My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

14 July 2011

perempuan jangan mudah ditiduri





Kunkun!!


Semalam, satu lagi bidadari tumbang. Tumbang di tangan lelaki, atau lebih tepat lagi, di alat sulit seorang lelaki miang. Baru seketika tadi aku bercakap telefon dengan seorang perempuan yang telah lama berkawan. Kasihan. Tapi katanya, kerana sayang dia turutkan. Dia cuma takut kalau perbuatannya mengundang kandungan. Aku ketawa panjang. Ada beberapa cara pencegahan sempat aku iklankan. Nak guna tak nak guna, terpulang. "Haiyaaa apa lu punya lutut sudah goyang ka kawan?"



Sepanjang perkenalan, dia seorang yang boleh dikatakan patuh dengan agama. Tak ku sangka tak ku duga, orang yang terjaga dari cela boleh layu dengan seorang lelaki yang baru lima bulan dikenalinya. Bagaimana rapuhnya iman dia, rapuhlah lagi iman lelaki yang sentiasa menggoda.



Lelaki. Dah kenal takkan tak nak jumpa. Jumpa kalau tak pegang tangan macam tak kena. Dah pegang tangan, nak sandar kepala. Kepala dah lentok, nak cium pipi pula. Alang-alang cium pipi, rugi sup lidah kalau tak dirasa. Tangan takkan tengok saja? Bila bagi betis, dimintanya lutut dan paha. Mata yang terbuka tertutup manja. Tempat yang tertutup terbuka akhirnya. Kawasan larangan diteroka. Kucing mana nak tolak ikan depan mata?
Habis cerita.


Girls are like condoms. They spend more time on your wallet than on your d*ck.


Marah bukan sebab bengang, tapi sebab bimbang. Bimbang dengan dua adik perempuan yang baru nak kenal dunia penuh cabaran. Lebih bimbang dengan kawan lelaki mereka yang suka main peranan dan ambil kesempatan. Bukan nak tuduh semua tapi mesti ada seorang dua yang terlepas dari kandang. Aku tahu sebab aku abang. Entah apa pula nasib anak-anak kita pada masa akan datang. Sekali lagi otak berfikir panjang.



Maaf kalau entry ini terlalu kasar tapi ini ikhlas dari hati. Perempuan, tolonglah jangan terlalu mudah ditiduri. Tolonglah jangan terlalu mudah makan pujuk rayu lelaki. Percayalah, seks takkan buat lelaki lebih sayangkan anda, dan bayi bukan jaminan lelaki akan setia. Melainkan anda dan dia sudah berumahtangga.


ps : Spontaneous Thursday? Aku Spontaneous Everyday ;)


Kunkun!!



27 comments:

Mra Mastura said...

sangat like. heads up girlfriend :)

Monster Siti said...

bagus gilaa entry ni :)

Budak Chomot said...

Budak Chomot likes this

Mr.Simple said...

trbaek la entri ni...
bnyk pengajaran...

marfieyra said...

dunia sekarang sangat menakutkan . macam mana la kalau zaman kita pulak ada anak2 nanti . risau . btw, u spontaneous everyday . same goes with me . tapi hari ni spontaneous yang pendek je ;)

Azri Omar said...

Panas.....Tapi Bernas..^_~

sleeping_maniac90 said...

zman skang da rmi y tkulai.. sob3..
hrp2 x jdik slh sorg dr mreka..

♥ adlin roshaida ♥ said...

zaman sekarang tak boleh nak salah kan lelaki semata-mata. lain lah kalau zaman dulu baru lah boleh kata kene rogol. zaman sekarang perempuan pun boleh tahan. i cakap sebab i perempuan. i ada kawan yang kene mcm ni. in fact, dia bukan sedar and tinggalkan lelaki tu, makin hanyut. so take care girls. our body is fr husband only ((: HAHA

mynameismy said...

nice sharing..;)

scha dyra said...

betol tu ape yg awak ckp ..

Anies Anessa said...

iman tak cukup kuat tue yg jadi mcm tue..seharusnya pikir baik buruk,halal haram sesuatu sblm buat perkara mcm tue barulah zina dpt dielakkan

erniemusliana said...

kononnya tu tanda syg dan sgt setia. haih. . . .

- koroe - said...

ape kes awek tu pergi bagitau kau pulak yang dia dah buat benda2 tu semua?



tak pernah pum ada kawan perempuan aku yang cerita benda2 tu semua kat aku. nampak sangat kawan2 aku semua baik. kehkeh

Halimatun Sa'adiah said...

masyaallah...mintak dijauhkan la

syiqah shahar said...

entry yang sangat bagus..

...i'm AidA... said...

nak salahkan lelaki? yg perempuan kenapa bagi?? dua2 slah.. zmn skrg ni nak cri yg blum ditebuk rasanya 1 dalam 100 kot..semua dah layu..yg pelik bru kenal dua tuga jam dah bleh bagi mcam2... ish... x tau la...

PiNk LoVeR~~ said...

setuju! beware girl out there! don't trust guys too much..

annyss azianis said...

betol tu..lelaki hanya pandai memberi harapan tapi untuk menunaikannya teramat payah..mulut manis sebelum dapat yang di hajati tapi bila dah dapat hilang entah kemana kata2 manisnya..
perempuan pula suka merendahkan martabatnya.."wanita ibarat epal,epal yg tak bkualiti amat mudah dperolehi krn ia berguguran di tanah,tapi epal yang tak mampu di beli berada di puncak..susah di petik susah di gapai..kadang2 epal itu risau kenapa diriku belum dipetik?lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah..sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga takda sapa yg berani memetiknya..hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja mampu..

mellyana sara said...

jaga 2 orang adik sebaiknya. Nasihat dia bukan sebagai abang, tapi sebagai seorang lelaki. Suruh dia pelihara apa yang dia ada. pesan pada dia,

" Lelaki yang baik takkan ambil apa bukan punyanya selagi belum benar milik dia. "

semoga jadi abang yang terbaik apih. :)

red cherry said...

nice posting! good thinking!

girls! you should read this!

orangkedahkita said...

@annyss azianis manis kata, indah didengar, rasa bagaikan bertemu serikandi islam.. ingat, jgn hanya tutur kata yang diagungkan, sebaliknya perbuatan. saya sokong saudari. setidak tidaknya, saudari mampu, untuk menyedarkan beberapa org. alhamdulillah.. manusia selalu lupa, perlu saling ingat mengingati.. insyaALLAH, syurga bagi mereka yg senantiasa ingin dingati dan ingin mengingati.. wallahualam

Rayden said...

Agree bro..
aku pon ad adik2 ppuan gak..
dan aku xmampu nk kawal adk2 aku dr knl mamat2 spesis 2..sbb spesis2 ni bersembunyi dlm terang..aku cuma mampu bg nasihat,nasihat n nasihat selain dr perbetulkan diri aku sendri..

si macho said...

pengajaran untuk semua :)

bimbangkan iman sendiri :(

selembut salju said...

kalu la boleyh tekan button like byk2 kat situ dah lama aku klik apih ea..
thanks 4 sharing this topic!! cayaaalah broo!
;)

Kamal Amir said...

xbleh gak nak salahkan laki2.. perempuan pown salah gak..
skang ni, pompuan lagi bahaya.. bleh jew ikut laki2 kuar malam2..
sorg2 plak tu.. yelah, laki tu ada kete, ada duit, ikut jew laa..
xdew kew perasaan malu kew?? takut kew?? bahaya tul.. mana tau
kene rogol, kene culik.. xkan
xfikir panjang.. lg2 kalau baru kenal laki2 tu.. hmm....

Aku punya Nama_Tue said...

maaf aku baca blog bernyawa dalam eg0 dalam diam.....
k0 tak knal aku dan aku x knal k0...
saja nk k0men
gud entry!
aku bukan baik mana p0n tp sure aku tak jahat
aku pernah buat d0sa tp d0sa dengan lelaki...tidak sesekali....
tp sayang perempuan diluar sana kebanyakannya cetek akal....kesian...
jgn tduri lelaki bukan muhrim kerna jatuh standard kita kan...
berpegang tgn p0n dah rasa ckup menyesal sgt....hurm
~0pss.....Bernafas....s0ri
~Sebagai Manusia Aku Sayang Padamu...kalau sayang akan dijaga maruah itu

Anonymous said...

Teringin nak main hisap2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...