My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

25 October 2010

khas untuk peminat transformers








Kunkun!!



Semalam Astro HBO ada siar citer Transformers Revenge of The Fallen. Aku tengok la walaupun dah dua kali tengok kat wayang. Sanggup aku pergi KL semata-mata nak tengok citer tu. Tapi ibarat pepatah 'semakin kita kenal seseorang maka semakin kita kenal baik buruk dia' begitulah jugak aku bila tengok Transformers ni tadi.


Aku bukan pandai sangat bab ulas citer ni. Lebih-lebih lagi nak ulas citer yang panjang lebar macam ni. Tapi yang aku dapat ialah :

  • Tiba-tiba Bumblebee jadi kuat.
  • Megan Fox bila muka diselaputi pasir langsung tak 'hot' di mata aku.
  • Robot kembar tu macam entah apa-apa je.
  • Tentera USA memang hebat siap boleh lawan makhluk asing lagi.
  • Scene kapal terbang, helikopter dan jet lebih banyak daripada robot.
  • Optimus Prime kena bunuh tak macam sedih langsung. Mungkin sebab aku benci Optimus Prime tu.
  • Bukan setakat Bumblebee, Optimus Prime pun macam makin hebat secara tiba-tiba. Takkan sebab berlatih dengan tentera USA kot.
  • Kenapa Decepticon tak bunuh je mak ayah Sam walaupun berpeluang?
  • The Fallen biasa je. Nama je macam ganas. Tapi style macam lembik.
  • Scene manusia lagi banyak daripada scene robot Transformers sendiri.
  • Optimus Prime pakai 2 pedang tapi orang jahat takde pedang. WTF!!
  • Bila tengok Sam dan Mikaela asyik berlari berpegangan tangan aku teringat macam drama Jepun. Asyik berlari dan berlari. Sape peminat drama Jepun faham la kan.
  • Seluar Megan Fox tetap bersih walaupun bergolek-golek di atas pasir.
  • Optimus Prime makin ganas. Siap boleh cakap "I rise you fall" lagi bila dia bunuh The Fallen. Kononnya ganas tapi muka skema.
  • Aku minat Megatron sebab dia ego giler. Dia tetap takkan mengaku ada orang lebih hebat daripada dia walaupun dia sedar orang tu hebat. Tapi kenapa dia mesti berlutut dengan The Fallen? Stress aku!!
  • Serius tiba-tiba aku rasa jalan citer yang macam sikit-sikit bodoh.


My Handphone's Theme | The Fallen sakit mata



Tapi dalam setandan pisang tak semuanya buruk. Tetap ada yang elok. Cuba teka apa kena mengena pisang dalam citer ni? Tak tau kan? Aku pun tak tau. Cuma nak bagitau yang best ialah :

  • Robot gaduh dalam hutan hijau di siang hari. Tak tau kenapa.
  • Bumblebee yang kelakar. Siap boleh menangis lagi.
  • Ketua askar yang cool dan tough. Okay. Aku tau ayat tu macam gay.
  • Design Matrix of Leadership yang membuat aku macam terpegun.
  • Terlalu banyak slow motion zoom kat dada Megan Fox masa berlari. Yang tu memang aku suka. Jujur aku cakap.


Tapi bagi aku citer ni tak la buruk sangat. Aku bagi la rating 6/10.


Saje aku letak gambar Autobots. Ambik hati peminat Transformers yang kutuk aku sebab tak suka Optimus Prime. Ingat tu, aku ambik hati je ni. Hahaha.


Kunkun!!




8 comments:

sarah honey said...

suke je baca post ni.sebab minat gile dengan transformers ni! hehe

ArifmoraleS said...

skill back to the future mung lening...ha3

Khai said...

ahaha...ak tgk 2 kali..tp ak msih x phm jln cter dia..xbest mcm yg 1st..huhu

oya said...

transformers best...kalu ade 1 lg best..hehe

Apih El Nino said...

sarah honey.
bagus anda memang peminat transformers sejati.
tetap boleh terima citer ni kena kutuk.
hehehe...

Apih El Nino said...

ArifmoraleS.
skill pasang Streamyx dop kabo ke orang mu.
hahaha...

Apih El Nino said...

Khai The Kerozer.
dulu aku ingat Transformers boleh ganti Lord of The Rings.
rupa-rupanya LOTR tetap nombor 1 di hati aku.

Apih El Nino said...

mahira oya.
transformers 3 kuar tahun depan kot.
tak sabar nak tengok.
hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...