Kunkun!!
*Perhatian kepada ibu mengandung dan sesiapa yang lemah jantung. Entry ni ada gambar yang agak meloyakan. Sila kawal tingkahlaku anda dan anak anda*
Sakit gigi memang menyakitkan. Itu diakui oleh pakar pergigian di serata dunia. Macam iklan Colgate tak? Sakit gigi geraham boleh menyebabkan gusi bengkak dan jangkitan kuman. Selepas mendapat komen dari entry Kesan Sakit Gigi Kepada Blogger sebelum ni, aku nekad pergi cabut gigi tadi.
Member aku yang belajar perubatan pernah cakap yang sakit gigi adalah penyakit keempat paling sakit di dunia. Penyakit yang paling sakit ialah mati, yang kedua ialah melahirkan anak dan terputus anggota badan adalah penyakit ketiga. So yang keempat ialah sakit gigi.
Maka petang tadi, diiringi oleh hujan renyai aku menjejakkan kaki ke Klinik Pergigian Sofea. Terletak di Bandaraya Kuala Terengganu, sebaris dengan Kumo Salon. Walaupun tempat yang stategik tapi susah nak parking. Semoga kerajaan negeri dapat atasi masalah ini.
Bila sampai giliran aku, doktor tu dah tanya betul ke aku nak cabut sebab agak susah. Yang pertama susah sebab tu gigi geraham, then lubang gigi aku yang agak besar dan gigi yang senget. Aku ingatkan aku je yang senget rupa-rupanya gigi aku pun senget. Hahaha.
Peralatan yang digunakan
Mesin yang digunakan
Mula-mula tu tak sakit sangat lepas dia cucuk bius. Pastu bila dia guna mesin untuk perbetulkan gigi aku, aku dah start rasa sengal-sengal. Pastu dia guna alat macam penukul, cungkil gigi aku. Serius sakit. Habis tertelan darah. Doktor tu boleh cakap "Sabar. Tak sakit pun." Memang la tak sakit sebab bukan dia yang kena. Lepas tu dia tunjuk la gigi aku tu. Giler ah sampai putus dua. Memang kuat la dia ketuk-ketuk gigi aku. Pastu dia jahit gusi aku pulak. Aku just boleh jeling-jeling tengok jarum dan benang bermain-main riang dalam mulut aku ni.
Zoom dan anda dapat lihat geraham terbelah dua
Maka berakhirlah kisah gigi. Selamat tinggal gigi geraham kanan bahagian bawah yang paling hujung. I remember you. Sila tumbuh lagi lepas ini ya.
Kunkun!!
20 comments:
tapi kalau kene ulser dlm mulot pon saket gak....
adus,,,
adoi.. mmg sakit,,
isy,,sakit gg,,isy3x,,mntk jauh
meaw bab nk jumpa dentist skunk pown trauma g, gg depan meaw pth sparuh sbb ........
euwwwwww... boleh lak dia main2 jahit time kite sedar.. sakit nye.. nsb baik gg geraham ye, bukan gg dpn... hahahahah..
hahaha...bru pg td ak bce entry sakit gigi..mlm ni ko dah update ilang gg lak...adess....cian kau...semoga cepat tumbuh gg kamoo...btw...gg geraham tu nak ker tumbuh balik?? hehehehe
bleh tumbuh lagi ke? hehehe...
Atsuko Ichirou.
eh ulser jangan main-main.
sekali kene nak minum air pun susah wo.
mintak-mintak kita semua dijauhkan.
lurunharima.
tau takpe.
so sila jaga gigi anda okay.
huhuhu...
iszieylyanziy.
serius susah nak tulis nama ni.
hahaha...
tu la mintak-mintak jauh la sakit camni.
seksa badan merana jiwa kalau kena.
gula-gula kapas.
kenape gigi depan patah separuh?
nak tau gak ni.
hehehe...
misz myza.
tu la pasal.
nasib baik doktor pakar tadi.
kalau gigi depan memang tak kuar rumah.
malu.
hehehe...
Khai The Kerozer.
thanx for ur wish bro.
aku pun tak taw pasal geraham.
boleh tumbuh ke?
hahaha.
pu3iman.
boleh kan?
ke tak?
hehehe...
xpe..relax r..patah tumbuh hilang berganti..
tp peratusan utk geraham nk tumbuh blk agk tipis k0t kcuali brlakau keajaiban..kl0 da tumbuh gtw ye..ley msk guinness b00k of rec0rd..hee~:D
p/s:mase mane amek gamba tuh?unbelievable~huhu
sheera catus.
peratusan agak tipis atau memang takde peratusan ni?
hahaha...
gambar tu diambik lepas siap semua.
doktor tu senyum-senyum je tengok.
ingat saya nak ambik gambar dia jugak kot.
hahaha...
hak3...ak bace dgn aku skali rse sakit...dentist la org ak plg tkot nk jumpe..hihihihi
aku kalau doc nya perempuan aku mesti cakap esok boley datang lagi... puasa la ko makan keras keras
ciq b.
aku takut gok nak jumpa tapi cashier dia lawa wei.
chinese looking gitu.
sempat aku tanya umur walaupun sambil gigit kapas.
tapi dia umur 23 la. melepas...
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o.
aku memang puasa makan 3 hari.
tapi doktor perempuan memang comel.
hahaha...
Post a Comment