My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

31 January 2011

baby you're so one in a million

Kunkun!!


Aku jarang dengar lagu Inggeris slow kecuali lagu Taylor Swift sebab Taylor Swift banyak ajar aku cara nak faham perempuan dengan lebih mendalam. Tapi ni satu lagi lagu yang aku pasang setiap hari sebab lirik dia macam menarik sangat. Awek boleh cair kot kalau guna ayat ni. Hahaha...




Ne-Yo - One In A Million

Jet setter
Go getter
Nothing better
Call me Mr. been there done that
Top model chick to your every day hood rat
Less than all but more than a few
But I've never met one like you

Been all over the world
Done a little bit of everything
Little bit of everywhere
With a little bit of everyone
All the girls I've been with
Things I've seen it takes much to impress
But sure enough you go it makes your soul stand up from all the rest

I can be in love
But I just don't know
Baby one thing is for certain
Whatever you do it's working
All the girls don't matter
In your presence can't do what you do
There's a million girls around but I don't see no one but you

Girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

You're not a regular girl
You don't give a damn about your look
Talking about I can't do it for you
But you can do it for yourself
Even though that ain't so
Baby cause my dough don't know how to end
But that independent thing I'm with it
All we do is win baby

I could be in love
But I just don't know
Baby one thing is for certain
Whatever you do it's working
All the girls don't matter
In your presence can't do what you do
There's a million girls around but I don't see no one but you

Baby you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this
Girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

Timing girl
Only one in the world
Just one of a kind
She mine

Ooh all that I can think about is what this thing could be
A future baby
Baby you're one of a kind
That means that you're the only one for me
Only one for me
Baby (girl) you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this
Girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

Kunkun!!



30 January 2011

tunjukkan aku kalau Allah itu wujud



Kunkun!!


Entry ini sekadar mengingati sesama Muslim.




Cerita ini pernah diceritakan oleh ustaz tempat aku mengaji.


Ada seorang pemuda yang kembali ke Malaysia selepas beberapa tahun melanjutkan pelajaran ke luar negara berjumpa dengan seorang rakannya, seorang ustaz. Dengan sombong, lelaki tadi membandingkan gaya hidupnya di luar negara dengan rakannya yang hanya menjadi anggota surau.


Pemuda : Aku ada 3 soalan yang nak tanya kau kalau kau betul-betul ustaz.
Ustaz : Dengan izin Allah, aku cuba jawab soalan kau.

Pemuda : Tapi ustaz dan profesor di universiti aku pun tak dapat jawab.

Ustaz : Aku cuba jawab sedaya yang aku mampu.

Pemuda : Aku ada 3 soalan. Pertama, kalau betul Allah tu wujud, tunjukkan kat aku di mana Allah? Kedua, jelaskan kat aku apa itu takdir? Dan ketiga, kenapa syaitan yang dicipta daripada api dimasukkan ke dalam neraka yang ada api? Tentu syaitan tak merasa sakit kerana kedua-duanya mempunyai unsur yang sama. Adakah Allah tidak mampu berfikir sejauh itu?


Sambil tersenyum, ustaz tadi terus menampar muka rakannya.


Pemuda : Kenapa kau tampar aku? (Sambil menahan sakit)

Ustaz : Itu adalah jawapan aku untuk ketiga-tiga soalan kau.
Pemuda : Aku tak faham. Apa kaitannya?
Ustaz : Macam mana rasa kena tampar? Sakit?

Pemuda : Mestilah sakit.

Ustaz : Jadi kau percaya sakit itu ada?

Pemuda : Ya. Sebab aku rasa.

Ustaz : Jadi tunjukkan kepada aku kewujudan sakit itu.

Pemuda : Err...

Ustaz : Itulah jawapan bagi soalan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Allah tanpa mampu melihatNya.


Pemuda itu hanya mampu ternganga mendengar penjelasan rakannya.


Ustaz : Kau pernah terfikir aku akan tampar kau hari ni?

Pemuda : Tak!

Ustaz : Kau pernah bermimpi aku akan tampar kau?
Pemuda : Tak!
Ustaz : Itulah yang dinamakan takdir.
Segalanya telah ditentukan.

Sekali lagi pemuda itu melopong mendengar kata-kata rakannya.


Ustaz : Aku tampar dengan tangan. Tangan aku diperbuat daripada apa?
Pemuda : Kulit.
Ustaz : Dan pipi kau diperbuat daripada apa?

Pemuda : Kulit jugak.

Ustaz : Macam mana? Sakit tak?
Pemuda : Sakit.

Ustaz : Walaupun tangan aku dan pipi kau sama-sama diperbuat daripada tanah, tapi sakitnya tetap dirasa. Syaitan juga begitu. Walaupun syaitan daripada api dan neraka juga daripada api, jika Allah mengkehendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.


Akhirnya, pemuda itu sedar walaupun dia belajar di luar negara, ilmu sahabatnya jauh lebih tinggi daripadanya.


Sebarang kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang fasih dalam ilmu ini.


Kunkun!!


29 January 2011

ini entry meminta pertolongan anda







Kunkun!!


Dulu, dalam dunia ni, aku ada kawan-kawan je. Kawan-kawan yang sentiasa follow apa aku buat. Kalau aku salah, diorang tegur. Aku suka kawan dengan diorang. Walaupun berbeza bangsa dan negeri, tapi entahlah, aku suka.


Satu hari tu, seorang kawan aku kenalkan aku dengan dia ni, aku panggi N dah la, nama samaran. Kawan aku tu cakap, N ni selalu tolong orang susah macam aku. Tapi mula-mula kenal, aku tak pernah mintak apa-apa pertolongan dari N. Aku cuma berselisih dan tegur-tegur je.



Dalam sebulan kenal, N bagi aku duit. Tak banyak tapi cukup sebagai permulaan. Sejak tu, aku rasa tak salah aku cuba dapatkan lebih dari tu. Aku pun makin aktif. Aku dengan N jadi makin rapat. Macam-macam aku cerita dekat N supaya dia tahu. Ada cerita sedih, ada cerita gembira, ada yang kelakar. Sejak tu N makin kerap bagi duit. Kawan aku yang kenalkan aku dengan N tu cakap, N tolong aku sebab aku dah tolong dia dengan cerita-cerita aku. Aku masih tak faham sampai hari ni.


Tapi, sejak sebulan atau dua bulan lepas, N dah tak bagi lagi kat aku. Aku masih berselisih dan tegur dia, tapi entahlah. Aku tak tahu kalau aku ada sakitkan hati N atau dah buat dia terasa dengan ayat-ayat yang aku cerita.



N, maaf kalau aku ada buat kau terasa. Aku tak sengaja. Tapi aku harap, kau dapat jelaskan kat aku kenapa aku dah tak dapat Buffered Earning dari kau lagi. Please, N aka Nuffnang.


Yang benar, Blog Bernafas Dalam Ego (http://apihelnino.blogspot.com/)

[ Klik untuk bukti plaintif di Mahkamah Syariah ]


Kepada yang tak tahu apa itu Nuffnang, Nuffnang ialah syarikat pegikalanan yang menggunakan blog sebagai saluran dan akan memberi income kepada blogger.


ps: Apa aku kena buat nak dapat BE tu ye?


Kunkun!!



28 January 2011

life is a flower and love is the honey




Kunkun!!


I hope you know that you were once one of the most important people in my life, for a very long time. You were the person I thought about while listening to all those songs, the one who made me actually look forward to waking up in the morning. You were the one who could make or break me. Who had my heart, but never bothered to do anything about it.



Last night, when I'm alone thinking of you, I think love is the easiest thing in the world. But a layers of doubt, fear, expectations and jealousy makes it complicated.



Throughout my life, I've always been afraid of losing the people I love. But then, sometimes I wonder, is there anyone out there afraid of losing me?



All I want is someone who will stay, no matter how hard it is to be with me.



Hey you, this entry is about you. I was just hoping you got the hint.


Kunkun!!



27 January 2011

25 fakta tentang apih el nino



Kunkun!!


Dah lama tak main tag-tag ni tapi kali ni aku jawab tag Ikhram sebab tag ni boleh jadi entry. Tag boleh jadi entry? Lain je ayat tu.


Dengan tajuk "25 Fakta Berkaitan..." aku bagilah 25 fakta tentang aku, bukan blog aku. Kalau blog aku kena tengok entry Rahsia Bernafas Dalam Ego Dibongkar.



01 Sangat suka gigit straw bila air dah habis. Air tak habis lagi aku dah start gigit straw. Straw kawan pun aku gigit kadang-kadang.

02 Lebih tertarik dengan wanita berwajah kemelayuan berbanding wajah kacukan. Scha Al Yahya, yes. Diana Danielle, no. Sharifah Sofia, yes. Tapi bukan sebab wajah.


03 Suka tengok gambar-gambar lama dan berfikir betapa banyak perubahan yang telah berlaku.


04 Suka perasaan bila gelak kuat-kuat sampai tak boleh bernafas dan keluar air mata.


05 Selalu pening bila tengok bilik aku berselerak dengan sendirinya sedangkan aku dah jaga sebaik mungkin.

06 Nak sangat tanya lelaki yang ada awek hot macam mana cara dia adjust awek tu.

07 Selalu sebut "Aku okay" sebab malas nak explain apa yang berlaku walaupun sebenarnya "Aku sangat tak okay".


08 Tak faham kenapa ada orang sangat obses dengan artis Korea.


09 Tak suka bila ada orang kutuk awek yang aku suka. Aku lagi kenal dia.


10
Tak pernah rasa bosan lepak dengan kawan-kawan yang sama.
GC Forever!


11 Sampai hari ni aku tetap tak tahu kenapa masa seakan cepat berlalu bila berlaku benda yang menyeronokkan tapi benda yang bosan berlalu dengan masa yang sangat perlahan.


12 Suka genggam tisu kat tangan kanan masa tengah memandu.


13
Tahap 'matured' aku berubah-ubah, bergantung dengan siapa aku bersama masa tu. Kalau dengan kawan-kawan, kurang sikit 'matured'. Kalau dengan awek depan kawan-kawan, 'matured' tu lebih.
Kalau dengan awek berdua-duaan, 'matured' tu jadi miang.

14 Tak suka bila aku buat sesuatu hanya untuk orang aku sayang tapi dia tak pernah perasan benda yang aku buat tu.


15 Tak tahu kenapa ada benda yang aku rasa selesa cerita dekat kawan baik aku tapi akan jadi janggal bila aku cerita dekat orang lain.


16 Tak suka menyesal dengan benda yang dah lepas sebab banyak lagi benda menarik di masa akan datang.


17 Aku takkan keluar rumah selagi style rambut aku tak menjadi macam yang aku nak.


18 Bila aku marah, aku akan bawak kereta laju-laju. Pernah beberapa kali nak kemalangan. Aku dah cuba kawal tapi tak dapat. Jadi jangan bagi aku pegang stereng bila aku marah.


19 Tak suka add friend dekat Facebook kecuali ada hal penting.


20 Teringin nak mati sekejap, tengok siapa yang sedih, siapa yang tak kisah, siapa yang suka, dan hidup semula lepas tu.


21 Tak suka manusia yang berfikiran "Siapa masuk clubbing, dia mesti minum", "Siapa lepak sampai pagi, dia budak jahat", "Siapa berkawan dengan maknyah, dia mesti gay". Open your mind, please.


22
Tak suka bercakap dengan siapa-siapa bila tengah bengang, marah, sedih, tak puas hati dan semua perasaan emo yang ada.


23 I only say "I Love You" when I really love you.


24 Kalau boleh, nak bunuh beberapa orang manusia dalam dunia ni tapi sebab membunuh tu salah, terpaksa pendam je perasaan dan bakat ni.

25 Sangat suka bila baju dan kereta aku bau perfume kekasih aku lepas keluar sama-sama.


Ada 25 lagi sebenarnya tapi sebab dah dia mintak 25 je, aku bagi yang ni je la. Jadi aku wasiatkan tag ni dekat siapa-siapa yang rasa nak jawab. Ambik la. Bukan senang Apih El Nino nak tag orang. Hahaha...


Kunkun!!



26 January 2011

weddings is not about marriage at all



Kunkun!!





Don't know why, but I love weddings and everything about them. They're just so happy. I love seeing people in love. I love hearing how the bride and groom met. I love hearing their romantic and funny proposal story. I love when people cry at weddings. I love seeing old and new friends come together to celebrate. I love seeing families reunited. I really love all the details that go into weddings - dresses, food, cakes, music, flowers, showers, make up, parties and guests. I don't know why, but I really do love just about every elements.


I have reading wedding magazines. It's very interesting. I don't care if you want to laugh. What the hell is wrong with looking at bridal magazines?! Despite what people think, I don't look at them to plan anything at all. I just like the happiness of the weddings.


I don't know when I'll get married, or who I'll get married to, or if I'll get married. It is sometimes easy to get caught up in dreaming about how you want your perfect life and wedding to go, but His plan is even more perfect that we can ever dream about.


Oh, I am single, and not desperate to have a girlfriend at this time.


Kunkun!!



25 January 2011

luahan hati lelaki meningkat dewasa






Kunkun!!


Dulu, masa kecik, bila tak dapat mainan Power Rangers Putih yang boleh berbunyi suara, ataupun papa tak tahan penjual sate ikan, mesti rasa dendam. Betapa kecilnya peranan budak kecik yang hanya keluar bermain pukul 5 petang dan kena balik sebelum pukul 6.30 petang.


Masa darjah satu, rasa best sangat tengok abang-abang senior darjah 6 tak masukkan baju dalam seluar. Tapi bila aku buat macam tu, cikgu marah. Oh betapa perlahannya tumbesaran berlaku.


Lepas UPSR, masa tengah main guli, main gasing, rasa dengki tengok abang-abang sekampung main Playstation. Bila mintak dengan mama, mama suruh kumpul duit. Mama bagi seringgit sehari, setahun pun tak cukup nak beli. Rasa macam nak pergi kedai runcit, mintak kerja, dapat gaji terus beli Playstation.


Naik sekolah menengah, tengok senior-senior merempit depan sekolah, rasa macam nak suruh je basikal tu bertukar jadi motorsikal macam Transformers. Budak perempuan hot-hot pulak macam mengagungkan je mat-mat rempit tu. Lambatnya nak besar, nak beli motor.


Tapi sekarang, bila dah besar, nak kena buat keputusan, benda yang tak payah buat masa kecik dulu. Nak menyesal? Tak guna dah. Tu la dulu mintak sangat nak cepat besar, sekarang dah besar, kena buat pilihan sendiri, rasa nak jadi budak-budak balik kan? Padan muka kau Apih!


Aku tengah berehat sekejap ni. Tengah apply UPU. Nak sambung Degree. Tapi tak tahu nak ambik kos apa. Ingat nak mintak UiTM, tapi mama dengan papa cakap UPSI lagi okay. A big sigh here. Haishhhhhhhhhhhhhhhh......




Kunkun!!




24 January 2011

tanda-tanda cinta sudah berakhir

Kunkun!!


Selain laut, cinta pun ada pasang surut. Masa sayang, kentut pun bau wangi. Bila benci, Zinger Burger KFC pun rasa basi. Hahaha...


Sebenarnya, ada beberapa petanda yang percintaan itu dalam keadaan 'nazak' dan bagi aku, tak guna memujuk rayu lagi bila dah jadi macam ni. Sila ambil serius ayat aku itu. Okay dah. Jangan serius sangat, ni bukan blog serius. Hahaha...




Dia tukar nombor telefon tanpa beritahu anda
Tak kisah nombor telefon rumah, telefon bimbit atau pejabat, yang pasti dia tak beritahu anda. Apa kejadahnya tukar nombor telefon tak beritahu pasangan sendiri?

Dia pindah rumah tanpa beritahu anda
Alasan dia adalah 'lupa' padahal dia 'buat-buat lupa' dan inilah petanda dia tak mahu berurusan dengan anda lagi. Tapi kalau dia duduk dengan mak ayah dia, memang tak pindah la kan.

Dia tidak lagi menyimpan foto anda
Sama ada di dalam dompet, handphone, di meja belajar atau di biliknya, foto anda tiada lagi di situ. Ini bermakna, foto yang dulu memberi harapan hanya tinggal kenangan.




Dia tidak mengambil berat hari istimewa anda
Kalau dulu, dia ialah orang pertama mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada anda, sekarang tidak lagi itu bermakna dia dah bosan dengan kamu.

Dia tidak lagi mencari anda
Masa mula bercinta, bila ada masa je mesti cari pasangan dia. Tapi bila dia dah tak cari anda lagi, faham-fahamlah sendiri.

Dia bersikap tidak peduli dengan anda
Kalau anda merajuk, dia tidak memujuk. Kalau anda tak memberi perhatian kepada benda yang dia lakukan, dia tak kisah. Kalau anda memberontak sekalipun, dia tak pedulikan anda.




Dia lebih senang keluar dengan kawan-kawan
Mungkin anda pernah jadi nombor satu di hati dia, mengatasi teman-temannya tapi bila dia lebih pentingkan teman-temannya, anda dah jadi nombor dua. Mana ada kekasih yang lebih suka keluar dengan teman-teman berbanding kekasihnya sendiri?

Dia mendiamkan diri bila bersama dengan anda
Kalau dulu dia selalu banyak cerita, sekarang dia dah jadi pendiam. Hanya anda yang penat menelefon dia tetapi dia hanya bercakap nak-tak-nak dan dia tak pernah menelefon anda lagi.

Dia berterus terang mengatakan semuanya sudah berakhir
Bila lelaki menyebut "Sudah Berakhir" dia memang memaksudkannya. Jadi lebih baik berundur diri daripada terus terus memujuk rayu. Buktikan yang anda tak lemah tanpa dia dan dapat teruskan hidup anda walaupun sendirian.




Dia sudah ada kekasih baru
Nak tunggu lagi ke macam ni? Lupakan je dia. Cari orang lain yang lebih menghargai anda.


I don't care if you don't like me. I wasn't put on this Earth to please you!


Kunkun!!




23 January 2011

my life is complicated and beautiful



Kunkun!!


Today, I look at myself in the mirror. I don't know who I see in there.
Is it the person I want to be? Or the person people want me to be?

Be Happy With Yourself | You are the best for you


Someone told me, I've changed too much. Sorry dear. But the truth is, I grew up. I stopped letting people push me around all the time. I've learned that you can't always be happy. I accepted reality, even it is painful.

Life Is Art | We are the Designer


Everyday, I learn how to love the fool in me. The boy who feels too much, talks too much, takes too much chances, wins sometimes and loses often, lacks self control, hurts and gets hurts, loves and hates, hates to love and loves to hate, promises and breaks promises, laughs and cries.

Judge Yourself | Judge others just wasting your time


Along the journey of my life, I still thinking the same thing. Sometimes, you just want to put other people's happiness before yours. Because you love them. Because they deserve it. Sometimes, you want to go out of your way for other people, just because you know it's important that they get a chance to smile once in a while.

Be Strong | You are the best from the rest


Everytime your birthday comes, people will ask about your wish. About your dreams. At this age, maybe I should wish about having a family. When I grow up, I want a son first, and then a daughter. So my son will beat up and kick the ass of any boy that makes my little girl cry.

We Protect Each Other | You are not alone


At the end of the day, I am who I am today because of the choices I made yesterday.

Thank You | Without you, my life is completely waste


Gracias. Arigato. Thanks to all who wish my birthday. May God bless you all.


From the deep, inside of my heart,
Apih El Nino.


Kunkun!!



22 January 2011

undian SMS perbodohkan melayu?




Kunkun!!


Tajuk entry nak hot je kau Apih. Hahaha... Propa sungguh!


Dalam Malaysia ni, ada satu je rancangan TV yang aku tengok sebab nak tengok pengacara dia iaitu Raja Lawak. Aku tak tahu orang lain, tapi aku tengok Raja Lawak sebab ada Zizan dan Johan.

Raja Lawak 5 | Hanya lelaki akan menang sebab mencari 'Raja'


Semalam kat Astro Prima ada Raja Lawak 5 minggu ketiga, tema tiru gaya artis. Ada 11 peserta yang naik pentas buat lawak tapi aku rasa yang paling lawak tetap Zizan dan Johan. Daripada Faizal Tahir, Saleem, Jamal Abdillah, M.Nasir, Dato' SM Salim, Fasha Sandha, Yusof Haslam, Shamsul Yusof dan ramai lagilah yang ditiru gayanya oleh pengacara Raja Lawak ni.


Bukanlah aku nak condemn pengacara Raja Lawak, sebab memang tugas dia untuk suruh orang undi tapi bila sebut undi SMS, bukan ke dulu pernah keluar berita yang benda ni haram dan tergolong dalam salah satu judi? Ke aku yang silap? Sebab dulu kan heboh sekejap pasal undi SMS ni tapi tiba-tiba senyap macam tu je.

Hero Hugo Hefner | Women likes him, men jealous with him


Serius aku tak pernah undi SMS. Tak kira rancangan Raja Lawak ke, Akademi Fantasia ke, Mentor ke, Akademi Bomoh ke, aku tak pernah tergerak hati nak undi. Pertama, aku tak kenal perserta tu dan peserta tu pun tak kenal aku. Kedua, kalau dia menang, dia balas ke pengorbanan undi yang aku buat? Okay, nampak sangat ketidakkeikhlasan aku kalau mengundi kan? Sebab kalau nak mengundi, kita kena kenal orang kita nak undi. Kalau tak, jadilah macam beberapa kawasan di Malaysia ni bila silap mengundi.


Jadi, pengajarannya ialah, tengok boleh, SMS jangan!

The Swindler | Swindle, and become rich


Biarlah yang buat lawak bodoh tu orang Melayu.
Tapi janganlah yang SMS dan rugi tu orang Melayu.
Sebab yang makin kaya ialah orang bukan Melayu.


Tolong jangan politikkan entry ni sebab aku tak suka politik. Kotor.


Kunkun!!



21 January 2011

perasaan ini seperti telah pun mati 2




Kunkun!!


Ini entry jiwang. Kalau anda hati batu, simen, konkrit, jangan baca.
Perasaan Ini Seperti Telah Pun Mati 1 kat sini [link]


Kelmarin, aku pergi beli barang sikit dekat Giant. Aku kalau pergi shopping kompleks, mesti berhenti sekejap tengok barang mainan budak-budak. Masa aku tengah belek-belek mainan Transformers, ada seorang budak lelaki berlari-lari kat situ sambil pegang kereta mainan Hot Wheels. Tiba-tiba budak tu terjatuh atas lantai. Bedebukkk!!!!


Aku tengok budak tu. Dia tak menangis pun. Hebat giler sebab aku rasa impak bunyi dia jatuh tu macam sakit je. Aku pun pergi dekat dia, angkat dia suruh berdiri. Aku bukan caring sangat tapi sebab takde orang tolong, terpaksalah aku tolong. Aku gosok-gosok lutut dan depan baju dia. Lepas tu datang seorang lelaki tanya kenapa. Aku cakap la budak tu jatuh. Lelaki tu pun perkenalkan diri dia sebagai ayah kepada budak tu.


Lelaki tu suruh la anak dia mintak maaf dengan aku tapi anak dia tunduk je. Malu kot jatuh dalam shopping kompleks. Nasib baik orang tak ramai pagi semalam. Aku pun mintak diri dan pergi dekat rak perfume. Aku sempat tengok ayah dia gosok-gosok lutut anak dia. Bagus betul ayah macam tu.

Nobody Is Perfect | We are nobody


Sedang aku sibuk cuba bau-bauan perfume kat situ, budak tu datang dan mintak maaf. Mungkin ayah dia berjaya pujuk budak tu kot. Aku pun sambut salam budak tu. Aku tengok mak ayah dia berjalan ke arah aku. Tiba-tiba muka mak dia berubah bila tengok aku. Aku pun terkejut tapi cover tak terkejut sebab suami dia tersengih tengok aku dengan anak dia bersalaman.


Tak sangka, perempuan yang lost contact secara tiba-tiba dengan aku dua tahun lepas dah jadi isteri orang sekarang. Dah ada anak! Suaminya bersalaman dengan aku dan meminta diri. Diorang sekeluarga hilang di celah-celah rak sabun. Sempat jugak isteri dia berpaling tengok aku tapi aku cepat-cepat tengok kat lain.

Love Is Like Running | We keep chasing the invisible target


Lepas je aku bayar barang yang aku beli, aku nampak budak tadi tengah main kereta elektronik Mickey Mouse, yang kena letak duit lepas tu dia bergerak dan bunyi lagu tu. Aku tak tahu apa nama permainan tu. Aku tengok happy je keluarga dia. Si anak bersuka ria kat atas mainan tu, mak dia ambik gambar anak dia dan ayah dia gigih menyorong troli.


Sepanjang perjalanan balik, aku rasa bersyukur sangat sebab dia dah jumpa seseorang yang boleh jaga dia. Aku rasa, kalau dia bersama aku, mungkin dia tak boleh rasa semua itu sekarang. Mungkin kena tunggu 10 tahun lagi. Baguslah dia dah jumpa orang yang lebih sempurna yang akan jadi milik dia selamanya. Setiap yang terjadi, ada hikmah di sebaliknya.

Never Be Sad For What Is Over | Just be glad it happens


Perasaan ini seperti telah pun mati.
Atau, mungkin perasaan ini memang telah mati.


Kunkun!!




20 January 2011

perasaan ini seperti telah pun mati 1





Kunkun!!


Ini entry jiwang. Kalau anda hati batu, simen, konkrit, jangan baca.


Mula-mula main Facebook, dia antara 10 kawan terawal aku. Dia add, aku approve. Dia hantar mesej kat Facebook, aku balas. Dia mintak YM, aku bagi. Dia tinggal nombor handphone dan mintak nombor handphone aku, aku bagi.


Sejak tu, hari-hari dia mesej kat handphone. Tapi kadang-kadang je aku reply. Ada jugak dia misscall, tapi aku tak layan. Kalau dia call, aku angkat, cakap la sekejap lepas tu aku letak sebab ada kerja lain. Aku tak tahu apa dia fikir masa tu.


Satu malam, dia ajak aku keluar tapi aku tolak sebab aku dah janji nak lepak dengan kawan-kawan aku. Dia cakap nak join aku lepak sekali tapi aku tak bagi. Dia tak kenal kawan-kawan aku dan kawan-kawan aku pun tak kenal dia. Aku dapat bayangkan suasana janggal bila dia ada sekali dengan aku masa lepak. Aku asyik fikirkan diri aku je, tak hirau langsung perasaan dia.

It's Not Too Easy | Even Google can't solve it


Sebab kesian, aku bawak la dia pergi makan dua hari lepas aku tolak pelawaan dia. Aku bawak dia pergi kedai biasa-biasa je. Aku dapat agak, dia mesti tak suka sebab malam tu dia pakai lawa sangat tapi aku pulak bawak pergi makan warung tepi jalan je. Masa order tu, dia cakap dia dah kenyang. Bila aku cakap aku pun tak nak makan kalau camtu, dia pun order roti canai.


Masa aku makan nasi, aku tengok dia cari sudu. Dia angkat tangan panggil pelayan tapi budak tu tak dengar. Pelanggan memang ramai masa tu. Aku tengok je gelagat dia masa aku makan. Last-last dia bangun pergi ambik sudu kat meja sebelah. Dia lap sudu tu dengan tisu. Nampak sangat dia tak biasa kedai macam tu.


Lepas tu, dua hari dia tak mesej. Aku tahu dia bengang, tak pun merajuk dan tunggu aku pujuk. Tapi aku tak pujuk pun. Ada jugak kawan aku tanya, aku keluar dengan awek ke sebab dia nampak aku duduk semeja dengan budak perempuan baju merah tudung putih. Tapi aku diamkan je. Tak jawab ya atau tak. Akhirnya dia mesej aku masa aku tengah main game. Tapi aku balas lewat 2 jam mesej tu sebab khusyuk sangat main game.

Life Is Not Easy | We need to survive in our own life


Lepas tu dia diamkan diri lagi. Lama jugak dia tak mesej. Tak tahulah merajuk sebab lambat balas ke apa. Tapi aku memang takkan pujuk. Bukan tak kesian dekat dia tapi aku memang tak reti dan malas. Banyak lagi kerja yang aku kena buat selain merayu-rayu suruh dia berhenti merajuk.


Akhirnya dia call jugak. Dia cakap ada lelaki kat tempat kerja dia minat dia dan ajak dia couple. Dia tanya aku apa patut dia buat. Aku cakap, kalau dia pun suka lelaki tu, couple je la. Aku tak tahu pulak dia nak cuba buat aku jeles masa tu. Dan kalau aku tahu pun, aku tak jeles. Sebab aku bukan pakwe dia. Cuma pernah keluar sama-sama je. Aku tak tahu kalau dia anggap keluar bersama tu couple, tapi bagi aku tak.


Lepas tu terus aku dengan dia tak contact. Aku dah hilang seorang kawan sebab salah aku sendiri. Aku tak cuba sukakan dia sepenuh hati aku. Aku tak cuba faham perasaan dia. Tapi, aku tak suka paksa diri aku sendiri untuk suka benda yang aku tak suka.


Aku rasa, tiada guna aku dengan dia bersama tanpa rasa cinta. Dunia aku dan dia berbeza. Dia makan restoran lima bintang, aku makan warung tepi jalan. Dia dah banyak kali makan masakan Itali, aku dah banyak kali pelahap Maggi. Dia pakai Gucci, handbag LV, aku pulak pakai Topman tak ori. Dunia aku dan dia memang tak sama. Dia akan sesat kalau hidup dalam dunia aku dan aku akan lemas kalau hidup dalam dunia dia.

Always Be Yourself | Follow your heart, not her


Dia baik, selalu ingatkan aku supaya belajar rajin-rajin. Dia caring, hari-hari mesti tanya aku dah makan ke belum. Aku tahu dia orang kaya, tapi aku tak nak perasaan aku dialas dengan harta benda. Aku tahu dia cantik, tapi aku tak suka kasih sayang dikaburi dengan benda metrealistik. Aku tengok body dia memang menawan, tapi aku tak nak sayang aku hanya pada luaran.


Aku gagal. I try but I can't.
Perasaan ini seperti telah pun mati. Hanya jasad aku berdiri sendiri.


Bersambung....



Kunkun!!



19 January 2011

jom exchange link sesama blogger








Kunkun!!


Kalau korang perasan, atau pernah roll down blog aku sampai ke bawah sekali, mesti perasan ada slot They Hot And Spicy kat tepi tu. Sebenarnya tu tempat exchange link. Aku letak blog-blog terpilih kat situ sebab nak balas jasa diorang letak link aku dekat blog diorang.



Tapi masih ada beberapa permintaan nak exchange link. Jadi aku mintak jasa baik korang, kalau nak exchange link dan blog korang takde lagi kat They Hot And Spicy tu, sila tinggalkan link korang kat entry ni. Mana la tau korang ada letak aku kat blog korang tapi aku tak letak, sila bagitau. Aku akan cuba letakkan korang kat situ secepat mungkin. Aku ulang, ENTRY INI je okay.



Aku nak exchange link sebab nak mudahkan aku blogwalking dan klik Nuffnang korang kalau iklan tu keluar. Jadi silalah rajin-rajinkan tinggal link korang okay? Bukan Linkin Park tau.


Okay nak sambung buat kerja. Jangan lupa tinggal link tau. Tapi takde hadiah sebab ni bukan contest. Hahaha...

Kunkun!!




18 January 2011

kenapa lelaki suka wanita berusia?






Kunkun!!


Aku tak tahu kalau aku seorang je perasan yang ramai lelaki muda kahwin dengan wanita berusia sekarang. Paling tak pun, ada skandal dengan wanita berusia. Soal anak ikan kita letak tepi. Tu pekerjaan ye. Hahaha...




Kenapa lelaki muda suka wanita berusia?


Lebih matang dan berpengalaman
Aku sendiri tak suka wanita yang kebudak-budakan. Wanita berusia ni, manja dia beralas, tak gedik-gedik sangat. Pernah kau tengok wanita umur 40-an gedik-gedik pakai serba pink duduk kat shopping complex?


Menumpang kestabilan ekonomi
Macam sambil menyelam minum air. Bila lelaki muda bercinta dengan wanita berusia, lelaki tu juga dapat menumpang kestabilan ekonomi dia. Yelah kan, kekasih dia dah kerja, dia masih study. Mesti ada bantuan kewangan selain daripada PTPTN atau MARA.


Tak kuat merajuk
Aku sebagai lelaki mewakili lelaki lain nak bagitahu yang tak semua boyfriend suka bila awek dia merajuk. Kalau awek merajuk, mesti boyfriend nak kena pujuk. Hello kak, tu kekasih okay, bukan hamba.


Kesan lambakan produk kecantikan
Aku dah jumpa ramai wanita berumur 30-an tapi nampak macam 20-an berdasarkan penampilan mereka. Tapi perempuan jangan bangga sangat sebab walaupun produk kecantikan lelaki takde kat pasaran, tapi lelaki ada produk tenaga batin. Maka jadilah trend baru, lelaki tua suka perempuan muda. Terbalik kan?


Lebih memahami naluri lelaki
Mungkin wanita berusia ini berpengalaman bila bersama dengan lelaki jadi dia mungkin tahu yang mana perlu dan tak perlu dilakukan bila bersama lelaki yang jauh lebih muda darinya. Wanita inilah yang akan jadi jurupandu perjalanan dan lelaki itu hanyalah menurutnya. Tapi berhati-hati wahai lelaki, bimbang jadi Queen Control pulak.


Lebih bersifat keibuan
Lelaki, lepas kahwin mesti nak anak cepat-cepat. Tapi kebanyakan isteri muda tak bersedia nak timang anak awal-awal lepas kahwin, mungkin sebab takut badan dah tak mantap lepas bersalin atau belum bersedia bergelar ibu. Jadi bagi lelaki yang memikirkan tentang ibu bapanya yang semakin tua dan ingin menimang cucu sebelum menutup mata, wanita berusia memang pilihan utama walaupun soal zuriat memang jadi persoalan tapi itu rezeki dari Tuhan, kita hanya merancang.



Aku teringat, ustazah pernah cakap, Rasulullah dulu pun kahwin dengan Khadijah. Walaupun beza usia memang jauh, Baginda tetap dikurniakan cahaya mata. Ramai pulak tu. Kassim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainah, Rukayah dan Umi Kalsum. Cuba baca kisah Rasulullah dapat wahyu pertama dan tengok macam mana kasih sayang yang Khadijah curahkan kepada suaminya yang jauh lebih muda.


Tapi wanita muda ada baiknya jugak. Secara realiti, lelaki lebih lambat matang daripada wanita. Jadi kalau suami lebih tua daripada isteri, tahap pemikiran mereka boleh dikatakan pada aras yang sama. Jadi, peranan suami sangat besar dan sebab itulah peranan isteri diperlukan. Rasulullah pun berkahwin dengan Aishah yang lebih muda darinya.


Jadi, pesanan saya kepada wanita berusia yang belum berkahwin, jangan risau jangan panik. Yakinkan diri anda untuk berpenampilan lebih menarik. Wanita muda yang seksi dan montok tu, anda ada saingan hebat sekarang.


Bagi aku, usia bukan penentu kebahagiaan. Nanti kalau aku panjang umur, aku jawab kenapa lelaki tua suka wanita muda. Tapi tunggu aku tua dululah. Hahaha...



Kunkun!!



17 January 2011

just fall in love when you are ready







Kunkun!!


Just a short reminder to myself, and others who got the same feeling.


I don't think having a girlfriend, or boyfriend completes you, or is the thing that can make you happy. Sure, they'll make you smile until your jaw aches, laugh uncontrollably until you cry, but I've always believed that you have to be happy on your own before you can be happy with someone else.

Are You Ready? | Love makes you accept the unacceptable


Love, for me, is when you find someone you can really be yourself with. That you can share anything like a best friend. It's when you can't even imagine what your life would be like without that person. When words don't even come close to how you really feel and eventhough it doesn't make sense to other people, you know you're meant to be together.

Remember, Don't Forget | My problem is not worse at all


Sometimes, I think love and electricity are one in the same. If you do not feel the jolt in your soul everytime a kiss is shared, a whisper is spoken, and a touch is felt, then you're not really in love at all.

Sing a Songs of Love | Just read the Name


Love, come at me when you think I'm ready for you.



Kunkun!!



16 January 2011

kenapa saya sayang mama saya?





Kunkun!!


Hari tu aku terdengar adik aku mengadu masalah dia dengan pakwe dia kat mama. Lepas berfikir sejenak, mama bagitahu "Mama tak tahu nak cakap apa pasal tu." Aku curi-curi dengar je. Tapi bagi aku, bila mak sendiri takde nasihat untuk anak dia, anak dia akan berada dalam keadaan yang sangat teruk. Anak dia memang dalam bahaya!


Mama bukanlah selalu bagi nasihat kat aku, tapi ada beberapa nasihat dia, walaupun dah lama tapi masih aku ingat sampai hari ni.



"Please stand/sit straight..."
Aku patut bagi kredit kat mama sebab mengajar aku bahasa tubuh ni. Duduk/berdiri tegak bukan saja dapat sihatkan tubuh badan malah meningkatkan keyakinan diri.


"Anak mama jangan mengalah selagi tak selesai..."
Aku dulu mudah mengalah. Aku pernah nak berhenti main futsal sebab terseliuh bahu tapi mama tak bagi. Semalam, aku cakap dah tak nak cari awek, kalau nak kahwin biar mama je cari calon isteri, tapi mama tetap tak bagi. Mama suruh cari sendiri dulu. Jangan mudah sangat mengalah katanya.



"Mama tak suka anak mama ni hisap rokok..."
Mungkin ayat ni mama aku je yang cakap,
tapi aku ikut dan tak menyesal langsung.


"Kalau orang bagi pendapat, hargai pendapat tu..."
Mama pernah cakap, kalau ada orang tegur silap kita, bagi nasihat dan pendapat tentang keburukan kita, hargainya walaupun semua tu menyakitkan. Bukan senang kita nak tahu apa oarng fikir pasal kita. Pendapat orang pasal benda-benda baik, aku ambik. Bila orang nasihat, aku dengar tapi susah nak ikut. Tetap bernafas dalam ego.


"Just be yourself brother..."
Kalau ada anugerah Cheerleader terbaik, aku akan bagi anugerah tu dekat mama. Kalau aku nak cuba benda-benda baru, mama tak halang sebab dia kalau boleh nak aku rasa semua pengalaman dan enjoy dengan apa aku buat. Walaupun aku kalah teruk pertandingan futsal, walaupun aku gagal final exam, mama tetap cakap aku yang terbaik di hati dia. Weird, but true.



Terima kasih mama. For all of her wisdom, truth and for managing to make laundry smell so darn good. I Love You Forever.


Kunkun!!




15 January 2011

zizan cakap terengganu dan kelantan


Kunkun!!


Rasanya ramai dah tengok video ni. Bergelimpangan orang share kat Facebook. Tapi tetap nak citer. Cuba korang cakap "Ce citer ce citer" macam dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah tu. Aku nak bagitahu yang aku bangga jadi orang Terengganu! Tobat dok lebong. Hahaha...




Sebenarnya video ni diedit oleh kawan aku. Aming nama dia. Kalau tengok video ni kan ada keluar URL blog dia. Dia dah edit satu lagi video tapi kali ni Zizan dengan Nabil cakap Kelantan. Haaa... Kecek Kelate pulok dua ore ni. Kalau nak tengok Zizan cakap Ganu, tengok video atas. Kalau nak tengok Zizan dengan Nabil cakap Kelantan, tengok bawah ni.






Sweet je Zizan dengan Juliana Evans. Hebat mung lening Zang! Hahaha...



Kunkun!!



14 January 2011

tak ku sangka tak ku duga


Kunkun!!


Hari ni aku sibuk sikit. Jadi untuk tidak menghampakan, aku kongsi video ni. Dari semalam aku pasang video ni sampai sekarang. Aku memang tak boleh tengok budak-budak comel. Selamat Berhujung Minggu semua.





Lirik Tak Ku Sangka Tak Ku Duga


Malam ku tidur tak lena
Teringatkan dirimu
Terimbas kembali kenangan lalu
Alangkah indahnya bersamamu

Mengalir airmataku
Menemani malam sepiku
Ku rindu saat bersamamu
Sukarnya untuk ku melupakanmu

Dahulu engkau berikan cinta
Mengapa kini engkau berubah
Manakah janji
Akan setia menanti

Jikalau engkau tak lagi cinta
Katakan saja aku tak kisah
Dari kau terus
Membuat ku menunggu

Tak ku sangka tak ku duga
Perpisahan yang akan melanda
Dah ku cuba pertahankan
Namun dirimu pergi jua

Cintamu bagaikan rembulan
Yang hadir bila malam menjelang
Kau hilang bila siang mendatang
Begitulah sikap mu oh sayang

Kau lontar cintaku di tepian
Ku bagaikan hanyut di lautan
Yang lemas di dalam percintaan
Dipukul gelombang keresahan

Mengalir airmataku
Menemani malam sepiku
Ku rindu saat bersamamu
Sukarnya untuk ku melupakanmu


Kunkun!!



13 January 2011

rahsia bernafas dalam ego dibongkar




Kunkun!!


Dari dulu sampai sekarang, tak putus-putus soalan sama yang orang tanya. "Kenapa Apih El Nino?" "Kenapa Bernafas Dalam Ego?" "Kunkun tu apa?" Ada aku jawab, ada tak. Jadi hari ni anda memang bertuah sebab aku akan ceritakan semuanya tentang blog aku ni. Macam iklan TV pulak. Huhu...

Kenapa letak followers paling atas?
Bukan senang nak buat orang follow kita. Jadi untuk hargai kesudian korang follow blog aku, aku letak dekat paling atas. Walaupun ada orang cakap aku nak menunjuk follower, tapi hanya aku yang tahu kenapa aku letak kat situ.

Kenapa Header Blog guna gambar sendiri?
Kenapa? Sebab takde orang sudi jadi model untuk blog aku. Dan orang lain pun tak nak ambik aku jadi model untuk header blog diorang. Takkan korang nak letak gambar orang lain dekat pintu pagar rumah korang kan?

First Header | World Cup 2010 Fever


Kenapa tak letak Word Verification dekat komen?
Dulu asalnya ada tapi aku rasa serabut sebab aku suka benda simple. Orang nak komen pun senang. Taip-taip lepas tu send. Aku rasa Word Verification ni menyusahkan bagi orang yang Internet dia slow.

Kenapa Shoutmix pun letak atas?
Supaya korang senang nak tinggal jejak. Buka je blog aku terus keluar Shoutmix tu. Kalau aku letak kat bawah ke, celah pintu ke, atas almari ke, makan masa jugak nak Loading.

Kenapa ada slot "Yang Pernah Tengok Aku Tak Ego?"
Sebenarnya semua tu Geng aku yang dah banyak menempuhi susah senang bersama aku. Diorang je yang pernah tengok aku tak ego. Ex girlfriend aku pun pernah tengok tapi tak masuk dalam list sebab diorang takde blog.

Slot "Hot And Spicy" tu untuk apa?
Sebenarnya aku buat benda tu dah lama. Aku letak orang yang letak link aku dekat blog dia. Semua tu kira exchange link la. Kalau korang letak blog aku kat blog korang, tolong bagitahu ye. Aku nak letak korang dekat Hot And Spicy tu sekali. Kecuali Hanis Zalikha. Dia tak letak blog aku kat blog dia. Hanis Zalikha, kalau U baca ni, U nak tak exchange link dengan I?

Scha vs Hanis | Stewardess vs Blogger


Kenapa setiap entry mesti letak gambar?
Sebab aku suka tengok gambar. Aku sendiri rasa bosan kalau baca panjang-panjang tanpa ada ruang nak berhenti sekejap. Jadi kalau ada gambar boleh la berhenti tenangkan fikiran dulu.

Kenapa guna Apih El Nino?
Sebenarnya nama ni secara tak sengaja. Apih tu memang nama aku. Sebenarnya Afif tapi nama glamour, Apih. Hanifah Md. Hanafiah pun tukar nama kepada Black masa AJL baru-baru ni. El Nino tu pulak gelaran Fernando Torres yang memang aku minat. Tak kenal Fernando Torres? Google kan ada.

Kenapa Bernafas Dalam Ego?
Ada banyak cerita pasal nama ni. Tapi yang sebetulnya, nama ni dapat masa bekas kekasih aku ajak rujuk balik tapi aku tak nak walaupun budak tu jadi rebutan kawan-kawan aku. Masa tu dapatlah nama "Ego Bodoh Tak Bertempat" tapi aku tukar jadi Bernafas Dalam Ego. Terima kasih la sebab bagi nama Bernafas Dalam Ego ni ye.

Kunkun tu apa sebenarnya?
Yang ni kelakar sikit la. Aku memang suka tengok Akademi Fantasia. Jadi kononnya nak la ada trademark sendiri. Jadi lahirlah Kunkun tu lepas aku tengok drama Nobuta Wo Produce. Tapi dalam cerita tu dia sebut "Konkon". Jadi, janganlah mudah terpengaruh. Hahaha...

Buat tangan macam tu dan sebut "Kunkun"


Itulah 10 soalan yang sempat ditanya oleh wartawan kepada aku. Jadi kalau ada soalan lain yang agak-agak aku tak jelaskan, tanya je okay?


Kunkun!!



12 January 2011

pemandu yang buat aku bengang






Kunkun!!


*Maaf kalau entry ni memperli anda sebab ia ditulis secara random*


Sebenarnya aku nak tulis kenapa bila seorang lelaki tu bawak kereta mahal, akan ada awek hot kat sebelah dia. Tapi entry tu tak jadi sebab masa aku tengah berfikir tiba-tiba ada pemandu yang baik punya cilok depan aku. Jadi point pasal awek hot tadi bertukar dengan point yang boleh buat aku buka tingkap dan tunjuk jari tengah kepada kereta kat depan aku masa tu.


Sikap pemandu Malaysia yang buat orang naik angin. Kenapa Malaysia? Sebab aku tak pernah pergi Mexico atau Timor Leste jadi aku tak tahu sikap pemandu kat sana.


Kedekut bateri signal
Seminggu sekali mesti aku kena benda ni. Kereta mahal tapi nak belok masuk simpang tak bagi signal. Satu lagi bila dia kat sebelah kiri tiba-tiba masuk lorong kanan tak bagi signal. Kalau tak sempat brake memang jadi kes cium bontot la.

Naik basikal pun reti bagi signal, inikan naik kereta


Bawak perlahan yang amat perlahan
Dua kali perlahan aku sebut jadi memang perlahan la tu. Duduk lorong memotong tapi bawak macam bersiar di tepian pantai sambil pegang selipar kat tangan. Ada jugak bawak perlahan sebab ada awek kat sebelah.


Bawak laju di kawasan tak sepatutnya
Berbeza dengan yang kat atas, yang ni banyak terjadi kat kawasan kampung atau perumahan. Walaupun dah letak bonggol tapi tetap langgar je bonggol tu.


Lampu tinggi memanjang
Kalau kereta kat belakang aku yang buat lampu tinggi ni, memang aku sengaja bawak slow. Biar sama-sama sakit hati. Tapi kesian la kalau kena kat orang rabun malam. Guna lampu tinggi bila diperlukan je. Banyak sangat ke bateri kereta kau sampai nak guna lampu tinggi memanjang?

Lima lampu rendah pun tak dapat lawan satu lampu tinggi


Tekan brake memang hobi dia
Benda ni pulak bila aku ada kat belakang. Kereta depan kejap-kejap tekan brake. Padahal kereta kat depan dia jauh giler. Tak tahulah dia takut apa.


Polis escort orang kenamaan atau para menteri
Bayangkan korang terpaksa rapatkan kereta kat tepi sebab mereka ni nak lalu. Tak tahulah nak kejar apa sampai macam tu sekali.


Lori atau bas yang dipandu laju
Aku tak tahu peraturan kenderaan berat ni tapi aku rasa bila bas atau lori dipandu laju, risiko kemalangan lagi tinggi berbanding kenderaan biasa. Pemandu bas macam tak ingat yang dia bawak 44 nyawa lain dalam tu.

Ni la sebabnya kenapa Mat Rempit tak boleh bawak bas


Penunggang motor main handphone atas motor
Aku tahu kau ada awek, kau sayang awek kau tapi tak payahlah nak mesej masa bawak motor. Lepas tu mulalah tak tengok depan. Sayang diri sendiri dulu sebelum nak sayang awek kau tu.


Penunggang motor bawak sebelah menyebelah
Biasanya kaki sembang atas motor. Bawak motor nak beriringan. Macamlah tak dapat berhenti kat mana-mana nak sembang.

Bawak caca marba
Mula-mula kat lorong kanan, bila orang kat depan bawak perlahan, masuk lorong kiri. Pastu kanan balik. Yang ni aku buat setiap hari. Terpengaruh sangat dengan cerita kat TV.

Kalau aku drift, dia keluar api. Sebab terbabas lepas tu


Sedap sangat mengata orang last-last kena kat aku sendiri. Tapi ada kawan aku cakap, pemandu di Malaysia antara paling berhemah dalam dunia. Berhemah sangat ke?


Kunkun!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...