My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

13 November 2010

punca stadium England tiada pagar



Kunkun!!


Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan tahniah untuk pasukan Kelantan yang jadi juara Piala Malaysia buat pertama kali selepas menumpaskan Negeri Sembilan 2-1. Aku memang sokong Kelantan sebab corak permainan yang menarik. Errrr.... Dan awek Kelantan yang comel.


Kalau kita perasan, stadium bola sepak kat Malaysia ni ada pagar antara penonton dengan padang. Tapi kalau tengok bola Liga Perdana Inggeris kat Astro, stadium dia takde pagar. Kenapa stadium kat Malaysia berpagar?

Pagar + Polis FRU | Ganas sangatkah penyokong kita?


Menurut sejarah bola sepak dunia, dulu stadium kat England pun berpagar. Tapi pagar itu dihilangkan selepas pergaduhan penyokong Liverpool dan Juventus pada perlawanan akhir UEFA Champions League 1985 di Belgium. Tragedi ini mengorbankan 39 nyawa dan memberi kesan besar kepada bola sepak Eropah.


Akibatnya, Liverpool dilarang beraksi di Eropah selama 5 tahun. Kelab-kelab Inggeris yang lain turut dikenakan hukuman sama dan tiada sebarang bantahan dilakukan. "Waduh kok Liverpool yang ganas tapi kami kok kena dendain",begitulah luahan para pemain.

Heysel Heroes | Rest in peace


Dalam tempoh 5 tahun penggantungan, FA England membuang pagar penghalang dan membatalkan tiket kelas berdiri (tiket paling murah sebab terpaksa berdiri) di seluruh England. Di Eropah, hanya England tidak menjual tiket kelas berdiri sampai hari ini.


Ramai yang tidak berpuas hati dengan pembatalan tiket kelas berdiri tersebut. Tapi tindakan membuang pagar penghalang menjadi bualan hangat dan menganggap itu tindakan 'gila'. Ada pagar pun merusuh sampai ada yang mati, apatah lagi kalau tiada.

Just 5 Metres From Goal | You can see it clearly


FA England akhirnya mendedahkan faktor Tragedi Heysel adalah daripada penonton kelas berdiri. Hasilnya, tindakan membuang pagar membuatkan penonton lebih matang. Peraturan stadium di England sangat ketat. Jika anda didapati membuat rusuhan, anda akan dibanned daripada memasuki mana-mana stadium untuk beberapa tahun atau selama-lamanya.


Kelebihan bila tiada pagar adalah penonton dapat melihat pemain kesukaan mereka dengan lebih dekat. Tapi ia turut mendatangkan masalah. Ingatkah anda kes sepakan kung-fu Eric Cantona semasa melawan Crystal Palace?

Kiri, Paling Atas | Lawak giler muka pakcik tu


Atau mungkin 'Gol Belon' pemain Sunderland semasa melawan Liverpool dapat dielakkan jika ada pagar yang menghalang belon itu daripada masuk.

Balloon Big Blunder | That's why Reina is behind Casillas


Dulu, penyokong Liga Perdana Inggeris jauh lebih ganas daripada penyokong di Malaysia tapi mereka belajar untuk menjadi lebih matang dan beretika. Macam mana kalau pagar stadium di Malaysia dibuang? Adakah kejadian lebih teruk terjadi atau kita akan dididik seperti di England.


Kunkun!!



10 comments:

saperakue said...

ayoook~~ klaw buang pagar plus dekat an jarak penonton dgn field kompem x smpai 90 minutes padang da penuh ngan botol air~~

Miss Shizu said...

kalau stadium kat mesia nh tade pagar, silap2 dlm padang tuh ader 22 player bertambah jadi 44 player..kekekek...

Khai said...

kalo sume team kt msia bermain mcm kt england..mybe tindakan membuang pagar boleh di laksanakan..tp ini dah main pun ntah ape2..mana penyokong x marah..hoho..apa2 pun aku x sokong FAM diterajui oleh kerabat di raja dan orang politik..full stop.

Unknown said...

sebenarnya, kat manan2 pun. memang dah sikap manusia. apa bila dihalang, itulah yg dia orn nak buat. Contoh, jangan mencuri, tapi org tetap mencuri. cuba suruh dia mencuri. pasti dia x naknya. sama juga ler konsep pagar ni. Bila brpagar, masing2 nak jd monyet. Bila x der pagar, nak keluar pun rasanya tkt kot. ye le.. spt mengalakkan masuk pdg lg adalah..hehehehe

Apih El Nino said...

saperakue.
mungkin kita kena latih penonton utk jadi lebih baik dulu.
tapi tak semua baling botol.
jangan sebab nila setitik habis susu sebelanga.
hehehe...

Apih El Nino said...

Miss Shizu.
mungkin jadi 100 player.
kena tambahkan anggota keselamatan la camtu.

Apih El Nino said...

Khai The Kerozer.
memang la permainan liga kita tak macam luar sana.
tapi kita kena bangga jugak.
aku pun setuju FAM tak patut diterajui orang politik.
sepatutnya bekas pemain bola jugak yang pegang FAM tu.
politics ruins sports.

Apih El Nino said...

sale_ehs gerrard.
memang betul sangat la tu.
setuju sangat.
hehehe...

Anonymous said...

ada cadangan ke nak didik penonton supaya lebih baik dulu? dont think so.
jadi. baik ada pagar. saya lihat malaysian masih belum ada common sense untuk fikir tiada pagar lebih baik. tu lah. mungkin padang akan penuh dengan pemain 'simpanan'..
-with intention to be anonymous.

Apih El Nino said...

Anonymous.
kemungkinan tetap ada.
harapan dari setiap peminat bola di malaysia ialah supaya penonton berkelakuan baik di stadium.
bola sepak ialah sukan yang mengeratkan hubungan silaturrahim, bukan memutuskan hubungan dengan pergaduhan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...