My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

04 June 2013

jangan menangis lagi


 

Dia menangis di hujung talian. Aku cuba tenangkan. Esakan dia mula berkurangan. Dia mula bercerita perlahan-lahan. Aku pasang telinga kiri dan kanan. Sudah pukul dua pagi jam di penjuru bawah sebelah kanan laptop kesayangan. Tak kisahlah pukul dua atau tiga pagi sekalipun aku tetap ada sebab kita kawan. Dia habiskan cerita dengan satu keluhan. Kesian.



Dia jarang cerita tentang kekasih dia. Tapi kali ini dia dah tak tahan jadi dia luahkan semua. Kekasih dia macam dah bosan dengan dia. Dia tanya sepatah jawab pun sepatah juga. Sabarlah awak, cuma itu mampu aku kata. Lagipun aku tak pernah jumpa kekasih dia. Setakat tengok gambar tak dapat tahu kekasih dia macam mana.


Bro, aku tahu entry ini kau tak baca. Cuma aku harap kau dapat rasa apa aku rasa.


Awek kau setia orangnya. Kau buat apa semua dia percaya. Tapi jangan buat semua itu tiket untuk kau sakitkan hati dia. Memang dia selalu diam tapi jangan sebab itu kau nak besarkan semua masalah yang ada. Memang dia selalu mengalah tapi jangan sebab itu kau nak menang setiap masa.


Bila kau buat dia macam tak ada, kau tahu tak berapa ramai lelaki cuba tarik perhatian dia? Kau tahu tak berapa ramai lelaki dia reject sebab dia nak kau saja? Kau tahu tak berapa ramai lelaki dia suruh cari perempuan lain sebab dia nak kau dengan dia bahagia sampai hujung nyawa? Kau rabun ke buta? Kau tak nampak ke dia sayang kau gila?


Aku susah nak percayakan orang. Tapi sebab dia pilih kau jadi aku rasa kau mungkin lebih sesuatu yang aku kurang. Aku cuma tak nak kau buat dia macam bola yang kau boleh sepak terajang. Oh dan satu lagi satu hari nanti aku harap kau akan pandang belakang. Kau akan nampak aku dalam satu barisan panjang cuba curi hati dia yang kononnya dulu kau sayang. Mungkin aku tak kelakar macam kau yang boleh buat dia ketawa riang, tapi aku jamin aku takkan buat dia menangis macam kau buat sekarang.


ps : Entry ni tersimpan lama. Hari ini baru tunjuk dekat semua. Kesian dia ;)


 

11 comments:

muja said...

kau pikat jela dia apih oiii

reyna said...

Erm..

Katak Comel said...

da bole jd dokter cinta ni..
nasihat yg baek wlaupun org tu xkn bce..

Unknown said...

Ayat dalam muvee "KIL"... Jangan dibuat mcm lampu bila nam pakai kite on.... Bile x nak kite off

Unknown said...

sampaikan salam ku pada sahabat mu itu. moga dia terus tabah. ^^

Zya Amalis said...

Assalamualaikum...

"kite mengejar byg, smpi terlupa pd yg realiti...

kite sentiasa ingin menggapai awan, sedangkan bumi yg sentiasa bersama kita pijak2x...

hati...mata...kita x pndai nk jaga kan...

hurm..in dis case dua2x watak buta hatinya...*not including u

dat girl, amatlah rugi kerna rabun, hatinya sbb hny nmpk pd yg x menghargai...

and dat boy, buta (terus) sbb lgsung x pndai nk menghrgai...

and awak juga silap, sbb awk kata lelaki tu dah lukan dia, tp awk lupa n x sedar, yg indirectly awk juga dah lukakan dia sbb awk x cuba buat dia bahagia...kalau awk betul2x syg dia..awk akn cuba raih cinta dia..

u now wut, best man win...perempuan, hati mudah terusik...cpt berubah jgk andai ada yg menghargai n baik hati ade dpn mata...x selamanya juga akn setia kalau sakit jua yg dpt...

*sory if terkasar bhs...maaf...sekadar meluah apa yg sy rasa...

suka entry nie...btw, awk mmg seorg kwn yg baik...

p/S: berhenti berada dlm friendzone...:)

a i m z said...

sedih..

Mekar said...

situasi ni sama dengan aku. Dan benda ni bestie aku yang rasa sendiri. Kesian dia. Hm

Unknown said...

Pergh!

Mummy MM said...

Kesiannya dye, kalau sya lma da psg sna sni . x kuasa nk lyn laki mcm tu.

.::: Princess MOMOY :::. said...

susah-susah kau je yg pikat dia, kan senang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...