My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

18 October 2012

dia



Dia cinta pandang pertama. Siapa dia? Itu yang sedang duduk di meja di depan tangga. Berbaju merah bercardigan putih bersama kawan-kawannya. Berborak tanpa menghiraukan sesiapa. Sesekali dia tersenyum dan ketawa. Comelnya. 



 

"Hai awak jom makan sama-sama?" Dengan penuh berani aku bagitahu dia. Dia diam tak kata apa. Sebab aku kata dalam hati saja. Aku gila-gila tapi tak gila.


Sesekali kami bertemu tanpa sengaja. Maklumlah berkongsi bangunan yang sama. Biasanya aku cuma dapat senyuman dari dia. Kalau ada bonus pun mungkin jelingan dia yang menggoda. Aku suka tapi aku tak boleh buat apa-apa sebab dada aku berdebar laju macam kereta lumba.


Dia mungkin nampak pemain bola yang aku puja. Dia mungkin nampak telefon bimbit yang aku guna. Tapi dia tak pernah tahu orang yang paling aku suka adalah dia.


ps : Ada baiknya perasaan ini dipendam sebab kalau diluah pun orang takkan faham ;)



12 comments:

Fiza Suhaimi said...

memang menyakitkan kan apih kalau kita terpaksa memendam perasaan itu.. tapi berdoalah and just percaya pada jodoh, akan ada nanti.. InsyaAllah.. :')

✿Lady Ainaa✿ said...

sedap betul pengolahan ayat awak.. btw, memang sakit pendamkan perasaab mcm ni.. ena pun pernah pernah alami dulu, dengan doa dan sabar, Alhamdulillah dia sudah menjadi tunang ena... kuasa Allah

zanairin said...

ada masa elok diluahkan..:)

Nurmujahidah Ismail said...

huhu,,, apih is in love,, :D

Zul De Alexis said...

tiba masa yg sesuai luahkan..kalau itu mungkin lebih baek :)

shafiqabdshukor said...

cepat bro..
kena usaha gak..
kalau x usaha mcm mana nak dapat huhuhu...

Mk Syahir said...

sekarang aku sudah tau..terima kasih awak atas itu..

bhahaha

a i m z said...

btoi, kalo luahkan pon bukan org paham.
baek pendamkan, dan luahkan dengan cara yg betul bila tiba waktu yg sesuai.

shazida said...

suka cara anda! simple tapi mesej akan sampai.. :)

Alin Marlini said...

jgn suka pendam nnt makan diri...hehehe

Ana Farhana said...

hehehe, bukan main lagiii... :')

Psi na prodaju said...

Great post ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...