My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

05 November 2010

apa salahnya lelaki berpayung?



Kunkun!!



Petang tadi balik kerja aku singgah beli payung sebab hujan sangat lebat. Bila aku tanya jurujual tu kat mana payung, dia macam terkejut. Dia cakap tak ramai lelaki beli payung. Dia tak nampak ke kat luar tu hujan lebat giler. Takkan aku nak beli kerusi Ogawa pulak nak buat berteduh. Tapi lama-lama tu aku terfikir kenapa ramai lelaki tak suka guna payung. Maksud aku, berpayung semasa hujan lebat, bukan masa panas.


Kalau ikut dari lingkungan umur macam aku, memang tak ramai yang guna payung. Kalau seorang bapa memang takde masalah nak berpayung. Lebih-lebih lagi kalau ada pimpin tangan anak. Orang akan faham payung tu untuk elakkan anak daripada terkena hujan.

Under My Umbrella | Rihanna feat. Jay Z


Tapi yang peliknya, kebanyakan yang tak suka berpayung ni ialah lelaki Melayu. Aku tengok lelaki Cina rileks je bawak payung. Siap payung Avon yang warna merah lepas tu ada renda-renda lagi. Lelaki tu handsome tapi boleh bawak payung camtu.


Aku bukanlah setiap masa berpayung. Gila ke apa camtu. Aku letak dalam kereta. Guna masa hujan lebat je. Sebab aku kadang-kadang pergi ambil mama dengan papa kat pejabat. Kalau hujan, senang. Tak lah basah.


Ada sorang kawan aku pernah cakap, "Ala perempuan boleh la bawak payung pastu lipat-lipat letak dalam handbag. Tengok la handbag diorang besar mana. Siap boleh letak sangkar hamster lagi dalam tu. Lelaki kalau bawak payung nak letak kat mana? Dalam wallet?"

Mandi Hujan | Didikan orang Melayu dari kecil


Pernah jugak sekali tu aku terperangkap dalam hujan masa lepas test JPJ buat lesen kereta, ada kawan aku ni cakap,"Apa cerita bro? Lelaki memang takkan berpayung. Tak macho la wei". Pastu dia dengan beraninya redah hujan nak balik rumah. Keesokannya aku dapat tau dia demam. Aku pulak cakap kat dia,"Apa cerita bro? Tak macho la demam-demam ni wei".


Kadang-kadang kalau aku perhatikan, lelaki kalau jalan sorang-sorang memang takkan berpayung. Dia rela redah hujan walau selebat mana pun. Macho kononnya. Baru awek tengok dia sebagai yang maskulin. Sebab redah hujan. Tapi bila berjalan dengan awek, boleh pulak berpayung. Siap payungkan awek tu lagi. Kononnya gentleman. Terus aku rasa bukan payung yang mengkategorikan tahap maskulin dan gentleman seseorang lelaki.

Sediakan Payung Sebelum Hujan | Payung hitam cool


Kadang-kadang jawapan cliche yang akan lelaki cakap ialah,"Bawa payung membuatkan lelaki nampak tak handsome". Tapi anda rasa lepas basah kuyup redah hujan lebat tu, handsome ke? Lepas tu mulalah menyesal. Baju dah basah la, tak selesa la, rambut dah tak terpacak la.


Sekarang masuk tajuk utama kita. Atas tu semua introduction. Panjang giler kan? Tu semua sebab jurujual payung tu la. Mempersoalkan sangat sifat feminin dalam diri aku.


Air hujan sekarang adalah bertoksin dan kotor. Jadi jika anda merasakan anda betul-betul maskulin, atau metroseksual, yang guna pencuci muka setiap malam, yang jaga rambut sampai basuh rambut kat salon, lebih baik anda berpayung sebab tak nak kulit dan rambut kesayangan anda rosak sebab air hujan yang berpenyakit.


Sebenarnya antara kelebihan bawa payung ni ialah senang nak tackle awek. Hati lelaki mana sanggup tengok awek cun kebasahan kan? Jadi kalau nampak ada awek kebasahan, pergi dekat dia dan cakap,"Awak balik la dulu. Guna payung ni. Nak pulangkan nanti call la. Ni nombor saya". Bukankah romantik kalau cinta berputik diiringi air hujan? Hahaha.

Love Comes At Unexpected Place | Love makes me strong


Aku rasa kenyataan lelaki yang bawa payung adalah lelaki jambu adalah sebab cara pemikiran kita. Inilah masalah kita orang Melayu. Habis rosak semua susu sebelanga sebab setitik nila. Hanya kerana seorang dua lelaki jambu bawa payung, habis semua lelaki berpayung dicop macam tu. Kalau macam tu aku boleh je kata orang Terengganu boros, kaki shoping dan sanggup berhabis duit sebab nak perhatian hanya kerana Mydin Mall dan Giant sentiasa ramai orang. Tapi marah pulak nenek aku kan.


Kepada yang berkenaan, janganlah ego sangat. Berpayung sebab keperluan. Ego-ego macam mana pun, balik rumah anda makan nasi jugak.


Aku sebenarnya tak kisah basah sebab hujan tapi macam tak best basah sorang-sorang. Lainlah kalau ada yang sudi basah bersama.


Kunkun!!





18 comments:

sarah honey said...

sarah suke je lelaki berpayung!
takde hal la.
siap boleh nampak comel lagi! huhu

ape la guna lau basah lenjun sebab malu nk bwk payung kn kn kn?
kan tmpt sarh study pown berlambak je lelaki macho bawak payung.

so,lelaki-yg-konon-macho-tanpa-payung tuh,udah2 ler berpikiran begtu.takde salahnye nak bwk payung.hehe

Khai said...

heheheeh....i loike...entry yg bagus...insaf seketika... sob sob sob.. ;'(

wannurfazrini said...

alahai lelaki pun manusia biasa . kalau popan perlukan payung , lelaki pun perlukan. tu lelaki melayu poyo jea tanak pakai payung konon x macho mcm perempuan . tgk lelaki cina rileks aje pakai psl dorang pikirkan kesihatan dorang bukan macho ke tak . kan ? kan ?

Azewas32 said...

pih....gmbo hok no 3 tuh mg amik dri cte mne????

Azri Omar said...

Best pih...mu sdap!~...klik nuff skali.

contenganjalanan said...

terbaek~

Emilia Emira said...

lelaki bley jea berpayung..no hal..

erk..bkn nenek kamu jea marah..sy pn marah!agaga

Unknown said...

gmbr num 1 n 2 tuh amik katne ???
siyes sokmo jumpe gmbr tuh .
tapi x tau nak cari katne :P

Apih El Nino said...

sarah honey.
comel kan lelaki berpayung?
sarah suka kan?
ikhlas daripada lelaki berpayung.
hahaha :D

Apih El Nino said...

Khai The Kerozer.
tiba-tiba kau nak insaf apehal?
mesti kau selalu redah hujan kan?
kantoi kantoi!!

Apih El Nino said...

wannurfazrini.
betul betul.
kesihatan lebih penting.
macho ke kalau demam?

Apih El Nino said...

Azewas32.
tu bukan dari citer mana-mana.
tu logo tema payung amende entah dalam Google.

Apih El Nino said...

Azri Omar.
tak jadi la klik sekali.
klik la berkali-kali abang azri.
*aku nak bodek tu*

Apih El Nino said...

hikari.
terbaek?
dari ladang?
thanks :)

Apih El Nino said...

Emilia Emira.
tengok tengok.
mesti ramai marah.
buat geng la ramai-ramai.
hehehe :P

Apih El Nino said...

missamy.
gambar nombor 1 dan 2 tu dari drama Crows Zero.
drama Jepun.

oniechan said...

mmg tiap kali ade test jpj mesty ujan ek.kte 2x amek test pon ujan gak.*lari dari topik ;p*

Murnie said...

aha .. payung simpan dalam wallet ye .. haha ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...