My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

30 November 2010

soalan yang boyfriend tak suka



Kunkun!!


Apa yang membuatkan soalan di bawah ni susah ialah pasangan akan bergaduh jika lelaki memberikan jawapan yang salah. Tapi jawapan yang salah itu ialah jawapan yang betul tapi dijawab dalam hati sahaja. Errr... Faham tak?


"Awak tengah fikirkan apa tu?"

Jawapan dalam skema jawapan : "Saya tengah fikir pasal masa depan saya dengan awak..."

Pilihan jawapan dalam hati :
(a) "Macam mana Real Madrid boleh kalah semalam. Adoyai..."
(b) "Bilalah nak merasa pakai sport rim macam kereta tu..."
(c) "Kenapa panas sangat restoran ni?"
(d) "Kredit dah nak habis. Malam ni nak kena gayut dengan dia pulak..."
(e) "Bilalah nak balik ni. Mengantuk giler dah ni..."

When Men Stop Talking | They're thinking about something


"Awak cintakan saya?"

Jawapan dalam skema jawapan : "Yes!!" dengan muka confident giler.

Pilihan jawapan dalam hati :
(a) "Mestilah. Aku kan boyfriend kau!!"
(b) "Kalau aku jawab Yes mesti tak panjang cerita lepas tu..."
(c) "Bergantung pada maksud cinta dalam diri masing-masing..."
(d) "Penting sangat ke awak nak tahu?"
(e) "Cinta? Siapa? Saya?"

You Know You Love Me | I know you care


"Saya nampak gemuk tak?"

Jawapan dalam skema jawapan : "Tak lah. Tak gemuk pun..."

Pilihan jawapan dalam hati :
(a) "Gemuk kalau nak banding dengan apa tu?"
(b) "Taklah gemuk sangat. Tapi tak kurus jugak..."
(c) "Kalau tambah sikit lagi baru awak nampak gemuk..."
(d) "Awak ni sihat, bukan gemuk..."
(e) "Baguslah awak sendiri perasan awak gemuk..."

Two Boys Look at Two Girls | Okay. They're staring


"Awak rasa dia lagi lawa dari saya?"

Jawapan dalam skema jawapan : "Takde lah. Awak yang paling lawa..."

Pilihan jawapan dalam hati :
(a) "Dia lagi lawa, tapi baju awak lagi ketat..."
(b) "Tak lawa, tapi lebih kurus dari awak..."
(c) "Dia lagi lawa sebab dia lebih muda dari awak..."
(d) "Budak kecik pun tahu dia lagi lawa dari awak tu..."
(e) "Indahnya ciptaan Tuhan..."

Pretty Girls Are Everywhere | They're unlucky for not choosing me


"Apa awak akan buat kalau saya mati?"

Jawapan dalam skema jawapan : "Saya akan ziarahi kubur awak setiap hari..."

Pilihan jawapan dalam hati :
(a) "Bolehlah aku cari bini muda masa tu..."
(b) "Harap-harap harta kau tu dapat kat aku la..."
(c) "Saya akan jaga anak kita sebaiknya, dengan mak tiri diorang..."
(d) "Ada harapan jadi duda rebutan kat office lepas ni..."
(e) "Jangan mati lagi. Tunggu settle duit rumah dulu nak mati pun..."

So Long And Goodnight | Kan ku usung jenazah cinta


Mesti ramai lelaki marah dengan aku lepas ni. Hahaha...


p/s: Aku sengaja Align Left jawapan tu kononnya nak nampak dramatik. Dramatik tak?


Kunkun!!

29 November 2010

bersediakah anda bergelar blogger?


Kunkun!!


Mungkin entry kali ini agak dramatik tapi realitinya tak semua bersedia untuk menjadi seorang Blogger.


Serius kalau aku tahu untuk menjadi seorang Blogger perlu buat perkara di bawah ini, aku sendiri tak akan mula menjadi seorang Blogger. Tapi kalau aku tak mula menjadi Blogger, aku tak akan dapat lihat apa yang ingin aku sampaikan ini.


Tapi ingin aku tegaskan, blog mempunyai banyak keistimewaan dan keistimewaan itulah yang membuat aku berblog setiap hari.


Blogging ialah pekerjaan

Orang ingat blog ialah menulis sesebuah entry dan berharap agar ia berjaya.

Realitinya, menulis entry ialah langkah pertama dalam Blogging. Diulang, menulis ialah langkah pertama anda.

Selepas siap menulis entry, ada harus promote entry tu, kemudian berinteraksi dengan pembaca dengan membalas setiap komen mereka. Anda juga harus berinteraksi dengan pembaca dari Facebook atau Twitter.

Untuk menjadi blogger yang hebat macam blogger-blogger famous kat luar sana, anda perlu aktif di blog anda sendiri. Ia juga dapat mencipta brand anda sendiri sama ada melalui nama anda atau nama blog anda itu.

Hard Work | That's what you need


Blogging ialah pekerjaan yang memerlukan kerja keras setiap hari.

Adakah anda bersedia bekerja keras setiap hari?


Anda Tidak Boleh Blogging Berseorangan


People look at blogging as 'One Man Show' but truth is blogging alone is the fastest way to fail.

Aku bertuah sebab terjumpa beberapa blog hebat sepanjang aku bergelar blogger. Sebab itu sampai hari ini aku cuba melayan setiap pengunjung blog aku dengan sebaik mungkin.

Greatest Real Madrid | Team work needed


Jika anda tidak berniat untuk bekerja dengan blogger lain atau menjalin hubungan yang bermanfaat dengan mereka, maka anda semakin hampir untuk jatuh sebagai blogger.


Don't think like a Blogger


Ini mungkin nampak agak complicated.

Thinking | Where ever you are, keep thinking


Blogging has changed. Menulis sebuah entry, duduk relaks dan berharap duit datang kepada anda sudah tidak digunapakai.

Untuk blogger yang menjadikan blog sebagai side income,
jadikan blog anda seperti sebuah business.

Ini cara aku handle business aku :

Buat produk (entry) baru.
Jual produk (entry) kepada pelanggan (blogger).
Promote produk (entry) di merata tempat (Facebook, Twitter etc).
Marketing, marketing, marketing.


Benda negatif menanti anda


Ingat, apa yang anda tulis, semua orang akan membacanya.

Ingat, bila ada orang suka dengan apa yang anda tulis, akan ada orang yang tak sukakannya.

Loves To Hate | Hates to love


Untuk bergelar Blogger, anda perlu berjiwa kental dan bersedia untuk tidak disukai. Aku sendiri susah nak terima bila tidak disukai oleh segelintir blogger. Tapi aku terima dengan hati yang terbuka. Bukan semua orang akan sukakan kita sebab kita sendiri bukan suka dekat semua orang.

Katakanlah dalam satu entry ada 28 komen positif dan 2 komen negatif. Anda tetap perlu layan dan percaya dengan komen negatif tersebut.


Kesabaran tinggi sangat diperlukan


Hari ini ramai yang blogging sebab side income.

Patience | Be yourself and go ahead


Blogging memerlukan masa. Kadang-kadang memerlukan masa yang terlalu lama. Mendapat komen, meningkatkan traffic, lihat hasil dalam Nuffnang, semua ini memerlukan masa untuk naik dan naik.

Aku tahu entry ini mungkin memberikan tekanan kepada beberapa blogger, tapi kadang-kadang tekanan juga memberikan kelebihan.

Jika anda dapat handle semua benda yang aku cakap dekat atas, maka blogging ialah salah satu benda paling seronok dilakukan bila anda online.

Jadi tanya diri anda, bolehkah aku bekerja keras setiap hari? Tanpa real income dalam 6 bulan atau 1 tahun? Blogging secara team support? Blogging tanpa berfikir sebagai blogger? Pertahankan komen negatif pembaca? Mempunyai kesabaran hadapi semua itu?


Jika jawapan anda "YES", maka anda memang bersedia menjadi seorang Blogger!


Kunkun!!





28 November 2010

10 kesilapan bodoh windows



Kunkun!!


Sepanjang baca entry ni, ingatlah setiap alatan teknologi akan mengalami kerosakan. Termasuklah Windows yang sedang anda gunakan.


Windows Problem sendiri yang problem sekarang.


If you understand, click OK. Ada siapa-siapa faham?


Bila 'Error' mengalami Error.


The Error is 'The operation completed successfully'.


Berterus-terang giler Error ni.


Baca dua baris pertama dan fahamkan maksudnya.


Sekali lagi, the Error is 'The operation completed successfully'.


Ada 'Key' dekat lain ke selain dekat Keyboard?


'No Error' is their Error now.


Cancel je la. Lepas 127 tahun baru selesai. Dah mati pun.


Windows ni patut join Raja Lawak 5 tahun depan. Hahahaha...


Kunkun!!




27 November 2010

blog pilihan malaysia 2010





Kunkun!!


Buat pertama kalinya nama aku tersenarai dalam Anugerah Blog Pilihan Malaysia 2010 dalam kategori Blog Personal Lelaki Pilihan. Sebenarnya ada 6 kategori semuanya tapi tercalon dalam salah satu pun dah buat aku senyum sampai ke gegendang telinga. Terima kasih kepada Rafidah Bakri.


Kategori yang disenaraikan :

Blog Personal Lelaki Pilihan
Blog Personal Suami Pilihan
Blog Personal Wanita Pilihan
Blog Personal Isteri Pilihan
Blog Tutorial Pilihan
Blog Lawak Pilihan


Undian peringkat pertama bermula semalam, 26 November 2010 dari pukul 10.00 malam dan akan ditutup pada pukul 8.00 pagi hari Isnin, 30 Novermber 2010. 5 calon yang mendapat undian tertinggi akan layak ke peringkat seterusnya. Ala macam Anugerah Bintang Popular tu la.

Tremendous Thirteen | Luck or bad?


Kalau tengok kategori yang aku tercalon tu, blogger-blogger lain semua hebat-hebat. Siapa tak pernah tengok karya Zack Zukhairi? Siapa tak tahu blog gosip Beautifulnara? Siapa tak kenal Just Khai, tuan punya Oh! Tidak? Blogger lain pun hebat sebab setiap blog ada keistimewaannya tersendiri.


Dengan rasa rendah diri, jika anda rasa anda comel, handsome, cute dan sewaktu dengannya, undilah blog Bernafas Dalam Ego di Blog Pilihan Malaysia 2010 [klik]. Jangan lupa undi kategori lain jugak okay.


Gadis idamanku Lisa Surihani,
Patah hati kalau tak dapat,
Alang-alang korang dah baca ni,
Undilah Bernafas Dalam Ego cepat.


Link untuk ke tempat mengundi : Blog Pilihan Malaysia 2010



Kunkun!!



26 November 2010

tips menolak cinta kawan karib






Kunkun!!


1. Terangkan kepadanya bahawa kamu tidak sesuai bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia sebagai sahabat karib dunia akhirat.

2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak boleh mengikut arahan, kehendak dan permintaannya.

3. Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai gadis atau jejaka di luar sana yang mempunyai ciri-ciri pasangan yang diidamkan olehnya.

4. Tegaskan kepadanya kamu dan dia tidak sesuai kerana selama ini kamu bersikap brutal dengannya dan tiada ciri-ciri kekasih sejati.

5. Kamu tidak pernah terfikir untuk berpacaran dengannya kerana ketika bersahabat pun kamu tidak pernah peduli tentang kehadirannya.

6. Elakkan dari bertemu atau berbual dengannya buat beberapa minggu.

7. Jelaskan padanya kamu lebih sayangkan persahabatan itu daripada menjadi kekasih yang perlu memberi komitmen dan bersifat setia.

8. Jelaskan bahawa kamu lebih selesa dan mesra jika terus berkawan kerana kamu sudah tahu perangainya ketika menjadi sahabat.

9. Beritahu padanya kamu sudah mempunyai calon kekasih. Namun kamu harus jelaskan dengan baik kerana mungkin kehilangan kawan kamu itu.

10. Bertegas dengan pendirian kamu jika dia masih tidak dapat menerimanya. Ikut kata hati dan jangan termakan pujuk rayu si dia. Tetap katakan kepadanya perkataan "Kau Tetap Sahabatku".

We Are Close, We Aren't Couple | We are best friend


Ada yang lepas kena reject terus renggang. Kepada perempuan, bukan lelaki taknak kawan tapi dah sifat ego lelaki yang tak boleh terima penolakan. Luka di hati memakan masa yang lebih lama untuk pulih daripada luka di jari.


Kadang-kadang bila aku tak boleh tidur aku jadi jiwang. Tahun lepas masa tarikh ni aku kena reject dengan awek yang kira kawan baik jugak. Sangat cool pengalaman kena reject untuk kali ketiga itu okay. Takpelah awak kita kawan je ye. Goodluck exam. Tu doa dari saya sebagai seorang kawan.


Kunkun!!



25 November 2010

45 business card paling kreatif





Kunkun!!



Business card sangat penting bagi orang yang bekerjaya. Tapi kebanyakan business card adalah sangat formal. Sekarang aku bagi 45 design business card yang terbaek dari ladang. Pilih la mana anda nak.
















































Kreatif dan terbaek. Dekat Malaysia ada ke business card macam ni?


Kunkun!!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...