My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

09 July 2011

jangan bandingkan cerita cinta kita









Kunkun!!



Kerap lidah menyebut dan telinga mendengar ayat, setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang akan disedari selepas berlaku sesuatu perkara atau tragedi. Cuma bergantung pada kita untuk mengambil pengajaran atau terus berdegil diri.


Empat kali putus cinta, tidak bermakna aku takut untuk jatuh cinta sekali lagi.

Don't shed your tears for someone who hurt you


Lazimnya dalam hidup, seseorang akan jatuh cinta sebanyak tiga kali. Pasti pernah sekali, jatuh cinta dengan kawan baik sendiri. Dan akhirnya ia menjahanamkan satu hubungan persahabatan yang pernah terjalin rapi. Tapi ada hikmahnya tersendiri. Ia mengajar erti sahabat sejati. Ia mengajar bahawa dalam persahabatan, ada garisan yang tidak seharusnya diseberangi. Aku sendiri pernah rasai.


Kemudian, yang keduanya, pasti pernah sekali jatuh cinta dengan seseorang yang dirasakan sempurna. Walaupun ada yang menegur bahawa tidak ada manusia yang sempurna, dia tetap sempurna dan indah di mata kita. Sebelum kita sedar kesilapan yang kita buat tanpa sengaja. Namun kesilapan itulah yang akan mengingatkan kita, walau sebaik atau sejujur mana si dia, dia tetap manusia biasa. Dia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan yang membuatkan hati orang yang menyanjungnya terluka.


Dan yang ketiga, pasti pernah sekali jatuh cinta dengan seseorang yang kita rasa sama seperti kita. Seseorang yang bila bersama, membuat rasa selesa bertambah selesa. Seseorang yang berkongsi citarasa. Seseorang yang belum diberitahu, sudah dapat meneka apa kita rasa. Seseorang yang dalam satu masa, menyukai kita dan kita menyukai dia. Dan adakalanya ia berakhir juga. Tapi persinggahan dia dalam hidup kita mengajar kita kenal siapa kita. Mengajar kita melihat kita tanpa bantuan cermin atau sesiapa.

A relationship with God is the most important relationship you can have.


Melalui semua ini, atau salah satu daripada ini, menyedarkan kita bahawa orang yang paling kita jaga tidak bererti tidak menyakitkan kita. Dan orang yang kita sakiti adalah orang yang paling memerlukan kita dalam hidupnya.


Di penghujungnya, cinta, sama seperti cantik dan seksi, berada dalam kumpulan yang sama. Subjektif untuk diucap dengan kata-kata. Erti cinta tak sama bagi setiap manusia. Yang sama ialah setiap manusia ada perasaan cinta dan ingin dicinta.


Jangan bandingkan cerita cinta kita dengan cerita cinta dalam drama. Cerita cinta drama ditulis oleh manusia. Cerita cinta kita ditulis oleh Yang Maha Kuasa. Percaya padaNya sebelum percaya pada cinta.


ps : I believe everything happens for a reason, good or bad ;)


Kunkun!!






11 comments:

Unknown said...

yup,kisah cinta tdk sama dgn org lain. msing2 berbeza.

pernah menolak cinta dr seorang sahabat dan skrg hbgan kami xsprti dlu sgt renggang.

dan skrg sdg jatuh cinta dgn seorang yg dirasakan sempurna. meyanjungnya dan sndri terluka. tak semua manusia smpurna kan?prinsip itu sy pegang skrg :)

Miss Butterfly said...

hurmmm.. dah rasa ketiga2 itu.. dan sangat2 sakit bila terpaksa putuskan persahabatan itu juga... semoga mereka akan terus bahagia... :)

even single, saya tetap bahagia sekarang dengan adanya sahabat2 yang sentiasa memberi sokongan~

Pink said...

I am motivated ! thankss you :)

iKhRam said...

dan kisah cinta saya..
sekali terluka..
tiada maaf bagi sesiapa..

trauma beb!

miho amyra said...

pernah mahu melangkah ke kisah 1...
cuba masuk ke kisah 3...
terus jatuh di kisah 2...

*penat*
tapi....
menanti kisah 4...=)

Anonymous said...

This entry inspire me, seriously, thanks afif ")

tia fedora said...

sy x reti becinta.. :)

Qaseh Dalia said...

dah banyak kali jatuh cinta .. hihi n betul pernah bercinta dgn kawan baik .. mmg hancur persahabatan tu ..pehh apa2pun .. itu sume dugaan dlm mncr bhgia

ainna baijan said...

sy suke penulisan anda!

fanuiz said...

Jangan bandingkan cerita cinta kita dengan cerita cinta dalam drama. Cerita cinta drama ditulis oleh manusia. Cerita cinta kita ditulis oleh Yang Maha Kuasa. Percaya padaNya sebelum percaya pada cinta.

LIKE this word.... ALLAH knows everthing..=)

adinda_pelangi said...

sangat bermakna...

yg pertama buat kamu, yg ke dua buat gathis, persahabatan kami musnah bila CINTA kami tak kesampaian. ke tiga buat kamu, pertama buat gathis. dia sangat memahami dan kami serasi. jodoh tak kesampaian. ;) kedua buat kamu, dan cerita cita ke tiga dalam hidup ku. yg sempurna dan sangat tulus menyayangi ku. apa pun coretan mu, mengujakan gathis untuk selalu singgah... ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...