My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

30 November 2010

soalan yang boyfriend tak suka



Kunkun!!


Apa yang membuatkan soalan di bawah ni susah ialah pasangan akan bergaduh jika lelaki memberikan jawapan yang salah. Tapi jawapan yang salah itu ialah jawapan yang betul tapi dijawab dalam hati sahaja. Errr... Faham tak?


"Awak tengah fikirkan apa tu?"

Jawapan dalam skema jawapan : "Saya tengah fikir pasal masa depan saya dengan awak..."

Pilihan jawapan dalam hati :
(a) "Macam mana Real Madrid boleh kalah semalam. Adoyai..."
(b) "Bilalah nak merasa pakai sport rim macam kereta tu..."
(c) "Kenapa panas sangat restoran ni?"
(d) "Kredit dah nak habis. Malam ni nak kena gayut dengan dia pulak..."
(e) "Bilalah nak balik ni. Mengantuk giler dah ni..."

When Men Stop Talking | They're thinking about something


"Awak cintakan saya?"

Jawapan dalam skema jawapan : "Yes!!" dengan muka confident giler.

Pilihan jawapan dalam hati :
(a) "Mestilah. Aku kan boyfriend kau!!"
(b) "Kalau aku jawab Yes mesti tak panjang cerita lepas tu..."
(c) "Bergantung pada maksud cinta dalam diri masing-masing..."
(d) "Penting sangat ke awak nak tahu?"
(e) "Cinta? Siapa? Saya?"

You Know You Love Me | I know you care


"Saya nampak gemuk tak?"

Jawapan dalam skema jawapan : "Tak lah. Tak gemuk pun..."

Pilihan jawapan dalam hati :
(a) "Gemuk kalau nak banding dengan apa tu?"
(b) "Taklah gemuk sangat. Tapi tak kurus jugak..."
(c) "Kalau tambah sikit lagi baru awak nampak gemuk..."
(d) "Awak ni sihat, bukan gemuk..."
(e) "Baguslah awak sendiri perasan awak gemuk..."

Two Boys Look at Two Girls | Okay. They're staring


"Awak rasa dia lagi lawa dari saya?"

Jawapan dalam skema jawapan : "Takde lah. Awak yang paling lawa..."

Pilihan jawapan dalam hati :
(a) "Dia lagi lawa, tapi baju awak lagi ketat..."
(b) "Tak lawa, tapi lebih kurus dari awak..."
(c) "Dia lagi lawa sebab dia lebih muda dari awak..."
(d) "Budak kecik pun tahu dia lagi lawa dari awak tu..."
(e) "Indahnya ciptaan Tuhan..."

Pretty Girls Are Everywhere | They're unlucky for not choosing me


"Apa awak akan buat kalau saya mati?"

Jawapan dalam skema jawapan : "Saya akan ziarahi kubur awak setiap hari..."

Pilihan jawapan dalam hati :
(a) "Bolehlah aku cari bini muda masa tu..."
(b) "Harap-harap harta kau tu dapat kat aku la..."
(c) "Saya akan jaga anak kita sebaiknya, dengan mak tiri diorang..."
(d) "Ada harapan jadi duda rebutan kat office lepas ni..."
(e) "Jangan mati lagi. Tunggu settle duit rumah dulu nak mati pun..."

So Long And Goodnight | Kan ku usung jenazah cinta


Mesti ramai lelaki marah dengan aku lepas ni. Hahaha...


p/s: Aku sengaja Align Left jawapan tu kononnya nak nampak dramatik. Dramatik tak?


Kunkun!!

23 comments:

erlaisyaexora said...

skrg dah tau ape yg boy fikir. hmmm. HAHAHA

ciq b said...

soalan no3 tu kan,pkwe ak jawab e...hahahahaha......gile terus terang kn???

nuyuEna said...

ooo...da tau la..

Khai said...

hahaha...bravo....100% betul..caya lah...like2..haha

Nur Izzatie Nadia Binti Subri said...

heheheh..
nsib baik x pernah tnya soalan2 mcm ni..
sbb dah taw jg apa yg si bf akan cakap
haha

wannurfazrini said...

hahaha , mcm siot je jawapan tersirat! hampeh!

Far8 budak baik said...

stylaaaahhhhh entry kau ni..wahh
yg real madrid tu..barsa mng nasib je kot..
hihihi

Fiqah Alias said...

ooowwhhh....haaa..xnk tanye dh la soklan gtu kt bf..(~_~)'' mulut ckp len...hati plak ckp len..ish3..

KimiCnoL said...

haha..tepat sekali jwapan dalam hati tue..
JOM BACE ENTRY BARU
"1.Underground Nasyid??"

Siti Mashitah Saidin said...

tak suka? lg nk tnya... :P

tomatokering :) said...

hahaha!! dramatically! ;P

apih el nino said...

erlaisyaexora.
jangan happy sangat.
boy lain akan marah kat boy ni sebab bocorkan rahsia.
hahaha...

apih el nino said...

ciq b.
baguslah kalau terus terang.
eh kejap bukan aku kenal ke pakwe mu?

apih el nino said...

nuyuEna.
baguslah dah tau.
hehehe...

apih el nino said...

Khai.
tukar nama kau sekarang ek.
jangan lupa like yang laen jugak :P

apih el nino said...

Nur Izzatie Nadia Binti Subri.
jangan la tak tanya terus.
kang dia ingat tak caring pulak kan.

apih el nino said...

wannurfazrini.
eh eh eh yang hampeh tu la jadi suami nanti tau.
hahaha :D

apih el nino said...

Far8 budak baik.
kau memang memahami.
Barca nasib je tu.
kau penyokong Real Madrid jugak ke?

apih el nino said...

Fiqah Alias.
boleh je kalau nak tanya pun.
try tengok apa jawapan dia.

apih el nino said...

KimiCnoL.
hati kita fikir benda sama ke?
ish bahaya camni.
hahaha...

apih el nino said...

Siti Mashitah Saidin.
nak tanya?
lagi lelaki tak suka.

apih el nino said...

tomatokering :)
drama king?
hahaha...

ciq b said...

mmg knal pom...:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...