My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

30 October 2011

the tag from macqueenjoy blabberin





Thanks to MacQueenJoy Blabberin' for tagging me this one ;)


1) Must post these rules.
2) Post 11 things about themselves in their post.

3) Answer the questions that those tagger set you in their post and create new questions for the people you're tagging to answer.

4) Have to choose 11 people to tag in your post
5) Don't forget to tell them that they were tagged

6) No tag backs!

7) No stuff in the tagging section stating something like "You are tagged if you are reading this". By reading these rules you are trusted to have legitimately tagged 11 people.



Eleven things about me, not about you

01. People call it Ego,
some call it arrogant, I call it confident.
02. I don't care if it's midnight, I eat when I want to.
03. I save a file as 'asdfdsdafa' because I'm too lazy to write a proper name.

04. I love to sleep during rainy days and hide under my blanket.

05. I don't sleep enough at night because I stay up late for no reason.

06. I always smile when I remember good memories.

07. I keep repeating a song that describes exactly how I feel.

08. I hate when people bring up a mistake I made a long time ago.
09. I wish cancer got cancer and died.

10. I save titles of songs as drafts so I can remember them later.

11. I continue to argue even when I know I'm wrong.



Questions from MacQueenJoy Blabberin'


01.If you were given three item, IMac, IPhone 4 and Ipad, which one will you pick?
IPhone 4. Then jual Iphone 4 dan beli Blackberry.


02. Do you love shopping?

I love shopping very much!


03. What chocolate you love the most?

Famous Amos? Cadburry pun boleh. Tapi kalau orang bagi free ambik je.


04. If you're given the chance to meet those KPop superstar, what you gonna do with her/him?

Suruh dia belanja makan. Duit banyak tu. Hahaha.

05. If your KPop superstar lost in your country and then he at last stuck in front of your house, will you let her/him to sleep overnight just to let him rest a night?

Yes. Only if he or she is a famous superstars.


06. Do you think Koreans are fake?
I mean their look are they original or plastic made?

Even if they are fake, I will always, always love Girls Generation.


07. Do you believe in love?

Sometimes yes, sometimes no.


08. What will you do if one of your KPop superstar like and wanna make relationship with you, will you?

No matter who they are, I just want an honest relationship. No lies. No mind games. No cheating.


09.Do you watch Korean drama?

Just Running Man.


10. Do you like to eat mushrooms?

Nope. Mushrooms sangat comey. Tak sampai hati nak makan.


11. What subject you like the most in school and why?

School? Bahasa Malaysia Penulisan. I like to write an essay!



Now, my eleven questions


01. Pada pendapat anda, adakah ikan merasa dahaga?

02. What are you listening to right now?

03. Binatang ganas yang anda teringin sangat nak bela?

04. Who last made you smile?

05. Kenapa button 'Space' di keyboard sangat panjang?
06. What is right beside you now?

07. Bila kali terakhir anda sebut 'I Love You'?

08. Who is the last person you talked on phone?

09. Satu tempat yang anda betul-betul nak pergi dan kenapa?

10. What is your all-time favourite love story drama/movie?

11. Apakah anda sedang bercinta?



The choosen Eleven for this tag


Diary Scaafeezajaja
Hazirah's Territory
Muhd Firdaus
Shazleennurazmi

Atiah Zainal
Diary Pelangi
Bubbles of Life

Nazrey Dylandy
Nurul Syuhada Yacob
Diary Poyo Si Luna Swift
Ini Kisah Rabiatul


ps : Esok entry jawab tag jugak. Ada dua lagi tag nak dijawab ;)

28 October 2011

tragedi ngeri di sekolah selain belajar





01. "Cikgu tandas!" Dari sekolah sampai sekolah menengah, ayat ni memang famous.


02.
Hari pertama masuk kelas, cepat-cepat cari kerusi kayu. Aku memang suka
duduk kerusi kayu sebab boleh buat kaki dua. Faham ke kaki dua macam mana?


03. Mesti jalan perlahan-lahan depan tandas perempuan. Tak kira tandas pelajar
atau cikgu perempuan. Curi-curi tengok sikit. Nak bagi cerah mata.


04. "Siapa rasa jawapan dia A, angkat tangan." Usha sekeliling dulu. Kalau ramai
angkat, aku pun angkat.


05. Bila rasa nak pergi tandas masa peperiksaan, pemeriksa tu cakap ada orang dah
pergi jadi kena tunggu. Tunggu punya tunggu tak balik-balik. Stress giler!


06. Buat perancangan rapi nak curi buku teks budak yang aku tak suka bila kena
hantar buku teks sebab buku teks aku tak cukup.


07. Tandas ibarat syurga. Buang air, sorok barang bila ada spotcheck, tempat
lepak bila cikgu yang bosan mengajar, tempat tunjuk bakat melukis, tempat aku pertama kali tengok bentuk buah dada dalam versi lukisan walaupun hodoh lukisan tu, tempat luah isi hati sama ada sayang atau bencikan seseorang.


08.
Muka aku muka tandas. Sehari kalau tak pergi tandas macam tak lengkap.



09. "Jangan buka kertas soalan sehingga diberitahu." Arahan ni tak pernah aku
ikut. Sebab tu tak pernah dapat result yang okay kot.


10. Dulu, bagi aku, budak perempuan yang pakai stoking pendek, tudung singkat,
kain singkat, baju jarang adalah pelajar sekolah yang lepas habis sekolah, jadi Minah Rempit.


11. Suka ronda keliling sekolah. Bila terserempak dengan cikgu baru gelabah.
"Saya tengah cari cikgu blablabla..." Alasan yang meyakinkan.


12. Tak kira esok sekolah atau tak, aku tetap tidur lewat.



13.
Dalam kelas, dari aku Form 1 sampai Form 5 mesti ada kaki gosip. Dan yang
hebatnya, sepanjang 5 tahun tu juara kaki gosip kelas aku adalah orang lain-lain.


14.
Semua pelajar tengok semacam bila seorang budak yang pemalas tiba-tiba
bertugas. Sapu sampah ke, padam papan hitam ke. Bagi aku masa tu, bila orang jahat berubah jadi baik maknanya dia nak matilah tu.


15.
Tak pernah buat homework dekat rumah. Esok datang sekolah baru buat. "Dah
nama pun kerja sekolah, buat kat sekolah la!"


16. Dalam kelas, aku mesti baik dengan pelajar yang dalam pencil box dia ada
macam-macam. Daripada pen, pensil sampai gam, stapler semua ada. Biasanya budak perempuan la.


17.
Sakit hati yang teramat sangat bila tengah naik tangga sebab nak cepat tiba-
tiba ada cikgu berjalan dengan teramat perlahan kat depan. Serba salah nak potong ke tak.


18. Bila duduk rumah rasa nak pergi sekolah. Bila dekat sekolah rasa nak balik
rumah.


19.
Kalau masuk perpustakaan, atau bilik TV, dekat kerusi mesti dengan gigih
tulis "Afif El Nino was here!"


20. Hari pertama setiap sesi persekolahan : "Tahun ni aku nak belajar betul-betul, tak nak
main-main dah!" Okay, benda ni tak pernah jadi kenyataan.


ps : I miss school. Petang ini bertolak ke Shah Alam untuk Final Piala Malaysia ;)





27 October 2011

mesra suara gagal sembunyi sedih





Suasana restoran 24 jam itu tidak terlalu sibuk pada petang tersebut. Adan duduk di sebelah bekas kekasihnya, Sasha yang sedang memasukkan password untuk membuka laptopnya. Atas dasar kawan, mereka memutuskan untuk kembali berkawan setelah percintaan mereka putus di tengah jalan pada tahun lalu. Dan sepanjang tempoh itu, Sasha pernah menjalin hubungan dengan senior di tempat dia belajar tapi hubungan itu juga putus. Sementara Adan lebih selesa meneruskan hidup sendirian.



"Awak tengok lappy saya ni. Dia keluar error macam ni..."



Memang petang itu mereka bertemu kerana masalah laptop Sasha. Adan memeriksa beberapa folder sebelum menemui beberapa virus yang mengganggu sistem di dalam laptop Acer berwarna hitam itu. Adan memasukkan beberapa 'software' sebagai langkah mengatasi masalah laptop Sasha. Sementara laptopnya dibaiki, Sasha membeli beberapa makanan sebagai alas perut.


Setelah selesai, Adan meminta untuk menggunakan laptop Sasha sebentar. Dia membuka Facebook dan memeriksa jika ada berita menarik. Sasha hanya memerhati dari tepi. Adan melihat inbox dan wall post yang dihantar kepadanya. Semua dikirim oleh kawan perempuan Sasha tidak kenal!





Sasha tahu, ayat-ayat yang dibacanya adalah ayat yang biasa digunakan oleh lelaki dan perempuan dalam usaha untuk mengenali seseorang. Dia juga pernah menggunakannya. Walaupun Adan adalah bekas teman lelakinya, tapi perasaan cemburu masih ada dalam hatinya. Dia menahan perasaan itu sepenuh hati. Terbit juga rasa menyesal di hatinya kerana memutuskan hubungan cinta mereka dulu.


Selesai membalas semua komen, Adan menyerahkan kembali laptop itu kepada tuan asalnya. Sasha cuma diam dan melihat ke luar tingkap. Adan tahu Sasha cemburu sebab itulah yang selalu dilakukan Sasha sepanjang mereka menjadi kekasih tapi kerana mereka bukan lagi kekasih, dan kerana ego yang kembali dijunjung, Adan membiarkan.


Bukan tidak berhati perut tapi Adan tahu bagaimana beza layanan seorang lelaki kepada kawan perempuan dan kekasih. Dan hari itu, Sasha cuma kawan.



ps : Thanks to my ex for being my ex. You aren't a mistake, you're just a lesson. It's not that you're bad but maybe I deserve someone better than you and at the same time, you deserve someone better than me ;)




23 October 2011

penyu ni nelang sebab ni penyu jiwa naga







Dulu kite nombor dua je peringkat kumpulang
Point sama 13 mata tapi beza jaringang

Kaloh se, seri se, empat menang, bolos tiga, score lapang

Layoklah kite suku akhir belakang Negeri Sembilang



Heboh suku akhir bile kite kene lawang Kelantan
Ada jugok dok yakin bile lawang juara bertahang
Sengit macam Barca-Real, AC Milan-Inter Milan

Tak dok live dalam TV sebab tu penuh stadium kebanggaang



Menang tiga satu, lima kad meroh jadi saksi

Nok runtuh stadium, habih maroh semua hok mari

Pengadil, penjaga garisang habih orang dok puah hati
Mujur ada bekalang selesa kite bowok gi KB



Ada orang kata sek kite dok berani gi stadium Kelatang

Nipu belake tu! Ada jugok mari hok daroh pahlawang
Ashaari dang balah dua gol dalam sibuk awok dia nyerang

Dalam lautan meroh nerang tu Alhamdulillah kita menang



Dalam dok sangka, T-Team layok jugok gi semi

"Guane team hok kene sound di MB jadi hebat gini..."

Tu kate orang hok dok reti nilai mane emas mane besi

Weh tu tandanya orang Ganu bab bola ni serba serbi reti!



Adik lawang Negeri Sembilang di semi

Abang pulok penuh berani gi canggoh Gergasi

Target orang Ganu ada misi mustahil nok direalisasi

Impiang nok tengok final adik beradik buat pertama kali


Si adik tumbang di halamang sendiri

Si abang bergaya dengang gol tumit kaki

Si adik ada tiga gol nok kene cari

Si abang nok juara berganda tahun ni



Menang pulok dua satu perlawanang kedua

Counter-attack tiga serangkai untuk gol pertama
Gol kedua malas nok kata, memang gol taraf dunia
Kite bagi satu gol ke Selangor hadiah kegagalan misi 33



Kekalahang T-Team buat Ganu koho mangat

Kijang Meroh mari pun kita boleh hambat

Gergasi Meroh mudoh-mudoh je kita sekat

Kita buat kenduri Rusa kali ni biar orang tahu sape hebat



Commander kita sape dok kenal Irfan Bakti

Nampak tenang tapi strategi kemah kali
Sharbinee, Zubir, Mazlizam, Faizal dan Juki

Tu la defend paling keras sekali season ni



Reeshafiq Alwi, Joseph Kalang Tie, Ismail Faruqi

Control midfield kemah keming nok royak wi

Bahagian striker paling bisa sekali

Manaf, Hadi, Ashaari macam Pedro, Villa, Messi



Jadi meh belake mokcik pokcik adik kakak abang

Sabtu ni kita pakat penuhkang Stadium Shah Alang

Piala Malaysia jadi idamang, juara berganda jadi buruang

Hitam Putih Semarak Darul Iman Sokongang Sepanjang Zamang!


ps : Ni aku nok kabo ke mung, aku bangga jadi orang Tranung ;)




21 October 2011

saya manusia tak lari dari kesalahan





Berhubung entry Bila Kesedihan Datang Mentertawakanku semalam, gambar yang dimuatnaik semalam sebenarnya mengandungi kata-kata dari kitab Bible, yang boleh menyesatkan umat Islam.


Jadi saya memohon maaf secara terbuka atas kesalahan yang tak disengajakan yang saya lakukan itu. Terima kasih kepada 'Anonymous' yang menegur kesalahan tersebut.


Semoga kesalahan seperti itu tidak berulang dan kalau ada, tegurlah kerana sesungguhnya saya cuma manusia yang tidak dapat lari dari kesilapan.




ps : Akan lebih berhati-hati bila copy gambar daripada Google lepas ni ;)




20 October 2011

bila kesedihan datang mentertawakanku







Punggung dilabuhkan di sebuah kerusi di sebuah kedai makan. Suasana agak bising bila bertemankan beberapa orang rakan. Ditambah pula keadaan kedai makan yang memang menjadi tumpuan tidak kira lelaki dan perempuan. Tapi dalam keramaian, hati tetap merasa kekosongan.


Di meja sebelah, sepasang kekasih sedang makan berkongsi makanan dalam satu pinggan. Masing-masing makan dengan penuh adab sopan. Satu benda yang tidak dapat dilihat kalau mereka makan dengan kawan-kawan. Sebelum pulang, si lelaki membayar semua harga makanan yang dilicinkan. Untunglah kau jadi perempuan.



Tidak jauh dari situ, sepasang kekasih sedang duduk di sebuah kerusi batu di tepi sebatang jalan. Sesekali terdengar suara mereka ketawa keceriaan. Romantik sungguh dapat meluangkan masa
dengan orang tersayang disaksikan cahaya bulan.




Akhirnya sampai nasi goreng yang dipesan. Masih panas, berasap sampai berhaba pinggan. Nasi itu dibiarkan. Nanti bila sudah bersedia baru disuap dan ditelan.



Begitulah juga hati yang kesedihan. Bila tiba masanya pasti ada yang mengisi ruang kosong yang ditinggalkan. Apa yang penting, tunggu dengan penuh kesabaran. Kerana masa yang akan menentukan.



ps : Tuhan pasti kurniakan kita cinta kerana kita semua berhak bahagia ;)




19 October 2011

WW 12 - friends forever and ever








ps : 1,000,000 memories. 100,000 inside jokes. 10,000 great times. 1,000 hours of laughter. 100 secrets. 10 texts per minute. 1 Best Friend. GC ;)




17 October 2011

kawan lelaki yang perempuan patut ada





Biasanya perempuan berpendapat bila mereka ada teman lelaki, maka teman lelaki mereka itu dapat memenuhi setiap inci keperluan yang mereka perlukan. Tak semestinya. Ada masanya mempunyai beberapa kawan lelaki lain boleh memberi satu kelebihan buat perempuan.


Perempuan mahukan kawan perempuan yang mampu dicari bila berlaku apa-apa situasi, jadi tidak jauh bezanya dengan kawan lelaki. Untuk hidup yang lebih ceria dan tersusun, pastikan anda mempunyai kawan lelaki seperti di bawah.





Lelaki memperbetulkan kerosakan


Ada perempuan yang pandai tukar tayar kereta, tukar kepala paip, tukar mentol dan sebagainya, tapi tak semua. Jadi perempuan memang sangat perlukan kawan lelaki yang pandai baiki-membaiki ni. Tak perlu risau, dia tak perlukan upah daripada anda. Cukup sekadar belanja dia
makan.

"Semalam tayar aku pancit. Mujur Armia datang. Dia kan selalu tidur lewat..."


Lelaki 'Gila-Gila Remaja'

Anda kenal lelaki yang ceria sepanjang masa? Lelaki yang kelihatan 'gila-gila' seolah-olah tiada masalah dalam hidupnya? Cepat berkawan dengan dia! Bila anda rasa anda dalam mood tak stabil, dan anda mahukan seseorang untuk menghilangkan stress, dia adalah orang yang anda perlukan. Bukan saja dia tahu tempat mana perlu dia bawa anda, malah dia akan menjadi sumber tenaga kepada anda.


"Nasrul bawa aku lepak tempat baru. Manalah dia jumpa tempat cantik tu..."


Lelaki pandai mengayat

Lelaki dan ego tak dapat dipisahkan. Tapi perempuan mana tak suka bila lelaki memberitahu dia sangat cantik pada satu-satu ketika, bila lelaki membelikannya makanan atau secara tidak sengaja membuat anda rasa seperti dia mahu mengorat anda? Anda berdua tahu anda berdua cuma kawan
tapi perasaan bila lelaki memuji anda tetap anda suka, bukan?

"Aku suka cara Aminuddin layan aku. Tapi aku tetap sayang kekasih aku..."


Lelaki lembut


Kalau ikutkan, setiap perempuan perlukan kawan lelaki seperti ini. Kelebihannya ialah dia boleh bergelumang dengan setiap aksesori wanita tanpa sebarang drama seperti beberapa wanita lain. Dia boleh ikut anda shopping berjam-jam lamanya dan dia boleh masuk ke dalam kedai pakaian dalam wanita tanpa rasa segan, satu benda yang tak ramai teman lelaki boleh buat. Dan lelaki lembut juga pakar fesyen dari rambut sampai ke kaki.


"High heels baru ni Syazni yang tolong pilih. Dia cakap seksi di mata lelaki..."


Lelaki Abang Besar


Kadang-kadang ada bagusnya bila ada kawan berbadan sasa yang kuat dan mampu buat orang lain takut. Malah perempuan juga rasa selamat bersama orang badan besar macam ni. Sebagai bonus, kalau ada lelaki yang hancurkan hati perempuan, tidak mustahil Abang Besar ini akan 'hancurkan'
lelaki tersebut.

"Hazwan kena pukul! Arif pukul dia sebab dia buat classmate Arif menangis..."


ps : Kita ada kawan yang buat kita selesa cukup dengan berkawan sahaja ;)




14 October 2011

tidak semua yang bertudung itu baik




Hati Nadirah terharu bila terbaca mesej yang dihantar Dalila tadi. Berkali-kali dia membacanya kerana tidak percaya.


"Aku balik lewat sikit. Nak singgah beli tudung. Aku nak berubah..."



Dalila berdiri di depan cermin di depan kedai tudung di dalam pusat membeli belah itu. Dia mencuba dua tiga helai tudung dan pashmina yang menarik di matanya. Sesekali dia bergerak ke kiri dan kanan bagi memastikan tudung itu benar-benar sesuai dengan mukanya yang bujur itu.





Penjual di kedai kecil itu penuh sabar menunggu jawapan Dalila sama ada mahu membelinya atau tidak. Senyuman yang terukir tidak pernah hilang di bibir gadis bertudung biru itu.



"Akak ambil yang ni lah dik. Tiga helai ye..."



Tudung berfabrik terang berwarna kelabu, tudung hitam yang dihiasi manik dan tudung merah yang kelihatan moden itu dilipat dan dimasukkan ke dalam plastik merah yang tertulis nama kedai tudung tersebut. Baki wang sebanyak RM2.00 turut dikembalikan. Dalila meninggalkan kedai tersebut dan terus pergi ke kedai sebelah.


"Esok aku nak bertudung. Fesyen terbaru aku..."


Dalila bertekad mahu berubah. Bukan berubah kerana tuntutan agama, tapi berubah untuk kelihatan lebih menarik di mata orang lain. Dia tahu niatnya salah tapi dia tak peduli kerana baginya semua perasaan negatif itu akan ditutup dengan tudung di kepalanya nanti.


ps : Bertudung untuk menutup aurat dalam diri, bukan untuk fesyen terkini ;)




13 October 2011

aku lihat aku buat aku dapat





Ini, pernah aku buat...


"Petang ni temankan Baby pergi Giant kejap boleh? Nak beli barang la B..."

"Kan dua hari lepas dah pergi. B busy sayang. Sorry ek..."


Tapi, ini aku buat...


"Baby, esok teman B pergi klinik. Nak beli MC..."

"Okay musyuk..."



Ini, pernah aku lihat...


"Esok pagi temankan mama pergi ambil ubat kejap ye papa?"

"Boleh. Tapi papa tunggu dalam kereta je la ye..."


Dan, ini dia dapat...


"Papa segan nak pergi sorang kenduri tu. Mama ikutlah..."

"Yelah yelah..."



Ini, pernah aku buat...


"Petang ni I ada futsal. You datanglah bagi semangat..."

"Ye. Petang ni I datang dengan kawan I..."


Tapi, ini aku buat...


"Esok I final netball. You datanglah. Bawak kawan takpe..."

"Seganlah. Ramai sangat perempuan. Lepas habis kita keluar ek..."



Ini, pernah aku buat...


"Mama, dalam pukul 5.00 pagi abang sampai dekat stesen bas..."

"Okay. Mama pergilah pukul 4.55 nanti..."


Tapi, ini aku buat...


"Abang hantar mama pergi airport pukul 9.00 pagi esok ye?"

"Abang tak bangun lagi masa tu mama. Suruh papa la ek..."





Mungkin tak semua tapi rasanya banyak kali lelaki, tanpa dia sedari telah menyakiti hati perempuan yang dia sayangi. Tak kiralah kekasih, kakak, adik, isteri atau ibu sendiri.
Perempuan juga tak terkecuali.


ps : Buat salah benda paling mudah dan minta maaf benda paling susah ;)




10 October 2011

facebook didahulukan blog diutamakan





Sebaik mendapat arahan yang rangkaian Internet telah berjaya disambung, Asyraf pantas membuka Facebook. Ada 2301 friends. Tapi yang betul-betul rapat dengannya tidak sampai 50 orang. Sedangkan dia sudah menapis untuk hanya menerima request daripada orang yang hanya dikenalinya sahaja.



Dia membuka Home. Salah seorang kawan lelakinya semasa bersekolah dahulu membuat status. Asyraf menekan butang 'Like'. Itu sahaja yang dia mampu. Kerana terlalu lama tidak berjumpa dia jadi serba salah untuk menegur rakannya itu. Bimbang rakannya itu tidak mengenalinya lagi pun ada.


Dia kemudian membuka Dashboard blog peribadinya. Dilihatnya beberapa blogger menulis entry baru. Satu per satu dibaca dan diberi komen.


Follow me at Facebook and Twitter


Asyraf kagum dengan entry Shahida yang bercerita tentang kemeriahan majlis konvokesyennya. Dia turut terpesona dengan teknik fotografi dalam entry Izni yang terbaru. Dia juga dengan senang hati menekan butang 'Share' entry terbaru Suriati tentang tips menghadapi final exam. Dia kemudian ketawa berdekah-dekah menonton video dalam blog Safiyah. Malah dia hampir menitiskan air mata bila terkenangkan ketabahan Nurbaya yang menulis entry tentang cintanya yang putus di tengah jalan. Dia juga mengagumi blog Aliff yang bertemakan cara mengubahsuai kereta. Tanpa segan silu dia juga bertanyakan soalan kepada Khairul, blogger yang
lebih muda daripadanya tentang cara mendapatkan trafik yang lebih tinggi.


Hampir dua jam Asyraf menghabiskan masa di depan blog. Dia puas. Dia sedar bagaimana setiap hari dia lebih banyak menghabiskan masa dengan blog berbanding Facebook. Dia memerlukan entry untuk dibaca seperti ikan memerlukan air untuk hidup. Dia sendiri menggunakan Facebook sebagai platform memperkenalkan blog kepada orang lain tapi baginya blog memberi lebih kepuasan berbanding Facebook yang semakin membosankan.


ps : Facebook is for friends that are now strangers. Blog is for strangers that should be your friends ;)




09 October 2011

kenapa kos solekan semakin mahal





Solekan bertujuan menjadikan seseorang kelihatan lain dan lebih cantik.




Solekan menjadikan yang kurang seksi boleh kelihatan mengghairahkan.





Dan dengan solekan juga, yang comel kelihatan bertambah comel.




Tanpa solekan, tidak kelihatan berseri di wajah seseorang.




Dan kerana dengan solekan jugalah, orang kacak boleh menjadi cantik.




Oh semua gambar di atas adalah gambar seorang lelaki.


Kiyoshi Sakurazuka, crossdresser dari Jepun.
Dia adalah lagenda dalam dunia 'Costume Play' atau Cosplay.



ps : Sila tutup mulut anda. Aku pun tertipu masa mula-mula tengok ;)




08 October 2011

sejujurnya aku suka jadi budak-budak





Ramai orang di rumah pengantin perempuan. Selepas bersalam dengan tuan rumah, mata pantas melihat kerusi plastik putih di hujung khemah tidak bertuan. Bertemankan sepinggan nasi minyak dan segelas air Sunquick, perut akhirnya kenyang dengan satu demi satu suapan.


Di luar khemah ada sekumpulan kanak-kanak sedang bermain sesama mereka. Tiga lelaki dan empat perempuan jumlahnya. Mereka adalah kanak-kanak yang disuruh bermain di luar kerana bimbang mengganggu acara. Mereka cuma mengikut kata. Bagi mereka itu peluang mereka bermain bersama walaupun bagi sesetengah orang itu ibarat dipinggirkan keluarga.


Tanpa menghiraukan tetamu yang hadir mereka menjerit dan berlari. Mereka naik atas kerusi plastik dan melompat tinggi-tinggi. Budak perempuan menarik rambut budak lelaki. Budak lelaki tertumpah air Sunquick di baju sendiri. Tapi mereka terus bermain seperti tiada apa yang terjadi.




Tiba satu ketika seorang budak perempuan menangis kerana budak lelaki itu mencuri coklat kepunyaannya. Budak perempuan itu pergi mengadu kepada seorang wanita muda, mungin kakaknya yang sedang makan dengan seorang lelaki muda berambut pacak atas kepala. Budak-budak lain menyalahkan budak lelaki yang enak mengunyah coklat yang dicurinya. Akhirnya budak lelaki itu mengambil satu bekas coklat lain dan memberi kepada budak perempuan yang sedang berair mata. Pujukan berjaya! Mereka bermain semula. Bermain seolah-olah tadi tidak berlaku apa-apa.


Sedikit kagum dengan cerita kanak-kanak yang belum kenal dunia. Yang mereka tahu cuma ada bermain dan bersuka ria. Tidak perlu runsing dengan masalah yang memeningkan kepala.


ps : I miss being a kid. No one cared how you dressed and we were all friends ;)




06 October 2011

aku tak takut walaupun penakut





Dia bukan takut kegelapan.
Dia cuma takut dalam kegelapan itu ada kejahatan.

Dia bukan takut tinggi.
Dia cuma takut terjatuh lagi.

Dia bukan takut bercinta.
Dia cuma takut cintanya tidak diterima.

Dia bukan takut melepaskan seseorang pergi.
Dia cuma takut menerima realiti seseorang telah pergi.

Dia bukan takut cuba dan terus mencuba.
Dia cuma takut terluka kerana sebab yang sama.




ps : Aku tak takut manusia tapi aku takut Dia. Sebab aku Dia yang cipta ;)




05 October 2011

WW 11 - single or in a relationship?







ps : I am mentally dating a celebrity that doesn't know I exist ;)




04 October 2011

ayat lelaki yang dibenci perempuan





Beberapa orang lelaki tampil ke hadapan memuji keberanian entry 'Ayat Perempuan Yang Dibenci Lelaki' semalam. Jadi untuk berlaku adil, hari ini tiba giliran kesilapan yang biasa lelaki lakukan terhadap kekasih mereka.




"Wow. Lawa betullah budak Amirah tu..."


Tak kira betapa lawa atau seksi perempuan yang lalu di depan anda, tolong jangan sebut ayat ni kuat-kuat. Jaga hati orang di sebelah anda.

Walaupun kekasih anda sendiri menyebut betapa cantiknya perempuan yang lalu itu, jangan sibuk-sibuk nak masuk campur.
Mungkin dia cuma mahu menguji.


"Bodoh betul la kawan-kawan awak tadi..."


Hormat dia sepertimana dia hormat anda. Walaupun anda tahu kawan-kawan dia adalah penipu, suka tikam kawan dari belakang atau sebagainya, ada cara lain untuk memberitahu dia berbanding seperti ayat kasar di atas.


Lelaki juga pasti marah bila kekasih mereka berkata buruk tentang kawan yang dia lebih kenal itu bukan?


"Lol. Teruknya rambut you. You tak pergi salon ke?"


Perempuan sangat suka bereksperimentasi dengan rupa dan tubuh mereka. Tapi ingat, bukan setiap eksperimen memberi hasil seperti yang diharapkan.

Daripada mengkritik dan mentertawakan kekasih hati anda, apa kata anda memberi dorongan kepadanya kerana dia juga pasti tak suka dengan hasil eksperimen dia yang gagal itu. Anda seharusnya berterima kasih kerana dia sudi menunjukkan hasil yang buruk itu kepada anda terlebih awal kerana selepas berkahwin nanti anda harus menerima juga ketidakcantikan dia.


"Abang tak suka la baju yang sayang pakai ni..."


Kalau perempuan pakai baju, tudung, atau apa saja di badannya, itu bermakna dia sangat sukakannya dan sanggup berhabis duit demi pakaian itu. Memberi ayat seperti ini cuma membuat anda kelihatan seperti lelaki yang tidak pandai menghargai dan buta fesyen.


Kalau betul anda tidak suka dengan pakaiannya, apa kata bawa dia pergi shopping dan tunjuk yang mana satu pakaian yang boleh buat anda memujinya bila dia pakai nanti. Perempuan memang tak tolak bila lelaki mengajaknya pergi shopping. Masalahnya, beranikah lelaki?



"Baby ni sensitif sangat la. Janganlah emo macam ni..."

Perempuan mudah mengalir air mata. Jadi jangan berkasar bila dia emosi, sedih, marah atau menangis. Bukan setiap masa api harus melawan api.


Apa salahnya kalau anda menjelaskan perkara sebenar, cakap baik-baik, sapu air mata yang mengalir dengan ibu jari anda dan peluk dia supaya dia rasa disayangi. Oh ini hanya untuk yang dah kahwin. Kalau belum, pandai-pandai cover la ye. Masing-masing dah besar.



ps : Di sebalik kasarnya lelaki, mereka tetap ada taman bunga dalam hati ;)




03 October 2011

ayat perempuan yang dibenci lelaki





Banyak kali perempuan berkata teman lelaki mereka tidak pandai menjaga hati mereka. Maka tercetuslah perbalahan. Persoalannya, pernahkah perempuan menjaga hati teman lelaki mereka?
Lelaki bukan selalu menunjukkan apa mereka rasa, maka sebab itulah lelaki jarang merajuk. Tidak seperti perempuan. Malah lelaki juga boleh terasa hanya dengan kata-kata kekasih mereka.




"Eleh. Ex baby pun pernah buat macam ni la..."

Lelaki tak suka dibandingkan tidak kira dengan siapa sahaja.

Perempuan pun tak suka kan kalau lelaki bandingkan anda dengan bekas kekasih dia?


"Awak. Awak tengok Shahirah budak kelas Sains tu cantik tak?"

Ini soalan yang lelaki tidak akan menang bila perempuan tanya. Kalau dia jawap "Ya", anda mungkin akan cemburu.

Percayalah dia akan jawab "Tidak" walaupun perempuan itu sangat cantik. Dan anda pula akan menuduhnya menipu. Betul?


"Nevermind. I'm fine..."

Muka anda masam mencuka. Bila lelaki bertanya kenapa, anda mengatakan anda okay. Percayalah, lelaki sangat tertekan mendengar ayat di atas.

Ayat di atas hanya mengundang lebih banyak masalah. Pertama, anda terlepas peluang memberitahu dia masalah anda. Kedua, anda memperbanyakkan masalah yang sedia ada.


"Awak pasti ke awak okay ni?" (Tetap tanya walaupun dia kata dia okay)

Lelaki juga ada hari 'datang bulan' dia. Mereka boleh jadi 'tiada mood', letih, atau rasa tidak mahu bercakap. Come on, kami juga manusia biasa! Perempuan tolong jangan cuba membaca apa yang difikir lelaki bila terjadi macam ni. Bagi dia ruang dan jangan ganggu dia buat beberapa ketika.

Kalau anda terus bertanya soalan begini, jangan terkejut kalau dia memberi jawapan, "Awak yang buat saya jadi tidak okay!"


"Sayang tak sukalah mak abang tu..."

Jangan membenci sesuatu atau sesiapa yang dia suka. Betul, anda mungkin tak dapat jadi 'sekepala' dengan semua orang dalam hidup dia, tapi cuba beri sedikit ruang demi hubungan anda dengan manusia yang paling dia jaga dan sayang.

Kalau anda cuba membandingkan anda dengan ibunya, hampir setiap masa anda akan kalah. Lelaki sayang ibunya lebih dari segala-galanya.


ps : Perempuan ada air mata sebagai senjata. Lelaki ada ego sebagai perisai ;)




02 October 2011

dia kawan yang buat saya rasa rendah





Resah. Rasa kurang senang mula hadir saat kaki melangkah. Memang berjalan dalam satu kumpulan membuat kita nampak gagah tapi rasa yang timbul dalam hati tidak dapat dicegah. Nak tak nak terpaksa biarkan saja rasa dalam hati itu walaupun susah.


Dulu semasa sekolah diri ini dirasakan besar dan hebat. Tapi rasa sebegitu rasanya sangat singkat. Hari ini bila berjalan dalam kumpulan dapat dirasakan diri ini tidak besar sangat. Di sekeliling ini terdapat kawan yang lebih tinggi membuat diri ini terasa rendah sangat!





Lelaki dengan ketinggian 167 sentimeter rasanya tidak terlalu rendah dalam kelas lelaki. Tapi bila berjalan dengan orang yang lebih tinggi, tetap dapat dirasa diri ini rendah sekali.



Bila sedar kekurangan serta keyakinan dalam diri mula menurun, hanya satu jalan untuk mengatasinya. Berfikiran positif setiap masa. Walaupun kita rendah, masih ada orang yang lebih rendah daripada kita. Sedarlah sesungguhnya masih ramai yang tidak bernasib baik seperti kita. Tinggi atau rendah, setiap orang ada kelebihannya.



ps : Tak perlu sombong kalau rasa hebat. Ingat atas sana ada kuasa lagi kuat ;)




01 October 2011

mencintai aku dengan seadanya




Gadis itu duduk bersilang kaki menampakkan betapa montok pahanya yang bersalut legging kelabu yang sangat ketat. Dia melihat sekeliling. Kemudian dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menaip sesuatu.


Seorang lelaki yang duduk bertentangan dengan gadis tersebut memerhatikan gadis itu dari kepala hingga kaki. Beberapa kali mata mereka bertembung. Lelaki itu melemparkan senyuman dan dibalas mesra oleh gadis itu. Walaupun ramai orang yang lalu lalang, itu tidak dapat menghalangnya dari terus menatap gadis di hadapannya.





Legging ketat yang membalut bahagian bawah tubuh gadis tersebut cukup untuk membuat lelaki normal geram. Baju berleher luas berwarna hitam itu amat ketat dan menyerlahkan setiap lekuk di badan perempuan. Sesekali bila gadis itu bergerak, pasti kelihatan lurah di dadanya yang jarang dapat dilihat di tubuh gadis Melayu. Rambut separas bahunya yang lurus kelihatan sepadan dengan muka dan tubuh gadis itu. Begitu indah 'sarapan' lelaki itu pada hari tersebut.


Tiba-tiba datang seseorang berbaju kemeja berpetak merah, segak dengan rambut terpacak yang sedikit diwarnakan blonde duduk di sebelah gadis tadi. Mereka berbual seketika sebelum gadis tadi merebahkan kepalanya di bahu pasangannya. Kelihatan seperti pasangan bercinta yang sangat bahagia. Sesekali tangan pasangannya merayap di pinggang ramping kekasihnya.


Mereka bergegas bangun sebaik hall wayang mereka dibuka. Dengan berpimpin tangan, mereka berjalan tanpa menghiraukan orang di sekeliling.


Punggung bulat bersalut legging itu kelihatan sangat menarik bila berlenggang ke kiri dan kanan mengikut alunan kaki berjalan. Lelaki tadi menelan air liur. Tak tengok, rugi. Tengok, sakit hati. Sakit hati kerana gadis secantik dan seseksi itu bercinta dengan seorang gadis yang mahu menjadi lelaki.


ps : Belajar tidak menilai orang. Pasti ada sebab kenapa mereka jadi begitu ;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...