My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

20 May 2010

makan atau kahwin lagi penting





Kunkun!!



Pada suatu petang yang segak bergaya, Sharifah mengunjungi rumah Rozita. Mereka berbual-bual di beranda. Sedang enak mengumpat jiran tetangga, tiba-tiba suami Rozita melangkah keluar lengkap berbaju Melayu.



"Sayang, abang dah siap. Abang pergi dulu ye..."
"Bila bernikahnya bang...?"

"Lepas Isyak. Pengantin perempuan sampai lepas Isyak..."

"Hati-hati ye bang. Jangan lupa bawak balik nasi minyak..."



Maka berlalulah suami Rozita meninggalkan isterinya dan Sharifah.



"Engkau memang isteri yang memahami. Syurga la tempat kau Rozita..."
"Yang kau puji aku lebih-lebih ni kenapa pulak..?"
"Engkau boleh relaks camtu je suami kau pergi bernikah lain..."

"Suami aku photographer orang kahwin la..."

"Oooooo.... Erkkkk..."




Best kan jadi photographer orang kahwin? Dapat nasi minyak free. Sebenarnya aku sedang lapar. Huhuhu :)


Nasi Minyak | Takde minyak pun dalam nasi ni



Sekarang aku makin lapar sebab terbayangkan wajah bakal isteri aku. Suasana majlis pekahwinan aku. Bulan madu aku. Malam pertama aku.


Bayangan Gurauan | Ini adalah rekaan semata-mata




Kunkun!!




10 comments:

pu3iman said...

"Sekarang aku makin lapar sebab terbayangkan wajah bakal isteri aku."

ayat yg amat men'seram'kan utk bakal isteri nih....huhu ~

apih el nino said...

wo!! ayat tu bermaksud semakin lapar sebab memikirkan wajah isteri. bukan makin lapar benda lain. adeh. khayalan tingkat tinggi la kamu. huhuhu :P

Roronoa Zoro said...

aku lapar bila terbayangkan dirimu apih...

jom pi makan kat cafe baru.. hehe.. =D

apih el nino said...

mu lapar bila terbayangkan aku? mu nak makan sup tulang ke? hahaha.

Azri Omar said...

Berat dah mu.... register ni...aku register dah http://www.myjodoh.net/

MegaPena said...

Memang kelakar! Saya suka....!!

apih el nino said...

azri...
daftar myjodoh?
boleh caye ke tu?
mama aku pernah kata...
jodoh takkan dapat kalau tak dicari...

apih el nino said...

megapena...
thanks :)

Anonymous said...

nk jd bini awk leh?

apih el nino said...

anonymous...
boleh je kalau cukup syarat...
hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...