My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

23 March 2011

abang apih seks tu apa?






Kunkun!!


Pagi tadi lepas sarapan, mak sepupu aku hantar anak dia kat rumah nenek aku. Pengasuh dia tak sihat jadi dia tumpang tinggal anak dia kat sini sementara dia pergi kerja. Dua orang anak dia. Umur 3 tahun sorang, 5 tahun sorang. Dua-dua perempuan. Alissa dan Alia.



Alya : Abang Apih, pita rakaman tu apa?
Aku : Pita rakaman tu macam DVD la. Yang tengok kat TV tu.
Alya : Anwar Ibrahim ni sape?
Aku : Dia ahli politik. Menteri kat Malaysia ni.
Alya : Wan Azizah ni siapa pulak?
Aku : Tu isteri dia. Anwar tu suami dia.
Alya : Oooo... Abang Apih, seks tu apa?
Aku : Errr.... Seks tu... Cara buat anak kot. Tak reti la nak explain.
Alya : Oooo... Pelacur tu apa pulak?
Aku : Errr... Pelacur tu perempuan yang buat kerja tak elok dengan lelaki.
Alya : Tersebar tu macam mana pulak?
Aku : Tersebar tu macam kantoi la. Orang tahu rahsia dia.
Alya : Jadi maksud surat khabar ni, DVD Anwar Ibrahim buat anak dengan pelacur Cina kantoi la kan?
Aku : Haaaaa... Yelah yelah. Apa-apa je la Alya. Dah nak tidur ni!
Alya : Satu lagi Abang Apih. Kejap la.
Aku : Apa lagi?
Alya : Abang Apih ada tak DVD buat anak?
Aku : Eh?? (Terkejut) Takde. Abang Apih tak kahwin lagi la.
Alya : DVD mama dengan papa Alya ada tak?
Aku : Tak tahu. Karang Alya tanya la dia lepas balik kerja. Dah nak tidur ni.
Alya : Okay.


Alya keluar pergi bermain dengan adik dia. Aku berfikir sejenak. Budak sekarang, umur 5 tahun dah tahu perkataan seks. Memang tak salah, tapi macam terlalu awal. Tak hairanlah budak sekolah rendah pun dah pandai couple. Aku dulu? Nak sebut 'cinta' pun segan, apetah lagi 'seks'. Jakun kan? Hahaha...



Kotor sungguh politik Malaysia. Sebab tu aku tak minat.


ps : Entah apalah jawapan mama dengan papa Alya tu karang. Haishhh...


Kunkun!!



12 comments:

aming said...

ce mu tnye alya zeitgest tu mnde?haha

Khai said...

advance bdk2 zmn sekarang..

Miss Ran said...

Aik npe jawab cmtu..tak baik buat dia paham mcm ru..patot trg elok2

Cik Moon said...

huhu..adik cikmoon pun de tanya.. cikmoon plak yg serba salah nak terangkan..

Cik Ila said...

dasyat kan budak2 sekarang..hhuhuhu

Gimi said...

tak memasal kena serang ngan mama alya nanti

Azewas said...

biar btul budak 5 thun mntk dvd buat ank ngn mg...hahaha...

mia.lia said...

hahaha..biar betik ?
dlu ms kcik2 nma mnteri pn xtau..
rsnye dia tgk brite la tu

pengajaran :
jgn ksi budak2 tgk brite TV3..hehe

pelangi said...

alya: abg apih suruh alya tanya dan minta video cara nak buat anak mama dan papa dulu. ada tak pa??"

ahahahaahahahaha

wannurfazrini said...

haha , adik aku pun nah tya . umur adk aku skrg 10thn , dia tya kat parent aku ! hahaha

Naja Syakila said...

Salam Apih..
budak2x nie mmg diselubungi 1001 pertanyaan kat dlm fikiran mereka..sbb mereka sdg membesarkan..semua nyee dyeorng nak tahu..actually...mak ayah mereka sndiri pown xtaw nak expain mcm mne dngn budak2x mcm nie..
kene taw ilmu mnjwb soaln la lpas ...jwb dengan berhikmah..
=)

nur'aifaa said...

budak2 sekarang memang advance pemikiran dyorang , adik i macam2 soklan tnye . mulut ptah bercakap .macam2 tnye . kd2 smpai xtw nk jawab soklan dyowg 2 .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...