Kunkun!!
Ada dua benda aku paling benci kat Malaysia. Pertama, politik Malaysia. Kedua, beberapa anggota polis. Dan terbaru pasal adik Aminulrashid yang ditembak oleh polis. Polis yang sepatutnya menjaga keselamatan kita kini mengancam keselamatan kita. Dulu kes shoot to kill ni pernah berlaku jugak dekat seorang wanita bernama Norizan Salleh.
The Next Big Thing | Who's next?
Aku ada terbaca statement Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
"Saya ingin tahu sama ada anda(rakyat) mahu kami menguatkuasakan undang-udnang atau tidak? Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya(polis) supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya."
Sumpah geli aku baca. Merajuk ke nyah? Jangan la merajuk nok. Mak tak suka. Sesungguhnya statement Ketua Polis tu lagi geli daripada ayat yang aku reka ni. Hahaha. Okay tukar mood serius balik. Adakah rakyat tak boleh mempersoalkan kerja polis? Adakah rakyat kena terima 100% tugas polis walaupun ada penyelewengan? Kalau Ketua Polis dah goyang dengan aduan rakyat, anak buahnya lagi la kan? Kita sebagai rakyat ada hak bersuara.
Encik polis, saya nak tanya. Adakah hukuman bagi seseorang yang membawa kereta secara mencurigakan adalah ditembak? Adakah polis berpegang pada mazhab shoot to kill? Sebesar mana pun jenayah yang dilakukan, dia perlu dihadapkan ke mahkamah bukan dihukum dengan cara ditembak. Kalau gian nak tembak sangat kenapa tak tembak Mat Rempit yang lumba haram tu? Kenapa mesti seorang budak berumur 15 tahun? Dan kenapa polis yang menembak itu hanya ditukar kerjanya dengan hanya dibenarkan buat kerja-kerja pejabat? Bukankah dia melakukan satu jenayah iaitu membunuh? Kenapa polis tak menjawab soalan rakyat ini?
Aku rasa polis kena letak camera video dalam kereta atau motor polis trafik. Tengok kereta polis kat Amerika. Rakaman dari camera tu dapat dijadikan bukti perbicaraan yang sangat kukuh sebab video takkan menipu. Takkan nak tunggu ada sorang lagi kena tembak baru nak buat. Dan Malaysia dengan bangga akan ada rancangan TV yang memaparkan kejadian realiti yang dihadapi pihak berkuasa. Taklah asyik tengok AXN je yang siar polis Amerika tangkap penjenayah kat sana. Kata 1Malaysia.
Satu lagi sebelum aku terlupa. Kepada yang mengutuk dan menghina adik Aminulrashid sama ada kat Facebook atau blog, masih belum terlambat untuk korang insaf. Kalau betul korang geram sangat kat budak tu, sekurang-kurangnya hormatilah perasaan keluarga dia. Aku tak doakan benda ni cuma cuba korang bayangkan satu hari nanti anak korang atau adik korang jadi camtu. Pastu tersebar kat media. Pastu orang lain pulak kutuk maki dan hina. Aku tak mintak benda ni jadi cuma mintak korang fikirkan perasaan mak ayah budak tu. Kita sama-sama Islam apa salahnya sedekahkan al-fatihah.
Kepada pengguna jalanraya, kalau ada roadblock sila berhenti. Apalah sangat duit RM5000 jika nak dibandingkan dengan harga nyawa anda.
Al-Fatihah | God bless you bro