Kunkun!!
Dua tiga hari lepas aku dapat mesej dari sorang member aku...
"Aku rasa aku kena cuba buka pintu hati aku kat orang lain tapi tak tau la sape. Aku tak rasa jodoh aku dengan Juliana Evans. Sampai dah masanya aku cari pengganti Juliana Evans. Aku nak mulakan hidup baru dengan orang baru. Mu bila lagi pih...?"
Best rasanya bila aku tau member aku dah tergerak hati nak couple. Kenapa aku rasa best? Entah la. Cuma soalan dia di akhir ayat tu buat aku terfikir. Aku bila lagi? Dah lama single ni. Nak masuk setahun dah. Haishhhh....
Pastu semalam aku dapat satu mesej kat Facebook. Ada lelaki hantar.
"Why cute boy like U still single? Are U gay? I nak kenal U lebih dekat boleh?"
Aku tak kisah kalau dia cakap aku cute. Nak tunggu orang cakap aku hensem memang takde kot. Cuma yang aku kisah ialah dia cakap aku gay dan dia nak kenal aku. Dan dia lelaki. Yang dilahirkan lengkap dengan testis dan skrotum. Bukan yang lahir dengan ovari atau klitoris. Arggghhh!! Kepada pakcik tersebut, harap maaf aku tak layan lelaki. Aku diajar bahawa pedang mesti dimasukkan ke dalam sarung pedang. Bukan pedang lawan dengan pedang. Tingtang Tingtang Alexander. Sumpah lawak Johan buat scene ni.
Horny Homosexual | Boys over boys over flower
Aku bukan suka cerita pasal cinta kat public. Kisah cinta aku pun tak ramai yang tau. Cuma aku nak cakap yang kalau seseorang lelaki itu single lama-lama tak bermakna dia gay. Mungkin dia lebih tenang tidak berteman. Mungkin dia belum jumpa orang yang sesuai. Mungkin dia terlalu memilih. Mungkin dia takut bercinta. Mungkin dia mengejar cita-cita sebelum cinta. Aku? My heart is incredibly wary of love.
Aku hidup di sekeliling orang bercinta. Ada yang sanggup merana. Ada jugak yang bahagia. Ada yang sanggup berkorban apa saja sampai hilang kawan, keluarga dan harta. Cuma aku lagi suka orang yang mencintai Yang Esa. Aku? Dulu masa aku bercinta, semasa bilal di masjid melaungkan azan Zuhur, tangan aku erat menggenggam tangan pasangan aku. Dan selepas imam memberi salam solat Asar, aku masih berpegangan tangan. Selepas tu baru aku faham kenapa orang sebut cinta adalah berhala yang disembah-sembah. Tapi tu cerita lama. Cerita tentang masa lalu. Cerita tentang kau dan aku.
Holding Hands | Kita pernah satu aku dan kamu
Aku bukan takut nak bercinta. Aku tak kisah jatuh cinta lagi. Mungkin aku tak nampak cinta depan mata. Tapi dalam hidup ni kita kena terima hakikat bahawa tak semua yang kita nak akan kita dapat dan tak semua yang kita dapat adalah yang kita nak. Not everyone can get what they want. Even she's always in front of you, there's something that you can't have.
"I am not the type to be able to fall in love easily..."
Biarkan aku bernafas dalam ego aku sendiri. Biarkan.
What Is Love | Now I just love myself
Kunkun!!
18 comments:
haha..apih jiwang :)
apih gay!
hahahahaha
klau dlm fb ni..nk je like...heh..sblm ni takut nk cmmnt blog nie,p nie nk cmmnt gak,sbb mmg best entry kli nie..*like*
Tapi dalam hidup ni kita kena terima hakikat bahawa tak semua yang kita nak akan kita dapat dan tak semua yang kita dapat adalah yang kita nak. Not everyone can get what they want. Even she's always in front of you, there's something that you can't have.
thanks for these words.
tapi jangan ego kuat sangat.
nanti sendiri sakit tau.
well, good luck in your love life.
=)
isk.. macam mohong jer..
mohong3.. haha
p/s: hg paham ke dak mohong tue apa? hahaha
masnihanim...
mana ada jiwang la...
ni nama dia hormat-menghormati...
hahaha...
syazni...
tokmu gay...
aku straight...
hahaha...
itisrajah...
thanks for your advice...
nanti aku cuba...
zoro...
mohong tu bukan bohong ke?
aku rasa la...
hahaha...
"Dulu masa aku bercinta, semasa bilal di masjid melaungkan azan Zuhur, tangan aku erat menggenggam tangan pasangan aku. Dan selepas imam memberi salam solat Asar, aku masih berpegangan tangan. Selepas tu baru aku faham kenapa orang sebut cinta adalah berhala yang disembah-sembah."
couple jek lepas kawen...kan lebih baik... =))
yana...
nanti ah letak ikon like...
boleh la like banyak kali...
hehehe...
thanks ek :)
fantasybutterfly...
couple lepas kawen?
suruh mak je carikan jodoh kita kan...
habis citer...
hehehe :P
tau xpe..haha...
mse mde untuk njoy,
bukan utk rosakkan hati..
nmpk mcm sama,
tp sbnarnye xserupa...kan?
xpayah tggu mak cari, klu dh jmpe calon yg sesuai, yg agak2 bleh sme2 bwk masuk syurga, ok la tu... =))
muda hanya sekali kan...
so kita enjoy...
tapi memang nak cari yg sama-sama ke syurga...
kalau boleh aku sebagai suami nak pimpin tangan isteri aku masuk syurga nanti...
biar masuk sama-sama...
barulah bahagia dunia akhirat :)
hmmm...
ohhh..
ada ekk istilah cinta ibarat berhala yg d sembah2..??
betol3.. pandai.. hehehe
selembut salju...
ada je...
aku pernah dengar ustaz sebut...
huhuhu...
roronoa zoro...
pandai kan?
hahaha...
poyo ah mu sufi...
Post a Comment