Kunkun!!
*Kepada para pembaca, aku bukan lelaki yang baik*
*Aku cuba membincangkan hal yang serius. Aku serius ni. Hahaha*
Dulu masa aku couple, awek aku pernah tanya
"Awak tak kisah ke keluar dengan saya? Pakai tudung, baju tak ikut peredaran zaman. Awak tak malu ke dengan kawan-kawan awak tu? Kawan-kawan awak kan ramai yang seksi..."
"Saya tak kisah pun. Asalkan awak selalu ada dengan saya. Awak pakai macam pengemis pun awak tetap nampak lawa bagi saya. Sebab awak je yang saya sayang..."
Lebih kurang camtu la jawapan aku. Ayat orang tengah bahagia. Hati tengah berbunga. Jawapan pun manis je.
Kita Pernah Satu | Dulu itu dulu
Sebagai seorang lelaki, aku akan buka mata luas-luas bila berjalan. Tak payah cakap pun takpe sebab korang mesti dah tau kenapa. Menikmati kebesaran ciptaan Tuhan tanpa dapat merasa dan memegang. Sedarlah wahai lelaki, dalam hidup ini kita kena belajar telan air liur. Hahaha.
Kalau ada ruang memilih, memang aku nak gadis seksi sebagai isteri aku. Sejak dulu aku idamkan wanita dengan ukuran badan 36DD-24-28. Tapi hanya untuk aku. Bukan untuk tatapan mata khalayak umum.
Pernah terjadi masa aku makan kat sebuah kedai, seorang gadis Melayu bertudung dating dengan boyfriend dia yang bergaya stylo dengan rambut keemasan dan rantai gelang berkilat. Dan lelaki itu tersenyum bangga mempamerkan gadis yang dipeluk eratnya itu.
Namun sudah naluri aku yang tak boleh tengok orang senang dan sombong. Dengan pantas mata aku merayap di dada lalu turun ke punggung dan paha gadis tu membuatkan boyfriend dia tadi perasan dan merenung aku. Jelas kelihatan marah di mukanya, hilang riak takbur yang terukir tadi.
Haishhh... Apa punya bodoh la wahai lelaki Melayu berlagak Amerika.
Kepada lelaki tersebut, tak perlu marah-marah bila ada mata yang menjeling ke tubuh ghairah teman mereka. Wanita pun suka bila orang tengok body mereka. Cuma mereka buat-buat malu. Siapa tak suka diri mereka dihargai kan? So bro, tak payah marah sebab kau yang bagi dia tunjuk!!
Heliza | Sape cakap dia tak lawa memang buta la
Jika anda seorang wanita, dan mendapat takdir malang apabila menjadi isteri aku, aku akan pastikan kamu menutup aurat bila keluar rumah. Kalau nak pakai ketat, pakai untuk dilihat oleh aku sahaja.
Tudung yang dipakai tu untuk cover muka dan dada. Bukan mendedahkan sejambul rambut. Tutup dada anda. Tu untuk aku dan anak kita je nanti.
Segala perbuatan seksi, gedik, manja dan sewaktu dengannya hanya boleh dilakukan dengan aku. Jangan terlalu rajin nak memperjuangkan hak wanita untuk kelihatan cantik dan seksi di depan masyarakat. Nak cantik dan seksi pun ada batasnya. Kau isteri aku. Aku yang tanggung dosa kau.
Kesimpulannya, bakal isteri aku adalah seorang perempuan yang baik di luar tapi sangat nakal di dalam. Itulah perempuan idaman setiap lelaki untuk dijadikan isteri. Yang akan aku bimbing di dunia dan pimpin ke dalam syurga.
Suami Isteri | Dunia dan Akhirat
Mama aku pernah ingatkan aku. Never judge a book by its cover. Tak semua wanita bertudung tu baik dan tak semua yang tak bertudung tu jahat. Aku sematkan dalam hati ayat mama tu. Perempuan yang bertudung tak semestinya beriman tetapi perempuan yang beriman semestinya bertudung. Tapi zaman sekarang ada ke orang baik?
Aku takde masalah berkawan dengan perempuan bertudung atau tak bertudung. Ada yang bertudung tapi mulut tak boleh kalau tak mengumpat. Ada yang tak bertudung tapi sangat baik hatinya. So kepada perempuan yang tak bertudung, no heart feelings okay.
Dan jika ditakdirkan awek aku lepas ni seorang yang tidak bertudung, aku akan cuba buat dia bertudung. Tapi dengan syarat dia bertudung kerana keikhlasan. Bukan kerana permintaan aku sebagai boyfriend. Perubahan itu memakan masa. Empayar Rom sendiri tidak dibina dalam masa sehari.
Wanita baik dicipta untuk lelaki yang baik.
Masih adakah wanita baik untuk lelaki kurang baik macam aku?
Kunkun!!
28 comments:
hehe...sweetnyer posting kali nih..i like!!huhu...
hohoho...
slmt mndapat gdis y diingini..
hehe..
:)
giler jiwang mu kali ni pih
meh la pih kite cari awek same2 deh
hahahahahaha
walawehhh....hahaha
setuju!
xleh nilai org dr penampilan semata
btw, slmt ketemu dgn perempuan yg baik di luar tp nakal di dalam ngeee~
puff.. ayat power bro.. aku sokong 1001 peratus.. perhh!!! =)
hahahhahahahah
tersenyum aku baca posting kau bro...
stuju...
biar pemalu di luar tapi aku hanya akan nakal dengan suami jer;)
anonymous...
blog takde ikon like la...
terpaksa la like kat komen ni...
anyway thanks :)
lidah boye...
thanks ek...
selamat mendapat lelaki yg diidami jugak...
hehehe :)
syazni zainudin...
tak payah ajak aku la...
mu dah ada awek kan...
comel weh awek mu...
aku malas nak sebut nama je...
hahaha...
ecah...
walawehhh?
kenapa cik ecah...
huhuhu :)
meowwmania...
kalau ada rezeki bertemu la awek camtu...
selamat berbahagia dengan encik kucing...
hehehe :)
roronoa zoro...
thanks bro...
hahaha...
taik mu ak ade awek
ad bende hok dop kenang sket
kne cri hok laen
meh cri same pih
ak nok ajok mu cri same gok ni guane2 pown
dop kire la
jane...
bagus la ko camtu...
nanti dah sah ikatan aku nak wife aku nakal ngan aku je...
hahaha...
semoga bahagia utk ko :)
syazni zainudin...
mende mu x kenang tu?
mu kena ingat...
walau setinggi mana pun taste mu, bila ditakdirkan mu terbuka hati utk jatuh cinta, mu kena terima segala kekurangan dia....
takde yang sempurna kat dunia ni...
hahaha...
tok mung
bhgian mu pulok ork
ad la pende hok ak dop kenang tu
seb baek gok dop ngejah parok2 lgi
kalu dop nyesal pulok ak
ati ak bukan mainan
bijok ork ayt ak
hahahahaha
syazni zainudin...
hati bukan mainan...
cinta bukan untuk dipermainkan...
hahaha...
bijak dop?
meh la kita gi giant...
cari awek...
hari tu mu yg kata awek kat giant lawa2...
jumaat petang bereh?
hahaha...
*like*...suke2..dr start entry ni,smpai hbs entry ni..nk2 dekat 'Segala perbuatan seksi, gedik, manja dan sewaktu dengannya hanya boleh dilakukan dengan aku. Jangan terlalu rajin nak memperjuangkan hak wanita untuk kelihatan cantik dan seksi di depan masyarakat. Nak cantik dan seksi pun ada batasnya. Kau isteri aku. Aku yang tanggung dosa kau '...sekian..
haha smga mndpt bini gtu.. :))
yana...
kamu sangat suka ye entri camni?
anyway thanks :)
masni hanim...
amin...
semoga dipermudahkan...
hehehe...
kalau gitu, yok ah kita kawen.
ha ha.
wah.
jiwang dua macam neh.
anyway, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.
dan sebaliknya.
namun begitu, tak semestinya selalu buat dosa tuh jahat; dan akan sentiasa buat dosa.
tak semestinya selalu buat pahala tuh baik; dan akan sentiasa buat baik.
paham tak?
ah.
aku sendiri pon tak paham.
anyway, semoga bertemu isteri solehah.
=)
itisrajah...
betul tu kata anda...
kita bukan maksum...
tak lari dari kesilapan...
semoga anda juga bertemu suami mithali...
sama-sama kita berdoa :)
ouchh..
aku bg markah penuh utk posting blog mu kali niyh..
sedap la ayat2 mu..
mu ngah jiwang ke karang blog mu ni ea..
ahahha..
seme org nk yg terbaik dalam hidup mereka walupom kiter cuma manusia biasa yg xlari dari kesilapan...
aku tak faham sebab apa mu kata jiwang...
aku tulis kat atas tu serius...
bukan jiwang...
hahaha...
tapi thanks la...
kita bukan maksum...
so memang kesilapan tak dapat dielakkan...
harap awak teguh dengan pendirian. ramai dah laki saya jumpa, impian macam ni. tapi bila da nampak yang lawa, rambut cantik, baju nampak bentuk tubuh yang perfect luaran, suke dekat dia, terus lupa pendirian asal. sayang kunun. sayang luaran dia mungkin. awak jangan jadi macam tu ye. harap yang terbaik untok awak ;)
cik marina encik norman...
thanks for your wish...
harap-harap tak macam tu la...
sebab luaran tu bukan kekal sampai bila-bila...
sampai satu masa yang tegang akan kendur...
yang hitam akan putih...
harapnya awak pun dapat yang baik-baik ye...
thanks again :)
Post a Comment