Tweet
Follow @afifelnino
Lonely
I'm Mr. Lonely
I have nobody
For my own
Button 'Stop' di Winamp aku tekan dengan menggunakan mouse tanpa wayar yang aku baru beli. Winamp seakan memerli walau mengerti. Kenapa perlu pilih lagu yang menggambarkan apa yang tergambar di hati? Kenapa perlu lagu tadi?
Aku terbaring di atas tilam lama yang aku alih letak di tengah-tengah bilik di bawah kipas yang berpusing mengeluarkan bunyi yang membuai telinga. Kipas berkelajuan lima itu saksi segala aksi di atas tilam lama yang sudah pudar warnanya. Laptop di bahagian atas kepala. Mouse di atas tilam mengeluarkan cahaya.
Rasa malas nak buat apa-apa. Nak makan pun tiada selera. Nak keluar pun tak bermaya. Nak download porno pun malas walaupun Internet di rumah aku laju gila. Satu keluhan hampa dihela. Semua ini sebab cinta. Ya, aku baru putus cinta. Cinta yang sudah berbulan dijaga punah sekelip mata. Aku jadi marah tiba-tiba. Celaka.
Kawan-kawan aku mesej ajak keluar tapi aku tolak. Cuma kadang-kadang kawan baik aku telefon dan kami berborak. Kawan-kawan aku beri kata semangat supaya aku kembali berpijak.
"Bangunlah budak! Duduk rumah tak keluar mengalahkan orang beranak!"
Itu antara mesej mereka yang buat aku gelak.
Letak kaki. Melutut kanan dan kiri. Perlahan-lahan digagahkan hati. Berdiri. Kali ini aku akan cuba berjalan sendiri. Kali ini berjalan seorang diri. Sekali. Kemudian dua kali. Kemudian tiga kali. Kemudian aku sedar aku boleh berjalan tanpa dia di sisi. Mungkin nasib aku baik sebab ada kawan-kawan yang memahami. Kawan yang selayaknya dipanggil kawan sejati. And I'm finally starting to realize that being alone doesn't have to mean being lonely.
ps : There's a 'Hell' in every 'Hello'. There's a 'Good' in every 'Goodbye' ;)
8 comments:
sempat lagi selit porn . kehkeh
putus cinta ? err ini parah terbawa bawa ni .
sabar jela ye, tuan blog. :)
move forward. bila kita bgn, maksud kita kuat, masa kita kuat Tuhan akan bantu kita. banyakkn berdoa. :)
ada yang lebih baik menanti..InsyaAllah..
*perjalan hidup itu pahit kerana syurga itu manis*
chill bratha :-)
Betui tu. Being alone doesn't mean that u have to be lonely. Besyukur ada kengkawan di sisi. Cheer up!
manusia tu x pernah lonely... syabas sebab x ikut-ikutkan sangat perasaan tu... harus kuat... lonely? katakan tidak!
awak x lonely lah..Allah ada :)
it is a huge better for broke up this time then after put the ring on her finger right?
believe, there is someone our there, waiting and definitely for you. ^_^
Assalamualaikum.
yg bab download video porno tu je aku nk tnya kepastian.. hehehehehe...
Post a Comment