My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

07 November 2010

cara mengubat hati yang terluka



Kunkun!!


Aku tak tahu nak letak tajuk apa. Sebab tu tajuk macam hampeh je tu.


Aku ingat lagi masa aku putus cinta dulu, kawan aku suruh aku jatuh cinta lagi sebab dia cakap itu ubat kalau patah hati. Tapi betul ke hati akan sembuh kalau bercinta lagi?


Sebenarnya aku tak setuju sangat. Kalau anda nak setuju tu terpulanglah. Sebab bagi aku, ubat yang paling mujarab kalau patah hati ialah masa. Mungkin jatuh cinta lagi dapat meredakan sakit di hati. Tapi masa, bukan setakat meredakan sakit tapi mampu menyembuhkannya juga.

No Matter What | Take the time to love


Bayangkan kisah cinta anda diputuskan oleh si dia secara tiba-tiba dalam keadaan anda tidak bersedia. Perasaan berkecamuk, hati mulai berdarah, marah, tidak rela, sedih dan ada yang dicampak selepas harga dirinya diragut. Dan timbullah perasaan ingin balas dendam, bermati-matian berusaha merebut kembali cinta yang hilang dan ada yang tak henti-henti meratapi diri sendiri.


Sekarang tanya diri anda, apa perlu anda lakukan? Terima cinta baru? Atau memberi kesempatan kepada diri anda untuk mengasihani diri sendiri.

Love Yourself First | Love anybody else later


Bagi aku, ada 4 peringkat untuk mengubati hati yang terluka. Peringkat pertama ialah masa berduka. Anda boleh menangis sepuas-puasnya atau menikmati sebaiknya kesedihan anda. Memang nampak macam lemah tapi tak salah menangis atau berasa kesal sebab itu mungkin kesalahan anda. Kadang-kadang menangis juga dapat membuat anda lega.


Peringkat kedua ialah luangkan masa untuk meluahkan perasaan. Ketika ini, kawan baik anda sangat diperlukan. Luahkan semua yang anda rasa tentang bekas kekasih anda itu. Ceritakan sampai anda puas hati. Anda juga tidak akan merasa keseorangan sebab anda masih ada kawan-kawan.


Peringkat ketiga, luangkan masa dengan kawan-kawan untuk bersosial. Mungkin anda boleh pergi becuti, menonton wayang atau bermain futsal. Alihkan kesedihan anda kepada kegembiraan. Dengan cara ini, anda akan belajar menikmati kebahagiaan dengan kawan-kawan, bukan pasangan. Itulah gunanya kawan-kawan.

Lovers Come And Go | Friends will stay there


Selepas 3 peringkat berjaya anda lalui, anda sudah 75% sembuh. Peringkat terakhir ialah masa untuk menilai seseorang. Elakkan diri anda dari terlalu mudah jatuh cinta.


Tapi anda harus ingat, setiap peringkat itu boleh anda lalui dengan cepat atau lambat. Jika dalam masa itu ada yang menghulurkan cinta baru, jangan terima sebab hati anda masih berdarah. Kalau masih tak dapat lupakan seseorang, jangan terima cinta yang lain. Jangan jadikan seseorang sebagai batu loncatan untuk melupakan seorang yang lain. Menerima cinta dalam keterpaksaan adalah cinta palsu. Dan jika dia benar-benar mencintai anda, dia akan sanggup menunggu.

Waiting For You | Love makes me strong to wait


Bagi aku, orang yang cepat dapat pengganti ni seolah-olah dia tak sayang diri sendiri. Remember, history has a habit to repeat itself. Sebelum nak sayang seseorang, sayang diri kita dulu.


Bila putus cinta, gunakan perpisahan sebagai cabaran, bukan halangan. Jadikan kegagalan itu batu loncatan untuk kita lebih matang dalam hidup dan percintaan. Teruskan hidup dengan semangat baru. Tunjukkan pada bekas kekasih kita yang kita kuat dan boleh hidup tanpa dia.


I am not the type to be able to fall in love easily.
My heart is incredibly wary of love.


Kunkun!!



13 comments:

wannurfazrini said...

ewahhh ! nino ni pandai bg tips . ya mmg boleh menyembuh tp parut still ada . takpe biarpun ada parut tp dah tak rasa kan sakitnya . niceee entry :D

Khai said...

nice entry...the boy completely become ultimate man...bagus..Yaa-Haaaa!!!!

Ratu Mohamad said...

maks , noks setuju maks ! setuju sesangat ! he he
noks sekarang berada diperingkat ke tiga dah ! maks lak ? hi hi

lurunharima said...

wah~ saya sgt setuju dengan kenyataan anda ini enche apeh~

selembut salju said...

thanks 4 da info..
tp mmg sgt bguna..
btl la..
jgn tgesa-gesa cari yg lain jika hati blum bersedia

Anonymous said...

nice entry..Jangan jadikan seseorang sebagai batu loncatan untuk melupakan seorang yang lain..n syg diri kita dulu sblum nak syg seseorg.. hehe

Apih El Nino said...

wannurfazrini.
parut tu lama-lama jadi kenangan.
macam jatuh basikal masa kecik-kecik dulu.
hehehe...
thanks :)

Apih El Nino said...

Khai The Kerozer.
laen macam je ayat kau.
tapi thanks bro.
selamat menempuhi alam dewasa.
macam baru baligh je.
hahaha...

Apih El Nino said...

Ratu Mohamad.
jangan cakap camtu kat sini noks.
kantoi maks.
hahaha...
goodluck and never give up to you :)
maks punya level rahsia :P

Apih El Nino said...

lurunharima.
thanks for your support.
hehehe...

Apih El Nino said...

selembut salju.
semoga ini dapat jadi panduan.

Apih El Nino said...

Anonymous.
thanks :)

Anonymous said...

blog yang betul2 membina....saya tengah mengalami fasa putus cinta...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...