My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

05 October 2012

rapat



Rapat dihala garfu dan Maggi perisa kari ke mulut lalu ditiup supaya kurang rasa haba. Tiba-tiba speaker telefon bimbit Samsung bergema. Satu mesej diterima. Mesej dibuka. Panjang mesej dia. Mesej dibaca. Angguk kepala. Bukan sebab faham tapi sebab kenal siapa pengirimnya. Telefon bimbit diletak di atas meja. Mata memandang Maggi kari dalam mangkuk kaca. Garfu dicapai dan acara makan disambung semula. Tiupan dan suapan Maggi kari ke dalam mulut berlaku dalam satu harakat yang senada. Nikmat tak terkata.



Sambil makan sambil senyum macam orang gila. Suka. Tak sangka dia sudi kenal dengan aku yang tak seberapa. Macam tak bertepuk sebelah tangan rasanya. Macam impian jadi nyata. Macam Cinderella yang dipakai kasut kaca oleh putera raja. Macam Princess Fiona terima Shrek sebagai suami walaupun lelaki itu raksasa. Ahhh jangan jiwang sangatlah wahai jiwa. Mengada-ngada.


Teringat mesej tadi. Pucuk pangkal dia ialah dia nak kenal aku dengan lebih rapat lagi. Dia tanya aku sudi atau tak sudi. Nampak macam dia serius sangat kali ini. Seram pula rasa hati. Meremang bulu roma dari kepala sampai kaki. Suka dan risau bercampur seperti Maggi kari dan telur bercampur sampai sebati.


Mesej itu dibalas dengan satu smiley senyum di belakang. Harapnya smiley itu mampu buat dia tenang. Sebab smiley itu mampu buat aku rasa senang. Aku tak suka sesuatu perbincangan panjang dalam bentuk mesej berlaku dalam suasana tegang. Kesan smiley itu sangat mendalam walaupun bagi sesetengah orang meletak smiley itu sikap tidak matang.


"Saya lebih selesa berkawan. Rapat atau tak itu biar hati yang tentukan :)"

 

Bagi aku daripada kawan nak jadi kawan rapat melalui banyak peringkat. Tak boleh main lompat-lompat. Aku sebenarnya takut nak rapat dengan dia sebab aku takut nanti dia akan tinggalkan aku macam orang-orang yang aku pernah rapat.


ps : Hati aku dah terkunci. Tapi kalau kau berani, kau boleh cuba curi ;)



17 comments:

cik stella said...

ooohh ! so sweet . hope kekal jadi kawan rapat :)

mia kaftiya said...

wow, comelnya entri ni! muehehe..

Neo89 said...

Yerr~ tanyalah hati. Heheh. Nice! btw, first time singgah sini. Blog nie menarik (cubaan untuk mengutuk). Oh, aku Neo. :)

iszieylyanziy said...

sweet taw!! mohon copy quote :)

erika kimochiwa said...

comel nya entri niee.. senyum sorg2 bace.. :)

Fiza Suhaimi said...

fiza pun takut nak rapat dengan seseorang.. fiza takut dia tinggalkan fiza tanpa sebarang kata.. biarlah hati dan masa tentukan segalanya.. :)

cik mimey said...

kekadang jadi kawan rapat lebih baik jika sayangkan kawan takut-2 kalau dalam perhubungan serius bersama kawan rapat akn btkaw lain .

Tieah Madian said...

Ahhh. Tetiba aku rasa jatuh cinta dengan entri ini. Oh tidak!

*Kalaulah "dia" seperti lelaki yang menulis entri ini, alangkah elok dan gembira rasa hati.

bukankosong said...

berhati-hati ye

miera edora said...

Aku suke part yang kau cerita pasal smiley tuh. Betul, cuma orang tertentu je yang akan faham :)

Lea said...

suka entri ni! like!

lurunharima said...

Adoi.. tak pernah tak suka entry awak. enche apeh :))

Halimatun Sa'adiah said...

teknik penceritaan yg menarik..shuke gaye bhs anda

razy ryzal said...

terasa tersentuh . . .

drheartymza said...

nice entry. memang betul sgt la tu . yang kita rapat tu la yang paling senang nak tinggalkan kita .

greenveined said...

=)

cik nAdyYa ツ said...

jadi kawan rapat lebeh baek :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...