My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

03 April 2010

evolusi KL drift 2



Kunkun!!


Korang dah tengok cite Evolusi KL Drift 2? Kalau belum so korang kena teruskan membaca kalau nak tau. Kalau dah tengok tu buat-buat tak tengok lagi la masa membaca blog ni ye. Hahaha. Kesinambungan (betul ke eja camni?) dari Evolusi KL Drift 1, cite ni mengisahkan Zack jatuh cinta dengan drifter wanita, Alya. Sham terpaksa berjalan menggunakan tongkat selepas terlibat dalam kemalangan. Joe dan Ery mahu membunuh Zack kerana dendam lama mereka. Inspektor Kamal memburu Joe kerana Joe adalah Raja Dadah di KL selain terlibat dalam beberapa kes pembunuhan. Drift vs Drug? Who will win?


5 sebab filem ni sangat best
Barisan pelakon yang terbaek dan tiada tolok bandingnya

Gaya penjahat yang sangat stylo. Tattoo Aaron smart gile babi
Editing yang baik dan pergerakan kamera agak kemas

Sound system yang hebat walaupun banyak aksi drift

Filem aksi Malaysia yang boleh diberi tabik hormat

5 sebab filem ni sangat tak best
Scene jiwang Shamsul Yusof dengan Scha yang amat meloyakan

Polis sangat lembab dalam cite ni
Scene race kat Bukit Bintang tak real sebab ramai penonton kat tepi jalan

Gangster macam sengaja tak bunuh Zack dari awal-awal cite
Lakonan Scha kejap keras kejap okay


Cuma satu je gua nak cakap. Gua tau ni cite Shamsul Yusof tapi kenapa lu tak mati kat last cite? Lu ingat lu hero yang tak mati ke? Lu ingat lu hebat ke? Takde pun scene lu gaduh macam Inspektor Kamal dengan Joe tu. Takde pun aksi pukul orang macam Ery pukul Sham. Takde pun lu maki-maki orang macam Sham maki Alya. Badan lu pun kecik je kalau nak banding dengan Aaron, Sam atau Farid Kamil tu. Hadowwwww. Agak-agak la.


Zack | Drift King

Joe | Drug King

Drift Queen | Alya with her ALY4

Warning | Scene ni sangat-sangat kejam

DRU6 | The drugs car

Adnan To Ery | Sabar Nan Sabar

Chasing Chase | Aly4 and DRU6

Boom!! | Let the yellow hit the floor


Step by step | The end of RX7 Ery


Walaupun poster cite ni tak se hot poster V3 Samseng Jalanan, aku tetap mengatakan cite ni jauh lagi best daripada cite V3 Samseng Jalanan tu. Hahaha.

"Lu kencing gua, gua pancung lu..."


Kunkun!!



8 comments:

Anonymous said...

ntah...nape kena shamsul jd hero kan? patutnya apih ni kena jd hero baru ngam! :p

Apih El Nino said...

pu3iman memang memahami...
hahaha...
poyo je shamsul...
dah la kalo dia hero mesti ada scene peluk2...
menci menci...
hahaha...

Fadhilah said...

sukanya ngok aaron aziz..hehe

Apih El Nino said...

sukanya dia kat aaron aziz...
hehehe...

Anonymous said...

tak pe apih nnt ko wat cite sendiri ko jadi la hero.. hehehe

Apih El Nino said...

anonymous...
nanti la ek...
ko jadi kereta...
ahahhaa...

Anonymous said...

kalo aku jd kereta senang nak langgar hero tu nnt..huhu

Apih El Nino said...

hahaha...
takut hero tu lak yg langgarkan ko...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...