My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

31 December 2009

GC top 10 moments 2009

klimaks untuk GC countdown ialah top 10 GC moments 2009... moments yang mungkin happy atau sedih... aku senaraikan 10 detik paling diingati bagi GC sepanjang 2009...

10 - GC late night BBQ
semuanya berlaku tanpa dirancang... first, umah staqim takdop orang... then, kitorang pegi lepak... pastu, kitorang rasa lapar... after that, kitorang pegi giant... then, farhan pegi ambik asya... thus, kitorang beli makanan BBQ... kemudian, kitorang buat rempah BBQ ikut suke ati kitorang... akhirnya, kitorang buat BBQ kat belakang umah staqim... start pun kul 12 dah... habis kul 4... best siot... kadang² kita tak perlu merancang sebab tuhan dah tentukan...

GC master chef | farhan, apih, staqim, apex, hazwan, arif, asya

9 - GC futsal new winning streak record
target bila GCFC maen futsal ialah - menang dengan gaya permainan yang cantik... dan pada tahun 2009 GCFC mencatat sejarah tersendiri apabila mencatat 17 kemenangan berturut² bermula dari match 50 sampai match 66 yang menyaksikan rekod tanpa kalah GCFC dikekalkan dari julai 2009 sehingga disember 2009... bermula dari kemenangan masa lawan team darimi, rentak kemenangan dikekalkan ke atas team din kepok TATiUC, team poji hazlan bistro, team hassan ss, team beran (4x), team mat syariman (2x), team abang hazwan, team senior UM, team the striders, team syakir sembeir, team mat wa permint, team muiz TATiUC dan team abang farhan...

superstars GC | arif, apih, farhan, staqim, hazwan, armia, burn, mizie

8 - GC revolution
bermula julai 2009, GC bukan lagi Geng Celake tapi GC ialah Gangs of Crows... revolusi ini dilakukan selepas mendapat beberapa teguran membina dan selepas satu meeting, GC berubah wajah... logo lelaki berpayung telah berganti dengan logo sang gagak tunduk... sebab apa Gangs of Crows?? sebabnya ialah hidup kami umpama sekawan gagak... gagak ialah burung yang hitam,
liar, tidak dibela dan'jahat' dalam keluarga burung... bagi kami, there's nothing wrong with being a crows... if you compared them to poor caged birds, crows are much better... being crows are good enough for us...

GC brothers | apih, farhan, mizie, staqim, arif, hazwan, apek, aminx, burn, nasrul, armia, capix, along

7 - GC : "juliet is our perfect girlfriend"
juliet adalah nama wanita yang akan diingat oleh setiap ahli GC... juliet hanyalah fantasi dalam minda GC... sebab juliet adalah satu lagu yang dicipta sendiri oleh GC members yang dinyanyikan oleh GC band dan diupload di youtube dan mendapat respon yang agak baik... bukan niat untuk berbangga diri namun vokalis BLiZ turut memuji langkah GC band yang mendapat
pengiktirafan selaku indie band pada tahun 2009...

GC and juliet | aminx, staqim, farhan, hazwan, apex

6 - GC over-overnight KL
GC memecah tradisi untuk lepak kat KL sempena meraikan birthday salah seorang member GC iaitu jadira... maka bermulalah journey kami di KL... midvalley megamall, times square, bukit bintang, KLCC etc... kami terpisah sewaktu menaiki LRT pada hari yang terover ramai orang sebab weekend and malam tu ada match malaysia vs MU so kami terpaksa belajar berdikari di KL... pada saat inilah pengalaman masa lampau sangat penting... experienced is a good teacher...

GC game over | mizie, apex, along, apih, hazwan, farhan, jadira, rafidah, asya

5 - GC laugh with laughing gas
warning!! dont try this.. tau tak spray pain killer? kalau maen bola je dia sembur kat part yang sakit tu... tau?? menda tu mengandungi beberapa campuran gas yang merbahaya... boleh retak tulang lutut kalau selalu sembur kat lutut... tapi bagi kami yang merbahaya tu yang best... sembur gas tu kat kain dan hidu macam penagih dadah... perrggghhhh!!!! effect dia ialah anda akan ketawa tanpa henti dan khayal selama beberapa minit... sekali lagi diingatkan dont try this...

just for GC laugh | armia, farhan, arif, hazwan, apex, apih, staqim, aminx

4 - GC band mini jam
pihak skolah kami dulu -SMKDRI- menjemput GC band untuk buat show sempena hari guru sebagai main event.. takde sape sangka yang bermula dari maen muzik saje² untuk isi masa lapang boleh bergerak ke satu show yang ditonton beratus student dan cikgu².. kalau ikutkan GC band just nyanyi 1 lagu - mimpi yang mati - namun atas permintaan ramai, GC band mempersembahkan satu lagu tambahan - gadisku - GC band menampilkan farhan, staqim dan aminx.. walaupun hancor tapi di sinilah bermula titik tolak GC band..

our band GC band | aminx, staqim, farhan, apih, apex, hazwan, arif, armia, burn, along

3 - GCFC futsal show
satu match yang busy.. satu match yang best.. satu match yang mencatat record kemenangan terbesar GCFC... farhan, staqim, arif, hazwan dan aku takkan lupa match yang berakhir dgn result 30-9... smart passing, great goalkeeping, technically defending, smooth attacking and tremnendous goal give us a much much better result... unfortunately, that is the first and the last match between us... that match is not 'GCFC futsal match' but 'GCFC futsal show'

GC=Galacticos Combination | hazwan, apih, armia, farhan, staqim, arif

2 - GC kuantan treasure hunter
satu²nye aktiviti GC yang dapat mengumpul hampir kesemua ahli GC - kecuali nasrul,burn dan konok.. satu²nye jugak aktiviti yang memakan masa paling lama - 2 hari 1 malam.. plan yang dirancang rapi terlaksana pada pagi 30112009... baru 5 minit berjalan dah ada problem pastu adegan racing dalam hujan serta tidur dalam wayang... trip yang save bajet -rm60- dan memang berbaloi.. macam iklan kamdar je.. memang trip yang terbaek la setakat ni...

GC stand there | aminx, staqim, mizie, arif, farhan, apih, apex, along, armia, hazwan

1 - GC is dead!!
tragedi GC bergaduh memang something yang sape² tak sangka - termasuk GC - dan bila keluarnya cite ni kat facebook, ia mengundang seribu satu pertanyaan. ada yang mintak GC berbincang, ada yang mintak GC bertenangdan ada yang menitiskan air mata terbayangkan hubungan GC berakhir. namun semua tu just gurauan kasar ahli2 GC yang mahu melihat siapa yang lebih pandai berlakon. and that thing are more than enough to be the most entertaining
moment in 2009!!

the unpredictable GC | staqim, aminx, farhan, arif, nasrul, apih, capix

there are many moments that we got in 2009... either it is a happy or sad moments, we enjoy it all... thanks for the memories GC trip to sekayu, GC at masjid kristal & museum, GCFC futsal festival, GC car crash each other, GC raya special edition, GC bow the bowling lane, GC karaoke not okay, GC dating at hospital, GC boycott KFC & israel, GC back to school again, GCFC futsal team new jersey, GC one night stand conquer Terengganu, GC champions league final, GC at concert Search, GC band recording 'juliet', GC band jamming and many more...

sayonara 2009 welcome 2010

30 December 2009

GC top 10 playgrounds 2009

playgrounds juga dipanggil tempat permainan dalam bahasa pasar... bila sebut playground je mesti terbayangkan gelongsor dan congek canggung... ape itu congek canggung? sila cari dalam wikipedia... kalau jumpa kabor ke aku neh... hahahaha... lets check it out top 10 GC playgrounds in 2009... BANG!!!

10 - Karaoke Box Cathay
salah satu aktiviti GC memang berkaraoke dan karaoke cathay memang pilihan utama kerana keselesaan bilik serta kemudahan untuk parking transport yang dibawa bersama... sememangnya karaoke bersama GC sangat tak okay... hahaha...
*kami biasa pegi karaoke awal so memang la banyak parking*

9 - McDonald Padang Hiliran
walaupun baru dibuka, mcd ni terus melekat di hati kerana keupayaannya dibuka selama 24 jam serta keselesaan untuk menonton bola di tv plasma... selain kemudahan parking ia turut
menyediakan cashier yang gantang bangat sih... hahaha... tanpa GC sape la mcdonald...
*makanan mcd walaupun sikit mampu mengenyangkan kita*

8 - Mayang Village
sebelum mcd menjadi pilihan untnk menonton bola, mayang village memang tumpuan utama makhluk yang menggemari bola... walaupun tidak menyediakan tv plasma namun mayang village menyediakan tv yang sebesar dinosaur trecetopotuorus yang dipancarkan melalui projector ke arah dinding...memang la dop kan lantai pulok...
*kalau nak roti canai kul 4 pagi pegi la kat mayang village*

7 - Giant Kuala Terengganu
antara mall terhebat di terengganu selaen mydin... menjadi pilihan GC kerana kemudahan parking serta keramaian awek yang high profile dan keadaan angin aircond yang lebih laju dan menyegarkan berbanding aircond mydin... masuk 3 jam tak beli ape pun...
*kitorang pegi giant nak rasa aircond je*

6 - Syahbandar
memang tempat lepak pilihan kaum adam sebab di tengah² bandar selaen dipertontonkan aksi²mat rempit yang bodoh.. hahaha.. tempat ni best sebab luas dan selamat serta sentiasa
ada polis meronda... syahbandar juga menyediakan tandas berharga 50 sen untuk buang air tak kira air besar, kecil atau air laen...
*tempat ni dah tak best sebab makin ramai orang lepak*
*aksi 'tobak sedak lepak' syahbandar*

5 - KFC Batu Buruk
pekerja² kfc pantai batu buruk memang mengenali GC kerana kekerapan kami ke sana... jika dalam seminggu kami pergi kfc selama 7 hari, 4 daripadanya ialah untuk makan sementara 3 lagi untuk ke toilet kfc sebab toilet ni masuk free time malam hari...
*kalau kul 3 pagi tak tahan nak buang air pegi je kfc*

4 - Pantai Batu Buruk
selaen syahbandar ni la satu lagi tempat mat rempit beraksi bodo... tapi diorang takleh over sangat sebab geng² kereta pun lepak sini... lamborghini hazlan pun selalu test power kat sini... dalam kul 2 pagi tak ramai dah orang sebab lampu spotlight ditutup... dan tu time kami...
*susah nak cari wanita sini malam²*

3 - Hazlan Futsal
sebelum adanye uptown futsal (feveret kami sekarang) GCFC maen kat hazlan... dekat ngan rumah dan mudah... tapi sejak uptown ada kami maen kat sana sebab murah... hazlan futsal terkenal kerana di sebelahnya ada bistro sedangkan sebelah uptown futsal ada parit...
*futsal uptown belom jadi playground kami sebab baru sangat*

2 - Pulau Kambing Waterfront
tempat yang tenang sekali untuk lepak... dating pun okay sini... tapi kami pegi untuk makan, lepak dan maen daun terup je... dari sini dapat tengok pemandangan bandaraya persisir air ni... kalau nak privacy datang la sini... aku promote ni.. cuti² malaysia... haha...
*tempat ni just kalah tipis dengan tempat no 1*
*GC+Mirmo water-front*

1 - Kedai Awek
mengekalkan kejuaraan yang dipegang tahun lepas... warung kecil tepi jalan yang menjadi tempat lepak, bergelak ketawa, meeting, meluah perasaan, mengadu masalah, menonton bola dan segalanya.. kami juga dihiburkan dengan 7 anak gadis ummi dan pok lan yang terbaek dari ladang getah... dihiburkan?? macam ada tiger show je... hahaha...
*kami jarang makan kat sini... kami just pegi lepak je*

~playground yang dimaksudkan ialah tempat kami bermaen~

antara peserta yang terkeluar awal sebab kurangnya undian MMS ialah fasya thai seafood, mydin mall, karaoke box ladang, azeem studio, pantai chendering, butik kompleks kampung tiong, secret recipe, flat kolam, jalan banggol dan kedai adik sedap corner... kaki menjadi juri...

29 December 2009

GC top 10 scandals 2009


sambil kita mengira ke bawah atau countdown ketibaan 2010 ni ape kata kita view dulu top 10 GC scandal sepanjang tahun 2009... semua ni adalah scandal atau gosip² liar yg memang tak dapat dijinakkan oleh kami... kepada nama² yang terlibat, sorry awal²... no heart feeling just enjoy it...

10 - Staqim & Adik
pelik dan ajaib... seorang waiter kedai makan di bandar KT telah digosipkan dengan staqim sebab staqim hensem... namun gosip ini hanya bertahan selama 2 minggu di dalam carta... pelakon undangan ialah henset sony ericsson dan kedai makan sedap corner...

9 - Along & Miera

juga berlaku di kedai makan tetapi heroinnya bukan waiter tapi pelanggan meja sebelah... along mengadjust miera dengan baek sekali disulami skill² ayat yang mampu membuatkan seseorang kentut secara kerap... adegan ini diakhiri dengan scene kejar mengejar antara along dan heroinnya di lorong banggol... gosip ini turut berlegar selama 2 minggu dan berakhir begitu saja... turut dibintangi tomyam, mee bandung dan henset sony ericsson...

8 - Mizie & Jue

antara best couple yang pernah digosipkan namun hubungan mereka gagal di tengah jalan di atas divider jalan pejabat... gosip yang bertahan agak lama disulami tragedi putus-sambung-putus yang akhirnya tak bersambung... antara pelakon undangan ialah teddy bear, terminal makmur dan bas sani...

7 - Aminx & Jay

antara gosip yang berlegar paling jauh... bermula di terengganu melalui sempadan johor-singapore sebelum singgah di kuala lumpur dan berakhir di pahang... kisah teman-tapi-mesra yang dieksploitasi secara baek punyer oleh anggota GC yang mengakibatkan berlakunya adegan tegang di antara kedua² pihak sebelum diselesaikan secara aman oleh PBB... gosip ini dibantu oleh gitar kapak, muzium terengganu dan masjid kristal...

6 - Arif & Yana

kisah bermula di myspace... bersambung di paradise deluxe pada jam 12 tengahari... dan berakhir di mcdonald... gosip selama seminggu yang menyebabkan arif diswindle oleh seorang gadis mistery bernama yana... seperti dinyatakan kisah ini turut diselit adegan myspace, YM dan mcdonald... BANG!!!


5 - Staqim & Pisang

di mana ada beruk di situ ada pisang tapi sekarang di mana ade beruk di situ ada GC... gosip yang bergerak slow ibarat angin sepoi² tak reti bahasa di pantai teluk nangka... kisah mereka ibarat sabut... sekejap timbul di permukaan laut sebelum tenggelam selamanya... gosip mereka dibantu oleh motor nouvo, motor ego dan restoran norazila...

4 - Apih & Zuera

gosip yg berlegar selama 3 bulan antara pelajar kolej dan pelajar sekolah menengah yang pernah menjadi tajuk debat perdana di petang hari raya... gosip yang kembali menaikkan nama apih di persada hiburan GC... antara pelakon pembantu ialah noodle station, bistro dan hospital kuala terengganu...


3 - Farhan & Asya

teman-tapi-mesra yang menjadi mangsa kerakusan ahli² GC yg mengakibatkan hampir berlakunya perbalahan antara kaum melayu dan cina... siapakah melayu dan cina itu? lu fikir la sendiri... turut dibintangi KLCC, midvalley megamall dan skrip 7707...

2 - Apex & Fidah

antara gosip yang paling super-duper-hebat melanda... ketika gosip menular di kalangan pengguna facebook, tindakan mereka yang berteka-teki dengan pihak media mengakibatkan gosip ini bertambah kencang... akhirnya gosip ini reda apabila rancangan AC disiarkan di astro ria... antara pelakon sampingan ialah pantai batu buruk, restoran fasya dan facebook...


1 - Capix & Suhaila

gosip antara 2 negara yang melibatkan malaysia dan indonesia menjuarai scandal chart GC 2009... kisah yang bermula di friendster yang bersambung ke YM, skype dan facebook serta melibatkan beberapa adegan pengorbanan seorang lelaki... gosip yang masih kekal walaupun selepas 2 tahun... antara pelakon undangan ialah LRT, bandung dan KLIA...

~beberapa kiasan digunakan bagi mengelak sebarang masalah~

just as i said before, no heart feelings... tanpa semua yang di atas tak mungkin kita jadi macam hari ni... kalau ada yang terasa aku mintak maaf... takde niat pun nak burukkan sape
²... just want to realize that gossip is a part of our life no matter who you are...


25 December 2009

GC and one word for GC

aku tanye budak-budak GC
'Give 1 word to describe blablablabla'
ni jawapan kami
hahahaha

farhan kata hazwan McDonald
mizie kata hazwan Google
staqim kata hazwan bolok
arif kata hazwan khulup
armia kata hazwan youngest
burnz kata hazwan khulup
apex kata hazwan budak-budak
capix kata hazwan tsunami
nasrul kata hazwan gulung
aminx kata hazwan berubah
along kata hazwan chill
apih kata hazwan pemalas
hazwan kata hazwan muda

farhan kata aminx jiwang
mizie kata aminx jamming
staqim kata aminx senyap
arif kata aminx highclass
hazwan kata aminx jamming
armia kata aminx in haze
burnz kata aminx jambu
apex kata aminx emo
capix kata aminx malu
nasrul kata aminx rockers
along kata aminx cool
apih kata aminx jiwang
aminx kata aminx smart

farhan kata capix senyuman
mizie kata capix sengeh
staqim kata capix sengeh
arif kata capix chubby
hazwan kata capix sengeh
armia kata capix smiler
burnz kata capix benok
apex kata capix senyum
nasrul kata capix senyum
aminx kata capix operate
along kata capix bereh
apih kata capix suhaila
capix kata capix operate

farhan kata staqim sepilok
mizie kata staqim poyo
arif kata staqim smart
hazwan kata staqim bengong
armia kata staqim uncontrol
burnz kata staqim sepilok
apex kata staqim gampang
capix kata staqim sepilok
nasrul kata staqim beruk
aminx kata staqim lol
along kata staqim giler
apih kata staqim koya
staqim kata staqim kelakar

farhan kata arif ripin
mizie kata arif skema
staqim kata arif jambu
hazwan kata arif jambu
armia kata arif skema
burnz kata arif tambi
apex kata arif skema
capix kata arif sireh
nasrul kata arif koya
aminx kata arif skema
along kata arif jiwang
apih kata arif sukarela
arif kata arif entahlah

farhan kata mizie ghazali
staqim kata mizie slumber
arif kata mizie bolok
hazwan kata mizie bergaya
armia kata mizie stylish
burnz kata mizie dagu
apex kata mizie bergaya
capix kata mizie dagu
nasrul kata mizie dagu
aminx kata mizie bercakap
along kata mizie relax
apih kata mizie sangap
mizie kata mizie steady

farhan kata nasrul konkrit
mizie kata nasrul busy
staqim kata nasrul besor
arif kata nasrul loyar
hazwan kata nasrul memasak
armia kata nasrul matured
burnz kata nasrul besor
apex kata nasrul manchester united
capix kata nasrul chef
aminx kata nasrul bagus
along kata nasrul entahlah
apih kata nasrul bluehyppo
nasrul kata nasrul hensem

farhan kata armia hindustan
mizie kata armia pening
staqim kata armia pening
arif kata armia drogba
hazwan kata armia bolok
burnz kata armia keling
apex kata armia keling
capix kata armia emo
nasrul kata armia drogba
aminx kata armia lupa
along kata armia entahlah
apih kata armia blur
armia kata armia silentman

farhan kata along giler
mizie kata along misteri
staqim kata along talkative
arif kata along slumber
hazwan kata along nano
armia kata along menikus
burnz kata along tua
apex kata along buas
capix kata along topi
nasrul kata along entahlah
aminx kata along topi
apih kata along gedik
along kata along entahlah

mizie kata farhan hell
staqim kata farhan sporting
arif kata farhan alone
hazwan kata farhan ego
armia kata farhan unpredictable
burnz kata farhan botak
apex kata farhan player
capix kata farhan gigi
nasrul kata farhan giler
aminx kata farhan bajet
along kata farhan giler
apih kata farhan horny
farhan kata farhan genji

farhan kata burnz slow
mizie kata burnz slow
staqim kata burnz lambat
arif kata burnz mengarut
hazwan kata burnz kiss
armia kata burnz slow
apex kata burnz lambat
capix kata burnz betat
nasrul kata burnz lambat
aminx kata burnz layan
along kata burnz drummer
apih kata burnz perlahan
burnz kata burnz smart

farhan kata apex ah chong
mizie kata apex manager
staqim kata apex pelik
arif kata apex gay
hazwan kata apex pemalu
armia kata apex mouth active
burnz kata apex cina
capix kata apex mandi
nasrul kata apex cina
aminx kata apex cina
along kata apex senyap
apih kata apex sepet
apex kata apex cina

farhan kata apih gampang
mizie kata apih yahoo
staqim kata apih bekerjaya
arif kata apih gersang
hazwan kata apih N.M.N
armia kata apih detail
burnz kata apih sotong
apex kata apih jiwang
capix kata apih rebonding
nasrul kata apih sotong
aminx kata apih rambut
along kata apih cool
apih kata apih el nino

farhan kata GC immortal
mizie kata GC termendous
staqim kata GC terbaek
arif kata GC forever
hazwan kata GC forever
armia kata GC best
burnz kata GC band
apex kata GC brothers
capix kata GC selamanya
nasrul kata GC terbaek
aminx kata GC mantap
along kata GC best
apih kata GC perfect

one word daripada anda? sila jawap di ruangan komen ye... hahahaha...

20 December 2009

rambut ku practical ku

yeay!! semangat sekali ni.. haha.. 15122009 aku start practical.. kat unit perhubungan maklumat negeri.. betul dop?? ye kot.. aku dop ingat gop.. hahaha.. kerja pejabat kerajaan strict sikit la peraturan dia.. dan aku memang tak suka peraturan.. bukan penting pun peraturan.. kerajaan malaysia buat peraturan tu peraturan ni tapi jenayah tetap ada.. kait dop?? hahaha.. okay.. 3 hari dah aku practical.. esok masuk hari ke-4 tak termasuk weekend.. susah gak practical ni.. rasa macam kuli pun ada.. lol.. tapi tak kesah la.. name pun student kan.. tapi yang merunsingkan aku ialah rambut.. rambut aku tak dibenarkan actually.. tapi aku taknak potong.. taknak!! dan aku kunci lirik ni.. haha.. kait dop tu?? ni la rambut aku masa pegi practical.. macam gampunk..
serius gampunk.. hahaha.. aku tengok pun tak tahan nak gelak.. lawak lol.. aku nak pegi practical ngan rambut camni je.. boleh tak?
hipokrit tak saya di tempat kerja?
esok practical lagi
go apih ganbatte!!
hahaha

14 December 2009

hujan bumi hujan hati

jam sekarang 0423... hujan kat luar... memang aku dah agak nak hujan tadi... sebab awan oren je... lagipun sekarang musim tengkujuh... hujan tu normal la... maen hujan tu dipanggil paranormal activity... hahaha... aku tak tau kenapa dari dulu sampai sekarang aku suka hujan... bukan band hujan tu... aku maksudkan cuaca hujan... hujan ni sejuk... jiwang okay gak time ni... tido lagi best... kan?? hahaha... tapi kadangkadang hujan ni menyebabkan banjir... tu bencana pulak jadinya... tapi sekarang hujan still mencurah dengan lebatnya kat luar... pokokpokok disiram lebih awal daripada waktu imam masjid ladang bangun... hahaha... bila hujan je aku teringat satu ayat...

"satu hari nanti saya akan kiss awak dalam hujan..."

tu antara katakata yang tak jadi nyata... bila hujan je aku akan tersenyum... tak tau kenapa... giler kot... ada tak orang yang macam aku?? senyum tanpa sebab bila hujan... hahaha... bila hujan ni nak berhenti?? dah kul 0434 ni...

"hujan yang turun bagaikan mutiara..."

tu kata sudirman... mutiara?? mungkin... tapi kadangkadang hujan tu bukan mutiara tapi kaca... hujan menyebabkan kemalangan jalanraya... so aku jarang anggap hujan ibarat mutiara...

hujan kat luar dah berhenti... hujan dalam hati tiada yang mengerti...

ciao amigos!!!

11 December 2009

negeriku terengganu kiter

gile lame dop update blog... broadband problem la... tapi bukan ada org kisah pun... sebab aku rase takdop org pun bache blog aku ni... tibetibe ada 'H' di situ... hahahaha... hebat dop tajuk aku kali ni??? macam patriotisme je ork?? ataupun politicians sketsket... bukan la... aku bangga jadi orang ganu ni... best wo jadi orang ganu... ce mu banding jadi orang ganu dengan orang utan?? serius faking best jadi orang ganu kan??? hahahaha.... lol... tapi yg dop best jadi orang ganu ni se je... takdop tempat menarik untuk dikunjungi malammalam hari... lepas kul 10 malam je kosong lalu... aku pulok biasa kuor time malam sudah lewat... pusingpusing lastlast gi mcd... pusingpusing lastlast gi pantai... aku suke kuor lewat malam ni sebab best coz jalan tak jam... jam ke jem?? kesesakan lalulintas eja chamne wei?? lantok la... bukan la kat ganu ni takdop ape... kalo nak bar ke pub ke disco ke kat ganu pun ada... cuma aku dop masuk la tempat gitu... caye dop?? ngee.... hahahaha... so aku chadangkan kerajaan ganu ni dop kira la varisan ke fas ke kheadilan ke nape ke dop kira la sebab aku benci politik... so politicians ni buat la satu mall yang macham queensbay ke midvalley ke megamall ke... kalo dop pun buat la pawagam se... ni kalo nak tengok wayang pun kena gi pantai teluk ketapang... tu pun wayang cite dop best... pelakon doh la dua orang je... laki sorang puan sorang... scene pulok dalam kete je... hahahaha... aku bercakap demi kesejahteraan hidup rakyat ganu... name je bandaraya tapi takdop mall moden... wat malu je... aku rasa kalo ada nye pawagam ke mall ke boling yg buka sampai lewat malam ke maka akan berkurang la keskes rempit kat ganu ni... boleh terima dop pendapat tu?? samesame kita fikirkan... boleh masuk pidato dah aku ni... k la... ciao...

28 November 2009

kebetulan atau suratan kehidupan

susah nak lupakan seseorang yg pernah kita sayang... tu peraturan alam... hukum karma yg tidak dapat diubah... kita mungkin mengambil masa yg singkat untuk sayangkan seseorang tapi kadangkadang sampai mati pun kita tak dapat lupakan dia... aku cuba nak lupakan seseorang... aku tak suka menda ni... dan aku taknak lupakan... tapi aku tak tau cara mana lagi yg ada... aku tau aku takkan dapat lupakan dia... mungkin aku dapat lupakan beberapa kenangan pahit aku dan dia... tapi kenangan manis ngan dia memang aku sengaja tak lupakan... dan hari ni semua kenangan tu kembali pulang... petang tadi pegi makan kfc kat pantai... time tengah makan je aku terpandang meja yg aku pernah dating ngan dia... ada couple duk situ... nampak bahagia je... dulu kat meja tu aku pernah rasa camtu... rasa macam dunia ni indah sangat... mungkin meja tu utk couple kot... hahaha... tapi aku anggap yg petang tadi tu kebetulan je... mungkin meja tu je yg kosong time couple tu datang... let bygone be bygone bro... then malam tadi pergi mcd tepi bus stand... masa tengah order tu budakbudak GC yg pilih tempat... tibatiba aku tengok diorang duduk kat tempat aku ngan dia duduk hari tu... tempat aku ngan dia makan aiskrim strawberry samasama... kalau sekali mungkin kebetulan... kalau dua?? mungkin dah tersurat hari ni hari yg mengingatkan aku kat dia... aku tak tau... aku taknak fikir sangat... biar masa yang tentukan semuanya...

mungkin dia akan bace posting ni...
mungkin dia tak suka semua ni...
sorry sangatsangat...
bukan nak ungkit just teringat time awak dan saya bahagia...
gomennasai...

27 November 2009

tentang lembu kisah raya pasal kita

hari ni hari ketiga aku kat umah... hari ni jugak dah masuk tiga hari balik umah time orang dah pegi semayang subuh... hari first pegi lepak tengok bola then second day pegi lepak mcd then again tadi pegi lepak playground kat waterfront... ape nak jadi?? jadi orang la... hahaha... lol betol... esok raya... tak macam raya pun... esok ramai lembu hebat akan jadi korban... semalam masa kat umah apex kesian pulak aku tengok lembu sekor ni... kene ikat kat pokok depan surau... makanan banyak giler depan dia... lembu tu makan je kejenye... kalau la dia tau dia akan disembelih esok mesti beliau takde selera makan... satu lagi kesian pulak tengok lembu time kena sembelih tu... kena tarik pastu kena tolak sampai rebah... pastu tarik tali kuatkuat then pijak kaki dia... giler seksa lol nak mati... berair mata lembu tu time tu... kalau yang disembelih tu anak lembu yang sehat walafiat camne la perasaan mak lembu tu... susahsusah mak dia beranak tanpa doctor dan nurse... seksa wo... kau buat ku kata wo enchik lembu... tahniah!!! hahaha... tibe2 ada 'H' kat encik... hebat kan?? hahaha... esok memang banyak daging... wat babiqueue nak?? tapi tempat pulok takdop... adoyai...

gangs of crowzers a.k.a GC...
minggu depan ada plan baek punyer...
esok kita meeting...
hahahaha macam bisnesman je...
faking...

tiada lagi orang ku nanti di hari raya ini...
tibatiba jiwang...
tapi tu la kenyataannya...

kepada pembacha blog aku...
selamat hari raya aidiladha...
'H' tu masih mengekori aku...
and thanks for your support...
mmmmuuuuaaaaaaaahhhhhhhxxxxxxxxxxxxssssssss........

24 November 2009

balik kampung hati girang

hahahaha... macangge staking pulok start blog dengan suke... sempena kepulangang aku kat umoh ni aku nok speaking ganu... bakpe?? sebab aku orang ganu... anak jati ganu ning... peteh ganu peteh sokmo aku ni... fahang dok ni weh?? kalu dok fahang tanye ah aku... kalu orang ganu gok tobat fahang ork?? tajuk aku macangge hari raye pulok... padahal dok pong... aku nok kabo je aku sapa dumoh doh tadi... aku balik naek bas... harung air banjir boh... doh la ujang pa ceroh... kejap ujang kejap dok... nok wak gane musim ye tek ni... kita redha je la... nok maroh dok leh gok... ganegane pong crowzers sekaliang kite nok wak nape cuti ni?? plan la aktiviti tu... malam ning kite gi karaoke lu se pong... pahtu ikut panda la nok gi dane pong... aku follow je... tengok bola kat keda sedak gok ork?? ke guane?? ni baru nok pukul 9 malam... ada sejam gi nok kuor... sebab boring dok oh lalu ngat ni aku update la blog aku... kalu topup buleh update gini kang senang... free je... ni dok... nok topup kene kuor pitih... doh la mahal ge bedil... tak dok ke topup siya je?? ni nok topup muroh sekali pong tiga riya... baek wak makang kuey tiaw... kenyang pong kenyang... ngarut doh aku ning... doh dakpe la neh... mula la kite speaking ganu gi... sedak gok bahasa ganu ni beno... bereh ah lake... ciao...

22 November 2009

orang skema vs orang tak skema

tempat : depan pintu cafe
masa : 2130 waktu sungai petani
cuaca : hujan tak stop dari pagi
situasi : geng kami nak kuar pintu bertembung geng nak masuk

mamat seluar track :: baru nak makan ke mamat baju collar?
mamat baju collar :: ha ah... baru je turun ni...
mamat seluar track :: tet (sambil cucuk² pinggang mamat baju collar)
mamat baju collar :: erk erk erk erk (bunyi geli konon²)

2 minutes later

mamat bangle :: hahahahahahahahhahahaha!!!!!!!!!!!
mamat gelang :: weh weh mu ni bakpe?? gelak macam nak mati je...
mamat bangle :: mamat seluar track geletek mamat collar tadi...
mamat gelang :: ye dop?? hahahahahahhahaa!!!!!!!!
mamat bangle :: siap ada sound effect audio mono digital lagi...
mamat gelang :: hahahahaha... bengong ngat...
mamat bangle :: gile kelako org skema gurau gitu...
mamat gelang :: dopleh bayang aku...
mamat bangle :: fuck ah orang skema...

the end...

faham tak ape yg aku nak tonjolkan?? perbezaan mamat seluar slack dan mamat baju collar iaitu golongan skema dan mamat bangle dan mamat gelang dari kawasan xskema... aku tak tau kenapa mamat bangle ngan mamat gelang tu suke sangat gelakkan org skema... yang aku tau mamat bangle tu memang tak suke orang skema... maybe sebab dia ni tak skema kot... skema tu ape?? ada orang cakap berdisiplin... tak langgar peraturan... sedangkan orang yg xskema ni suka langgar peraturan... aku la tu... hahaha... tapi bak kata orang arab, setiap pro ada contra... dalam keskemaan mereka, ada satu je yg aku agak respek iaitu mereka susah nak terpengaruh... tak macam orang xskema... org xskema ni tengok style dalam cite je konfem nak ikot... orang pakai stylo dia nak pakai stylo... tapi okay gak tu... up to date... mama aku suka... hahaha... berlainan dengan orang skema... kalau org skema berpakaian je konfem kemas... kemas kemis kemung orang ganu kate... dengan baju kemeja atau bercollar, seluar slack, baju masuk dalam... ntah la... kalau aku memang rimas la... orang xskema ni pada dia biar selekeh asalkan bergaya... bagi dia baju kemeja just utk majlis formal... kalau setakat nak pegi cafe nak makan tu pakai short pants pun takpe... tapi orang skema takleh... sebab apa?? haaa yg tu kita tak tau... orang skema ni disiplin memang tingkat langit ketujuh la... peraturan tetap peraturan... kalau class start kul 0800 so kul 0800 dah ada situ dah... tak tau kenapa golongan ni takut sangat nak langgar peraturan... yang xskema pulak jenis xkisah... selagi dapat langgar peraturan dia akan langgar... berani kan?? hahaha... lagipun tak enjoy hidup kalau tak buat kesilapan... experience is a good teacher... kalau tak kita yang melanggar peraturan tu sape lagi nak langgar?? hebat tak persoalan aku?? hahahaha... so pesanan aku ialah tak salah nak jadi skema... just jangan jadi skema yg digelakkan orang... jadilah skema yg open minded... jangan jadi orang yg melampau skemanya sampai orang yg tengok pun jadi meluat... tiba² aku rasa perkataan 'meluat' tu macam skema... hahaha... lol la...

21 November 2009

dragon zakura - nobody's stupid

aku baru je tengok cite dragon zakura... cite jepun... best tak?? okay la... cite pasal sorang lawyer yg nak selamatkan satu sekolah kurang pandai ni yg purata markah exam dia 36 utk masuk university paling top kat jepun, Todai Unoversity... kalau kat malaysia ni macam UTP kot... atau university yg kira populer la... hebat tak aku eja populer?? hahaha... okay... so aku rasa budak² sekolah yg malas pegi sekolah atau yg tak suke fizik atau math atau english patut tengok cite ni... kalau la aku tengok cite ni sebelum spm konfem aku dapat tinggi... hahahaha... so kalau nak tau lawyer aka cikgu tu dapat tak buat 6 org student kurang pandai tu masuk todai, tengok la cite ni... kalau nak copy ngan aku bagitau je... kapasiti yg diluluskan oleh jabatan agama islam kuantan ialah 4.95GB... so bawak la pendrive bersaiz L atau XL... hahaha... satu lagi... kalau aku suke mizuno naomi dalam cite ni... comel gile babi dan gile kentang... hahaha... caw lu...
ni la mizuno naomi... awek rambut pendek pertama yg aku minat... lol...

20 November 2009

pesta piala dunia kembali

...32 teams...
...10 stadiums...
...736 players...
...every 4 years...
...playing for the 1 cup...

FIFA WORLD CUP 2010

Spain
Germany
Italy
England
France
Netherlands
Portugal
Greece
Serbia
Slovenia
Switzerland
Slovakia
Denmark
Brazil
Argentina
Uruguay
Chile
Paraguay
Australia
South Korea
North Korea
Japan
New Zealand
Honduras
USA
Mexico
Ghana
Cameroon
Ivory Coast
Algeria
Nigeria
South Africa

aku dah umumkan 32 team world cup 2010 kat africa selatan ngan bergaya tu... so from 11062010 until 11072010 demam bola kembali... piala paling popular di dunia kembali... fernando torres, miroslav klose, gianlugi buffon, david beckham, thierry henry, robin van persie, cristiano ronaldo, kaka, lionel messi, diego forlan, tim cahill, didier drogba, samuel etoo dan ramai lagi akan merebut piala kebanggaan ini... 4 tahun sekali dipancar di kaca tv... so see you in 203 days...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...