My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

31 January 2010

lelaki? bola? awek?

Kunkun!!


Hari tu ada sorang silent reader blog aku name Alya tanya aku. "Apih, between game and girl, which one you prefer?" So dengan tak tahu malunya aku jawab game. Dah memang aku penagih game. Tapi realitinya lelaki memang dilahirkan untuk menyukai game. Sama la dengan bola sepak atau futsal. Memang diakui ada lelaki tak suka bola. Ada orang cakap lelaki yang tak suka atau kurang menggemari bola ni tak maskulin. Lain kali aku story pasal lelaki tak minat bola. Cuma sekarang aku nak story pasal lelaki, bola dan awek.


Kami ada kat sini. Cari la =)

Lelaki dilahirkan dengan ego. Saja je nak selitkan perkataan ego kat sini. Padahal takde kaitan. Saja nak promote blog aku ni. Okay. Bola dan awek. Mana lagi penting? Bola best. Boleh release tension. Sorak-sorak. Awek pun best. Boleh manja-manja. Muah muah. Dulu time aku bercouple, susah jugak nak bagi masa antara dua benda ni. Bola kalau live dalam TV mesti tengah malam, time tu jugak memang nikmat untuk bergayut. Kadang-kadang tengok bola sambil SMS dengan awek. Tengah-tengah SMS tiba-tiba gol. Terlepas tengok gol live tu rugi bro. Hadowwww. Tapi sekarang dah single. So kepada awek-awek yang single tu boleh la isi borang online kat blog aku ni. Hahaha. Gadis yang pandai berfesyen akan diutamakan. Lol.

Dulu selalu camni.

Aku : Awak, saya nak pegi tengok bola ngan member. Takleh call la.
Ex no 1 : Tak payah call pun takpe. Call je member awak tu!!

Aku : Sayang, abg nak pegi main futsal ni. Lepas tu kita SMS k.
Ex no 2 : Hari-hari main futsal. Pergi la couple dengan bola tu!!

Aku : Sayang, baby ada game futsal malam ni. Nanti abis baby call k.
Ex no 3 : Ada game futsal ke ada date kat tempat futsal??

Tu awek. Ops silap. Bekas awek. Mama aku pernah jugak sound.


Mama : Mama beli TV besar dah ni, abg tengok bola kat luar jugak.

Aku : Tengok kat rumah sunyi sepi la mama. Takde geng la ma.

Nasib baik la mama aku memang memahami. Ibu orang lain pun mungkin macam tu. Mereka rela melepaskan anak lelaki keluar rumah pukul 3 pagi untuk tengok bola kat warung. So kaum wanita terutamanya awek-awek kena la faham. Time awak pergi shopping berjam-jam kami kaum lelaki ni ikut je. Takde pun merungut walaupun kadang-kadang kami yang bayar. So anda kaum wanita pun kena la hormat dengan tabiat kami.

Pakwe teman awek shoping tapi awek tak pernah teman pakwe tengok bola.

Hari tu ada satu kes member aku tengah nak main futsal awek dia call. Awek dia suruh pilih antara bola dengan dia. Hadoww. Habis hancur permainan dia malam tu sebab jiwa kacau. Mujur la diorang dah clash. Hahaha. So kaum wanita, jika kekasih anda kaki bola, bagi la dia sedikit ruang untuk bersukan atau lepak dengan member dia untuk tengok bola. Kalau curiga jugak pergi la join. Kalau tak bagi la kami kebebasan. 90 minit je pun. Paling lama 120 minit. Macam wakil persatuan kaum lelaki teraniaya je cakap camni. Pandangan anda?

Fasha minat bola. Sebab tu lelaki minat Fasha. Termasuk abang tu. =P

Kunkun!!


30 January 2010

wanita terpesona dengan.....



Kunkun!!


Aku tak tahu la benda ni betul ke tak.
Adik aku cakap ada yang betul.
Hebat jugak adik aku bab-bab ni.
Padahal baru Form 2.
Hahaha.

1 Bau tubuh semula jadi lelaki.
2 Melihat lelaki dengan wajah maskulin sebelum bercukur.
3 Melihat tulisan tangan lelaki yang teruk pada diari lelaki itu.
4 Jika lelaki membelikan hadiah yang telah lama diimpikannya.
5 Jika lelaki itu menjadi orang pertama wish hari jadinya.
6 Lelaki yang tidak segan dengan kotoran atau lumpur.
7 Dengan lelaki yang pandai memujuk.
8 Lelaki yang pandai memujuknya.
9 Lelaki yang meminta pandangannya sebelum membuat keputusan.
10 Dengan kerutan di dahi lelaki ketika dia serius melakukan sesuatu perkara.


Kunkun!!


29 January 2010

dimanakah tag?



Kunkun!!


Selama aku main blog ni, ni la masa yang paling lama aku tidak di-tag. Last sekali aku kena tag untuk dijawab pun sebelum raya tahun lepas. Dah takde tag ke sekarang? Tag la aku. Please please please. Siapa-siapa la yang sudi. Dulu mesti akan sampai komen 'Anda ditag. Sila ke blog saya.' Dah takde ke? Betapa indahnya hidup ditemani tag. Makan tak kenyang tidur tak lena tumbuk pun tak sakit. Oh tag ke mana awak? I miss you tag. Datanglah kepadaku tag. *baca dalam nada orang bercinta* Giler boring ni sampaikan aku bercerita tentang tag. Tag yang aku maksudkan ni tag yang kena jawab tu. Bukan nametag, tag team gusti, tag untuk anjing, www.tagged.com atau Tag Heuer.



Kunkun!!


26 January 2010

happy birthday sweet 21



Kunkun Nino Nino Bang Bang!!

Terima kasih. Thank you. Arigato. Gracias. Merci. Xie xie. Tak tau la apa lagi nak diucapkan selain perkataan yang bersinonim dengan terima kasih kepada anda, anda dan anda. Sinonim tahu tak apa? Kalau tak tahu sila tanya encik Google. 23 Januari hari tu genap la usia aku 21 tahun. Tapi 21 tu nombor ganjil kan? So ganjil la usia aku 21 tahun. Terasa keganjilan dengan ayat aku tu. Hahaha. So kepada para-para wishers yang memang comel lote dan smart-smart belaka tu, terima kasih yang teramat sangat.


Nazhatul
Suriati Suhaimi
GC Staqim Philux
Wanie kawan Nazhatul
Ummi Nadhirah
Suhaila Johari
Izzatie 2nd TDD
Accy Asiah
Mohd Azizi
Wan Nur Fatin
Nuyue Uda
Tengku Norfathihah
Akmar Achik
Shahida Sheda
Amalia Shakira
GC Aminx Scofield
Wan Nurul Aina
Nami Jimmy
Fadhilah Hani
GC Mizie Mijie
Kak Rin
Miera Mohamad
Ooyu Ayu
Ismawardi Puteri
Madiana Amirah
Tengku Nadhirah
Rohaini Saifuddin
Engku Salma
Dayang GMK
Faiq UTP
Atul Gombak
Aisyah Tagged
Nor Hudar Abu Bakar
Iera Shuffle
Firdaus Hashim
Ana Hisham
Adik Shahirah
Siti Nur Aisyah
Rafidah Zakaria
Emajida Alias
Faizol UiTM Arau
Maisarah Mustapha
Yoyo Tagged
Najwa Amira
Fadhilah Akmal
Syarifah Ain
Nabilah Balqis
Zailee Abu Bakar
Aini Adam
Lia Musyuk
Farhan Hafiz
Diya Nadirah
Karima Nabila
Izzatie Pink
Nor Shakirah
Athirah Fathirah
Wan Nur Farahin
Arzianti Alias
Nurul Izzaidah
Siti Syahirah
Rozaimi Ariffin
Anisz YM
Afizi Pizi
Aniem Afiqah
Adlina Zain
Wan Mohd Nuramin
Asma Puteri
Finarippoyo Ja
GC Along Syazni
Aimi Hamidun
Abdul Rahim Abdullah
Madam Sukinah
Faridah Cik Pa
Mat Zink S
Nor Izzati
Sabariah Begum
Sharifah Nadhirah
Faiz Kamarudin
Slicker Syamimi Azim
01482344** (tak tau sape)
Nor Syazwani Zamani
Duhai Duu
Notygurl Tagged
Alif Mazalan
Zaty Hanani
Nadia Ilyana
GC Ridhwan Apex
Nady Nadhirah
Fatin Burberry
Adik Amirah
Asyraf Azewas
Najmi Ali
Baldu Merah Puteri
Muiz JKK
Solahuddin TATiUC
Syafiq Mohamad
Anis Abdullah
Muhammad Misbah
Wan Muhd Multazam
Deyla Dalila
GC Hazwan Arshad
Mimie Kakak Staqim
Ainun Myspace
Noor Aziah
Siti Networking TATiUC
Khairul Hamidi
Amber Eyna
Amirah Nabilah
Adibah Adlina
GC Capix Konok
Nor Dzailin
Hidayah Najid Shauki
Khairul Hisyam
Lidah Boye
Alya Shoutbox
Nurul Amirah Rohizat
Irah Aimi Mirmo Zibang
Daeyna Zubir
Lurunharima Blogger
Noon a.k.a Nurul Atikah

Tu lah antara wishers yang rela mengorbankan sedikit masa for my birthday selain my family and my cat and my car. Thanks guys. Thanks mama and papa for the special gifts ever. Nasib baik tahun ni mama dah tak tanya pasal calon menantu. Fuuhh... Lega.

Thank you to all of you. I love you so so so so so damn very much.


Gracias. Obrigado. Shukran. Arigato. Thanks. Merci. Kamshamnida.

Kunkun Nino Nino Bang Bang!!




21 January 2010

bagai pinang dibelah dua



Kunkun!!


Hari ini hari Khamis. Hari yang paling best dalam seminggu kalau praktikal. Sebab hari Khamis balik awal. Hurrrayy!! Poyo je kan. Haishhh... Banyak benda yang berlaku hari ni. Meh sini semua nak cite ni. Yang jauh mari dekat yang dekat mari rapat yang rapat mari erat.

Okay. Firstly. Hari ini seriously terlalu amat sangat malas bangun pagi. Pagi tadi hujan lebat giler. Bayangkan anda tidur masa hujan. Mesti taknak bangun kan? Tapi kena bangun jugak. Time mandi pun terlelap tadi. Padan muka tidur la lewat lagi. Haishhh...


Secondly. Pagi tadi pergi kerja lewat wo. Tiba-tiba je ada wo di situ. Abaikan je. Sampai office dah 8.00 lebih. Nasib baek ada member aku tolong punch kan. Thanks Hisyam weh.

Thirdly. Breakfast macam biasa. Popia 2 batang. Ke 2 ketul? Tak tau la aku orang panggil popia ni batang ke ketul penjodoh bilangan dia. Pastu air Nescafe. Semuanya RM2.00.

Fourthly. Boring giler kat office hari ni. Tapi office aku best. Setiap hari dapat bau masakan-masakan dari dapur. Hari ini bau ayam goreng. Semalam jemput-jemput. Jemput-jemput ke nama dia? Tak tau la aku.

Fifthly. Hari ni aku masih mencari coding untuk install FreeRadius untuk Hotspot. Terlalu amat sangat susah nak buat. So aku hanya meluangkan masa berchatting dan membalas komen Facebook dan buat-buat buat kerja. Ada 3 buat dalam satu ayat yang aku buat. Okay dah jadi lima buat.
Drama King ke?

Sixthly. Balik kerja dengan muka bersemangat. Sebab esok cuti. Lepas makan terus tidur. Simple giler jadual hidup orang simple. Sekarang ada 2 simple dalam 1 ayat. Dan dah jadi tiga. Begitulah ke-simple-lan hidup orang single. Ada ke imbuhan ke...lan time belajar dulu? Entahlah. Giler banyak simple dalam paragraph ni. Hahaha...


Seventhly. Aku tak tau nak tulis apa lagi. Apa yang berlaku hari ini ibarat nombor 1 diterbalikkan. Ia tetap nombor 1. Bukan L atau I. Faham tak? Kalau tak faham tu bagus. Kalau faham tu ada something wrong with you. Hahaha.

Eightly. Sekali lagi diulang. Aku tak tau nak tulis apa lagi. Esok pulak mengarut. Nak keluar dulu. Ciao.

p/s: first time buat tajuk tak berkait dengan entry. Hahaha.


Kunkun!!



20 January 2010

panggilan misteri

Semalam balik kerja terus tidur. Selama berapa jam ye? Dari 7.30 malam sampai 3.30 pagi. 8 jam kot. Tanpa dinner. Hebat kan saya? Hahaha. Dan bangun je pukul 3.30, tengok handphone. Ada satu SMS daripada Ummi Nadhirah. Nad, nama anda naik di blog saya. Hahaha. Dan satu missed call dari nombor yang tak dikenali. Call tepat-tepat pukul 0100. Aku SMS "siapa ni ek?" tapi tak berbalas. Tidur kot. Pastu tak tau la kenapa ringan je jari aku pergi tekan button call kat nombor tu. Last-last voicemail. Haishhh. Nasib baek la kredit banyak. Bila jadi camni aku teringat satu kes tahun lepas. Aku nak cite kisah seram ni. Masa tu tengah malam. Dalam pukul 2 pagi. Aku tengah duk online. Tiba-tiba ringtone handphone berbunyi. Macam biasa la kan mesti la kena jawab. Bila aku "Hello" je orang sana diam. Aku teruskanlah "Hello.. Sape ni ek?" Dia diam jugak. Aku malas nak layan sangat aku cakap la "Weh, kalau taknak cakap aku letak ni.." Pastu aku dengar bunyi orang mengeluh. Aku ingatkan member-member nak main-main. Aku kan ada member-member yang nakal. Uwekkk.. Okay. Sambung lagi. Pastu aku dengar dia teresak-esak. Menangis. Tangisan seorang wanita. Aku tau perbezaan tangisan wanita dan lelaki. Aku dah blur. Tiba-tiba je kan. Aku pun men-gentleman-kan diri. "Awak.. Kenapa ni?" Lepas tu je esakan dia makin kuat. Yang mula-mula tadi tu esakan macam orang sebak je. Ni dah macam orang putus cinta. Aku ingatkan dia tu member pempuan aku. Kot-kot clash ke gaduh dengan balak ke pastu call aku. Aku pun bersuara "Awak jangan la nangis..." Pastu tiba-tiba je dia meraung. Seram giler bro!! Aku tak pernah dengar orang meraung sambil nangis. Ni kuat bukan main. Suara macam anak kecil yang takutkan sesuatu. Serius masa tu semua bulu aku berdiri tegak macam orang patriotik menyanyi lagu Negaraku. Aku rasa nak letak je. Tapi kalau aku letak kan rasa macam tak bertanggungjawab pulak. Sebab aku tetap anggap awek yang call tu member aku. Dia meraung dan meraung dan meraung. Aku diam je. Kepala aku liar tengok kiri kanan atas bawah depan belakang. Mana la tau ada makhluk lain masa tu. Lagi seram aku jadinya. Ada la dalam 3 minit dia meraung dalam handphone. Pastu dia diam. Aku lega la sikit. Aku tarik nafas dalam-dalam. Aku tanya "Awak ni sape ek?" Dia diam je. Pastu tiba-tiba dia gelak kuat giler. Macam orang mengilai. Bayangkan tak sampai seminit lepas dia meraung dan menangis dia boleh gelak camtu. Aku yang dah duk terfikir pasal hantu dari tadi terus end call. Tak tahan aku. Siapakah dia? Aku just tau dia perempuan. Lepas sejam aku SMS tanya sape dia. Tapi tak delivered. Aku tak puas hati. Aku call. Tapi kena voicemail. Aku save nombor phone tu sebagai 'Unknown'. Ada la dalam 3 hari lepas tu, masa tu aku dalam kereta member aku, Nasrul. Dia call lagi. Dalam pukul 2 pagi camtu. Aku angkat, "Hello?" Dia terus menangis. Aku terus letak. Tak larat aku nak layan. Bajet misteri. Tapi memang misteri. Kalau awek call cakap nak berkenalan dengan aku, aku layan la jugak. Walaupun akhirnya aku tahu yang dia tu member aku dan nak kenakan aku. Tapi budak pempuan ni?? Dah la menangis pastu gelak, tak bagitau pulak identiti dia. Seram weh!!! Nak kata hantu, takkan hantu guna handphone. Tak tahu la apakah benda itu. Haishhhh.....

p/s: sebab tu aku tak layan sangat kalau ada nombor tak dikenali missed call or SMS.

18 January 2010

bersyukurkah kita?



Kunkun!!

Bilakah kali terakhir anda bersyukur? Tadi? Semalam? Minggu lepas? Tak tahulah kenapa manusia susah nak bersyukur. Aku pun tergolong dalam golongan ini. Kalau dah dapat something kita still nak yang lebih dari tu. So untuk renungan bersama *macam ustaz dalam tv je* marilah kita luangkan sedikit masa untuk menjawab soalan mengapa kita harus bersyukur...

1 Kita tidak perlu bayar untuk bernafas dan sihat tubuh badan. Semuanya percuma.
2 Kita masih mampu mencium bau makanan yang sedap-sedap, melihat warna-warni alam, mendengar muzik sekuat hati dan bergosip sepuas-puasnya.
3 Kita menangis apabila melihat kejadian yang mengharukan walaupun tiada kena mengena dengan kita.
4 Kalau rasa nak tengok filem yang best, just pergi ke pawagam. Kalau rasa nak tengok konsert artis kesukaan kita, just pergi beli tiket.
5 Kalau rasa nak makan makanan Jepun, Cina, Italy, Indonesia, India atau apa sahaja just pergi sehaja ke restoran yang terdekat.
6 Hidup kita bertambah mudah dengan teknologi canggih yang kita gunakan.
7
Berkesempatan melihat dunia lain atau melancong ke negeri orang. Bukan semua orang dapat merasainya.
8
Tak kira se'pokai' mana pun kita, kita masih ada makanan untuk dimakan.
9
Kita masih mampu membeli hadiah untuk girlfriend, boyfriend, member dan keluarga.
10
Tiada orang yang boleh menyerupai kita di dunia ini. Jika anak kembar sekalipun pasti ada bezanya. So bersyukurlah kita dilahirkan unik dan tiada duanya.
11
Mempunyai kawan untuk di ajak berjalan-jalan di hari minggu. Mempunyai kawan untuk di ajak makan bersama. Mempunyai kawan untuk di ajak bersembang dalam telefon ketika bosan.
12 Kita boleh membaca dan bayangkan berapa banyak ilmu yang kita dapat dari membaca.
13
Apabila bosan kita mempunyai lagu-lagu indah untuk menemani kita. Cuma play dan dengar.
14 Kita masih mampu ketawa terguling-guling menonoton filem komedi.
15
Kita hidup di negara yang bebas perang.
16
Kita tidak perlu tidur malam dengan beralaskan bumi dan berlangitkan bintang.
17 Kita bebas memakai apa saja pakaian yang kita inginkan mengikut citarasa dan keinginan kita.
18 Kita mempunyai bakat tertentu. Bersyukurlah kerana bukan semua orang mampu melakukannya.
19
Kita bebas memilih apa yang kita inginkan dalam hidup.
20
Kita mampu membuat orang lain ketawa. Rasanya tidak ada rasa yang lebih baik dari itu.
21
Kita masih ada tempat untuk mengadu masalah dan kesedihan yang melanda.
22
Setiap kali kita melakukan kesalahan pasti akan ada yang sedia untuk membetulkannya kerana sayangkan kita.
23 Kita masih mempunyai keluarga dan bukannya anak buangan yang terbiar tanpa arah tuju.
24 Kita berkesempatan untuk bersekolah dan melanjutkan pelajaran. Walaupun penat mengulangkaji pelajaran dan menghadapi peperiksaan, sesungguhnya ramai orang di luar sana yang mengimpikan untuk berada di tempat kita ketika ini.
25
Kita masih hidup sehingga ke hari ini. Alasan ini cukup kuat untuk kita bersyukur.



Kunkun!!

17 January 2010

drama king

Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut

Oooooohhhhhhh Oooooohhhhhhh

Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan
Sampai bila kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan
Sampai bila kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Kau bertapa
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat

11 January 2010

posting terpendek di dunia




pendek!!



09 January 2010

lelaki nakal ghairahkan wanita


Kunkun!!


Aku nak buat statement membunuh yang aku rasa akan mencetuskan kontroversi di blog tersayang aku ini. Takpe sebab aku sukakan kontroversi. Okay. Statementnya ialah... Kaum wanita sebenarnya lebih gemarkan lelaki nakal berbanding dengan yang baik walaupun apabila ditanya tentang lelaki pilihan, jawapan yang keluar ialah
“Saya inginkan teman lelaki yang boleh membimbing saya ke jalan yang benar.” Sebelum kakak-kakak, makcik-makcik yang membaca artikel ini tidak bersetuju dan mencari-cari idea untuk memberi komen yang turut boleh membunuh, aku cabar kakak-kakak semua jerit kuat-kuat, “Aku tak minat lelaki nakal!” dan kakak-kakak jangan tipu diri sendiri.

Kenakalan lelaki mencetuskan fantasi-fantasi nakal di fikiran wanita dan imej-imej menarik. Ini akan mengeluarkan sejenis adrenaline ke segenap inci tubuh mereka lantas menimbulkan perasaan teruja yang kadang-kadang tak dapat dikawal. Tidak kiralah sama ada fantasi nakal di fikiran wanita itu direalisasikan oleh si lelaki atau tidak, kerana persepsi yang wujud itu lebih penting dari realiti. Semuanya bermula di minda! Oleh kerana itu 3 lelaki kegemaran utama wanita ialah lelaki kaya, lelaki kacak dan seterusnya lelaki nakal.

Persepsi 1: Lelaki nakal pandai mengayat, mengurat, mengadjust dan tidak takut untuk mendekati wanita! Pendekatan mereka lebih berani dan jika ditolak sekali pun, mereka tetap cool. Mereka berlagak macam tiada apa yang berlaku. Tapi sekurang-kurangnya mereka berani memberitahu dan si wanita itu pun sudah tahu yang mereka berminat. Yang lainnya terpulang kepada yang empunya diri. Sifat berani dan cool yang ada pada lelaki-lelaki nakal ini menggiurkan wanita! Kalaupun mereka ini sebenarnya takut untuk approach wanita, persepsi wanita tentang lelaki nakal adalah sebaliknya.

Persepsi 2: Temujanji atau dating dengan lelaki nakal tidak membosankan kerana mereka tahu cari aktiviti menarik dan luar biasa untuk menghiburkan teman wanita mereka. Sebab itulah mat rock atau mereka yang pandai main gitar selalu jalan dengan girlfriend. Kalau pun hanya pergi tengok wayang, ‘tengok wayang’nya lebih menarik berbanding lelaki poyo dan baik.

Persepsi 3: Lelaki nakal tidak terdesak. Mereka berpegang teguh kepada mazhab 'cool' mereka. Mereka ini datangnya daripada golongan lelaki yang tidak menggelabah, tidak kecoh dan tidak berlagak. Semuanya sedap-sedap sederhana serta masam-masam manis. Sifat lelaki yang begini mengghairahkan para wanita.

Persepsi 4: Lelaki nakal selalunya pandai main alat muzik dan terdapat dua pendapat tentang mereka yang ini. Pertama, mereka pandai menggunakan tangan dan jari-jemari. Wanita boleh terjatuh hati jika lelaki ini mendendangkan lagu-lagu nakal mereka berasetkan gitar dan jari-jemari. Kedua, mereka pandai bermain dengan melodi untuk mencairkan hati. Ayat-ayat mengarut daripada lelaki ini mungkin kelihatan biasa namun mampu memberi maksud yang 'makan dalam.' Wanita memang akan lemah dengan skill ini.

Persepsi 5: Kenderaan lelaki nakal tidak biasa. Mana ada lelaki nakal naik kereta biasa-biasa, paling-paling pun ada spoiler, tayar kena ada sport rim, ekzos turbo atau serba sedikit modifikasi. Takkan lelaki nakal hanya naik motor biasa. Kurang-kurang pun kena kapcaikan sikit motor. Barulah seksi, barulah untung diri, barulah awek mari!

Persepsi 6: Lelaki nakal sering menjadi pilihan atau idaman ramai wanita! Sifat semulajadi wanita ialah suka membuat perempuan lain cemburu. Memang semua wanita lazimnya mempunyai tabiat ini. Dan apabila wanita dapat bertemankan lelaki nakal, kadar cemburu wanita lain kepadanya meningkat berkali ganda. Perfect combination!

Persepsi 7: Lelaki nakal ini pandai bergaya. Memang realiti dunia yang wanita suka bergaya dan jika digandingkan dengan pasangan yang bergaya, mereka akan kelihatan lebih bergaya. Dan sila kembali ke persepsi 6 yang akan membuatkan wanita lebih gembira.

Atas sebab-sebab di ataslah kenapa ramai lelaki nak jadi mat rockers, mat indie, mat skinny dan kenapa wanita terliur dengan lelaki nakal! Memanglah lelaki nakal atau bad boys ini bukan calon ideal untuk dijadikan suami tetapi idea untuk berpacaran dengan lelaki baik sudah membosankan, apalagi untuk mengalaminya dan merasainya.

Jadi, dah sedia nak komen kenyataan aku bahawa wanita sebenarnya lebih gemarkan lelaki nakal? Jangan malu jangan segan. Aku tak buat penapisan. Silakan!!

BANG!!!

07 January 2010

she's hot but he's not


Sebelum aku melelapkan mata ni aku nak bagitahu sesuatu. Aku tak tahu benda ni terjadi tak pada kaum wanita. Tapi yang aku perasan ramai lelaki merasai pengalaman ini. Rugi kalau ada yang tak alami. So pergi la ke Genting Highlands dan alami keriangan. Aku mengarut je tu. *Dush dush* Okay. Perasan tak kalau kita tengok orang dating atau couple kadang-kadang kita tak sedar kita cakap "Pergghh!! Awek hot giler tapi pakwe camtu je!!" atau ayat yang lebih kerohanian macam "Macam mana la mamat ni ayat awek ni.." atau ayat yang lebih jujur macam "Mamat ni muka pecah rumah tapi dapat awek hot macam ni.." atau ayat bersifat kejahatan macam "Mesti mamat ni guna ilmu hitam ni tu yang dapat awek seksi camni.." Mengapa dia dan bukan kita? Tak handsome ke kita ni? Tak maskulin ke kita ni? Kawan-kawan rasa macam mana? Bagi aku senang je. Jawapan dia ialah... Nanti posting akan datang aku bagitau. Haha. Kunkun!!

04 January 2010

facebook and quiz





Kat office tadi *ayat takleh blah padahal praktikal je* sebab boring sangat aku pun saja-saja la mencoba nasib main quiz kat facebook Afif El Nino aku *dah tahu ni add la ye* sebab ada notification kat bawah hujung belah kanan tu. Ala kalau kalian ada facebook mesti tau nye. Then bila terpandang je quiz ni terdetik hati nak main. Wah terdetik tu *macam ambang kemerdekaan je detik-detik ni* Ni la quiz yang aku maksudkan tu.

Maka bermainlah diriku dengan benda alah ni.
Kemudian keluar la jawapan dia.
*takkan keluar peti ais pulak*

Gila kau dating dengan Taylor Swift. Nak speaking English pun tergagap-gagap ni kan nak dating. Tapi cuba bayangkan kalau betul-betul. *Haissshhhhh* Hans Isaac pun menangis tak berlagu tengok aku dating Kak Taylor ni. Hahaha. Dah la boleh tukar ikut suka hati jantung gusi limpa kita je nak dengan artis mana. Aku dah cop awal-awal selebriti ni. *angan-angan nak tingkat tinggi je*




Ni semua gurau-gurau je. Tapi cuba bayangkan kalau dunia ni macam quiz ni. Kalau nak dating pilih je dalam Internet. Fuuuhhhh. Golongan atuk-atuk pun lepak kat cyber cafe dan celik IT. Hahaha. *Kalau betul ada menda camni mesti nenek tiri aku hot* Hmmmmmm. *sambil berfantasi*

02 January 2010

penurunan CGPA

*Kunkun*

Semester lepas pointer aku ialah nombor point nombor nombor. CGPA aku turun kepada 3.02. *Sigh* Aku rasa aku manusia paling last yang call TATiUC kesayangan aku tu. *kolej kami guna cara call-and-tell* So pada hari tersebut *aku tak ingat hari apa* aku call la HEA nak tanya result. Dengan kredit yang tak seberapa nak ada itu aku call dan cakap dengan staf kolej tu.

"Mohd. Afif Rashdan Shafie kos 3 Networking nombor matriks 07A05010 result awak *pointer* dan awak repeat mathematics 2..."

WTF??!! Punyalah aku study siang malam math. Punyalah aku attend setiap class math. Punyalah aku caring gila kat lecturer math. Punyalah aku bangun awal pagi sebab nak pergi class math. Punyalah semangat aku nak exam math sampai tak tidur malam. Last-last repeat. Aku ulang. Repeat. *Haishh* Terus rasa kurang ajar time tu. Ramai yang senasib dengan aku. So aku faham perasaan kalian semua. Arggghhhh!!!

Oleh sebab semester ni aku kena praktikal atau nama sebenarnya Latihan Industri *aku baru tahu ni maksud praktikal dalam BM* so aku terpaksa la ambil short semester bulan May ni. Orang lain best je cuti aku pulak stay kat kolej. *Haisshhhhh*

Tapi walaubagaimanapun aku ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada lecturer-lecturer yang mengajar aku semester lepas. Thanks Madam Suhana sebab menjadi supervisor untuk final projek aku. Thanks Encik Tamizan sebab jadi lecturer yang berdedikasi. Thanks Madam Azliza sebab bagi aku peluang belajar benda-benda baru. Thanks Madam Zurairah dan Madam Farah Hanan sebab memberi kesedaran yang mathematics perlukan latihan. Thanks everybody for all your support. Penurunan pointer semester lepas memberi aku semangat untuk lebih gigih semester ni. Ganbatte Apih!! *tepuk la sikit*

P/s: Jika anda mendapati posting ini agak skema maka ia tiada kena-mengena dengan entry Skema yang lepas.

*Kunkun*

01 January 2010

selamat tahun baru 2010

aku just nak wish tu je sebab hari ni 01012010... aku harap azam² kalian tercapai... jangan tanya apa azam aku sebab sejak dulu aku memang takde azam bila masuk tahun baru... mesti kalian ingat aku takde matlamat hidup kan?? takpe... kalian ada hak nak cakap camtu... aku bukan takde matlamat just aku rasa azam² ni macam hangat² taik ayam serama... awal² je semangat nak buat tu nak buat ni... nanti bila ada halangan sikit pastu bila ada orang cakap tu cakap ni je dah hilang entah ke mana azam tu... bagi aku kalau aku rasa nak buat menda tu aku buat je... tak perlu azam² dan nak bagitau semua orang... tapi tu style masing²... lain disco lain pelayan, lain orang lain cara pemikiran...

sekali lagi aku ucapkan
Selamat Tahun Baru 2010

kepada follower dan pembaca blog aku ni, semua student TATiUC, student SMK Datuk Razali Ismail, student SK Tengku Ampuan Mariam, wira wirawati PLKN Kem Cahaya Gemilang Cherating Fasa 1 2007, friends dalam Facebook, Myspace, Friendster, Tagged, Yahoo Messenger, Skype serta semua tak kira la kenal aku atau tak... semoga 2010 memberi sinar baru dalam hidup kita semua... sekian... ciao...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...