My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

10 November 2010

20 most expensive mouse




Kunkun!!


Dulu aku ada mouse. Aku sepak-sepak je. Tapi tu mouse murah. Ada orang bagi masa birthday aku umur 4 tahun. Kalau aku dapat mouse macam kat bawah ni memang aku jaga la. Oh ya hadiah birthday aku tu anak patung Mickey Mouse je sebenarnya.


20

Apih El Nino Never Say Die Mouse


Mouse ni tak rosak walaupun dah jatuh berguling beratus kali. Button left click dia dah hilang warna asal sebab selalu sangat guna. Hahaha.


19

Mouster Mouse


Dicipta daripada kayu plywood dan hard metallic frame dengan tema 'Retro & Moden'. Jika dilihat dari atas, button klik kiri dan kanan kelihatan terapung.


18

USB Wireless Finger Mouse


Seperti memakai cincin cuma mouse ini seberat 25 gram. Mampu berfungsi dalam jarak 15 meter. Anda cuma perlu gerakkan jari anda. Errrr... Tu pun kalau anda ada mouse ni la.


17

Apple's Mighty Mouse


Mengetengahkan style baru. Tapi hanya untuk laptop berjenama Apple. Aku Compaq jadi aku tak tau nak tulis apa keistimewaan dia.


16

Optical Mouse With LED's


Di dalam mouse ini terdapat USB dan fans (fans kipas okay, bukan peminat. Gila kau nak sumbat peminat dalam ni). Juga mengandungi Bluetooth connection dari mouse. Camne tu?


15

Mad Catz Cyborg R.A.T Gaming Mouse


Nama pun dah tulis gaming jadi mouse ni sesuai untuk game je la. Mouse ini dipenuhi buttons di sekelilingnya. Anda boleh set sendiri button yang anda mahukan. Kalau main game Pro Evolution Soccer tu, anda boleh set button S atau A dekat mouse ni. Tak payah guna keyboard.


14

AirMouse


Mouse yang anda perlu pakai macam pakai sarung tangan. Dilengkapi dengan pancaran laser.


13

Steapmunk Paradox Mouse


Satu-satunya mouse yang terhasil melalui gabungan kayu, nat, gear, tulang belakang tikus, tulang bahu tikus dan tengkorak tikus itu sendiri. Bukankah mouse itu tikus?


12

Orbita Wireless 3-Axis Mouse


Anda boleh tukar button right click menjadi left click dan sebaliknya. Sesuai untuk orang kidal. Anda juga boleh zoom sesuatu di screen dengan satu klik di mouse ini.


11

Space Pilot Pro 3D Navigation Mouse


Tengok gambar pun dah tahu. Semua ada. Namanya sehebat produk.


10

Crocodile Skin Gold Mouse Ferrari


Dilengkapi dengan 18K emas tulis dan disaluti kulit buaya asli. Terdapat permata biru di dalam mouse ini. Anda boleh diibaratkan memegang permata biru yang diselaputi kulit buaya yang di hujungnya emas bila memegang mouse ni.


9

MJ Blue Sapphire Mouse


Mouse yang dikelilingi permata biru. Anda akan mendapat Black Gold Case seacara percuma bila membeli mouse ini.


8

Gold Metal Sun Mouse


Ingatkan mouse ni paling mahal rupanya tak. Mouse ini adalah emas asli.


7

Python Leather Mouse


Menggunakan kulit ular sawa asli. Betul ke python tu ular sawa? Aku sendiri konfius. Bahagian pelapik jari mouse ini juga menggunakan emas asli.


6

MJ Luxury VIP Mouse


Mouse ini memang dikelilingi batu permata kecil. Begemerlapan cenggitu.


5

Black Diamond Logitech Mouse


Lebih kurang macam mouse nombor 6 tadi tapi yang ni batu permata kecil warna hitam. Baru aku tau permata hitam lagi mahal.


4

USB Mouse Covered With White Gold


Diselaputi emas putih dan terdapat berlian berkilauan di badannya. Pada satu ketika mouse ni adalah paling mahal di dunia sebelum dipintas oleh mouse yang dengki dengan beliau.


3

The Gold Bullion Wireless Mouse


Dicampur dengan emas asli 100%. Reka bentuknya juga berbentuk jongkong emas membuktikan kemewahan mouse ini.


2

Gigabyte Bling-bling GM-M7800S Wireless Mouse


Warna hitam korporat yang dihiasi dengan sebaris berlian yang elegan.


1

Logitech Air 3D Laser Mouse in Gold Case


Dihasilkan dari emas asli. Setiap pembeliannya disertakan Micro Flash Stick yang dihiasi batu permata di atasnya serta sebentuk cincin bertatahkan berlian. Mouse tak seberapa pun. Ni namanya juara dengan taktik kotor.


Siapa rasa kaya yang amat dan tak tahu nak beli apa, beli la mouse ni.



Kunkun!!




10 comments:

Mat Wa said...

EKJAH R WAT NO 3 OW...KT ANE ADE JUAL...AHAHHAHAA!

Rafidah Bakri said...

no 4 smart :)

wannurfazrini said...

perghh gempak !

tikusdalamlab said...

waa. lu maju en. apasal gua tatau pasal niy langsung ha. cisss.

CouLeur de Chiqu3 said...

sume best2..yg ada dlm genggaman skng adaelah mighty mouse..tu je yg mmpu !

apih el nino said...

Mat Wa.
nok ejah gane bos.
bukan awek ni nok ejas-ejas.
hahaha...

apih el nino said...

Rafidah Bakri.
no 4 memang smart.
bekas juara.
hehehe...

apih el nino said...

wannurfazrini.
anda nak satu ke?
hehehe...

apih el nino said...

tikusdalamlab.
wa bagitau lu la ni.
sharing is caring.
tapi dengan lu sharing is loving.
hahaha...

apih el nino said...

CouLeur de Chiqu3.
mighty mouse ek?
okay la tu daripada takde terus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...