA said...

realiti yg pahit. pahit pun telan jugak :')

amirah said...

cinta hanya sekelip mata
jom tgok blog kita lak..huhuhu

Anonymous said...

listen tu matta,dua cinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...