My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

24 November 2010

macho ke lelaki pukul perempuan?




Kunkun!!


Tahun ni dah berapa kali kes suami pukul isteri masuk dalam berita. Sama naik dengan kes buang bayi. Hari ni muka surat depan Metro ada kes suami kelar isteri yang sarat mengandung. Tak tahu la apa salah si isteri tu sampai kena bunuh macam tu sekali. [Klik sini untuk bacaan penuh]

Kerana Nila Setitik | Rosak lelaki sedunia


Suami pukul isteri. Ayah pukul mak. Ayah pukul anak perempuan. Boyfriend pukul girlfriend. Semua menunjukkan kegagahan lelaki. Jarang aku dengar kes isteri pukul suami atau mak pukul ayah. Kalau ada pun pukul dengan bantal je kot.


Sebelum anda membaca entry ini sampai habis, sentiasa beringat, Adam dicipta untuk melindungi Hawa. Dan panggilan untuk lelaki yang memukul wanita adalah dayus.


Dalam perhubungan, amat penting bagi lelaki menunjukkan kuasa veto mereka. Lelaki sentiasa mahu berada di atas. Sebab tu kalau lelaki marah, jangan melawan. Senyap je. Perempuan biasa kena pukul sebab mulut celupar dan suka menjawab. Jangan lawan ego lelaki ni. Bila perempuan naikkan suara, lelaki naikkan kaki tangan. Siapa yang lebih sakit?


Aku sendiri tak tahu memang ini masalah lelaki atau tak tapi segelintir lelaki selalu out of his mind. Bila marah sampai tak boleh control. Bila cemburu sampai tak boleh fikir dengan waras. Aku cakap segelintir. Bukan semua.


Bagi aku, lelaki yang suka pukul perempuan ni lelaki yang panas baran, kurang waras dan tiada iman. Kalau dia berakal, dia takkan menyakiti wanita. Dan kalau dia ada iman, mesti dia tahu menyakiti kaum Hawa adalah satu dosa.


Kepada isteri yang ada suami panas baran, kalau dah tahu suami tak suka itu ini, jangan cari pasal kak oi. Tapi bila aku fikir dua kali, ada benda yang isteri tu buat untuk kebaikan suami dan anak-anak tapi last-last dapat penerajang. Yang ni kena pergi jumpa pakar motivasi la.

Lelaki Dayus Pukul Wanita | Lelaki macho pukul lelaki


Ada pulak ayah yang cakap dia pukul anak-anak sebab nak mengajar. Tapi pukul budak tu sampai lebam-lebam. Entahlah. Aku belum layak bergelar seorang ayah tapi aku rasa tu mendera namanya, bukan mengajar.


Ada jugak couple yang belum kahwin dah kena pukul. Tapi masih teruskan hubungan tu. Kononnya percaya lelaki tu akan berubah. Hey si gadis, kalau dia cintakan kau, dia takkan gunakana kekerasan. Esok dah kahwin lagi teruk. Tapi nak buat macam mana, cinta itu buta, dah boleh membutakan.


Kalau kena pukul, simpan bahan bukti untuk melindungi diri. Ambil gambar lebam-lebam tu atau ceritakan dekat ahli keluarga. Tapi kebanyakannya tak buat report polis sebab takut malukan keluarga. Perlu malu ke untuk tegakkan keadilan? Kebanyakan kes yang berkait dua jantina ni, kalau takde bukti memang selalunya lelaki menang. Macam kes gangguan seksual. Kalau lelaki pegang lepas tu perempuan tu mengadu tapi takde bukti, akhirnya terbiar je kes tu.

Best Man Win | Sometimes a winner loses


Perangai lelaki ni, kalau dah pukul sekali dia takkan berhenti setakat tu je. Lama-lama akan jadi tabiat. Masa pukul tu dua tak ingat apa dah sebab seronok sangat, lepas tu dia akan insaf kejap dan minta maaf tapi lepas tu dia buat lagi.


Sebenarnya aku pun pernah pukul wanita tapi setakat lepuk-lepuk sayang je la. Takde la sampai lebam atau berdarah atau sampai masuk hospital.


Dah macam-macam kes sekarang ni. Buang bayi berleluasa, cium tepi jalan pun macam dah takde apa-apa. Perdana Menteri Malaysia, adakah ini 1Malaysia yang anda idamkan?


Kepada lelaki kaki pukul, setiap kali anda memukul wanita, setiap kali itulah kekuatan dan keberanian anda ditarik. Sebab itulah lelaki dayus takkan dapat bau syurga.

Lelaki Idaman | Lemah lembut terhadap isteri


Kunkun!!




10 comments:

wannurfazrini said...

waaa gua berharap gua dlm laki baik2!

Anonymous said...

apih kun... aku sentiasa berharap ko dan aku serta rakan2 lain menjadi lelaki macho.. katakan taknak kepada LELAKI YANG PUKUL PEREMPUAN !!!

Encik Zoro

apih el nino said...

wannurfazrini.
gua pun harap macam tu.
gua tak suka pukul-pukul ni.
lu single lagi ke?
hahaha :P

apih el nino said...

Anonymous aka Encik Zoro.
aku memang taknak pukul perempuan.
dunia hari ni, the one who raise up their hand is a loser.
kau pun jangan pukul perempuan tau.
jaga wife baek-baek.

Anonymous said...

Baru2 nh, sy ditampar oleh seorang llaki. 2kali. Dia cakap, dia tampar sy untuk menyedarkan saya. Sy dikata perempuan sial, perempuan bodoh. Dia kata, saya hanya layak untuk syaitan. Dia kata Islam xkn menjamin sy, dan lebih baik sy convert to christian. Dia persoalkan napa Tuhan tidak menjadikan sy binatang kerana sy lebih teruk daripada binatang sendiri. Malah, sy dikatakan telah memalukan keluarganya. Sampai bila pun dia xredha apa yg telah saya buat, dan dia xkan maafkan sy dunia dan akhirat...

Cik Cempaka said...

masalahnya, ramai wanita yang di pukul tak nak buat aduan, kerana kasihkan suami dan sayangkan rumahtangga...

tak tahu dimana silapnya

Bukan Sindarella said...

tak buat report polis adalah perkara paling bodoh pernah saya lakukan.. :'(

Anonymous said...

DAYUS tu membiarkan si isteri membuat maksiat... kalo kes pukul memukul ni ZALIM... binatang...

Anonymous said...

I was pushed down to the hard floor and he kick and punch my head mercyless. Well, i was only asking for medicine that he took.

SHE QIN said...

I been punch becoz i ask him not to touch me.and keep doing, as result i punch him,he punch me back. Lelaki jnis ni.masih rasa di betul.fuck him!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...