My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

18 January 2010

bersyukurkah kita?



Kunkun!!

Bilakah kali terakhir anda bersyukur? Tadi? Semalam? Minggu lepas? Tak tahulah kenapa manusia susah nak bersyukur. Aku pun tergolong dalam golongan ini. Kalau dah dapat something kita still nak yang lebih dari tu. So untuk renungan bersama *macam ustaz dalam tv je* marilah kita luangkan sedikit masa untuk menjawab soalan mengapa kita harus bersyukur...

1 Kita tidak perlu bayar untuk bernafas dan sihat tubuh badan. Semuanya percuma.
2 Kita masih mampu mencium bau makanan yang sedap-sedap, melihat warna-warni alam, mendengar muzik sekuat hati dan bergosip sepuas-puasnya.
3 Kita menangis apabila melihat kejadian yang mengharukan walaupun tiada kena mengena dengan kita.
4 Kalau rasa nak tengok filem yang best, just pergi ke pawagam. Kalau rasa nak tengok konsert artis kesukaan kita, just pergi beli tiket.
5 Kalau rasa nak makan makanan Jepun, Cina, Italy, Indonesia, India atau apa sahaja just pergi sehaja ke restoran yang terdekat.
6 Hidup kita bertambah mudah dengan teknologi canggih yang kita gunakan.
7
Berkesempatan melihat dunia lain atau melancong ke negeri orang. Bukan semua orang dapat merasainya.
8
Tak kira se'pokai' mana pun kita, kita masih ada makanan untuk dimakan.
9
Kita masih mampu membeli hadiah untuk girlfriend, boyfriend, member dan keluarga.
10
Tiada orang yang boleh menyerupai kita di dunia ini. Jika anak kembar sekalipun pasti ada bezanya. So bersyukurlah kita dilahirkan unik dan tiada duanya.
11
Mempunyai kawan untuk di ajak berjalan-jalan di hari minggu. Mempunyai kawan untuk di ajak makan bersama. Mempunyai kawan untuk di ajak bersembang dalam telefon ketika bosan.
12 Kita boleh membaca dan bayangkan berapa banyak ilmu yang kita dapat dari membaca.
13
Apabila bosan kita mempunyai lagu-lagu indah untuk menemani kita. Cuma play dan dengar.
14 Kita masih mampu ketawa terguling-guling menonoton filem komedi.
15
Kita hidup di negara yang bebas perang.
16
Kita tidak perlu tidur malam dengan beralaskan bumi dan berlangitkan bintang.
17 Kita bebas memakai apa saja pakaian yang kita inginkan mengikut citarasa dan keinginan kita.
18 Kita mempunyai bakat tertentu. Bersyukurlah kerana bukan semua orang mampu melakukannya.
19
Kita bebas memilih apa yang kita inginkan dalam hidup.
20
Kita mampu membuat orang lain ketawa. Rasanya tidak ada rasa yang lebih baik dari itu.
21
Kita masih ada tempat untuk mengadu masalah dan kesedihan yang melanda.
22
Setiap kali kita melakukan kesalahan pasti akan ada yang sedia untuk membetulkannya kerana sayangkan kita.
23 Kita masih mempunyai keluarga dan bukannya anak buangan yang terbiar tanpa arah tuju.
24 Kita berkesempatan untuk bersekolah dan melanjutkan pelajaran. Walaupun penat mengulangkaji pelajaran dan menghadapi peperiksaan, sesungguhnya ramai orang di luar sana yang mengimpikan untuk berada di tempat kita ketika ini.
25
Kita masih hidup sehingga ke hari ini. Alasan ini cukup kuat untuk kita bersyukur.



Kunkun!!

4 comments:

selembut salju said...

the perfect reason..

Apih El Nino said...

tak taw dah nak tulis reason ape lagi...
=)

lurunharima said...

okey lar tue.. hope anda juga sama2 bersyukur..=)

Apih El Nino said...

saya juga bersyukur dgn apa yg saya dapat...
=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...