My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

30 May 2010

aku benci pakcik bajet hebat





Kunkun!!


Aku sangat tak suka orang dewasa yang merasakan dia sentiasa betul sebab dia lebih dewasa. Sama macam orang alim yang merasakan dia selalu betul hanya disebabkan dia alim. Dulu masa tahun pertama kat kolej, ada senior kolej aku yang join tabligh datang ketuk pintu bilik aku nak bagi ceramah. Oleh sebab nak lari pun dah tak sempat, aku cepat-cepat pause Japanese Porn dan buat-buat tidur. Roomate aku terpaksa tadah telinga.


Korang jangan salah faham dengan ayat aku. Aku bukan tak suka dengar ceramah. Aku cuma tak faham kenapa bila golongan ni kuat beribadah, diorang memandang hina dekat golongan macam aku ni. Memang aku jarang pergi surau atau acara berkaitan agama. Tapi kenapa mesti wujud perasaan bangga dan riak bila kau kuat amalkan ajaran agama? Adakah sebab kau nak tunjuk kau alim dan dewasa? Tak boleh ke kau low profile je.


Malam tadi macam malam-malam sebelum ni. Dalam pukul 1.00 pagi aku keluar lepak dengan geng GC aku kat Kedai Adik, warung yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Terengganu. Bila dah berkumpul ramai-ramai, banyak la benda dibualkan dan digelakkan.


Lepak | Banyak kebaikan daripada keburukan


Tiba-tiba ada seorang pakcik umur dalam 30-an duduk kat meja sebelah ni maki member aku sebab dia gelak agak kuat.


"Natang ape bising-bising ni??!!"


Tapi aku dan member-member aku terus ketawa kuat-kuat. Lantak pakcik tu la nak marah ke apa. Bukan kedai makan dia pun nak marah-marah orang.


Aku sendiri tak faham kenapa dia marah-marah. Mungkin pakcik tu lemah tenaga batin dan mencapai ejakulasi terlalu awal sewaktu bersetubuh dengan isterinya sebelum keluar semalam. Atau mungkin dia bengang apabila isterinya melarang dia memancutkan sperma di dalam ovari isterinya. Ibarat pelakon filem lucah yang penat beraksi tapi hanya mampu orgasm di atas buah dada pelakon wanitanya sambil mengerang kenikmatan.


Aku bukan nak kurang ajar dengan orang tua. Kalau boleh aku nak duduk depan pakcik tu dan dengan penuh tatasusila cakap kat dia "Pakcik, kalau pakcik tak suka dengar kitorang bising kat sini, pakcik boleh angkat pinggan pakcik dan makan kat tepi longkang tu. Baru takde gangguan..."


Aja Aja Fight | Pakcik nak cari gaduh ke??


Aku tak faham dengan tahap mentaliti sesetengah orang dewasa berlagak yang merasakan mereka selalu betul. Hanya disebabkan aku dan member-member aku berpakaian agak selekeh, lepak tengah malam dan gelak kuat-kuat, kami dimarahi di khalayak ramai. Never judge a book by its cover.

Kami gelak kuat-kuat tu tandanya kami gembira. Pakcik jeles kami gembira sebab tu pakcik marah. Baru aku tau tak semua orang tua aku kena hormat.

Sumpah aku tak akan hormat kau pakcik.


Kunkun!!




28 May 2010

awards roronoa zoro dan yaya adhs








Kunkun!!



Kali ni aku update blog hanya untuk memberitahu aku mendapat awards daripada Roronoa Zoro dan Yaya Adhs. Pada pendapat aku, mendapat awards daripada blogger lain menandakan betapa beliau menghargai jasa anda berblogging. Cuma lepas ni aku harap korang bagi la awards berbentuk Kereta Satria Neo ataupun Pakej Penginapan ke Genting Highlands atau makan malam di hotel. Mungkin aku akan lebih terharu dengan cara tu. Hahaha.

Roronoa Zoro Awards


Yaya Adhs Awards


Tugasan TAG | Awards + Tagged
(a) Buat entri berterima kasih atas awards yang diberikan.
(b) Berikan kepada 10 / 20 / 30 orang rakan blog korang.
(c) Beritahu rakan korang bahawa mereka memenangi Awards tersebut.
(d) Ceritakan 7 perkara mengenai diri sendiri.


So terima kasih kepada pemberi awards ni.


Ceritakan 7 perkara mengenai diri sendiri?
  • Nama Apih El Nino takde kaitan dengan bencana alam El Nino.
  • Bernafas Dalam Ego dan bernafas dalam air adalah perkara berbeza.
  • Kunkun adalah trademark yang aku sendiri tak tau motif dia.
  • Aku ingat step tarian Wondergirls - Nobody sampai second chorus.
  • Keluar dengan kawan wanita berbeza dengan keluar dengan awek.
  • Aku tak pernah tukar layout blog aku ni.
  • Sangat gembira bila tengok Wan Ridhwan jatuh cinta.
Aku mengambil masa 2 minit 15 saat untuk menaip ketujuh-tujuh point di atas tanpa berfikir dengan waras dan tenteram. Dan semua jawapan tu adalah betul dan tepat. Hahaha. So aku wasiatkan awards ini kepada

Aminx Boombox
Farhan Santacruz
Staqim Philux
Along Syazni
Capix DX World
Arif Morales
Puteri Iman
Selembut Salju
Najwa Amira
Siti Hajar
dan semua blogger yang takde idea nak update blog


Sekali lagi terima kasih. Gracias.


Kunkun!!




26 May 2010

ku ada kamu






Kunkun!!


Aku takde awards nak bagi kat followers aku. Aku tak reti nak buat. Tapi aku tetap hargai followers, pembaca dan yang pernah bagi komen berguna untuk aku terus bertahan dalam dunia blogging ni. Walaupun aku pernah cakap followers ramai tak bermakna bagus, aku tetap menghargai followers aku. Followers aku adalah nadi semangat untuk aku update blog bila ada kelapangan. My blog would suck without you all.


So kali ni disebabkan takde awards untuk korang, aku dedicate satu lagu. Single terbaru Adira AF8 - Ku Ada Kamu. Ya. Aku ada kamu. Aku ada followers yang hebat. Aku ada pembaca yang tak kenal erti penat. Aku ada pengkritik yang selalu bagi komen membina. Dan sebab korang, aku gagahkan diri upload video ni walaupun line broadband aku slow giler. Sesukar mana sekalipun, takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.





Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Selagi ku ada kamu...

Siti Adira Suhaimi | I Love Her Hair



Terima kasih kepada anda semua. Terima kasih Adira. Love you all.



Kunkun!!




24 May 2010

single lama-lama tak bermakna gay


Kunkun!!


Dua tiga hari lepas aku dapat mesej dari sorang member aku...


"Aku rasa aku kena cuba buka pintu hati aku kat orang lain tapi tak tau la sape. Aku tak rasa jodoh aku dengan Juliana Evans. Sampai dah masanya aku cari pengganti Juliana Evans. Aku nak mulakan hidup baru dengan orang baru. Mu bila lagi pih...?"


Best rasanya bila aku tau member aku dah tergerak hati nak couple. Kenapa aku rasa best? Entah la. Cuma soalan dia di akhir ayat tu buat aku terfikir. Aku bila lagi? Dah lama single ni. Nak masuk setahun dah. Haishhhh....


Pastu semalam aku dapat satu mesej kat Facebook. Ada lelaki hantar.


"Why cute boy like U still single? Are U gay? I nak kenal U lebih dekat boleh?"


Aku tak kisah kalau dia cakap aku cute. Nak tunggu orang cakap aku hensem memang takde kot. Cuma yang aku kisah ialah dia cakap aku gay dan dia nak kenal aku. Dan dia lelaki. Yang dilahirkan lengkap dengan testis dan skrotum. Bukan yang lahir dengan ovari atau klitoris. Arggghhh!! Kepada pakcik tersebut, harap maaf aku tak layan lelaki. Aku diajar bahawa pedang mesti dimasukkan ke dalam sarung pedang. Bukan pedang lawan dengan pedang. Tingtang Tingtang Alexander. Sumpah lawak Johan buat scene ni.


Horny Homosexual | Boys over boys over flower


Aku bukan suka cerita pasal cinta kat public. Kisah cinta aku pun tak ramai yang tau. Cuma aku nak cakap yang kalau seseorang lelaki itu single lama-lama tak bermakna dia gay. Mungkin dia lebih tenang tidak berteman. Mungkin dia belum jumpa orang yang sesuai. Mungkin dia terlalu memilih. Mungkin dia takut bercinta. Mungkin dia mengejar cita-cita sebelum cinta. Aku? My heart is incredibly wary of love.


Aku hidup di sekeliling orang bercinta. Ada yang sanggup merana. Ada jugak yang bahagia. Ada yang sanggup berkorban apa saja sampai hilang kawan, keluarga dan harta. Cuma aku lagi suka orang yang mencintai Yang Esa. Aku? Dulu masa aku bercinta, semasa bilal di masjid melaungkan azan Zuhur, tangan aku erat menggenggam tangan pasangan aku. Dan selepas imam memberi salam solat Asar, aku masih berpegangan tangan. Selepas tu baru aku faham kenapa orang sebut cinta adalah berhala yang disembah-sembah. Tapi tu cerita lama. Cerita tentang masa lalu. Cerita tentang kau dan aku.


Holding Hands | Kita pernah satu aku dan kamu


Aku bukan takut nak bercinta. Aku tak kisah jatuh cinta lagi. Mungkin aku tak nampak cinta depan mata. Tapi dalam hidup ni kita kena terima hakikat bahawa tak semua yang kita nak akan kita dapat dan tak semua yang kita dapat adalah yang kita nak. Not everyone can get what they want. Even she's always in front of you, there's something that you can't have.


"I am not the type to be able to fall in love easily..."


Biarkan aku bernafas dalam ego aku sendiri. Biarkan.


What Is Love | Now I just love myself




Kunkun!!



22 May 2010

spain team for world cup 2010




Kunkun!!



Beberapa hari lepas coach Spain, Vicente Del Bosque dah keluarkan list Top 23 pasukan Spain untuk World Cup bulan depan. Dua superstar baru dalam team Spain ni ialah penjaga gol Barcelona, Victor Valdes dan penyerang muda Barcelona, Pedro Rodriguez. Pemilihan Javi Martinez, midfielder Athletic Bilbao yang baru berumur 21 tahun adalah satu kejutan.

Victory Victor | Finally Spain choose Valdes


Penyingkiran tiga hero semasa Spain menang Euro 2008 dulu turut menjadi kejutan. Ketiadaan Marcos Senna, Santi Cazorla dan Dani Guiza bermakna tiada pemain berbadan besar untuk pasukan Spain kali ni untuk mencabar size fizikal pemain pasukan lain terutama pasukan dari Afrika.


Spain Top 23 Players For World Cup 2010 South Africa

Goalkeepers
Iker Casillas - Real Madrid
Pepe Reina - Liverpool
Victor Valdes - Barcelona

Defenders
Sergio Ramos - Real Madrid
Alvaro Arbeloa - Real Madrid
Raul Albiol - Real Madrid
Gerard Pique - Barcelona
Charles Puyol - Barcelona
Carlos Marchena - Valencia
Joan Capdevila - Villareal

Midfielders
Xabi Alonso - Real Madrid
Xavi Hernandez - Barcelona
Andres Iniesta - Barcelona
Cesc Fabregas - Arsenal
Sergio Busquets - Barcelona
Jesus Navas - Sevilla
Javi Martinez - Athletic Bilbao

Forwards
Fernando Torres - Liverpool
David Villa - Barcelona
Pedro Roriguez - Barcelona
David Silva - Valencia
Juan Mata - Valencia
Fernando Llorente - Athletic Bilbao



Barisan kemungkinan : 4-1-3-2 : Iker Casillas, Sergio Ramos, Charles Puyol, Gerard Pique, Joan Capdevila, Xabi Alonso, David Silva, Xavi, Andres Iniesta, Fernando Torres, David Villa.

La Furia Roja | The Reds Armada


Walaupun aku tak puas hati sebab Sergio Busquets boleh masuk top 23 jugak, tapi sekurang-kurangnya pemilihan team Spain tak seteruk France, Brazil dan Argentina. France tidak memilih Samir Nasri dan Karim Benzema. Brazil tidak memilih Ronaldinho dan Alexandre Pato. Argentina tidak memasukkan nama Javier Zanetti dan Ever Banega. Cuma aku kesian dengan England yang bermasalah untuk memilih penjaga gol utama sedangkan Spain pula ada ramai penjaga gol yang hebat. David De Gea dan Diego Lopez pun tak dapat masuk Top 23 Spain padahal mereka sangat hebat musim ni. Nasib baik aku langsung tak minat England. Boo England :)


Pasukan manakah pilihan anda untuk menang World Cup nanti?

Spain Success | It's time to conquer the world



Que Viva Espana!!



Kunkun!!




20 May 2010

makan atau kahwin lagi penting





Kunkun!!



Pada suatu petang yang segak bergaya, Sharifah mengunjungi rumah Rozita. Mereka berbual-bual di beranda. Sedang enak mengumpat jiran tetangga, tiba-tiba suami Rozita melangkah keluar lengkap berbaju Melayu.



"Sayang, abang dah siap. Abang pergi dulu ye..."
"Bila bernikahnya bang...?"

"Lepas Isyak. Pengantin perempuan sampai lepas Isyak..."

"Hati-hati ye bang. Jangan lupa bawak balik nasi minyak..."



Maka berlalulah suami Rozita meninggalkan isterinya dan Sharifah.



"Engkau memang isteri yang memahami. Syurga la tempat kau Rozita..."
"Yang kau puji aku lebih-lebih ni kenapa pulak..?"
"Engkau boleh relaks camtu je suami kau pergi bernikah lain..."

"Suami aku photographer orang kahwin la..."

"Oooooo.... Erkkkk..."




Best kan jadi photographer orang kahwin? Dapat nasi minyak free. Sebenarnya aku sedang lapar. Huhuhu :)


Nasi Minyak | Takde minyak pun dalam nasi ni



Sekarang aku makin lapar sebab terbayangkan wajah bakal isteri aku. Suasana majlis pekahwinan aku. Bulan madu aku. Malam pertama aku.


Bayangan Gurauan | Ini adalah rekaan semata-mata




Kunkun!!




18 May 2010

jasa faizal tahir kat blog aku



Kunkun!!



Semua member aku tahu yang aku sangat meminati lagu Faizal Tahir. Lagu Faizal Tahir memang aku tak tinggal kalau karaoke. Untuk yang tidak tahu siapa itu Faizal Tahir, dia ialah pemenang tempat kedua One In A Million. Dia pada asalnya adalah penyanyi kumpulan nasyid sebelum bereksperimentasi dengan muzik rock. Bagaimana Faizal Tahir mengerah keringat mencipta lagunya, begiulah juga aku mengorak langkah menulis blog. Sekarang aku akan bongkarkan rahsia camne Faizal Tahir berjasa besar dalam blog aku ni.


Penulisan yang ringkas tapi padat
Kebanyakan lirik lagu Faizal Tahir adalah ringkas tapi padat. Walaupun ringkas namun liriknya mudah difahami dan bermakna. Sebab itulah dalam blog aku agak susah untuk menemui ayat berkias atau perkataan kompleks dalam bahasa Melayu selain perkataan 'bereksperimentasi' kat atas.


Do it yourself
Harus diakui Faizal Tahir berbakat dalam penciptaan lagu dan penulisan lirik. Semuanya dilakukan selepas berfikir, menulis lirik dan mencipta lagu. Begitu juga bagi seorang blogger. Masa yang sesuai diperlukan untuk berfikir tentang entry, membuat plot, menulis dan menyiarkannya.


Persembahan Bertongkat | Masihkah kau ingat?


Penulisan yang tersusun
Lirik lagu Faizal Tahir adalah tersusun. Contohnya lirik lagu 'Cuba' di mana amat mudah difahami. Dan untuk memudahkan pembaca blog memahami sesuatu entry, penulisan yang tersusun rapi amat diperlukan.


Penulisan yang tidak terpengaruh
Lagu Faizal Tahir tidak terpengaruh dengan arus muzik masa sekarang. Faizal Tahir tetap yakin dengan muzik rock walaupun citarasa penggemar sekarang adalah muzik Indie. Begitu juga dalam penulisan blog. Sebab itu aku tidak menulis tentang hal semasa kerana aku tidak suka entry aku kelihatan sama dengan orang lain. Sangat tak suka.


Klimaks dalam persembahan dan penulisan
Dengar kembali lagu Bencinta dan Selamat Malam di mana klimaksnya mudah ditemui. Faizal Tahir meletakkan klimaks penulisannya pada bahagian klimaks lagu. Lihatlah persembahan Faizal Tahir yang bersemangat diiringi lagu yang rancak yang mampu membuat penonton berasa bersemangat dan ghairah.


Keunikan dalam penulisan
Lagu Bencinta adalah contoh paling tepat. Lirik yang bermakna yang mudah menyerap ke dalam hati kerana perasaan itu dirasai oleh semua orang. Dan bagi aku, penulisan blog yang unik dapat membuat pembaca berasa ingin terus membacanya tanpa berasa mengantuk dan lapar.


Extreme and extraodinary elements
Elemen ekstrim yang dimaksudkan ialah gimik atau kontroversi. Memang diakui Faizal Tahir ialah artis lelaki paling kontroversi namun kontroversi itulah yang membantu memperkenalkan dirinya di Malaysia. Jalan paling singkat untuk popular adalah melalui kontroversi yang luar biasa.


Kejujuran dalam persembahan
Ramai yang sukakan Faizal Tahir kerana kejujuran dalam karyanya. Perasaan benci dan cinta dalam lagu Bencinta pada AJL 24 dan persembahan Selamat Malam yang ditukar menjadi Selamat Tinggal kepada anak seni yang telah meninggal dunia disampaikan dengan jujur. Aku sendiri meminati blog yang ditulis dengan jujur seperti blog Hanis Zalikha.


Tidak takut mencuba
Faizal Tahir pernah mencuba nasib dalam pertandingan mencipta lagu 1Malaysia beberapa bulan lalu. Walaupun tahu peserta-peserta lain adalah penyanyi lebih berpengalaman seperti Dato' Siti Nurhaliza, Faizal Tahir tetap mencuba nasibnya yang akhirnya menjadi juara pertandingan tersebut. Maka kepada blogger lain, jangan takut untuk mencuba entri-entri baru.


Memahami kehendak pasaran
Faizal Tahir tidak takut mengeluarkan lagu yang berentak sama dalam albumnya. Ini dapat dilihat melalui lagu Cuba, Sampai Syurga dan Selamat Malam. Walaupun melodinya seakan sama namun itulah yang dikehendaki oleh pendengar. Dan walaupun entri blog aku seakan-akan sama, aku akan terus melakukannya jika pembaca blog aku menyukainya.


Faizal Tahir | First 'Superman' Artist



Anda tidak perlu mengagumi Faizal Tahir seperti mana aku mengaguminya. Anda mungkin mengagumi individu lain. Terokailah cabaran yang ditempuh orang yang anda kagumi sebagai pembimbing anda sebagai blogger.



Kunkun!!



16 May 2010

judi dihalalkan? filem lucah bila?

This summary is not available. Please click here to view the post.

12 May 2010

nak cakap benda ni je



Kunkun!!



Kenapa masa kecik-kecik dulu kau selalu cakap nak jadi besar? Selalu cakap nak jadi dewasa. Oh kononnya kau nak berdikari la. Tahu tak betapa susahnya jadi orang dewasa? Tahu tak bila jadi dewasa kau kena berfikir beratus kali lebih banyak daripada jadi budak-budak? Dulu masa budak-budak kalau mama tanya nak aiskrim ke coklat mesti kau cakap nak dua-dua kan? Pastu mama beli dua-dua. Tapi bila mama tak beli mesti kau berniat nak cepat jadi besar kan. Nak cepat kerja kan. Nak cepat dapat duit kan. Kalau kau dapat balik ke zaman budak-budak kau mesti kau nak sangat kan? Kau hanya perlu bangun pagi, pergi sekolah, main-main, balik sekolah, tengok TV pastu malam je tidur. Sekarang baru kau tahu kan camne susahnya jadi orang dewasa. Sekarang baru tahu kan camne rasanya bila kau kena buat pilihan yang terbaik untuk masa depan kau kan? Tak payah la menyesal yang kau selalu cakap nak cepat dewasa masa kecik-kecik dulu. Jangan ingat kau hebat sangat la Afif El Nino.



*aku cakap dengan aku sendiri sebab tak tau nak cakap dengan sape*



Kunkun!!




10 May 2010

ramai follower tak bermakna bagus







Kunkun!!



*Anggaplah coretan ini adalah luahan hati seorang sahabat kepada sahabat. Kalau ada ayat emo, emosi, emotion atau emoticon, bacalah semula dengan nada tidak emo*



Beberapa hari lepas, follower aku dah 100 orang. Kalau tak silap aku Mahira Oya kot follower ke 100. Sekarang follower aku dah 104 orang. Aku tak tau kenapa korang follow blog yang aku rasa membosankan ni. Aku bercakap pasal blog aku sendiri. Blog yang aku tulis hanya bila aku rajin, bukan diupdate setiap hari atau setiap jam. Blog yang boleh diibaratkan seperti membaca komik Ujang, bukan seperti membaca majalah Mastika atau Anis.


Sejak follower aku mencecah 100 orang, hidup aku jadi kusut. Sembilan bulan masa yang diperlukan oleh blog aku ni untuk mendapat 100 follower. Aku rasa blog aku tak layak dapat follower seramai tu berbanding blog member aku yang nampak lebih style dengan layout dan widget-widget diorang serta entri yang berilmiah. Sebab tujuan aku berblog adalah untuk kepuasan diri, bukan mencari populariti.

Popular | My blog is not like that


Serius aku cakap blog aku tak popular. Serius aku cakap blog aku bukan blog yang bagus. Bagi aku siapa yang membaca dan dapat apa yang cuba aku sampaikan sudah memadai. Sebab itu kadang-kadang aku rasa bilangan followers yang ramai tak sepenting apa yang cuba aku salurkan. Mungkin bila bilangan follower bertambah, hidung aku akan kembang dalam tempoh seminit. Tapi lepas tu, hilang rasa megah tu. Aku bukanlah seorang yang berpegang kepada mazhab 'I follow you, you follow me' sebab bagi aku follower yang ramai tak bermakna blog tu bagus. Mungkin orang follow sebab nak naikkan trafik blog mereka. Mungkin. Aku cakap mungkin.


Setiap kali followers aku bertambah, aku rasa aku perlu memberi contoh yang baik kepada mereka. Kadang-kadang terlintas jugak aku nak menjadi blogger yang baik, sopan, santun, pijak semut tak mati, tembak gajah tak tumbang dan semua la benda-benda baik. Tapi sesungguhnya aku di dalam blog ialah aku di dunia realiti. Apa yang aku tulis di blog adalah apa yang lahir dari hati aku. Ayat yang aku gunakan di blog adalah ayat seharian yang aku gunakan dalam percakapan. Pernah aku terfikir yang aku perlu membuat entri yang berkualiti, yang membuat pembaca berfikir tapi aku bukanlah seorang yang suka mencari input di Internet. Aku malas. Lebih baik aku cari video porno yang boleh membuat aku rasa puas bila horny (^_^)


Tu je lah kot yang aku nak cakap buat masa sekarang. Kepada follower aku, thanks sebab follow tapi sorry kalau aku tak follow korang balik. Honestly aku bukan takde ciri kemanusiaan cuma aku sedikit ego macam nama blog aku sendiri. Hehehe. Sorry to all but I need to be honest and tell the truth. Sorry and thank you again.


Lepak di disko dengan Akbar,
Sambil intai bohsia murahan,
Saya blogger baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.



Kunkun!!




05 May 2010

tak salah pun mencarut



Kunkun!



Mencarut. Aku rasa semua orang pernah buat. Sama ada melatah atau memang dah kebiasaan. Aku pun sama. Tak sah tak mencarut. Ada 5 perkataan mencarut yang familiar kat mulut aku ni. Cuma aku pelik. Kenapa perkataan-perkataan tu dilabel sebagai mencarut. Sape la yang pandai-pandai cakap benda-benda ni mencarut. Haishhh....


Natang

Aku tak tau kenapa bila sebut 'natang' ia adalah mencarut. Padahal 'natang' tu adalah singkatan bagi 'binatang' cuma dibuang 'bi' je. Aku rasa ayat "Eh natang ni..." lebih indah permai berbanding ayat "Eh binatang ni..." yang memperlihatkan anda seorang yang skema. Binatang atau natang adalah benda sama. Lembu ialah binatang. Lembu juga adalah natang. So what?? Kalau ayat "Weh natang..." adalah mencarut, ayat "Ape cer..." juga mencarut. 'Cerita' dijadikan 'cer'. 'Bro' pun mencarut kan?

Buaya | Walaupun ganas tapi tak mencarut


Babi

Ni satu lagi. Babi adalah sejenis binatang. Sejenis ke seekor? Yang pasti bukan seorang atau sejambak. Aku pernah kena marah sebab sebut babi. Lepas tu aku cuba mempraktikkan lidah dengan menyebut lipas, arnab, biawak komodo, burung unta dan sebagainya. Tapi ibarat hati seorang kekasih yang setia dengan bekas kekasihnya, babi tetap pilihanku. Dulu masa kecik rasa macam ganas je kalau dapat sebut babi depan member. Kecik-kecik dah rosak budak Apih El Nino ni.

Baby | Siapa kata baby ni babi aku rogol dia laju-laju


Suck

Suck dalam bahasa Melayu ialah menghisap. Aku pelik. Suck mencarut ke? Dulu aku suka sangat sebut suck. Padahal kalau dalam Melayunya, hisap je. Takkan aku nak sebut hisap. Cuba kalau ayat "Suck ah ko..." ditukar menjadi "Hisap ah ko..." Tak cool langsung. Rasa macam gay ada la.

Just Ice-cream | She likes the Negro style


Fuck

Yang ni satu lagi kes berat. Fuck mencarut ke? Fuck ialah aktiviti seks. Kalau masa aku belajar subjek Agama Islam kat sekolah dulu, fuck ialah bersetubuh. Bersetubuh adalah perbuatan atau kata kerja. Bersetubuh tu halal kalau selepas kahwin. Tiba-tiba je ada kahwin. So kalau fuck adalah mencarut, kenapa korek hidung, bermain badminton, berlari di tepi pantai dan menekan butang lif tidak dianggap mencarut? Tu kan perbuatan jugak.

Middle Finger | Another name for Fuck


Tuuuuuuuuuuuuttttt

Yang ni ada banyak versi. Biasa aku guna versi Terengganu la. KL ada jugak kadang-kadang. Yang KL nampak sopan sikit. Versi cina pun ada. Kalau melatah je ramai suka sebut. Pastu orang-orang sekeliling akan tengok kat kita sambil membulatkan mata. Ada jugak yang buat-buat tanya kat mana. Bangang kan mereka? Tapi kenapa benda ni satu carutan? Bukan ke ia salah satu anggota badan? Aku pernah cuba menukar selera mencarut aku dengan menukar nama carutan ni dengan nama lain tapi rasa macam tak jadi je. Kalau aku sebut abdomen lain macam pankreas, usus kecil, siku, ibu jari kaki atau gigi geraham, tu bukan lagi carutan.

No Porn Allowed | Sorry please try later


Mencarut tu tak elok. Adik-adik jangan mencarut ye. Besar nanti jadi orang baik tau. Aku takpe. Aku bukan orang baik sangat pun. Hahaha.


p/s: Kalau nak cari fuck dan suck kat Google sila turn on SafeSearch anda



Kunkun!!



02 May 2010

iron man 2 tak best





Kunkun!!


Sudahkah anda menonton Iron Man 2? Citer superhero pakai baju besi merah dada menyala macam Ultraman tu. Aku dah tengok citer ni hari pertama keluar kat wayang cuma hari ni baru dapat update. Tak caya tengok gambar ni. Guna kredit kad Mizie Mijie. Hahaha.

First Day Film | First come first serve

Pada hari tersebut, Mizie Mijie bersemangat ajak pergi Kuantan tengok citer ni. Aku pun pergi la. Tengok Iron Man 2 walaupun Iron Man 1 pun aku tak tengok lagi. Aku tak tahu pun siapa hero dia dan kenapa dipanggil Iron Man. Maka duduklah aku di atas kerusi di pawagam tu menonton citer yang member aku cakap paling ditunggu-tunggu untuk tahun 2010. Excited kan?


Aku suka watak Ivan Vanko. Watak jahat citer ni. Sebab dia nampak empat puluh ratus ribu kali lagi ganas dari Iron Man tu. Orang jahat memang la kena ganas kan. Aku pun suka pakaian dan senjata Ivan Vanko ni lebih daripada aku suka senjata Iron Man. Okay aku tipu. Sebenarnya aku tak suka apa-apa pasal Iron Man kecuali sikap poyo dia. Sekurang-kurangnya dia tak la pemalu macam Spiderman atau terlampau poyo macam Mr Bean.

Ivan Vanko | Fire Chainman


4 sebab Iron Man 2 sangat best
  • Apa yang aku rasa best pasal citer ni ialah effect dia. CGI atau orang kampung aku panggil Computer Graphic Image. Semua benda guna jari. Pastu siap ada robot yang buat kerja untuk kita.
  • Aku suka part Vanko datang kat litar F1 time Iron Man tengah race kereta F1 dan Vanko telah membelah kereta tu dengan senjata dia.
  • Iron Man bercium dengan Gwyneth Paltrow secara ghairah kat atas bumbung yang mengeluarkan bunyi 'cup cap cup cap' serta aksi menyedut lidah yang mampu membuatkan penonton horny.
  • Scarlett Johansson tidak memerlukan boobs macam Pamela Anderson atau bontot Kim Kardashian untuk mendapat title hot dari aku.

4 sebab Iron Man 2 sangat tak best
  • Lepas berlaku perang dan letupan, kawasan tu macam takde berlaku apa-apa. Kereta lalu-lalang macam takde apa yang berlaku.
  • Macam drama kat TV. Bercakap panjang lebar padahal yang nak diberitahu tu sepotong ayat je.
  • Mizie Mijie dan Armia Zakaria tertidur semasa citer ni berjalan. Cukup tak untuk membuktikan citer ni boring?
  • Iron Man, sang hero berlawan dengan orang jahat. Hero menang sebab kawan dia tolong. Hero ke tu? 2 lawan 1. Pastu habis. Hebat kan ending dia? Baik tengok Ultraman lawan raksasa sorang-sorang.
Sexy Scarlett | Hot dammit


Iron Man 2 bukan citer yang mampu membuat aku berkata "Aku nak tengok sekali lagi citer ni walaupun CD cetak rompak" tapi Iron Man 2 membuat aku merasa "Aku dah membazir 2 jam dalam hidup aku sebab tengok citer ni..."


Peminat Iron Man, sila serang aku. Hahaha.

Iron Man 2 | Should it be 'Iron Man and friends?'



Kunkun!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...