My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

03 March 2011

ini cerita kanak-kanak sekarang




Kunkun!!


Hari aku berjalan macam biasa. Berjalan? Mungkin berlari. Terlalu cepat sehari berlalu. Berhadapan dengan seribu satu ragam makhluk bernama manusia. Macam-macam ada, itu Astro kata.


Pagi tadi, si ibu dan si anak datang membeli. Si anak, dengan seluar pendek dan baju koyak di bahu, terlopong melihat berpuluh jenis minuman dihampar dalam peti. Dan si ibu, pantas menuju ke rak roti dan mengambil salah satu darinya.

Ibu : Izzudin, mak nak bayar dah ni.
Anak : Mak, Din nak air kotak ni.
Ibu : Tak payahlah. Duit balik nanti mak nak beli ikan.
Anak : Yelah mak.



Mukanya masam. Mulutnya bermuncung panjang. Matanya boleh berair bila-bila masa saja. Marah? Mungkin. Tapi dalam hati. Si anak merajuk bila kehendaknya tak dituruti. Tapi si anak tetap berdiri di sebelah ibu, mengambil plastik besar yang membungkus roti dan membukakan pintu supaya ibunya melangkah keluar. Mereka berpimpin tangan, melintas jalan yang sibuk di satu bandaraya. Sebuah kereta mewah membunyikan hon. Kedua beranak tadi terpaksa berlari untuk mengelak rasa malu dihon. Itulah nasib si miskin di depan si kaya. Kalau tak menindas, anda ditindas. Kekejaman kehidupan masa kini.


Petang tadi, si ibu datang dengan si anak. Si ibu membelek beberapa jenis makanan. Mungkin berfikir perlu atau tidak dibeli barangan tersebut. Si anak, berdiri tegak di hadapan rak mainan. Dilihanya satu per satu. Si ibu terlebih dahulu tiba di kaunter bayaran.

Ibu : Mummy nak bayar dah ni Danny.
Anak : Danny nak kereta Hot Wheels ni ye?
Ibu : Bawak sini mummy bayar.
Anak : Nak Kinder's Bueno tu jugak!
Ibu : Yelah yelah.
Anak : Slurpee satu boleh mummy?
Ibu : Stop it Danny! Banyak dah mummy beli ni.

Mukanya masam. Mulutnya bermuncung panjang. Matanya boleh berair bila-bila masa saja. Si anak merajuk dan berlalu menunggu si ibu di depan pintu. Membiarkan si ibu membawa semua barang yang dibeli.

Ibu : Danny tolong la mummy bawak ni.
Anak : You shut up!



Si anak keluar. Masuk ke dalam kereta yang diletakkan di depan pintu kedai. Merajuk. Si ibu membiarkan.


Aku termenung. Aku ingin kaya seperti keluarga kedua tadi. Aku mahu kereta besar. Aku mahu hadiahkan handbag LV kepada isteriku. LV Original. Bukan Petaling Street. Aku mahu hidup senang tapi aku tak mahu anakku menjadi seperti anaknya, Danny. Aku nampak lencana sekolahnya tadi. Sekolah rendah lagi. Dia kanak-kanak, masih tak faham erti syukur. Itu kata aku untuk menyedapkan hati. Tapi realitinya?


Sedangkan Izzudin, si anak yang datang pagi tadi sudah kenal erti hidup. Sudah merasa kekejaman dunia. Tidak dimanja-manja. Tetap kuat walaupun ditindas. Danny kalau ditindas? Mungkin meraung menjerit nama ibu bapanya. Aku mengeluh.



Jauh mindaku melayang. Baru aku sedar, dalam masa kita bangga membina bangunan mewah kerana mahu dunia melihat kita hebat, kita terlupa masih ramai rakyat kita yang merempat. Malaysia, oh Malaysia.


ps : Kanak-kanak? Ya. Sebab kalau aku guna budak-budak, terlalu luas maksudnya. Kanak-kanak ialah budak sekolah rendah. Habis citer.


Kunkun!!





6 comments:

Unknown said...

thumbs up .
nice entry :)
besyukur dengan apa yg ada skrg .

Khai said...

menangis sambil membaca entry. I guess.

aku nak mcm Izzuddin.

ainraus said...

hidup susah kadang-kadang ajar anak tu supaya sentiasa ingat mak bapak.

Melin said...

Nice entry . Betul sangat .

Lyeah said...

kanak2 skrg mmg patut di ajar hidup susah, even family mampu. sebab karang dah besar, tak reti hidup serba kurang. payah gitu. semua nak mak ayah tanggung. haishhh.

myra yusreena said...

nice ;) agree. makin ramai yg xbersyukur skrang ney.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...