My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

23 November 2010

lawak hari ini : mak gua hilang






Kunkun!!


*Terima kaseh kepada pengirim emel ni...*


Pagi tadi masuk office, dalam pukul 9.00 gua nampak Apan mundar-mandir belakang gua dengan muka kusut masai. Gua tengok Apan macam hilang punca. Macam ada masalah.


"Lu ni kenapa Apan?" Gua tanya nak kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam la jugak. Budak Kedah, umur muda setahun dari gua dan tak berapa handsome.


Apan berbisik dengan nada perlahan,"Mak gua hilang la..."


Gua punyalah terperanjat. Dada gua tiba-tiba berombak kencang.
"Mak lu hilang?? Bila??"


"Petang semalam. Dah cari merata tapi tak jumpa," jawab Apan kesedihan.


Apan berlalu meninggalkan gua. Gua tak tahu apa yang dia sedang fikirkan. Gua nak tanya lebih-lebih takut kena pukul pulak. Apa yang Apan pernah cakap dulu, mak dia memang duduk rumah, tak kerja. Ayah dia lagi dua tiga tahun nak pencen.


Setengah jam kemudian, gua nampak Apan berjalan ke tempat gua semula. Tapi kali ni muka dia ceria. Macam muka Upin dan Ipin dapat ayam goreng.


"Mak gua dah jumpa," kelegaan terpapar jelas di muka Apan.


"Alhamdulillah... Jumpa kat mana?" Soal gua balik.


Dan dengan penuh keceriaan, jujur dan ikhlas sambil senyum seindah suria yang membawa cahaya, Apan membalas,


"Dalam sink kat belakang..."


Gua terus terajang komputer depan gua. Bersepai atas lantai.


MUG la Apan!! MUG!! Pronouncation macam jahanam!! Sia-sia gua berdebar.




Kunkun!!




14 comments:

Shakira Hady said...

eheee...ckp sal mug ni, teringat ms adik sy kecik dulu..penah gak tnye dia nmpak x mug sy ktne..lepas 2 dgn lantang dia ckp mug ade atas katil..eheee..dan sy rs sy da tersilap tnye org..tnye budak kecik dlm umur 4thn lebih..mmg dia salah tafsir..hehehe

wannurfazrini said...

bwahaha sngal . kesian mug mum hilang!

Goldman said...

COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram.

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Harga belian semula yang hebat.

Terima kasih.

nirhamna said...

mak - mug - moop lantai (sebutan dlm loghat ganu @ klate)

^_^

Apih El Nino said...

kyra shakira.
ingatkan apan tu adik kamoo.
hahaha :P

Apih El Nino said...

wannurfazrini.
mug mum tu sopan la sikit daripada mug mak.
hahaha...

Apih El Nino said...

Goldman.
sama-sama.

Apih El Nino said...

hikari.
lepas ni takut keluar cerita ni versi terengganu pulak.
dijawabnya jumpa dalam mangkuk jamban mop tu kan habis la.
hahaha...

kupu-kupu_cinta said...

hihihi kelakar.

Shakira Hady said...

apih : bukan la...hehehe...tersalah tafsir lg skali nmpak nye...kui3

khalis_damia said...

ahahaha...lawak ar...

Apih El Nino said...

kupu-kupu_cinta.
selamat ketawa :)

Apih El Nino said...

kyra shakira.
saje je buat salah tafsir.
nak tengok alert ke tak je :P

Apih El Nino said...

khalis_damia.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...