My Dongsaeng. My Oppa. My Noona.

28 February 2011

sayangi dia sementara dia masih ada







Kunkun!!


Entah kenapa, aku suka buat entry jiwang dalam cara sarkastik. Aku suka cara tu. Sampaikan satu tahap, aku sedar aku dah tinggalkan cara-cara lama bila aku sampaikan entry jiwang macam dulu-dulu.


Entah kenapa juga, rasa seronok pulak bila baca balik entry cinta lama yang tak kesampaian. Walaupun mendidih lagi rasa benci, tapi aku perlu berterima kasih dengan perkara yang lepas sebab menjadikan aku macam hari ini. Semua yang silap dalam kisah yang dulu, cuba aku betulkan dalam kisah yang baru.


Jujur, aku mengaku, aku menderita sangat bila cinta yang terakhir tu putus. Semua impian, kekecewaan, tangisan dan halangan yang aku harungi langsung tak dihargai oleh seseorang bernama wanita. Tapi Tuhan itu sentiasa ada. Satu nikmat ditarik, nikmat lain dikurniakan.



Berkenalan dengan seseorang di Facebook membuka lembaran baru dalam hidup aku. Mula-mula nak add, aku ragu-ragu. Sebab status dia ialah "In a Relationship with ....." Tapi sebagai lelaki yang tak pernah mengalah mencari cinta, aku tetap add. "Eleh, Yusry dengan Erra pun boleh bercerai ni kan pulak couple". Tu ayat standard bagi setiap lelaki bila dia perlukan keyakinan diri yang lebih dalam bab cinta ni. Dia approve, dia bagitahu yang 'boyfriend' dia dekat Facebook tu kawan baik dia dan sejak tu, aku dengan dia selalu chat sampailah bertukar nombor telefon.


Pernah sekali tu, dia cakap nak jumpa aku. Lelaki mana akan tolak bila orang yang dia suka ajak jumpa? Jadi aku pergilah dengan semangat berkobar-kobar. Bila sampai je, rasa malu pun datang sebab kawan-kawan dia pun ada. Segan yang teramat segan aku masa tu. Kalau bukan sebab dia, memang aku dah lari masuk dalam kereta lepas tu balik rumah.



Sejak tu, memang jarang jumpa. Mujurlah ada handphone yang jadi orang tengah antara kami. Mujurlah ada Celcom dan Maxis yang jadi baton yang memutikkan rasa lain dalam hati.


Pernah satu ketika, masa hari dia nak balik kampung sebab cuti sem, aku ajak dia lunch sama-sama. Aku dah bersedia untuk ditolak pelawaan tu. Tapi tak sangka dia terima. Aku bawak pergi McDonald's tapi orang ramai sangat. Jadi kami just drive thru dan makan kat tepi pantai. Malam tu aku hantar dia naik bas. Tiket dia pukul 8.30 malam tapi bas sampai lewat dua jam. Tak sampai hati pulak aku nak tinggal dia sorang-sorang jadi aku teman je la. Masa tu la baru aku tahu aku tak bertepuk sebelah tangan.



Oh, dia pernah cakap dia tak suka blog aku, tapi aku tahu dia baca setiap satu. Terima kasih sebab sudi belikan makanan breakfast kat saya. Terima kasih sebab sudi share satu burger dengan saya. Terima kasih sebab sudi suap McFlurry. Terima kasih sebab kejutkan saya pergi kerja pukul 8 pagi walaupun kelas awak start pukul 2 petang. Terima kasih sebab ajar saya selok belok kerja 7-Eleven. Terima kasih sebab bagi saya peluang untuk terus berfikir pasal masa depan saya.


Sayangilah seseorang selagi dia ada. Luahkan sayang sementara dia masih boleh mendengar. Kita yang mengawal hidup kita. Lakukan sebelum dia, atau kita, yang terlebih dulu menutup mata.



Saya kenal sayang saya! Saya sayang Sayang saya!


Kunkun!!



27 February 2011

hitam itu gaya mutu keunggulan





Kunkun!!


Aku suka budak-budak. Aku suka bila budak-budak mengatakan sesuatu. Walaupun kadang-kadang tak masuk akal, tapi mereka jujur sebab budak-budak tak pandai menipu. Semalam, aku ada dengar pebualan dua orang budak. Perbualan ke? Bertikam lidah kot.


Budak A : Kenapa kau ikut aku? Kau hitam la.
Budak B : Eleh macam la dia tu putih sangat.

Budak A : Tapi aku boleh beli Slurpee! RM1.90 harga dia tahu tak?

Budak B : Slurpee je pun. Papa aku nak bagi aku Blackberry tau!
Budak A : Blackberry tak boleh makan la!


Aku curi-curi dengar. Kelakar pun ada. Budak-budak yang belum kenal erti hidup. Adakah air Slurpee 7-Eleven lebih hebat daripada Blackberry? Mungkin lepas kedua-dua budak tu bersunat nanti, budak B akan sedar, dengan Blackberry dia mampu menawan hati gadis berbanding menunjuk Slurpee. Hahaha...



Panjang lagi perbualan mereka. Aku dengar satu persatu.
Tapi paling menarik ialah,

"Kau hitam la!!!"


Dari kecik, kita diajar yang putih itu cantik. Gadis cantik ialah gadis berkulit putih. Putih itu suci. Sebab itu ada warna putih dekat bendera Malaysia. Kita dididik juga yang hitam itu hodoh. Sebab itu kebanyakan watak jahat pakai baju hitam. Hitam itu jahat. Sebab itu bendera lanun juga warna hitam.


Kita, mungkin semua orang, meletakkan hitam kepada benda negatif. Benda jahat. Tapi dunia hari ni, dengan lambakan produk kecantikan, semua orang jadi putih. Tapi semakin kita dewasa, pengalaman pula mengajar kita, putih di muka tak bermakna putih di hati.


Tapi sebenarnya, hitam itu hebat. Hitam itu keunggulan. Ramai suka bila dilabel hitam manis. Siapa tak suka bila ada penambahan rasa lada hitam dalam masakan? Kotak hitam benda paling penting bila ada kemalangan. Fans Black Mentor meningkat dari hari ke hari. Orang putih sendiri berebut nak dapatkan Blackberry walaupun dia tahu benda tu hitam!


Jadi kepada budak B, yang dihina sebab 'kehitamannya',
ingatlah hitam tak semestinya buruk dan putih tak bermakna suci.


Biru Mata Hitamku? Seragam Hitam? Welcome To The Black Parade? Hitam juga dipilih jadi tajuk lagu. Putih ada??


ps : No heart feelings. Aku bukan nak hina orang.
Muka putih melepak tapi hati macam jalan tar buat apa kan?


Kunkun!!


26 February 2011

all things girls want guys to know






Kunkun!!


Remember this guys.
Boys and girls, as a normal human being, we need each other.



01. We love when you cuddle with us.

02. A kiss on the cheek is a definite yes.


03. We want you to put your arm around us at the movies.


04. We don't care if you are the strongest guy in the world.


05. Size doesn't matter so don't tell us.


06. We don't always look our best so get over it.


07. We shouldn't have to plan everything.


08. We are always ready to talk so call us.


09. We are not perfect so deal with it.


10. We love surprises.


11. The little thing you do mean the most.


12. We are not always giny girls.


13. We can like boy stuff too.


14. Cursing and fighting don't impress us.


15. Don't be mean to us to get our attention.


16. Don't tell us who is hot because we don't care.


17. We can tell when you're not listening so listen up.


18. When you saw we are cold that's our invitation to come closer.


19. Hugs mean more sometimes.


20. We need your advice sometimes so don't be afraid to give it to us.


A girl, no matter how many times she denies it, will always remember every detail, every moment, every piece of the memories you've left her. No matter how much she tries to forget, it will forever be there.


Kunkun!!

25 February 2011

another mirror story about my love






Kunkun!!



Try to look into the mirror
And count all your hair
Just want to let you know
That's how much I care


Look into the mirror again
After you bathed in the rain
Drops of water on your body
Is my love that you'll gain


Put two mirrors in front of each other
And stand in the middle
The reflections among reflections
Like a room full of needle


The reflections go on and on
Eternity as the time when it's begun
This is how long you will be in my heart
And stay to be the only one


Smash your precious mirror
With bare white knuckles
The pain struck like thunder
If you ever leave me like a rotten apples


The mirror is now shattered
Into tiny bits and pieces
How broken my heart will be
Uncared by thousand of kisses



Aku jiwang. Bosan kan bila aku jiwang? Hahaha....


Kunkun!!



24 February 2011

fenomena mistik di tempat kerja aku





Kunkun!!


Malam itu cuaca agak sejuk. Aku cepat-cepat bawak motor untuk sampai ke tempat kerja aku sebelum hujan turun sebab langit dah nampak oren-oren.

Dalam pukul 1.00 pagi, hujan turun dengan lebatnya. Customer tak ramai. Akram bangun dari tempatnya dan menutup suis aircond depan.

"Sejuknya malam ni. Nak duduk kat luar pun tak boleh."

Aku hanya mengangguk sambil membaca buku Wisel. Akram pula terus rancak bermesej dengan buah hatinya. Kadang-kadang aku tengok dia tersenyum seorang diri.

"Eh Apih. Din kata kau nampak hantu semalam?"
"Bukan hantu kot. Bayangan je la."
"Macam mana tu? Cecite cecite..."
"Semalam kan aku syif petang dengan Din. Masa waktu Maghrib tu, ada customer masuk. Lelaki Cina. Dia bayar kat kaunter Din. Aku pulak tunggu satu lagi customer tu bayar kat aku."
"Lepas tu?"
"Lepas tu Din tanya aku, tunggu sape? Aku cakap la tunggu pakcik tua baju putih dengan cucu dia tadi. Terus Din terkejut sebab dia cakap takde sape pun masuk selain lelaki Cina tadi."

Perbualan kami terhenti bila telefon Akram berbunyi. Mesti awek dia call sebab Akram pergi masuk dalam stor sebab nak cakap telefon.

Hujan di luar sudah reda. Aku keluar melihat suasana Bandaraya Kuala Terengganu pukul 3.00 pagi. Angin tetap bertiup kuat. Bunyi loceng yang digantung depan Restoran Kari Asha berlaga sesama sediri menambah rasa seram malam tu. Bunyi anjing juga kerap kedengaran malam tu. Pelik. Memang pelik.

Dalam keadaan sejuk tu, aku melayan perasaan di depan pintu. Tiba-tiba kelihatan sebuah van mayat berwarna putih berlalu dengan perlahan. Pemandunya kelihatan mengantuk. Entah kenapa aku rasa seram sejuk bila van mayat tu melepasi aku.

"Akram, aku nak sapu sampah. Kau mop lantai ye?"

Akram mengangkat ibu jari sambil mengangguk-angguk kepalanya. Memang sah budak ni bergayut dengan awek dia. Lama pulak tu.

Aku mencapai penyapu dan penyodok. Sambil menyapu, aku bersiul-siul kecil untuk menghilangkan rasa bosan. Dari belakang, aku sapu di tepi. Dari tepi, aku menyapu di depan. Akram sudah keluar dari stor. Dia hanya duduk di tepi mesin fotostat melihat aku menyapu.

Entah kenapa semasa menyapu di tepi kotak air, tiba-tiba penyapu itu terjatuh. Aku terpaksa membongkok untuk mengambilnya. Masa tu aku rasa macam ada sesuatu di sebalik cermin tempat kerja aku. Dalam takut-takut teringat kisah semalam, aku mendongak kepala dan melihat dalam cermin pintu tu.

"YA ALLAH!!!"

Alangkah terkejutnya aku bila melihat seorang budak lelaki botak sedang tersenyum ke arahku. Mukanya sangat besar. Badannya hanya separuh. Dia memakai baju kuning dan tidak bergerak. Dia senyum sampai menutup matanya. Seolah-olah sedang gembira.



Aku kelu dan cepat-cepat berpaling ke arah lain.
Akram melihat aku dengan pelik.

"Weh. Kenapa ni?"
"Handphone kau ada ayat Quran tak? Pasang kejap kalau ada."

Akram kemudian memasang ayat Kursi.

"Dia tak lari Ram."
"Siapa?"
"Ada budak dalam cermin depan tu."

Akram bangun dan membuka pintu depan.

"Takde apa pun. Kosong je."

Selepas beberapa minit aku mulai tenang. Giliran aku pula melihat Akram mengemop lantai. Sesekali dia melihat keadaan aku yang duduk di tepi mesin fotostat.

"Apih. Tadi kau nampak budak lelaki kan? Baju kuning? Botak?"
"Ye. Mana kau tahu?"
"Ramai yang dah kena. Aku, Din, Richard, semua dah kena."
"Ooooo..."
"Kau nak tahu tak siapa budak tu?"

Aku mengangguk laju.

Dengan konfiden, Akram pergi ke peti aiskrim.

"Ni haa budak kat peti ni. Bila pintu terbukak, gambar ni terpantul. Bukan hantu tapi gambar budak yang gembira dapat aiskrim ni. Hahahaha...."

Hampeh!! Aku dah seram sejuk dia boleh gelak. Tapi betullah muka budak kat peti tu kalau tengok lama-lama agak menakutkan kot. Senyum tak henti-henti. Hahaha...


Kalau gambar kat atas ni aku tak takut sebab aku kenal Nabil.
Tapi budak tu??? Stress aku! Hahaha...


Kunkun!!





23 February 2011

ini video kesedaran versi kelakar gila


Kunkun!!


Aku busy tapi nak share jugak video ni. TV sepatutnya buat iklan macam ni kalau nak sedarkan rakyat Malaysia yang buang sampah merata. Err.... Termasuklah aku.





Aku paling suka part :

1:52 - "Hang tau tak sebab apa kerja cleaner tu wujud dalam dunia ni? Sebab ada orang macam akulah diorang dapat cari makan!"
2:57 - "Aku still percaya yang buang sampah merata-rata ni dapat menjana ekonomi negara."


Sebab apa? Sebab memang tu alasan aku selalu guna.


Enjoy guys. Sayangilah dunia kita :)


Kunkun!!




22 February 2011

formula dan teknik memikat lelaki

Kunkun!!


Dulu aku pernah tanya cara memikat wanita dalam entry ini [klik cepat]. Ada yang bagi pendapat yang memang aku nak tahu. Terima kasih sangat.


Semalam aku ada tengok Facebook kawan aku. Dia lelaki dan komen dengan kawan dia, perempuan. Kawan dia nak tahu cara nak pikat lelaki. Aku macam terkejut jugak la sebab jarang jumpa perempuan nak pikat lelaki ni. Tapi memang ada camtu. Sebab perempuan pun ada citarasa dia sendiri.


Aku tak tahu sangat cara nak pikat lelaki.
Tapi aku tahu la beberapa teknik.




Sentiasa senyum bila berhadapan dengannya
Bukanlah senyum memanjang. Kan dia cakap kau ni gila. Yang penting senyum tu biar ikhlas. Senyum, tak perlu kata apa-apa.

Berperwatakan menarik di depannya
Ramai lelaki memandang luaran terlebih dahulu dari seorang wanita. Jadi penting untuk anda menonjolkan personaliti yang menarik bila bersamanya. Skema je ayat aku.

Jujur dan merendah diri
Lelaki memang suka wanita yang jujur dan tulus. Bersikap jujur dapat menarik perhatian dia lebih lama untuk cuba mengenali anda. Merendah diri juga penting sebab ramai lelaki suka gadis yang low profile.

Jangan sombong bila bersama dia
Lelaki tak suka bila ada gadis yang lebih ego darinya. Malah dia akan tercabar dengan keegoan gadis itu. Jadi belum sempat rasa sayang disemai, rasa benci akan keluar terlebih dulu.

Lakukan apa dia suka dan jangan lakukan apa dia tak suka
Yang ni bergantung kepada lelaki tu la. Aku lagi suka kalau dia jadi diri sendiri. Tapi memang betul bila kita sukakan seseorang, kita akan berubah tanpa kita sedari. Itulah kehebatan cinta.

Menggunakan bentuk badan sebagai penarik
Yang ni tak semua orang boleh buat. Ia bergantung pada keadaan. Ni macam shortcut nak pikat lelaki tapi pada masa sama mengundang kes ambil kesempatan yang memang disukai oleh ramai lelaki.

Pandai main peranan sebagai wanita bila bersamanya
Tonjolkan sifat kewanitaan anda. Contohnya bila dia bercerita tentang masalahnya, gunakan ayat-ayat lembut seorang wanita untuk menenangkannya. Mungkin dia akan perasan yang anda mengambil berat tentangnya.

Jangan terlalu mengongkong si dia
Sesiapa pun tak suka dikongkong. Jangalah sebab perkara-perkara kecil, anda menyiasat dia macam seorang pesalah penjara. Bincang betul-betul sebab setiap masalah tu ada jalan penyelesaian dia.

Jangan terlalu bergantung kepada lelaki
Jangan tak tahu, lelaki suka wanita yang pandai berdikari. Tapi ada masa bila dia menghulurkan bantuan, janganlah menolak. Tapi jangan terlalu memaksa sehingga menyusahkan dia.

Guna bahasa tubuh semasa berinteraksi
Pastikan tubuh anda tegak dan setentang bila bercakap dengannya. Jangan tunduk bawah dan lihat matanya semasa bercakap. Tunjukkan anda seorang gadis yang yakin dengan diri sendiri.

Jaga cara pemakaian anda
Seksi atau tidak, tidak sama di mata setiap lelaki. Ada lelaki yang suka wanita bertudung tapi seksi sikit-sikit sebab bagi dia, cuba melihat sesuatu yang terlindung lebih seksi daripada yang rela hati mendedahkannya.

Beri kad ucapan supaya dia sedar kehadiran anda
Ramai tak buat benda ni sebab menganggap macam ketinggalan zaman. Jadi dia guna jalan cepat melalui SMS. Cuba buat benda ni dan lihat kesan besar kad ucapan itu dalam perhubungan anda.

Lelaki memang suka wanita yang berterus terang
Jangan berkias atau cuba bagi hint tentang sesuatu perkara sebab lelaki ialah makhluk yang sangat simple. Straight to the point is the way to talk with men.

Tunjuk sifat humor anda bila bersamanya
Ini cara paling senang untuk memberitahu si dia yang kamu boleh didekati. Tapi elakkan humor berunsur lucah sebab mungkin akan menyebabkan dia menganggap kamu wanita murahan. Nak lucah boleh tapi sikit-sikit.

Jangan jual mahal bila bersamanya
Wanita memang kena berhati-hati tapi kalau dia ajak keluar makan sampai 10 kali, takkanlah semua tu anda tolak. Lelaki ni, bila dia bosan, dia tinggalkan macam tu je. Dan bila perempuan tu cari lelaki tu balik, lelaki tu akan sakitkan hati perempuan tu tanpa belas kasihan. Serius aku cakap.

Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan
Bersedia dengan setiap kemungkinan. Kalau dia bawak anda pergi makan, tunjukkan kesopanan anda. Kalau dia bawak pergi jumpa mak ayah dia, tunjukkan anda ialah Wanita Melayu Terakhir di matanya. Kalau dia bawak pergi hotel? Tunjukkan IC anda bahawa anda Islam.

Manjakan dia dengan kata-kata romantik
Lelaki memang suka dimanja cuma tak tunjuk demi menjaga ego dia. Jadi selalulah belai dia dengan kata-kata manis.

Jangan bandingkan lelaki dengan sesiapa sahaja
Ini pantang bagi seorang lelaki. Lebih-lebih lagi bila anda bandingkan dia dengan bekas kekasih anda. Tak kisahlah dia kurus, gemuk, pakai spek, rambut kerinting, naik motor vespa, atau apa saja, terimalah dia seadanya. Anggaplah kekurangan dia sebagai keunikan.


Selamat mencuba dan semoga berjaya memikat lelaki pilihan anda.




Kepada wanita, komen la kalau ada apa yang tertinggal. Point di atas cuma tanggapan aku bila melihat seorang lelaki dari mata seorang gadis Melayu. Konon la kan.


Skema pulak rasa entry ni. Hahaha...


Kunkun!!



21 February 2011

izinkan selamanya namamu di hati




Kunkun!!


Kalau diikutkan, hampir semua benda aku tulis kat blog ni. Baik, buruk, cantik, jahat, hina, lucah, moral, nasihat dan sebagainya. Semua tentang aku, apa aku rasa, apa aku buat, tapi tak semua benda aku ceritakan sebenarnya. Ada sesetengah benda yang memang tak dapat aku ceritakan kat sini.


Bila aku cuba menyelitkan beberapa cerita peribadi dalam blog yang aku sendiri tak kenal siapa pembacanya, benda-benda tak dijangka akan berlaku. Macam semalam.



Dia : Apih.
Aku : Yosh!
Dia : Kau ada awek dah ke sekarang?
Aku : Eh? Kenapa tanya?
Dia : Ada orang bagitahu aku. Kan?
Aku : Siapa yang bagitahu tu?

Dia : Adalah. Kau jawab je. Dah ke tak?

Aku : Kalau dah?

Dia : Baguslah. Memang tu doa aku.

Aku : Kalau tak?

Dia : Kalau tak cepat-cepatlah cari! Bongok la kau ni.

Aku : Hahaha... Yang kau tiba-tiba emo ni kenapa?

Dia : Kau tu main-main sangat.

Aku : Tak. Kau tu yang serius sangat. Takut aku.

Dia : Sebab aku caring kat kau.

Aku : Tahu. Memang kau caring pun.

Dia : Dah tu? Tak nampak lagi?

Aku : Nampak. Kau caring.

Dia : Bukan!
Aku : Dah tu nampak apa?
Dia : Tak nampak ke aku sayang kau?

Aku : Nampak.
Dia : Dah tu?
Aku : Tapi kau tak pernah cakap.

Dia : Takkan aku pulak nak cakap! Kau lelaki kan.

Aku : Oh. Lelaki memang kena cakap dulu ke?

Dia : Takkan perigi cari timba pulak!

Aku : Aku mandi air hujan. Takde timba perigi ni.

Dia : Dah la. Kau ni main-main sangat.

Aku : Kan aku dah cakap aku susah nak faham benda camni.

Dia : Aku berkias pun kau tak faham?

Aku : Tak. Aku memang susah nak faham.

Dia : Buang masa aku je selama ni.

Aku : Lain kali jangan berkias pasal hati perasaan ni.

Dia : Takkan kau tak faham langsung dari dulu?

Aku : Benda tu 4 tahun lepas. Aku dah lupakan pun.

Dia : Tapi aku tetap tunggu kau walaupun 4 tahun.

Aku : Tapi kau tak pernah tunjuk.

Dia : Sebab aku perempuan! Jatuh standard nanti.

Aku : Dah tu kau couple dengan standard kau je la.

Dia : Benci aku cakap dengan kau ni Apih.

Aku : Hahaha... Dah la. Lupakan je aku. Habis cerita.

Dia : Senang je kau cakap kan?

Aku : Aku boleh buat. Takkan kau tak boleh?

Dia : Aku tak kuat. Susah nak lupa orang kita sayang.

Aku : Tawakal innahu, tak cuba tak tahu.
Dia : Kau langsung tak ingat kenangan kita kat kem dulu?
Aku : Tu semua dah jadi kenangan la.

Dia : Kau buat aku putus asa Apih.

Aku : Sorry. Tapi mana kau tahu cerita ni?

Dia : Aku baca blog kau sebenarnya.

Aku : Hahaha... Tak payah baca la. Tak best.

Dia : Hari-hari aku bukak blog kau.

Aku : Thanks. Bookmark je la kan senang. Hahaha...
Dia : Bongok! Tahniah la kau dah ada awek. Budak mana?
Aku : Bukan budak sini.

Dia : Eh? Dulu cakap nak cari awek Terengganu?

Aku : Entahlah. Aku tak reti nak explain.

Dia : Lepas ni tak rapatlah kita kan?

Aku : Eh tak. Kita still kawan.
Dia : Camne kalau aku perlukan kau?

Aku : Aku ada je. Aku tak lupa kawan-kawan.

Dia : Bagilah facebook dia. Aku nak add.

Aku : Tak payahlah. Facebook kau pun aku tak tahu.

Dia : Aku guna facebook adik aku je.

Aku : Tengok. Nampak sangat kau stalker aku.

Dia : Bagi kau tu stalker. Bagi aku tu sayang.

Aku : Kau stalker la orang lain. Facebook aku tak best.
Dia : Tapi Facebook kau meriah.
Aku : Facebook aku tak meriah la. Bukan ada party pun.
Dia : Tapi kau famous sekarang.
Aku : Dah dah. Kau makin mengarut aku tengok.
Dia : Aku mengarut sebab kau Apih.

Aku : Haishhh... Pening aku. Kau kenapa sebenarnya?
Dia : Aku cemburu!

Aku : Sebab?

Dia : 4 tahun tunggu. Tapi tak dapat apa-apa.
Aku : 3 tahun lepas aku dah cakap kan jangan tunggu.

Dia : Tapi aku tunggu jugak!

Aku : Siapa suruh kau degil?

Dia : Aku benci kau. Dulu sampai sekarang, taknak mengalah!

Aku : Kau pernah tengok aku marah sebab kalah bola kan?

Dia : Ya. Pernah. Kau marah sangat.
Aku : Sebab aku memang tak suka kalah.

Dia : Dengan aku pun kau tak nak kalah?

Aku : Hilang ego aku kalau kalah dengan kau.

Dia : Tak habis-habis dengan ego sombong kau kan?

Aku : Kalau aku sombong aku tak layan dah kau.

Dia : Kau tahu lagu Izinkan Selamanya Namamu Di Hati?
Aku : Tahu.
Dia : Aku tengah dengar lagu tu sekarang sebab kau.
Aku : Jiwang sungguh kau ni. Hahaha...

Dia : Dah la. Kirim salam kat awek kau.

Aku : Okay. Jangan risau. Nanti kau dapat yang lagi baik dari aku.

Dia : Okaylah. Apa-apa aje. Bye!

Aku : Okay. Bye.


Serius, tolong jangan berkias dengan aku. Kalau tak aku akan anggap benda tu main-main. Maaf tapi tolong jangan berkias tentang perasaan dengan aku sebab aku memang dicipta untuk susah nak faham benda-benda macam tu.


Oh ya, kepada orang yang aku namakan 'Dia' kat atas ni, jangan kejar sesuatu yang memang takkan jadi milik kau. Kita takkan bersama.
You deserve someone better.


"Jangan tinggal orang kita sayang untuk orang kita suka. Sebab orang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang. Jangan cuba dapatkan apa kita sayang tapi sayanglah apa yang kita ada..."


Kunkun!!


20 February 2011

lagi lagi tag daripada wawalicious







Kunkun!!


Sekali lagi ada orang tag jadi dengan ringan tulangnya aku jawab.
Thanks Wawalicious.



Starting time : 1510
Name : Apih El Nino.
Brother(s) : 13 brothers in my gang (GC).
Eye colour : Coco.
Shoe size : Seven.
Hair :
Rambut. Takkan hair pun nak tanya aku apa dia!
Piercing : Takde. Mama marah.
Height : 165cm.
What are you wearing right now : Seluar pendek bola.
Where do you live : Sebelah rumah budak perempuan comel nama Nana. Hari-hari dia pakai skirt! Oh dia baru umur 4 tahun sebenarnya.
Favourite number : 23.
Favourite drink : Milo yang orang tu buat pagi tadi.
Favourite month : January.
Favourite breakfast : French toast yang aku masak sendiri!


Have You Ever

Broken a bone : Patah takde. Retak tulang rusuk dan tulang tumit pernah la.
Been in a police car : Masa tingkatan dua pernah disuspek mencuri, menagih dan mengedar dadah.
Fallen for a friend : Pernah jugak beberapa kali.
Fallen for a guy/girl in a short time : Girl ada. Guy takde lagi la setakat ni.
Swam in the ocean : Pernah pernah! Rumah aku tepi pantai dulu.
Broken someone's heart : Memang penipu la kalau tak yang ni.
Cried when someone died : Pernah menangis sebab kucing mati.
Sat by phone all the night waiting for someone call : Dua hari yang lalu.
Saved emails : Ada ada!
Been cheated : Pernah la.


What


Your room look a like : Bukan seperti yang anda fikirkan.
What is right beside you : Minyak rambut Gatsby yang beli dekat Guardian.
What is the last thing you ate : Nasi kandar kat Mayang Village.

Who


Who did you last tell : My Baby?
Who was the last person you danced with : Dance sorang-sorang je.
Who last made you smile : Awek aku cakap dia smoking pagi tadi. Hahaha...


Final Question


What are you listening to right now : Adira - Ilusi.
What did you do today : Malam ni kerja balik pagi esok.
Are you the oldest : Yes. With two sisters.
Indoors or outdoors : Futsal!

Today Did You


Talk to someone you like : Belum. Takde nombor Scha Al Yahya. I like her!
Kiss someone : Belum jugak. Jauh. Hahaha...
Sing : Aku sedang menyanyi ni. Dengar tak?
Talk to an ex : Tak. Tak ingin. Tak nak. Tak mahu.
Miss someone : Miss her so much.
Eat : Belum. Lepas post benda ni baru pergi dapur.


Last Person You Talked Who


You talked on the phone to : Dia.
Made you cry : Dia jugak.
You went to mall with : Mizie Mijie, Farhan Santacruz, Aming dan Rohaini.
Who cheered you up : Tak tahulah saya. Ada ke?


Have You

Been to Mexico : Tak lah.
Been to USA : Lagilah tak.


Random


Have a crush on someone : Kalau tak memang tipu la.
What books are you reading right now : Tak baca buku pun sekarang. Last sekali baca buku minggu lepas kat salon.
Best feeling in the world : Bila bebas dari sebarang masalah.
Future kids name : Tak pernah fikir lagi benda ni.
Do you sleep with a stuffed animal : Stuffed animal tu menatang apa?
What's under your bed : Lantai.
Favourite sports : Bola sepak dan futsal.
Favourite place : Japan. Spain.
Who do you really hate : Tak perlu la tulis nama kan? Dia pun mesti benci aku sekarang. Takpe la. Jangan ingat semua orang suka kita sebab kita pun bukan suka kat semua orang.
Do you have a job : Part time je sekarang.
What time is it now : 1533.


Macam biasa, sape nak sila ambik. Aku bagi. Ikhlas.


Kunkun!!



19 February 2011

oh girl you are so amazing




Kunkun!!


Sorry ni entry nak cepat. This is the song that show my feeling at this moment.




Bruno Mars - Just The Way You Are

Oh her eyes, her eyes
Make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair
Falls perfectly without her trying

She's so beautiful
And I tell her every day

Yeah I know, I know
When I compliment her
She won't believe me
And its so, its so
Sad to think she don't see what I see

But every time she asks me do I look okay
I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Her nails, her nails
I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think its so sexy

She's so beautiful
And I tell her every day

Oh you know, you know, you know
I'd never ask you to change
If perfect is what you're searching for
Then just stay the same

So don't even bother asking
If you look okay
You know I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

The way you are
The way you are
Girl you're amazing
Just the way you are

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are


Kunkun!




18 February 2011

voices in my heart saying this thing








Kunkun!!


When your first love is over, the painful come with the magic and do you know the sweetest part of it? It is when you cry, to let go, to be strong, and to be wise. And when you love again, you will know how to keep it. This time, longer. That's why people said we learn from mistakes.




One more thing, don't cry because of one person.
Remember, there is 6,790,062,216 people to smile to.



Kunkun!!




17 February 2011

ego barcelona diragut arsenal




Kunkun!!


Sape-sape tak sempat tengok Barcelona kalah dengan Arsenal semalam boleh tengok kat sini. Akhirnya ego Barca lenyap dengan bergaya sekali.




Siapa suka tengok orang sombong kalah sila share benda ni. Hahaha...


Kunkun!!



16 February 2011

saya dah jawab tag awak cik yuna




Kunkun!!


Tag ni dah lama tapi takde masa nak jawab. Kesian tuan dia Cik Yuna yang menunggu aku jawab. Okay sekarang aku jawab dengan penuh semangat Harimau Malaya!



Apa yang penting dalam hidup anda?
Tuhan, sebab Dia aku ada di sini. Mama, sebab mama lahirkan aku. Papa, sebab papa yang azankan aku masa baby. Keluarga, sebab diorang sama-sama jaga aku. GC, sebab diorang geng aku. Kawan-kawan, sebab diorang tolong aku jadi macam sekarang. Dan Si Dia, yang mewarnai hari-hariku.

Kalau kebendaan pulak?
Banyak sangat la. Kereta aku, yang sudi bawak aku pergi merata tempat. Motor aku, yang bawak aku pergi kerja. Laptop aku, yang jadi teman aku masa bosan. Facebook aku, tempat aku kenal orang yang aku tak kenal. Blog aku, tempat aku kenal korang semua!

Apakah anda sedang bercinta?
Ya. Saya sedang bercinta. Hahaha...

Seberapa lama anda akan mencintai kekasih anda?
Selama cinta itu mampu disemai dan dijaga,
selama itulah saya menyayangi dia. Chewah!

Novel/buku/majalah terakhir yang anda beli?
Buku Astro yang datang setiap bulan tu. Tu je yang aku ingat.

Nama penuh anda?
Mohd Afif Rashdan Bin Shafie. Itu nama ikut IC.

Antara ayah dan ibu, mana anda paling rapat?
Mama. Mungkin betul anak lelaki lebih rapat dengan ibunya sendiri kan?

Namakan orang yang anda betul-betul nak jumpa?
Maki Hirokita, heroin Jepun. Serius tak tipu! Hari tu terjumpa dia, sempat sembang-sembang kejap. Walaupun kami sama-sama tak pandai cakap Inggeris tapi masih boleh berkomunikasi. Last sekali aku mintak nombor telefon dia dan dia bagi. Aku tulis atas kertas. Bila aku buat keluar handphone nak save nombor telefon dia, mata aku silau sebab cerah sangat. Oh mimpi rupanya.

Adakah korang basuh baju sendiri?
Tak. Pernah cuba nak basuh tapi nenek marah. Dia cakap biar dia basuh. Aku tak berani melawan sebab dia nenek aku. Tak pasal-pasal kena cop cucu derhaka karang.

Di manakah tempat yang betul-betul anda nak pergi?
Buat masa sekarang, aku nak sangat pergi ruang tamu rumah aku. Lepas aku post entry ni sumpah aku pergi situ. Sebab charger handphone ada kat situ. Battery low sangat dah ni.

Pilih satu. Peluk atau cium?
Peluk tapi tak cium macam tak lengkap je. Cium tapi tak peluk lagilah nampak janggal. Aku pilih cium. Maksud aku cium pipi la.

Bilakah tarikh hari jadi anda?
23 Januari. Beberapa minggu lepas.

Tag 5 orang yang anda nak!
Siapa nak ambik ni ambik je la. Sumbangan ikhlas dari Apih El Nino.


Kunkun!!



15 February 2011

hargailah isteri anda wahai adam




Kunkun!!




Adam dan Maya telah lama melayari gerbang perkahwinan. Adam bekerja di sebuah syarikat berhampiran kawasan perumahan mereka sementara Maya seorang surirumah sepenuh masa. Mereka dikurniakan 4 orang anak yang masih bersekolah.


Adam tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Pernah dia bersungut kerana merasa bosan setiap hari pergi kerja sedangkan Maya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh dia mahu isterinya tahu betapa penatnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.


Pada suatu malam, Adam berdoa, "Ya Tuhanku, ketika aku bekerja 8 jam sehari, isteriku hanya tinggal di rumah. Aku mahu dia tahu betapa letihnya aku bekerja. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Beri aku sehari menjadi isteri supaya dia dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula berehat di rumah".


Sesungguhnya Tuhan itu Maha Mengetahui dan mengkabulkan permintaan Adam. Keesokan pagi, dia bangun tidur sebagai seorang isteri. Selepas bangun, dia bergegas ke bilik air, gosok gigi, mandi, solat Subuh dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Kemudian dia terpaksa berhadapan kerenah anak-anak yang liat nak bangun pagi. Akhirnya barulah mengejutkan suaminya yang lena di atas katil. Selepas itu dia menghantar suami ke pintu dan melihat suaminya keluar dari pagar dengan menaiki motorsikal. Kemudian dia kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air sebagai bekal anak-anaknya.


Ketika anak-anak memakai kasut, Maya memanaskan enjin kereta dan terus menghantar anak-anaknya. Maya terpaksa merentasi kesesakan lalu lintas di depan sekolah anak-anaknya. Balik dari sekolah dia terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur. Selepas dua jam baru dia sampai ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan disimpan dalam peti ais. Maya memungut pula kain-kain baju untuk dicuci dengan mesin. Sementara baju dibasuh, Maya menyapu lantai. Kemudian dia menjemur kain di ampaian. Lepas tu dia mula memasak untuk anak-anak yang akan balik tengahari nanti. Selesai memasak, dia bergegas mengambil anak-anak dari sekolah. Sampai di rumah, dia menghidangkan makanan kepada mereka. Kemudian menyuruh mereka mandi dan buat kerja sekolah sampai siap kalau mereka nak main petang nanti.



Tiba-tiba dua orang anaknya bergaduh, yang kecil menangis. Terpaksa Maya pujuk supaya tak berlarutan. Kemudian dia mengangkat kain untuk dilipat dan disimpan dalam almari. Kelihatan anak-anaknya sedang rileks menonton Dora The Explorer, Maya bergegas menunaikan solat Zuhur. Kemudian dia memeriksa hasil kerja sekolah anak-anaknya. Selang beberapa minit, azan Asar kedengaran. Maya menunaikan solat Asar.


Kemudian dia menyediakan makan malam. Selepas itu terpaksa melayan kerenah anak-anak yang malas mandi. Lepas Maghrib, dia melayan pula suami dan anak-anak makan. Kemudian terpaksa cuci pinggan mangkuk ketika suami sedang berbaring menonton berita di TV. Baru sahaja 10 minit dia duduk menonton TV, terpaksa pula menguruskan anak-anak masuk tidur.


Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahnya selesai. Badannya sudah lemah dan perlukan rehat. Opsss belum sampai masanya lagi. Suami juga mahukan layanan mesra. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Lebih-lebih lagi malam Jumaat. Maka suami dilayan dengan sebaiknya sehinggalah dia benar-benar terkulai layu langsung tertidur. Maya sendiri tak pasti pukul berapa.


Keesokannya, terjaga dari tidur, Adam berdoa "Ya Tuhanku barulah aku tahu. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku bekerja."


Tiba-tiba Adam terdengar satu suara ghaib berkata, "Wahai Adam, kamu belum boleh menjadi suami semula sebab persetubuhanmu semalam telah menjadi benih. Kamu kena tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali..."



Dengan sekuat hati, Adam menjerit,
"Waaaaaaaaaaaaaa... Tak nak! Tak nak! Tak nak!!!!!!"


"Bang... Bang... Abangggg!!!! Kenapa terjerit-jerit ni?" Sergah satu suara. Adam bangun dari katil dan memegang isterinya sambil bertanya "Maya, Maya ni suami atau abang yang suami sekarang??" Sambil ketawa Maya membalas "Laaaa... Apa abang nak masuk Raja Lawak ke pagi-pagi buta ni? Tentulah abang suami dan Maya ni isteri."


Hari itu, Adam mengambil MC dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja rumah. Maya kelu, dia bisu melihat perangai pelik suaminya.


Hargailah pasangan anda. Ini pesanan Hari Kekasih versi Apih El Nino.


Kunkun!!



14 February 2011

apabila facebook menyusahkan kita


Kunkun!!


Kalau anda seorang yang aktif dengan Facebook, mungkin anda perasan kat bahagian Home anda hanya keluar update dari orang yang sama sahaja. Dan hanya orang yang sama juga yang update status, gambar, links, games sampaikan ada yang meluat bila orang yang asyik keluar di Home adalah orang yang buat status setiap masa sampaikan nak makan pun kena tulis.


Sebenarnya, sejak semua pengguna Facebook diwajibkan beralih ke Facebook yang baru, semua setting telah ditukar kepada friend yang 'Recently Interacted' sahaja. Ini menyusahkan pengguna lain terutamanya yang menjadikan Facebook sebagai platform dengan mengadakan business.


Ada cara untuk melihat status orang lain yang telah diupdate tapi tidak keluar di Home anda. Cara pertama ialah dengan pergi ke "News Feed" dan tukar "Most Recent" kepada "Status Updates".

[ Klik untuk melihatnya dengan mata hati ]


Tapi setting itu tidak kekal bila anda refresh Home anda. Sekarang anda tidak perlu risau lagi sebab kat bawah ini ada penyelesaiannya!


Scroll down ke bahagian paling bawah "News Feed" dan klik "Edit Options", pilih "Show Posts From" dan tukarkan kepada "All of Your Friends and Pages". Jadi sekarang Home anda akan dihiasi dengan friends yang anda sendiri tak tahu dia tu dah jadi friends anda.

[ Klik untuk melihatnya dengan mata hati ]


Agak memalukan bagi Facebook kerana menukar setting tanpa memberitahu penggunanya sendiri. Bayangkan berapa banyak kerugian yang ditanggung oleh orang yang melakukan business online di Facebook kerana pengguna tidak dapat melihat updates mereka kerana setting ini?


Kredit to Nashreen Hilman for this info :)


Kunkun!!



13 February 2011

aku lelaki yang tak pandai mengorat







Kunkun!!


Minggu lepas, aku ada cakap dengan Aming pasal cara nak memulakan perbualan bila nak berkawan dengan seseorang berlainan jantina daripada kita. Maksudnya, cara orang lelaki macam aku nak tegur perempuan. Cara mengorat pun boleh kot. Tapi mengorat depan-depan, bukan kat Facebook.


Contohnya macam ni. Seorang lelaki sedang membeli barang di sebuah pasaraya. Tiba-tiba terserempak dengan seorang wanita. Lelaki tu rasa nak kenal dengan wanita itu walaupun tu pertama kali mereka berjumpa. Apakah yang perlu dilakukan?


Lelaki-lelaki sekalian, apa nak buat? Pergi dekat wanita itu dan tegur? Upah mana-mana budak kat situ pergi bagitahu wanita itu anda berminat dengannya? Macam mana kalau tak dilayan? Macam mana kalau wanita itu tiba-tiba naik angin sedangkan anda ikhlas?

Boy Meets Girl | Boy falls in love. Girls doesn't


Wanita-wanita pula, anda rasa teguran macam mana yang akan buat anda terbuka hati? Kalau ada seseorang tak dikenali tegur, ramai wanita hanya melarikan diri. Memang betul sekarang ramai orang jahat, tapi tak semua.


Ada kawan aku cakap, perempuan kalau nak terima ke tak perkenalan tu tengok pada rupa lelaki tu. Kalau handsome, dia terima. Kalau naik kereta mahal sikit, dia terima. Kalau tangan lelaki tu pegang Iphone 4, dia terima. Oh kesian lelaki lain bila jadi macam ni.


Tapi bila fikir balik, lelaki pun dua kali lima. Datang je perempuan seksi sikit nak kenal, terus terima. Datang je perempuan nampak sosial sikit, terima. Macam mana perempuan yang bertudung litup dan menutup aurat? Eh tapi kan, bila fikir sekali lagi ada ke perempuan nak kenal dengan lelaki?

Just A Friend | That's why we live in this world


Aku pernah cuba tegur, guna ayat "Hai awak" tegur seorang budak perempuan kat stesen bas tapi tak dilayan. Masa tu malu tak payah cakap la kan. Ingat lagi Surat Dari Lelaki Yang Kena Reject? Sebab tu aku cakap aku bukan pakar. Takkan aku nak guna ayat "Assalamualaikum salam 1 Malaysia?" Giler ke hape!


Ada satu rahsia yang wanita perlu tahu, bila lelaki tegur seorang wanita dia akan membuang segala egonya sebagai lelaki untuk seketika. Jadi hargailah ia sebab bukan senang nak tengok lelaki tanpa ego. Tapi realitinya macam tu la. Ada benda yang kita buat dengan ikhlas tapi dipandang serong oleh orang lain.


Jadi kawan-kawan, bagi pendapat sikit ye. Nak tahu ni :)


Kunkun!!



12 February 2011

everyone has someone in their life





Kunkun!!


Right now at this moment, someone is very proud of you. Someone is thinking of you. Someone cares about you. Someone misses you. Someone wants to talk to you. Someone wants to be with you. Someone hopes you aren't in trouble. Someone wants to hold your hand. Someone wants you to be happy just for you. Someone thinks you are a special gift. Someone wants to hug you. Someone loves you. Someone admires your strength and kindness. Someone is thinking of you and smiling. Someone wants to be on your shoulder to cry on. Someone thinks the world of you. Someone wants to protect you. Someone would do anything for you. Someone wants to be forgiven. Someone is grateful for your forgiveness. Someone wants to laugh with you about old times. Someone remembers you and wishes you were there. Someone needs to know that your love is unconditional. Someone wants to tell you how much they care. Someone wants to share their dreams with you. Someone wants to hold you in their arms. Someone wants you to hold them in your arms. Someone treasures your spirit. Someone loves you for who you are. Someone wants to be with you. Someone hears a song that reminds her/him of you. Someone wants to be your friend. Someone needs you to let them be your friend. Someone is glad you're her/his only true love. Someone stayed up all night thinking about you. Someone is alive because of you. Someone believes that you are their soul mate. Someone wants to be near you. Someone misses your guidance and advice. Someone values your guidance and advise. Someone has faith in you. Someone needs you to have faith in them. Someone trusts you.

You're Not Alone | Families. Friends. Enemies. Strangers.


Someone will cry when they read this? Tell me. But that's what life's all about. Everybody hurts, everyone bleeds, everyone laughs, smiles and loves. And that's all that is. That's life. Even in a very bad situation, no matter what, we are always have 'someone'.


So if the world ended today, would you be proud of yourself?


Kunkun!!



11 February 2011

rogol dan teori bodoh elak dirogol






Kunkun!!


Ini bukan entry lucah. Ini entry entah apa-apa je sebenarnya.
Aku tengah takde idea sekarang.


Sumbangan Ikhlas Google


Malam itu, Nora tiba ke rumahnya dengan berpeluh-peluh seluruh badan. Selepas menutup pintu rumah, dia lantas menguncinya. Rozita, teman serumahnya memandang Nora dengan penuh hairan.


Kebaya ketat Nora berwarna hitam yang dihiasi renda-renda berbunga merah kelihatan basah di beberapa kawasan kerana peluh Nora. Tudung Ariani yang dipakai Nora juga tidak 'terletak' dengan betul. Kelihatan awning tudung itu sedikit ke tepi. Rozita memandang Nora tercungap-cungap di depan pintu.


Rozita menghampiri Nora dan memegang lembut bahu Nora.


Rozita : Kau ni kenapa Nora?
Nora : Tadi balik kerja, ada lelaki gila seks kejar aku.
Rozita : Ye ke? Dia buat apa?
Nora : Dia nak rogol aku kot!
Rozita : Ish... Suspen ni. Lepas tu?

Nora : Aku larilah. Dia kejar aku lagi.

Rozita : Lepas tu kau buat apa?

Nora : Tenaga perempuan tak sama dengan lelaki. Jadi aku pun berhenti.

Rozita : Laaa... Sah-sah dia raba tubuh kau kan?

Nora : Tak! Bila dia dekat aku selak kain aku ni ke atas.

Rozita : Lol? Kau gila? Dia buat apa kat kau?

Nora : Dia pun londehkan seluar jeans dan boxer dia! Nampak semua!

Rozita : Lepas tu?? Apa jadi??

Nora : Seperti teori bodoh, orang yang mengangkat kain berlari lebih laju daripada orang yang melondehkan seluarnya. Jadi aku selamat sampai kat rumah ni.
Rozita : Hahahaha...




Berhati-hatilah wanita semua. Maksud seksi di mata lelaki tak sama. Aku ada kawan, dia cakap wanita berpurdah jauh lebih mengghairahkan daripada Rozita Che Wan. Sebab tu lah aku tak rapat sangat dengan dia.
Nafsu mengalahkan kuda import!


Sekali lagi, ini bukan entry lucah.
Ini entry entah apa-apa je dari aku. Hahaha...


Kunkun!!


10 February 2011

yes akhirnya malaysia masuk livescore

Kunkun!!


Ramai dah tahu, semalam ada perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Hong Kong di mana Malaysia menang 2-0. Tahniah Malaysia.


Semalam juga pertama kali aku dapat tengok nama Malaysia tertera dekat websit Livescore.com. Ni website bola sepak tapi lebih pentingkan negara-negara 'hebat'. Jadi sebab tu la aku macam "Hebatlah Malaysia dapat masuk Livescore..."



Walau apa pun, tahniah sekali lagi dekat Malaysia. Kepada yang mengutuk mutu permainan dan mengagung-agung bola sepak negara lain, cuba tengok kad pengenalan tu. Anda rakyat mana? Kalau tak kita yang bagi sokongan, takkan nak harapkan rakyat negara lain.



Tak nak lah komen banyak pasal perlawanan semalam. Yang penting bola sepak Malaysia dah nampak kemajuannya. Kalau tak takkan Safee Sali ditawarkan bermain kat Indonesia kan?


Satu info yang menarik, Brendan Gan berminat bermain dengan Malaysia. Jadi FAM, cepat-cepat hantar wakil. Siapa tak kenal Brendan Gan ni, dia rakyat Malaysia tapi bermain di Liga Australia. Cuba search kat Youtube, rasanya ada video pasal dia ni.



Aku cuma nak cakap aku excited bila tengok nama Malaysia dalam Livescore je.


Malaysia Boleh!


Kunkun!!



09 February 2011

maybe i am just not good enough



Kunkun!!


Don't come back to me, asking for a chance. I gave you one, but you were too blinded to see it. So when I finally find someone who I could possibly fall in love with, don't come by saying that I never gave you a chance. I gave you one, a big one. The ball was at your feet, but you decided to kick it out, not score a goal. I was in love with you for so long. I waited, but I'm done waiting.

It's Over | Waiting for you to love me is like waiting snow in a summer


Hey you, just ignore me after this. I'm still the same if we ever meet again. Just as I told you before we suddenly stop talking to each other, I'm never gets tired of loving. I know, no one in this world ever gets tired of loving. But everyone gets tired of waiting, assuming, saying sorry, hearing promises and all the hurting.

Rainbow After Rain | You must cry before you can smile


"Apih! Don't forgive her! You can forgive but you can't forget!"


My voices in my head saying that.


Nevermind, I don't forgive people because I'm weak. But I forgive them because I'm strong enough to understand that people make mistakes.

I Am Only Human | I'm sorry I can't be perfect


You can give me a million reasons why I shouldn't have to do this. But I can give you a million reasons why I'm proud to do this.


This entry doesn't mean anything to me. I just wrote what was on my mind.


Kunkun!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...